NUFFNANG

Tuesday 8 April 2014

#MH370 MYSTERY ... Misteri MH370 : 6 Bulan Sebelum Tragedi (Episod ke-2)

Misteri MH370 : 6 Bulan Sebelum Tragedi (Episod ke-2)

Kita masih tetap teguh membicarakan apakah mesej di sebalik tragedi kehilangan pesawat MH370. Sama ada para pembaca suka membaca hipotesis ini atau pun sebaliknya, terserah. 

Namun demikian, saya tetap mempercayai bahawa terdapat mesej dan agenda besar yang tersirat untuk Asia, khususnya Asia Tenggara. 

Seperti yang sudah saya jelaskan sebelum ini bahawa, tragedi MH370 seakan-akan ada pihak yang mahu menjadikan ia sebagai peristiwa yang tidak akan luput dan sentiasa "dihidupkan" bagi mencapai sesuatu maksud dan cita-cita yang sangat besar. 

Ia sebenarnya bukan untuk mencari "khazanah bernilai" di dalam pesawat itu atau pun mahu membunuh 22 saintis China yang menjadi penumpang di dalam MH370, kerana jika itu maksudnya, MH370 tidak perlu "dilarikan" terlalu jauh sehingga ke Lautan Hindi, cukuplah sekadar mereka mengupah mana-mana pengganas untuk meletupkan atau menjatuhkan pesawat tersebut di kawasan yang lebih terbuka dan mudah diselesaikan dengan satu kesimpulan yang utuh, 

Namun demikian, mereka tidak memilih cara itu - kerana maksud disebalik menghilangkan MH370 bukanlah kerana mahu membunuh saintis China yang kononnya ingin membawa pulang ilmu canggih milik AS yang yang sangat terkenal itu - Sistem Kawal dan Perintah Command and Control System - (CNC) yang didakwa telah dibeli daripada pihak Taliban yang sebelum ini telah berjaya merampasnya daripada pasukan konvoi tentera elit AS di Afghanistan pada bulan Februari yang lalu. 

CNC merupakan sistem yang mengawal pesawat tanpa pemandu yang dicipta oleh AS yang dikenali sebagai "Drone" - Drone bukan semata-mata pesawat tanpa pemandu, bahkan ia merupakan istilah bagi menggambarkan "senjata automatik tanpa pemandu" yang merangkumi tentera robotik, kapal perang tanpa tentera, ular robotik pencuri maklumat, pesawat pejuang tanpa pemandu dan banyak lagi teknologi ketenteraan masa hadapan bagi menterjemahkan tatacara peperangan masa hadapan yang mereka istilahkan sebagai "Perang Hari Esok". 

Dan CNC adalah kunci kepada teknologi masa hadapan ini. 

Dikhabarkan juga, kononnya CNC yang dimiliki oleh Taliban ini merupakan CNC versi generasi ke-4 yang lebih canggih dan termaju - ia menggerakkan Drone generasi ke-4 yang dikenali sebagai P46 Avenger iaitu pesawat UAV (Unmanned Air Vehicle) yang bukan sekadar sebagai pesawat peninjau atau mengumpul maklumat, bahkan ia semakin maju sebagai pesawat tanpa pemandu yang dilengkapi teknologi penangkis radar, mampu terbang 12 jam tanpa henti, mampu membawa senjata seberat 2000 pound dan hampir sama dengan pesawat tempur F-35 Lightning II Joint Strike Fighter milik tentera udara AS. 

Soalnya apakah China sangat memerlukan teknologi CNC sehingga tergamak mengambil risiko dengan cara sebegini? 

Apakah pasukan elit danintelligence China begitu bodoh untuk  menghantar pulang teknologi paling canggih di dunia itu melalui pesawat awam yang jauh lebih bahaya dan sangat mudah terdedah kepada kebocoran maklumat, khususnya kepada media

Apakah melaluiMalaysia teknologi tersebut lebih sesuai "diangkut" berbanding dengan laluan melalui Tajikistan atau Pakistan yang jauh lebih dekat dan selamat? Semua ini membawa kita kepada satu kesimpulan bahawa, ini bukanlah tujuan sebenar mengapa mereka cuba menghilangkan MH370 jauh ke tengah-tengah Samudera Hindi, tempat yang sangat sunyi lagi jauh. Sudah tentu ada sebab lain - yang jauh lebih besar dan munasabah, serta impaknya lebih menguntungkan pihak yang melakukan konspirasi tersebut. 

Cuba kita tanya apakah natijah daripada peristiwa keruntuhan WTC? bukankah ia menghalalkan penjajahan AS berskala besar? 

Mengaut keuntungan minyak dan penjualan senjata? 

Cuba kita tanya apakah keuntungan AS (baca sekali atas nama Yahudi/Israel) apabila mewujudkan plot konspirasi kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnah? 

Cuba kita bertanya siapakah yang untung hasil daripada Perang Dunia Pertama dan Kedua? 

Cuba kita bertanya apakah keuntungan AS apabila mengembar-gemburkan kewujudan UFO? 

Sudah berapa banyak wang kita habis semata-mata menonton produk AS atas nama "UFO Mahu Menyerang Dunia"? 

Ia adalah sama dengan kewujudan  watak Jack The Ripper - watak misteri yang wujud dan tidak pernah ditemui jejaknya, namun yang tetap untung adalah produksi filem dan novelnya! 

Begitu juga dengan kisah Shakespeare? 

Siapakah penulisnya? 

Illuminati siapakah ahlinya? 

Freemason siapakah ketuanya? 

Rothschilds berapa banyak kekayaannya? 

Bermuda Triangle, apakah yang ada di dalamnya? Semua ini adalah misteri yang tidak pernah selesai dan tiada sesiapa pun yang boleh menjawabnya - tetapi cerita dan kisahnya sentiasa diulang dan dihidupkan untuk keuntungan sesuatu pihak. Ia memang sengaja dicipta dan dijajarkan sebegitu rupa, kerana ini adalah karekter sebuah konspirasi! Sesuatu peristiwa yang tidak ada urutan jawapan yang jelas dan menguntungkan segolongan kumpulan tertentu, maka itu adalah konspirasi. Ia sangat berbeza dengan Islam, al-Quran telah menjelaskan semua perkara dan kejadian alam dengan jelas dan terperinci tanpa keraguan dan kepayahan. Hanya syaitan sahaja yang gemar menjadikan manusia itu keliru dan mudah ditipu! 

Konspirasi - salah satu cirinya adalah menjadikan sesuatu peristiwa itu berada antara 50% kebenaran dan 50% lagi kepalsuan, sesuatu konspirasi yang berlaku di dunia ini tidak pernah mempunyai jawapan yang konkrit lagi jelas - ia akan terus terapung-apung seperti sebuah filem yang tergantung di akhir penceritaannya. Inilah yang terjadi kepada MH370 - 30 hari dengan penuh misteri, 26 negara tidak mampu merungkai keanehannya, teknologi canggih seakan-akan tidak berfungsi, bomoh dan para ustaz hanya berupaya menghamparkan mimpi - namun, walaupun kita mengesyaki semua ini adalah muslihat dan konspirasi musuh Islam, tetapi percayalah segalanya datang daripada Allah dan hanya Dia yang akan menghancurkan tipu daya mereka.  

Kita kembali kepada perbicaraan topik asal - Enam bulan sebelum peristiwa kehilangan MH370 tercetus, Presiden China, Xi Jinping tiba di Malaysia dalam rangka lawatan pertama kali bersama isterinya ke negara ini. 

Hal ini merupakan satu penghormatan tertinggi daripada kerajaan China kepada Malaysia - tanpa urusan penting, sudah tentu seorang presiden sebuah negara besar tidak akan membazirkan masanya membuat kunjungan dan lawatan selama tiga hari ke sebuah negara kecil seperti Malaysia. 

Dan sudah tentu ada sebab yang sangat mustahak mengapa Presiden China sanggup membuat lawatan rasmi ke Malaysia bermula 3 Oktober 2013 hingga 5 Oktober 2013 yang lalu...dan inilah yang akan kita bincangkan dalam siri yang akan datang....bersambung.. Link

No comments: