NUFFNANG

Wednesday, 24 July 2013

HOT ! KAMALANATHAN MELOMPAT NAK JADI HERO ISU MAKAN BILIK PERSALINAN !

HOT ! KAMALANATHAN MELOMPAT NAK JADI HERO ISU MAKAN BILIK PERSALINAN !



GPB amat tidak bersetuju dengan tindakan Timb Menteri Pendidikan  P Kamalanathan yang cepat melompat dalam isu pelajar makan di bilik persalinan sekolah ini  .

Kalau nak jadi hero kaum India  pun , lihat dan siasat dulu punca sebenar permasalahan ini .  Jangan hanya mendengar  sebelah pihak yang mahu jadikan  isu ini sebagai perkauman dan Pak Menteri  pulak masa ni la nak tunjuk kuasanya .

Jika kita melihat pendedahan blog Mazidul , timbul persoalan   kalau Guru & murid  berbangsa Melayu yang tidak berpuasa  boleh  makan di bilik persalinan itu untuk  sementara , mengapa tiba-tiba bila pelajar bukan Islam makan di situ terus meletop isu ini ?

Kamalanathan cakap memang senang ( no food allowed )  untuk pindahkan tempat makan sementara yang lebih munasabah , tapi adakah Kementerian peduli hal ini ??

Kalau nak kena keluarkan bajet memang payah la .   Tak kan nak guna bilik darjah sebagai tempat sementara walhal pelajar di situ seramai 1000 orang .

Bagi GPB isu ini kecil sahaja dan Guru Besar selaku orang yang membuat keputusan itu telah memikirkan sebaiknya .  Tapi bila isu ini dijadikan isu perkauman dan yang melompat pulak Pak Menteri yang jadi MP hasil ehsan sokongan orang Melayu telah  berlagak hero ,lagi panas la sampai nak ambil tindakan terhadap guru sekolah berkenaan .

guru Melayu makan di sini mengapa Pak Menteri tak melompat 
" No food allowed " 


Kementerian Pendidikan mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, ke tempat lebih bersih dan munasabah.

Timbalan Menteri Pendidikan P. Kamalanathan berkata menjadikan bilik persalinan sebagai tempat makan sementara untuk para pelajar bukan beragama Islam pada bulan Ramadan adalah tidak sesuai sama sekali.

"Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

"Ia hanya bilik persalinan dan bukanlah tandas. Walaupun ia bilik persalinan, itu bukanlah tempat untuk kita makan, no foods allowed," tegasnya sambil berkata beliau difahamkan kantin sekolah itu baru memulakan proses penambahbaikan hari ini.

Beliau mengulas dakwaan kononnya murid bukan Islam di sebuah sekolah rendah dipaksa makan di tandas semasa Ramadan.

Gambar yang tersebar di laman sosial memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja.

Kamalanathan berkata: "Sekiranya pengusaha kantin tidak mahu beroperasi pada bulan Ramadan, pihak sekolah boleh melantik pengurusan kantin sementara.

"Sekiranya kantin dalam proses baik pulih, mereka harus mencari lokasi yang sesuai di mana ada keperluan untuk sesebuah kantin seperti tempat yang bersih, ada tempat untuk mencuci tangan dan ada tempat duduk untuk makan dan minum."

Sambil memohon maaf sekiranya apa yang berlaku mewujudkan perasaan tidak selesa dalam kalangan ibu bapa, timbalan menteri itu berharap kejadian seumpama itu tidak berulang. - BERNAMA

No comments: