NUFFNANG

Friday 25 July 2014

DERHAKA DEMOKRAZY!

DERHAKA DEMOKRAZY!

Bang Non, hang laki aku. Hang pengerusikan mesyuarat lantik aku jadi MB? Anak kita si Nurul pun hadir mesyuarat? Takpa ke buat macam tu Bang Non? Jah kompius ni...fenin...fenin!!! Aaahhh...aku pedul apa!, Macam kata Faekah, ikut suka aku lar!!!
Salam  2 all.

Saya merujuk kepada pengumuman oleh Anwar Ibrahim selepas mesyuarat liwat malam 22.07.2014 lepas mengenai keputusan untuk mengenepikan Tan Sri Khalid Ibrahim dan melantik isterinya Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Dalam keadaan Dato' Sri Najib berjaya mengadakan mesyuarat dan perjanjian dengan Alexander Barodai untuk mendapatkan semula jenazah dan mayat mangsa MH017, Anwar Ibrahim sibuk mengadakan mesyuarat untuk mendapatkan jawatan MB bagi Wan Azizah isterinya sendiri!

Pada saya, pengumuman perlantikan Azizah sebagai MB oleh lakinya sendiri sangat tidak profesional dan bercanggah dengan prinsip musyawarah, demokrasi, transperansi, ketelusan dan keterbukaan yang sering dilaungkan oleh Anwar dan pembangkang kerana:

1. DERHAKA POLITIK - Pada saya, pengumuman perlantikan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor itu adalah penderhakaan politik dan satu penghinaan kepada Tuanku Sultan Selangor - kerana ianya mendahului dan melangkaui kuasa dan bidangkuasa Tuanku Sultan Selangor. Adakah Anwar dan PKR jahil dan bodoh dalam soal undang-undang tubuh dan perlembagaan Negeri Selangor serta kuasa Tuanku Sultan?

Hanya Tuanku Sultan Selangor, dan tiada siapa selain Baginda, yang mempunyai kuasa mutlak dan kata putus yang muktamad mengenai siapa yang boleh dan layak dilantik menjadi Menteri Besar Selangor berdasarkan ciri-ciri dan syarat yang telah diperuntukkan didalam Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Selangor.

Mengumum dan menghebahkan nama Wan Azizah sebagai Menteri Besar sebelum dipersembahkan dan diperkenan oleh Tuanku Sultan dalam keadaan sudah ada Menteri Besar yang sudah diperkenan dan dilantik oleh Tuanku Sultan adalah satu penderhakaan politik dan penghinaan kepada kuasa Tuanku.

2. KORUPSI - Adalah jelas Anwar telah melakukan satu kesalahan korupsi politik dan salahguna kuasa kerana dia yang mempengerusikan mesyuarat MPT PKR yang melantik Wan Azizah sedangkan Anwar adalah suami dan Wan Azizah adalah isterinya.

Sudah tentu ini adalah konflik kepentingan keluarga yang jelas. Malah dalam undang-undang adalah menjadi satu kesalahan korupsi bagi seorang mempengerusikan atau mengambil bahagian dalam apa-apa mesyuarat yang mana ahli keluarganya ada kepentingan!

Tindakan Anwar mempengerusikan mesyuarat MPT dan mengambil bahagian secara aktif untuk mencapai keputusan melantik Wan Azizah isterinya sebagai MB adalah satu amalan korupsi politik dan salahguna kuasa yang jelas!
3. KEPUTUSAN KELUARGA - Tindak-tanduk Anwar mempengerusikan mesyuarat MPT yang melantik isterinya Azizah sebagai MB juga memberi persepsi bahawa ini adalah 'keputusan keluarga Anwar' - family decision making process! Apatah lagi Nurul Izzah anak Anwar-Azizah adalah Naib Presiden yang juga ahli mesyuarat MPT.

Kini timbul persoalan dikalangan ahli akar umbi adakah Anwar dan Nurul Izzah mempengaruhi musyawarah dan proses membuat keputusan melantik isterniya sebagai MB Selangor? Dan adakah keputusan sudah pun dibuat didalam kelambu keluarga mereka sebelum dibawa ke mesyuarat MPT yang dipengerusikan Anwar?

Ini semua persoalan yang ahli akar umbi PKR berhak tahu dan Anwar bertanggungjawab memberikan jawapan dan penjelasan kepada ahli akar umbi.

4. HINA AHLI AKAR UMBI - Ini membawa kita kepada persoalan hak ahli akar umbi PKR dalam proses pemecatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB. Ini adalah kerana tiada langsung sebab yang menasabah untuk memecat Tan Sri Khalid, kerana dia berjaya membawa pakatan DAP-PKR-PAS mendapat majoriti 2/3 dalam PRU-13. Dan sekiranya terlalu perlu menggantikan beliau pun, mengapa Wan Azizah? Sedangkan Anwar sendiri menyatakan bahawa ramai ADUN PKR yang layak dilantik menjadi MB!

Adalah jelas proses pembuatan keputusan melantik Azizah sebagai MB telah melangar segala prinsip dan proses musyawarah, demokrasi, transparensi, keterbukaan dan ketelusan sebagaimana yang selalu dilaungkan Anwar dan pembangkang. Keputusan sebesar ini, untuk memecat Tan Sri Khalid dan melantik Wan Azizah sebagai MB, sepatutnya diserahkan kepada ahli untuk membuat keputusan dan memberi mandat.

5. EGM - Berdasarkan itu, saya mencabar Anwar supaya memanggil dan mengadakan suatu EGM (Mesyuarat Agong Khas) untuk mendapatkan mandat jelas daripada ahli akar umbi dan para perwakilan untuk samada memecat Tan Sri Khalid Ibrahim dan melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor. Benarkan ahli akar umbi menyatakan pendirian mereka!

Ahli akar umbi sepatutnya diberikan hak untuk menentukan siapa yang layak untuk menjadi MB Selangor. Hak mereka mesti dihormati. Hak mereka mesti dikembalikan!

Jadi saya menyeru kepada semua ahli akar umbi PKR - tuntutlah hak kamu! Janganlah jadi dayus sehingga langsung tidak berani bersuara mempertahankan hak kamu.

Wallahua'lam dan Wassalam.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
26 Ramadhan 1435
24 Julai 2014

No comments: