NUFFNANG

Friday 11 July 2014

DOA-4-GAZA

DOA-4-GAZA

DOA KU BERSAMA MU GAZA

Gaza
Bumi para anbiya
Kelahiran para ulama
Tanah yang diberkati
Langit yang menjadi saksi
Mukjizat Rasul & Nabi

Gaza
Bumi mu berdarah
Peluru dimuntah
Umat dimamah
Tanah merekah merah
Di baham zionis haram jadah

Gaza
Bumi mu menangis,
Angkara zionis
Anak-anak mu ditumis
Tanah mu berkudis
Umat mu habis di gilis

Mana saudara se-kiblat mu?
Mana jiran se-kitab mu?
Mana pembela se-aqidah mu?
Mana pengganti ‘Umar Al Khattab?
Mana pengganti Ali Abi Tolib?
Mana pengganti Salahudin Al Ayyubi?
Mana pengganti Muhammad Al-Fateh?
Dimana mereka Gaza?
Aduhai Gaza
Kau bersendirian
Sekadar batu dan lastik
Sekadar doa dan semangat
Kau bangkit berjihad
Intifadah menjadi pengubat

Jiran mu yang semut berjuta
Saudara mu yang qorun-raya
Sekadar mampu menghantar doa
Diiringi baju selimut gebar
Hanya mampu mengutuk zionis
Sambil memuntah asap rokok Yahudis!

Aduhai Gaza
Kau cermin umat masakini
Dayus, bacul menjubah diri
Ukhwah perpaduan diterajang ke-tepi
Angkara gila kuasa..gila kerusi
Terpukau perangkap
Barat Yahudi

Namun Gaza
Malam ini jiwa ku meledak,
Langit terbelah
Dibanjiri tsunami syahid yang marak
Berang ku terbakar ke puncak
Bukan  sekadar menjadi penyalak
Atau sekadar muffler melilit tengkok

Kerana aku sudah tidak gentar
Pada peluru zionis yang ketar
Aku mendengarmu Gaza
Dan aku tetap akur mendengar

Intifadah…intifadah…intifadah…

Kesetiap penjuru tak bertepi
Aku bukan sekadar pandir
Mengiya fitnah parasit hanyir
Penyujud na’am zionis kafir

Kerana aku lasykar Yang Maha Esa
Kerana aku soldadu Maha Pencipta
Jiwa yang mengenal si-kitol derhaka
Antara parasit berserban lilit
Antara pak yangoat berjubah meleret

Nanti waris bersoaltanya
Di atas kuburan merah menyala

Mengapa Gaza di biar sendirian
Tanpa pembelaan
tanpa penentangan

Sedang umat bak buih dilautan
Sekadar ramai bertakbir sakan
Tapi berpecah tanpa sempadan

Mengejar kilauan kalkatu kerakusan
Yang batil yang palsu menjadi idaman

Namun intifadah itu mutlak
Akan menjadi keramat yang hak
Biar disekat biar dihambat
Parasit zionis kalkatus keparat

Aku bersama mu Gaza
Dan aku aalah lasykar
Aku adalah soljar
Bersama mu menegakkan

Intifadah..intifadah..intifadah..!!!

Biar dipagar tembok dan besi
Zionis yang makin menikus
Dikelilingi parasit yang rakus

Menentang arus hangat semangat jihad
Jiwa syahid yang lama tersekat
Pasti bangkit menentang keparat

Mahkamah ALLAH menjadi penyukat
Menghakimi antara pejuang dan petualang
Antara lasykar dan parasit
Antara penjahat dan mujahid
Antara soljar dan penderhaka
Antara yang betul dengan si-kitol

Aku mendengar mu Gaza
Aku bersama mu Gaza
Aku doakan mu Gaza

ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar! ALLAH hu akbar!


Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
13 Ramadhan 1435
11 Julai 2014 

No comments: