ANWAR LEGA KARPAL MASUK HOSPITAL BERJAYA TANGGUH KES LIWAT
![]() |
| LEGA A A AR |
Menurut peguam Ram Karpal, bapanya masih terlantar di hospital. Sepanjang minggu lalu, Karpal juga dilaporkan berada di Hospital Kuala Lumpur.
Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada tiga hakim bersetuju menangguhkan perbicaraan itu selepas bersidang kira-kira 10 minit.
Mahkamah Rayuan sebelum ini menetapkan dua hari bermula hari ini bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya itu.
Pada 9 Januari tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat Mohd Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansarara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Anwar, 65, yang juga ketua pembangkang dan ahli Parlimen Permatang Pauh, didakwa mengikut Seksyen 337B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
source : mymassa

No comments:
Post a Comment