NUFFNANG

Monday, 22 July 2013

MELAMPAU ! KIT SIANG DAP & PORTAL BERITA CURAH MINYAK KE ATAS API KEMARAHAN UMAT ISLAM MALAYSIA..

MELAMPAU ! KIT SIANG DAP & PORTAL BERITA CURAH MINYAK KE ATAS API KEMARAHAN UMAT ISLAM MALAYSIA...


Lim Kit Siang memang cekap. Jika tidak cekap, mustahil untuk beliau dan parti DAP bangkit semula setelah menghina mengusir bangsa Melayu dan berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. 

Jika tidak cekap, sukar untuk anak beliau berada di jawatan yang tinggi di dalam parti dan negeri Pulau Pinang. Nepotisme dan kronisme mekar subur dalam parti yang dilabelkan rasis dan chauvinis itu.

Dan apabila umat Islam bangkit marah dengan sikap kurang ajar dan bodoh pasangan porno Alvin dan Vivian, Lim Kit Siang sekali lagi menunjukkan cekap beliau. Begitu juga dengan portal pro-pembangkang, cekap.


Bukannya mahu meredakan kemarahan umat Islam tetapi Kit Siang DAP dan portal pro-pembangkang mencurah minyak ke api apabila menyiarkan artikel bertajuk 'I am Muslim and I am not that offended' yang diragui sumbernya. Dan 'sumber' itu daripada Singapura bernama 'Young Singapore Muslim' !







Tetapi sebelum kita mulakan dengan mengkritik atau mengutuk pandangan 'Young Singaporean Muslim', sumber yang diragui dan diceduk daripada Singapura itu, mungkinkah itu tujuan sebenar veteran DAP dan portalpro-pembangkang? 

Mungkinkah mereka sengaja mahu kita mengkritik atau mengutuk dan melaga-lagakanbrotherhood sesama umat Islam, jika benarlah 'Young Singaporean Muslim' itu orang Islam?  

Jika tidak, apakah muslihat Lim Kit Siang DAP dan portal pro-pembangkang menyiarkan artikel daripada Singapura itu dan hanya dalam bahasa Inggeris ?

Apakah mereka mahu pembaca artikel itu menganggap umat Islam di negara Malaysia ini tidak tolerans, terlalu konservatif dan terlebih lenting kerana 'Young Singaporean Muslim' tidak 'tersinggung' langsung?

Apakah mereka mahu membuat perbandingan umat Islam di negara ini dengan negara Singapura? Singapura lagi best kerana rakyat di sana tolerans dengan penghinaan-penghinaan yang disengajakan dalam bulan Ramadan yang mulia ini?

Kepada Lim Kit Siang DAP yang panjang umur selepas peristiwa 13 Mei dan politik negara, apakah umat Islam di negara ini benar-benar tidak tolerans, terlalu konservatif dan terlebih lenting?

Lebih-lebih lagi portal pro-pembangkang, The Malaysian Insider yang dilihat sengaja menguris hati Muslim di negara ini. 

Artikel dari The Real Singapore itu tidak sahih dan sumbernya tidak arif dengan senario negara ini, kronologi isu pasangan biadap itu dan betapa teruknya Islam dihina dalam media sosial di negara ini.



Yang lebih meragukan tentang artikel dalam portal Singapura itu ialah si penulis tidak mahu identitinya didedahkan kerana kononnya pandangannya 'tidak sama dengan kebanyakan Muslim yang lebih tua dan konservatif'.




Di situ sahaja kita semua sudah meragui kesahihan artikel itu. MiM percaya Lim Kit Siang DAP dan The Malaysian Insider tahu tentang perkara fundamental ini tetapi mereka tidak peduli. Lim Kit Siang DAP dan The Malaysian Insider siarkan juga.

Bukankah itu kurang ajar namanya seperti pasangan porno Alvivi yang tahu babi haram di sisi Islam tetapi masih juga mahu pakai 'Bak Kut Teh' dan tanda halal ?

MiM sarankan kepada Lim Kit Siang DAP dan The Malaysian Insider supaya padamkan artikel itu dengan kadar segera jika benar-benar sensitif dengan perasaan umat di negara ini, bukannya negara Singapura. Jangan curah minyak ke atas api kemarahan umat Islam negara ini dengan melaga-lagakan dengan negara jiran.

Jijik dan jahat sangat nampaknya.

Jika benar-benar true Malaysian dan walk their talk, mereka akan padamkan artikel itu.

source : Dr MiM

No comments: