NUFFNANG

Thursday 3 July 2014

MESTI BACA !! PESANAN ANWAR DAN CERITA PETRONAS

PESANAN ANWAR DAN CERITA PETRONAS

Pesanan DS Anwar Ibrahim Kepada Orang Melayu
Saya bukanlah ahli ekonomi ataupun ahli bisnesman yang bekerja untuk 
membuat keuntungan seberapa banyak. Jika saya CEO Petronas, nescaya 
saya akan beri penekanan kepada aspek kenegaraan di mana terbinanya 
Petronas dahulu bukanlah atas misi keuntungan semata-mata, tetapi 
dengan suatu matlamat yang sangat murni. Orang yang buta sejarah tidak 
akan faham apa makna murni dalam konteks nation building!

Saya tidak akan menulis tentang jumlah keuntungan, angkubah keuntungan, jumlah aset, jumlah kos dan apa jua angka-angka yang ada, kerana 
keuntungan bagi saya bukan terletak sebanyak mana jumlah keuntungan diperolehi Petronas. Keuntungan bagi saya ialah sebanyak mana Petronas 
berjaya menghasilkan orang-orang Melayu dan Muslim yang berpendidikan-wibawa, yang mana mereka ini tidak akan lupa diri sehingga sanggup memperlecehkan bangsanya sendiri.

Saya yakin jika manusia seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menjadi 
CEO Petronas, tidak akan ada masjid yang lusuh dalam Malaysia ini. Saya 
juga yakin golongan yang berpendapatan rendah dengan majoritinya 
Bumiputera pasti akan mendapat pembiayaan pendidikan percuma di 
peringkat Diploma, Ijazah sehinggalah ke peringkat PhD. Bukannya 
memilih-milih yang terbaik sahaja dalam keputusan akademik SPM untuk 
dihantar ke luar negara, tetapi memilih sesiapa sahaja rakyat Malaysia 
yang berpotensi yang memerlukan biasiswa kerana mereka adalah aset 
negara pada masa hadapan. Seperti kata Perdana Menteri kita, "every 
single person" sangat penting kepada negara!

Kehidupan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang sukar semasa kecil 
sehingga mengorbankan pendidikannya sendiri kepada adik-adiknya telah memahat jiwanya untuk menjadi Muslim yang prihatin, Melayu yang tidak 
lupa daratan dan bangsa Malaysia yang bertanggungjawab kepada negara.

Malah, saya sangat yakin, jika Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menjadi 
CEO Petronas, tidak akan ada syarikat Bumiputera yang diketepikan 
untuk diganti dengan syarikat lain yang kononnya lebih kompeten dan 
memenuhi merit. Bagi saya, perniagaan bukan setakat untung rugi sahaja, sebaliknya apakah bisnes nasional itu akan membentuk negarabangsa 
yang Islamik, patriotik dan nasionalistik. Apakah Petronas boleh mengaum 
di dunia antarabangsa jika pengasasnya tidak mempunyai kesedaran 
kenegaraan yang tinggi?

Apakah makna keuntungan di mata orang bisnes dan di mata para 
marhaen? Keuntungan di mata orang bisnes barangkali akan 
membolehkan mereka menerima imbuhan dan bonus tahunan 5 bulan 
atau paling kurang 6 bulan setiap tahun. Kepada golongan Marhaen, 
makna keuntungan yang digembar-gemburkan oleh Petronas itu sebenarnya empty kerana mereka masih membeli minyak kereta yang 
mahal di pasaran walaupun setiap tahun Petronas mengagungkan 
keuntungan yang berlipat-ganda.
Petronas Juga Boleh Dibeli Oleh Exxon, China Petroleum dan Israel Petroleum Company (IPC)?
Janganlah beri alasan itu kerja kerajaan untuk menurunkan harga minyak, 
bagi kita jika seseorang itu hebat mencipta keuntungan, mengapakah keuntungan itu tidak disalurkan kepada subsidi bahan bakar supaya 
kerajaan boleh memberikan subsidi contohnya kepada RM1.50 per liter 
bukannya RM0.70 per liter? Mengapa tidak berjaya meyakinkan kerajaan 
bahawa Petronas mampu membantu kerajaan dengan menampung subsidi 
yang lebih tinggi?

Bagi kita rakyat biasa, bonus sebanyak 6 bulan gaji atau 12 bulan gaji 
adalah bonus gila yang tidak masuk akal! Perdana Menteri sendiri sejak 
tahun 1957 tidak pernah menerima bonus melebihi dua bulan gaji! Jika 
Petronas itu dikatakan hak semua rakyat Malaysia, pulangkan bonus yang 
tak masuk akal itu, ikutlah cara kerajaan memberi bonus berpada-pada 
sebulan atau dua bulan gaji sahaja. Bayangkan, jika gaji seseorang di 
Petronas mencecah RM25,000 atau RM50,000 sebulan, jika bonusnya 12 
bulan gaji setiap tahun, anda kira sendirilah? Kesannya adakah rakyat 
akan melempiaskan kemarahan dan kebencian mereka kepada Petronas 
atau kepada Kerajaan? 

Petronas kena ingat, semua warga kampung, guru-guru, peladang, 
pemandu teksi, jaga, tentera, polis malah kereta-kereta kerajaan mengisi 
minyak kenderaan di stesen-stesen Petronas. Mereka turut memberi 
keuntungan kepada Petronas! Adakah anda pernah membuat pengamatan, mengapakah rakyat kurang mengisi minyak di stesen BP, Esso dan Shell? Jawapannya mudah, kerana rakyat mempunyai nilai Kenegaraan, Nation 
Building, Patriotik, Nasionalistik dengan memilih stesen Petronas kerana 
bagi mereka Petronas adalah Malaysia dan Malaysia itu terasnya Melayu. 
Malang sekali jika Petronas tidak memahami gambaran ini!

Begitu juga isu Royalti kepada negeri Sabah dan Sarawak, juga Kelantan 
dan Terenggganu. Saya tidak pernah dengar idea-idea daripada Petronas 
untuk membantu kerajaan untuk menyelesaikan isu tersebut? Pernahkah 
anda mendengarnya? DS Najib tidak pernah berkata tidak kepada tuntutan Royalti minyak oleh negeri-negeri tersebut, dan saya tidak hairan jika 
DS Najib memecah sejarah sebagai Perdana Menteri yang menyelesaikan 
isu ini. Soalnya, di mana peranan Petronas dalam konteks nation building 
untuk menyelesaika isu iniJika kerajaan lewat menyelesaikan isu ini, sekali 
lagi rakyat akan menyalahkan Petronas atau menyalahkan kerajaan?

Di Sabah dan di Sarawak, kenderaan persendirian, bas dan teksi masih menggunakan minyak petrol yang sudah tentu mahal. Walhal di 
Semenanjung Malaysia, teksi dan kenderaan persendirian sudah lama mengggunakan NGV yang lebih murah, jimat dan menguntungkan mereka. Janganlah beri jawapan masalah logistik dan sebagainya, kerana zaman 
sekarang semua perkara boleh dilakukan, melainkan otak jumud tiada idea. Isunya di mata rakyat Sabah dan Sarawak ialah Petronas menganak-tirikan 
hak mereka untuk menikmati kemerdekaan negara. Jika saya CEO Petronas,
 saya akan mengarahkan supaya stesen-stesen minyak di Sabah/Sarawak 
juga menyediakan NGV untuk kenderaan mereka. Janganlah hendak menipu rakyat di Sabah/Sarawak, saya pun tahu kapal-kapal ada membawa minyak Petronas ke Sabah/Sarawak. Apakah kapal-kapal itu tidak ada teknologi 
untuk membawa NGV?

Semasa saya bertemu Tun Dr. Mahathir di Bangunan Berkembar Petronas 
(ketika itu Tun Dr. Mahathir sebagai Penasihat Petronas) pada tahun 2012, 
saya berdiri di tingkat 88 itu dengan satu perasaan yang hebat kepada 
Petronas. Sebagai seorang Melayu, Muslim dan rakyat Malaysia, saya 
sangat berbangga kejayaan Petronas adalah kerana perjuangan dan 
airmata darah orang-orang yang terdahulu. Sebaliknya, hari ini ada 
orang sudah lupa, bahawa kerana atas nama Melayulah anda dilantik 
menjadi CEO Petronas, bukannya semata-mata kerana diri kamu. Adakah 
anda yakin anda akan dilantik menjadi CEO syarikat lain dengan hanya berbekalkan sijil-sijil anda?

Oleh itu, jika pun hendak menjadi liberalis dan liberalistik, janganlah 
bersombong dengan kejayaan yang sebenarnya telah dibina asasnya oleh 
orang-orang yang terdahulu! Jika esok CEO Petronas seorang yang cacat penglihatannya pun, Petronas tidak akan bankrap kerana asas-asasnya 
sudah dibina sejak sekian lama. Jadi, tiada guna untuk bermegah-megah.

Tan Sri Halim Saad, dahulunya taikun lebuhraya dan pelbagai bisnes, 
beliau pernah jatuh dalam tempoh yang agak lama dan kini membangunkan sendiri syarikat minyaknya, beliau semakin berjaya dan saya yakin beliau 
akan kembali ke persada CEO terbaik Bumiputera tidak lama lagi. Kalau 
sesiapa mengakui dirinya terhebat tanpa bantuan kerajaan, silalah buktikan, binalah syarikat sendiri dan bangunkan sehingga berjaya sebagaimana 
dibuktikan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, Tan Sri Halim Saad, 
Tan Sri Azman Hashim dan sebagainya.

Akhir kata, marilah kita menghayati pesanan bersejarah DS Anwar Ibrahim 
di bawah, khususnya kepada mereka yang mudah lupa.

Sama ada kerajaan akan menggantikan CEO Petronas kepada mereka yang 
lebih sesuai, itu terserah kepada kerajaan. Kita rakyat biasa hanya 
memberi pandangan sahaja.


Pesanan Berharga DS Anwar Ibrahim Kepada Orang Melayu



source : mymassa

No comments: