MH370:Ketahui Kenapa Datuk Najib Tidak Menjawab Soalan Media dan Apa Matlamat Media Barat ?
Sebelum ini Anwar Ibrahim pernah mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib seorang pengecut apabila tidak mengadakan sebarang sesi soal jawab
dengan media dalam dua kenyataan media PM sebelum ini berhubung kes MH370.
Semalam pula media pembangkang sekali lagi membawa kisah yang sama berhubung
dengan kenyataan media Datuk Najib di Perth. Lihat sini
Berhubung apa yang terjadi di Perth semalam, Pejabat Perdana Menteri Australia
selaku tuan rumah telah memanggil media bagi tujuan membuat liputan Kenyataan
Media Bersama untuk kedua-dua pemimpin. Pihak Australia sendiri
selaku tuan rumah telah memaklumkan kepada pihak media bahawa tiada sidang
media dan tiada soalan boleh dikemukakan melainkan fokus pada kenyataan yang
dibacakan oleh kedua-dua pemimpin tersebut.
Tidak timbul soal Datuk Najib mengelak daripada menjawab soalan media kerana
beliau mengikut protokol yang telah ditetapkan oleh tuan rumah. Jangan kata Datuk
Najib, PM Australia pun amat jarang membuat sidang media tentang isu MH370
kerana media asing asyik bertanya soalan yang masih tidak ada jawapan di samping
mahu Tony Abbot komen mengenai pelbagai teori yang dibentuk sendiri oleh media
antarabangsa.
Samalah dengan Datuk Najib dalam dua kenyataan media yang beliau lakukan
sebelum ini. Adalah lebih baik beliau tidak menjawab sebarang soalan daripada
media. Ini kerana media asing lebih beminat untuk mensensasikan isu daripada
memfokus kepada misi pencarian. Lihatlah apa yang dilakukan oleh akhbar
United Kingdom. Mereka buat pelbagai teori termasuklah menuduh secara
terang-terangan kapten pesawat itu sebagai punca kehilangan MH370.
Adakalanya soalan yang diberi tidak masuk akal dan tidak boleh dijawab melainkan
telah selesai siasatan. Antara soalan yang ditanya, adakah kapten pesawat itu mungkin
seorang pengganas, adakah pilot bawa pesawat ke Lautan Hindi untuk bunuh diri
kerana kecewa dengan konflik kehidupan atau politik, benarkah pesawat dirampas
sebelum terhempas, apa bukti semua penumpang dah mati, kenapa kerajaan
sengaja sorok maklumat mengenai pesawat MH370 dan macam-macam lagi soalan
provokasi yang boleh menjerat kita. Sedangkan perkara-perkara ini dah berulang
kali dijawab tapi mereka sengaja tidak siarkan kerana nak hidupkan isu di
samping untuk menarik perhatian penonton agar terus bersama siaran mereka.
Tidak boleh dinafikan sedikit sebanyak Datuk Najib mengelak daripada menjawab
soalan-soalan media asing, kerana tidak mahu terjerat dengan perkara-perkara
yang berkaitan dengan keselamatan negara. Orang yang tidak memikul
tanggungjawab di atas bahu bolehlah bercakap Datuk Najib pengecut, penakut dan
sebagainya. Yang kena tuduh kes liwat pun tak berani beri keterangan dalam kandang
saksi kerana takut disoal oleh peguam dan disoal balas oleh pendakwaraya.
Akhirnya beri ceramah politik dalam dari kandang tertuduh. Kemudian nak
bersumpah pun tak berani untuk menafikan dirinya seorang peliwat. Lagi mahu
dakwa orang lain pengecut ke ?
Dalam kes MH370 ini cuba kita renung-renung dan fikir-fikirkan kenapa media
barat lebih condong membuat laporan menghentam Kerajaan Malaysia ?
Sudah tentu mereka ada agenda tersembunyi.
Pesawat MH370 adalah pesawat Boeing. Bagi saya matlamat mereka adalah mahu
menyelamatkan Boeing dan menjaga muka kuasa besar dunia. Mereka menggambarkan
mereka sebuah syarikat dan negara yang hebat. Tetapi dengan pakar-pakar dan
kepakaran yang mereka ada sampai sekarang pun mereka gagal mengesan
kedudukan pesawat itu. Sedangkan selama ini mereka digambarkan memiliki teknologi
yang paling hebat dalam dunia.
Sampai hari ini adakah anda pernah lihat, dengar atau baca mana-mana media
asing menghentam atau mengkritik Boeing dalam hal ini ? Tidak mustahil syarikat
itu telah meminta media barat agar tidak membangkitkan tentang sebarang
kemungkinan kerosakkan atau kelemahan pesawat Boeing. Sebab itu media asing
lebih galak mengaitkan kapten , pengganas dan Kerajaan Malaysia dalam hal itu.
Semuanya untuk mengalih perhatian supaya Boeing tidak dipersalahkan. Jika
terbukti pesawat Boeing bermasalah boleh menyebabkan syarikat penerbangan
seluruh dunia akan beralih kepada Airbus. Dan ketika itu hancurlah Boeing.
No comments:
Post a Comment