ARTIKEL MENARIK SEMPENA HARI LAHIR KE 89 AYAHANDA TUN DR MAHATHIR - WAJIB BACA
banyak diperkatakan. Meskipun dia tidak memimpin bala tentera dan berperang seperti Stalin,
Kar Marx, Hitler, Churcill mahupun Patton atau Arthur, malah banyak pula pihak yang mempertikaikan
agama dan amalannya, namun lelaki yang dilahirkan dari kalangan keluarga bekas Menteri Besar
Kedah yang terkenal dengan pembinaan Terusan Wan Mat Saman selain hubung kait dengan
keluarga Mahsuri, tetap terkenal di seluruh dunia walaupun dia telah lama meninggalkan perkhidmatan dan pentadbiran awam.
Walaupun pemujanya meletakkan namanya begitu sayup tinggi mencecah awan, namun sepanjang
Walaupun pemujanya meletakkan namanya begitu sayup tinggi mencecah awan, namun sepanjang
pentadbirannya, Mahathir sama seperti manusia yang lain tidak lepas daripada melakukan kesilapan.
Namun kesilapan tersebut ditebusnya dengan banyak kaedah bagi menambahbaik keadaan
dalam negara ini.
Daripada orang Melayu bertangga gaji puratanya RM180 sebulan, hanya dalam tempoh 1981-1984,
Daripada orang Melayu bertangga gaji puratanya RM180 sebulan, hanya dalam tempoh 1981-1984,
tangga gaji RM450 sudah mula dikecapi. Dan pada penghujung pentadbirannya, kebanyakan
orang Melayu sudah terlupa tentang menjala ikan, bersembang dengan rokok daun dan tembakau
cap kerengga, berjalan kaki keluar ke pekan, malah kebanyakan orang Melayu yang dahulunya totok jumud, semakin terbuka dan berasakan pemimpin-pemimpin negara tidak lebih bijak daripada
mereka sendiri.
Hasil dan dasar pentadbirannya jugalah yang membuatkan anak-anak muda Melayu mempunyai
Hasil dan dasar pentadbirannya jugalah yang membuatkan anak-anak muda Melayu mempunyai
lebih banyak masa lapang untuk merungut dan melihat keburukan orang lain tanpa menilai pencapaian
diri hasil daripada pelbagai peluang yang diwujudkan. Hasil dan dasar pentadbirannya jugalah
membuatkan kebanyakan anak muda Melayu yang tidak pernah hidup dalam kesusahan seperti
ibu bapa dan datuk nenek mereka sebelum 1984, menganggap mereka sekarang tertekan dan
dizalimi.
Katalah apa pun, yang pasti dunia mengiktirafnya. Walau seburuk manapun kesilapan yang pernah
Katalah apa pun, yang pasti dunia mengiktirafnya. Walau seburuk manapun kesilapan yang pernah
dilakukan sepanjang pentadbirannya, Malaysia tidak akan berada pada takah sekarang kalau dia mendengar bantahan, rungutan atau momokan daripada Lim Kit Siang dan konco-konconya.
Malah Malaysia tidak akan berdiri di atas kaki sendiri jikalau dia terus lemah dengan penghinaan
demi penghinaan yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew di seberang tambak sana dan tidak
mewujudkan kemandirian seperti Pelabuhan Tanjung Pelepas, KLIA dan sebagainya selain giat
membawa masuk pelabur dari luar untuk meningkatkan tangga gaji dan status sosial rakyat
Malaysia.
Dan sekarang, rata-rata rakyat Malaysia tidak lagi bercakap tentang gaji RM300 atau berpusu-pusu
Dan sekarang, rata-rata rakyat Malaysia tidak lagi bercakap tentang gaji RM300 atau berpusu-pusu
ke seberang tambak untuk membeli limau oren atau laici dalam tin lagi.
Permusuhannya dengan Zionis ketara menerusi serangan demi serangan yang dilakukan oleh
Permusuhannya dengan Zionis ketara menerusi serangan demi serangan yang dilakukan oleh
Zionis dan konco-konco mereka kepada Mahathir. Dan Mahathir tidak menggunakan kelancangannya
semata-mata tetapi sebaliknya memberikan 'bantuan sewajarnya' sehinggakan
Allahyarham Yasser Arafat, Allahyarham Alija Izetbegovic, Haris Silajdzic dan beberapa orang tokoh pemimpin dari negara Islam yang bergolak, datang ke negara ini untuk
berterima kasih kepada Malaysia.
Palestin, Bosnia, Kosovo, Chechnya, Selatan Thailand, Selatan Filipina bahkan Afghanistan
Palestin, Bosnia, Kosovo, Chechnya, Selatan Thailand, Selatan Filipina bahkan Afghanistan
dan Farrah Aidid Ethiopia mempunyai thumb-print Mahathir. Kebanyakan anggota-anggota
PENGAMAN PBB dari Malaysia seringkali menceritakan perkara berkenaan, terutama sekali
selepas kargo yang dibawa menggunakan sebuah kapal yang didaftarkan di Greece, dijarah oleh
tentera Israel beberapa tahun dahulu kerana disyaki membawa bantuan senjata dan peluru untuk
Gaza dan Tebing Barat.
Tetapi si tua yang menyambut harijadinya yang ke-89 hari ini (secara rasmi), tidak pernah mendabik
Tetapi si tua yang menyambut harijadinya yang ke-89 hari ini (secara rasmi), tidak pernah mendabik
dada tentang hal tersebut biarpun dia terus diberikan pelbagai cop dan status.
Ramai juga yang masih ingat kisah dia berjalan kaki dari Seri Perdana lama ke Parlimen yang
Ramai juga yang masih ingat kisah dia berjalan kaki dari Seri Perdana lama ke Parlimen yang
kemudian cuba ditiru oleh Ahli-Ahli Parlimen yang bersikap mengampu dan membodek. Ramai
juga yang masih ingat bagaimana dia menutup mulut Lim Kit Siang dengan membawa Lim Kit Siang
menyaksikan pelancaran Satelit pertama Malaysia. Ramai yang masih ingat, dia berjalan kaki seorang
diri atau ditemani oleh pengawal yang tidak kelihatan di jalan raya sekitarKuala Lumpur. Dan ramai
juga yang masih ingat tentang 'kegemarannya' meninjau projek-projek besar seperti PLUS,
LRT Putra dan STAR, kenaikan harga dan barangan di pasaran secara peribadi tanpa banyak
publisiti.
Kita tidak menyamakan Mahathir dengan Umar Abdul Aziz. Taraf kedua-duanya jauh berbeza.
Kita tidak menyamakan Mahathir dengan Umar Abdul Aziz. Taraf kedua-duanya jauh berbeza.
Tetapi sebaik-baik pemerintahan Umar Abdul Aziz, kebaikannya yang berganda-ganda itu akhirnya
dibalas dengan pembunuhan khalifah Bani Umaiyyah itu.
Walau apa pun yang pernah dilakukan oleh Mahathir sama ada disukai atau tidak disukai oleh rakyat negara ini, sememangnya dia adalah seorang NEGARAWAN.
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-89, TUN!!!
HOUSE PK: Aku nak cakap benda yang sama, tapi Flying Kick dah tulis maka aku pun kopipes

la dari blog dia buat Ayahanda tercinta Tun Dr Mahathir
No comments:
Post a Comment