MY GOD ELI-ELOHIM!
Kenyataan Anwar Ibrahim di Gereja Holy Family Church, Kajang pada 16.02.2014 membenarkan kristian mengguna-pakai kalimah Allah sangat bercanggah dengan ketetapan Majlis Syura Ulamak PAS yang dibuat pada 13.01.2013, namun sangat menghairankan masih ada segelintir pimpinan dan ahli PAS yang masih taksub dengan politiking Anwar dan membelakangkan ketetapan Majlis Syura mereka sendiri, na'uzubillah! |
Salam 2 all.
Saya telah secara konsisten menegaskan bahawa pengunaan kalimah ALLAH oleh segelintir pendakyah kristian dalam negara ini sebenarnya adalah salah-penterjemahan perkataan Eli (dalam bibel bahasa Hebrew) dan God (dalam bibel bahasa Inggeris) kepada bahasa Melayu.
Penterjemahan yang betul sebenarnya ialah 'Tuhan', bukannya 'ALLAH'.
Sebab itu Ikrar Pertama dalam Rukunegara ialah 'Kepercayaan kepada Tuhan', bukan 'Kepercayaan kepada Allah'; kerana kefahaman dalam Melayu-Islam, kalimah 'Allah' itu adalah nama khas bagi Tuhan Yang Maha Esa, manakala kalimah 'Tuhan' adalah perkataan am bagi menggambarkan ketuhanan sesuatu kepercayaan.
Dan bagi kaum kristian, penggunaan kalimah ALLAH bukan sebahagian daripada intipati kepercayaan mereka; not the integral part of their faith.
Dalam soal ketuhanan, kaum kristian mempercayai bahawa Jesus adalah manifestasi ketuhanan dalam bentuk Tuhan Bapak, Tuhan Putera dan Ruh Suci, dengan kepercayaan Tuhan Bapak menghantar Anaknya yang Tunggal melalui perantaraan Ruh Suci sebagai penebus Dosa Asal (Original Sin) manusia yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s .
Ini dikenali sebagai konsep ketuhanan triniti - tiga dalam satu - robbus-salis.
Ini sudah pasti bercanggah dengan konsep ketuhanan kepada ALLAH; kerana ALLAH itu adalah Tuhan Yang Tunggal, kepada Dia semuanya bergantung, Dia tidak dilahirkan mahupun melahirkan, dan Dia tidak setara atau sekufu dengan Nya - Al-Ikhlas 1-4.
Malah saya telah membuat penyelidikan kepada bibel dalam bahasa-bahasa antarabangsa yang lain, dan terbukti penggunaan kalimah ALLAH bukan satu penggunaan integral kepada bibel kepecayaan kaum kristian seluruh dunia daripada pelbagai versi dan kepercayaan mereka.
Saya telah mengambil contoh ayat dalam Kitab Perjanjian Baru - The New Testament didalamMatthew 27:46, yang menceritakan detik-detik akhir Jesus menurut kepercayaan kaum kristian yang sedang dipasung diatas salib, bilamana Jesus dicatat sebagai berteriak, dalam bahasa asal beliau:
Eli, Eli, lama sabachthani?
Ini telah diterjemahkan didalam bahasa Inggeris, contohnya dalam bibel versi bahasa InggerisKing James Version sebagai:
My God, My God, why hast thou forsaken me?
Terjemahan bahasa Inggeris seperti inilah yang kemudiannya diterjemahkan ke bahasa-bahasa antarabangsa yang lain seperti berikut:
1. GREEK
ΚΑΤΑ ΜΑΤΘΑΙΟΝ 27:46
SBL Greek New Testament (SBLGNT)
2. ENGLISH
Matthew 27:46
21st Century King James Version (KJ21)
46 And about the ninth hour Jesus cried out with a loud voice, saying, “Eli, Eli, lama sabachthani?” that is to say, “My God, My God, why hast Thou forsaken Me?”
3. HINDI
मत्ती 27:46
Hindi Bible: Easy-to-Read Version (ERV-HI)
46 कोई तीन बजे के आस-पास यीशु ने ऊँचे स्वर में पुकारा “एली, एली, लमा शबक्तनी।” अर्थात्, “मेरे परमेश्वर, मेरे परमेश्वर, तूने मुझे क्यों छोड़ दिया?”
4. ITALIAN
Matteo 27:46
Nuova Riveduta 2006 (NR2006)
46 E, verso l’ora nona, Gesù gridò a gran voce: «Elì, Elì, lamà sabactàni?», cioè: «Dio mio, Dio mio, perché mi hai abbandonato?»[a]
5. LATIN
Matthaeus 27:46
Biblia Sacra Vulgata (VULGATE)
RUMUSAN
Adalah jelas daripada terjemahan perkataan Eli atau God kedalam bahasa-bahasa antarabangsa yang lain, langsung tidak digunakan kalimah Allah. Malah penterjemahan perkataan God ke dalam bibel versi bahasa 'arab juga tidak menggunakan perkataan Allah, sebaliknya digunakan perkataanilahi, ilahi - iaitu tuhanku, tuhanku.
Oleh itu adalah jelas penterjemahan kalimah 'Eli' atau 'God' kedalam bahasa Melayu menggunakan kalimah 'Allah' adalah tidak betul sama sekali.
Malah kalu kita lihat bibel versi bahasa Melayu-Indonesia yang sering dipergunakan oleh para pendakyah kristian ini, jelas bukan semuanya menggunakan kalimah Allah.
Sebaliknya terbukti dalam bibel versi bahasa Melayu-Indonesia keluaran sebuah institusi kristian Indonesia bernama Yayasan Lentera Bangsa 2008 tidak langsung menggunakan kalimah Allah, sebaliknya mereka menggunakan kalimah 'Elohim' dalam menterjemahkan kalimah 'God' kedalam bahasa Melayu-Indonesia.

Berdasarkan itu, dakwaan segelintir pendakyah kristian bahawa pelarangan penggunaan kalimah 'ALLAH' oleh undang-undang Malaysia ke atas mereka sebagai satu pelanggaran hak beragama dan hak asasi mereka adalah TIDAK BERASAS SAMA SEKALI!!!
Penyalah-terjemahan sesuatu perkataan TIDAK TERMASUK DALAM SOAL hak asasi dan hak beragama, tetapi adalah SATU PENCABULAN KEPADA BAHASA ITU!!!
Dakwaan Anwar dan konco-konconya bahawa penggunaan kalimah Allah oleh pendakyah kristian adalah sesuatu yang dibenarkan Islam, kononnya berdasarkan pandangan ulamak tersohor seperti Sheikh Dr. Yusuf Al-Qordhowi adalah langsung tidak relevan.
Ini adalah kerana isu penyalahgunaan kalimah Allah oleh pendakyah kristian di Malaysia bukan soal fiqh atau syariah, tetapi ianya adalah soal bahasa. Dan institusi yang paling tepat untuk dirujuk bukannya ulamak, tetapi Dewan Bahasa & Pustaka dan pakar-pakar bahasa Melayu!
Dan ternyata penterjemahan kalimah Eli dan God kepada Allah dalam bahasa Melayu adalah tidak betul, malah ianya adalah satu salah-terjemahan yang serius.
Mengapa dan kenapa ianya dilakukan sedemikian, saya telah mengupasnya dengan panjang lebar sebelum daripada ini; dan boleh dibaca didalam entri-entri sebelum ini dilaman blog ini. Malahan kajian lebih terperinci dilakukan oleh seorang penyelidik Tuan Haji Abdul Karim Omar. Sila layari kajian terbaru beliau di www.akarimomar.wordpress.com bertajuk 'Niat Puak Gereja Amat Jelas'. Untuk kemudahan saya siarkan artikel tersebut dibawah.
Kepada umat Melayu-Islam, saya mengingatkan diri saya dan diri tuan-puan, janganlah terpedaya dengan mainan jahat, jijik dan kotor segelintir pendakyah kristian yang kini telah berjaya mendapat sokongan politik segelintir politikus-politikus rakus dikalangan kita yang sudah menjadi kaumsummum bukmum 'umyum fahum - Pekak, Bisu & Buta!
Na'uzubillah min zalik!!!
Moga ALLAH swt memelihara iman dan aqidah kita daripada segala fitnah yang melanda...ameen!
Wallahua'lam dan Wassalam.
Adios amigos, grasias.
Zulkifli Bin Noordin
Selasa
02 Jamadil Akhir 1435
02 Apr 2014
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Daripada www.akarimomar.wordpress.com
NIAT PUAK-PUAK GEREJA AMAT JELAS.
Baca laporan (dalam Christianity Today Feb 2011) yang dibincangkan oleh mereka sendiri yang memperakui bahawa pengunaan nama suci Allah, antaranya, adalah satu strategi untuk mendekatkan orang Islam untuk tujuan pemurtadan. (Baca)
Antaranya:
Dan sememangnya ini adalah saranan yang dibuat sejak sekian lama dan diperkuatkan lagi dengan bukti dari tulisan paderi James Barton pada tahun 1918 “It was a strategic move therefore to put into the hands of Moslem peoples, …. copies of Christian Bible …., in their spoken tongue” dan dalam senarai bahasa yang yang dicadangkan oleh Barton untuk diterjemahkan kepada ialah “… Malay, Javanese, …” (dalam bukunya “The Christian Approach To Islam – saya ada naskahnya dan dah baca berulang kali untuk faham strategi mereka ini)
Nasihat saya:
Kepada mereka yang bersungguh sangat “memperjuangkan” kebebasan untuk mengguna istilah-istilah yang lazimnya digunakan oleh umat Islam di negara ini …
… bahawa bukannya kebebasan yang mereka cari tetapi kerja memurtad umat Islam adalah matlamat mereka.
Apakah mereka perjuangkan juga untuk nama suci Allah diguna dalam Bible terjemahan bahasa Inggeris? (Bible Inggeris adalah terjemahan juga – jangan pulak kita kata itu bukan terjemahan!) Atau Bahasa Tamil, Mandarin. Kan nama itu “UNIVERSAL – TUHAN” (yang mereka kata) sekalian manusia ialah ALLAH!
Maka niat pelampau evangelis yang cuba memurtadkan umat Islam dengan cara penipuan amat jelas. Tidak perlulah kita berbalah isu yang sangat mudah difahami hingga tidak sudah-sudah.
Haji Abdul Karim Omar
Kuala Lumpur

“use religious vocabulary familiar to Muslims”Ironinya dalam hal ini, mengikut laporan itu, ramai di kalangan paderi mereka sendiri yang tidak setuju dengan kalimah Allah diguna dalam Bible – tetapi dek kerana tujuan mudah memurtadkan umat Islam dengan cara ini – mereka setuju diguna sementara istilah ini.
“Once these are removed, many Muslims are quite open and interested in knowing more about Jesus”.
“Muslims reading Scripture for the first time won’t immediately reject the Bible as foreign to their culture
Dan sememangnya ini adalah saranan yang dibuat sejak sekian lama dan diperkuatkan lagi dengan bukti dari tulisan paderi James Barton pada tahun 1918 “It was a strategic move therefore to put into the hands of Moslem peoples, …. copies of Christian Bible …., in their spoken tongue” dan dalam senarai bahasa yang yang dicadangkan oleh Barton untuk diterjemahkan kepada ialah “… Malay, Javanese, …” (dalam bukunya “The Christian Approach To Islam – saya ada naskahnya dan dah baca berulang kali untuk faham strategi mereka ini)
Nasihat saya:
Kepada mereka yang bersungguh sangat “memperjuangkan” kebebasan untuk mengguna istilah-istilah yang lazimnya digunakan oleh umat Islam di negara ini …
… bahawa bukannya kebebasan yang mereka cari tetapi kerja memurtad umat Islam adalah matlamat mereka.
Apakah mereka perjuangkan juga untuk nama suci Allah diguna dalam Bible terjemahan bahasa Inggeris? (Bible Inggeris adalah terjemahan juga – jangan pulak kita kata itu bukan terjemahan!) Atau Bahasa Tamil, Mandarin. Kan nama itu “UNIVERSAL – TUHAN” (yang mereka kata) sekalian manusia ialah ALLAH!
Maka niat pelampau evangelis yang cuba memurtadkan umat Islam dengan cara penipuan amat jelas. Tidak perlulah kita berbalah isu yang sangat mudah difahami hingga tidak sudah-sudah.
Haji Abdul Karim Omar
Kuala Lumpur
No comments:
Post a Comment