NUFFNANG

Friday 20 June 2014

MALANG SEKALI TIDAK ADA SATU BIJIK PUN EXCO ISLAM SELANGOR BERANI BUKA MULUT

TIDAK ADA SATU BIJIK PUN EXCO ISLAM SELANGOR BERANI BUKA MULUT


ISLAM DIPERLEKEH KERANANYA

Umat Islam hari ini mempersoalkan sikap membisu Exco Agama kerajaan 
negeri, Sallehen Mukhyi dalam penyelesaian isu rampasan bible versi 
Bahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Januari lalu.
“Di Selangor kita ada eksekutif exco yang bertanggungjawab dalam Islam, 
jadi apa yang Exco ini buat?
“Ini sebenarnya pada saya melihat salah satu kegagalan exco untuk exco 
agama yang berkenaan untuk memastikan tanggungjawabnya,” 

Beliau mengulas tindakan kerajaan Selangor yang dilihat lemah 
dalam menyelesaikan isu rampasan Bible berikutan Majlis Agama Islam 
Selangor (MAIS) tidak bersetuju untuk memulangkan kitab itu 
sebagaimana keputusan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.

Pada 14 Jun lalu, Pengerusi MAIS, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa juga 
tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara pada 11 Jun itu untuk 
tidak meneruskan pendakwaan terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM).

Kata Mohd. Adzib, MAIS yakin wujud ruang dalam Enakmen Agama Bukan 
Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 
yang membolehkan pendakwaan dibuat.

Susulan tindakan MAIS, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid 
Ibrahim mengadap Sultan Selangor bagi menyelesaikan perkara itu.

Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata tidak timbul masalah seperti hari 
ini jika exco yang terlibat fokus dan memainkan peranannya dalam menjaga 
hal ehwal agama di negeri itu.

“Dan exco agamanya pula bila dah terhantuk baru terngadah dan barulah 
nak ambil tindakan itu dan ini. Ini bukan cara dia dan ini 
menampakkan kelemahan pentadbiran agama kerajaan negeri,”ujarnya.

Justeru, beliau berkata tidak ada keperluan untuk mengkaji semula 
enakmen berkaitan peruntukan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam 
Selangor (MAIS) seperti yang disarankan oleh empat pemimpin Pakatan 
Rakyat (PR) sebelum ini.

“Kalau dia jalankan tugasnya dari segi eksekutif perkara ini tak ada 
masalah, itu masalahnya. Tak timbul soal (gugurkan kuasa eksekutif MAIS). 
Itu yang saya katakan tadi tidak ada keperluan, pertama sebab 
tidak ada masalah dan tidak ada keperluan untuk mengganggu tugas MAIS 
dalam menjalankan tugasnya,” katanya.

Ini kerana, beliau tidak melihat apa-apa masalah dengan MAIS.

Sebaliknya, menurut Shamsuddin tindakan MAIS dan JAIS itu dibuat 
semata-mata hanya mahu mempertahankan dan menjaga kepentingan 
agama rasmi negara ini.

“Saya menyokong penuh tindakan MAIS kerana ia melaksanakan 
enakmen peraturan dan menguatkuasa undang-undang berkaitan dengan 
Islam,” jelasnya.

“Saya nak beritahulah bukan kita mengganggu urusan agama orang lain, 
tidak. Kita lihat di negara kita dan di Selangor ini sendiri perkembangan 
agama lain tak terjejas di boleh buat gereja, kuil dan kita tak ganggu 
mereka tetapi bila urusan yang berkaitan dengan agama Islam 
kita kena pertahankan dan jaga,” tambahnya.

Mengulas lanjut keengganan badan pemantau agama itu memulangkan 
bible terbabit Shamsuddin berkata, biarlah MAIS dan JAIS yang 
membuat keputusan mengenainya tanpa perlu campur tangan politik.

Ada tiga perkara yang boleh dibuat berdasarkan undang-undang 
pertama memulangkan, kedua melupuskan dan ketiga mendapatkan 
perintah mahkamah…ini yang boleh dilakukan oleh MAIS dan JAIS 
kenapa nak kacau pula biarlah kita bebas dan kalau ada yang tak kena 
terpulang kepada mereka,” katanya.

“Kita boleh beri nasihat tetapi tak semestinya benda itu mesti 
dipatuhi oleh mereka sebab ini boleh menjejaskan integriti pegawai 
yang menjalankan tugas tersebut disuruh buat bila dah buat disalahkan 
pula,” tegasnya lagi. (AntaraPos)

source : mymassa

No comments: