BILA MELAYU TIDAK BERSATU
1. Hakikatnya kita memang sukar untuk bersatu. Kerana kita sentiasa mencari alasan dan perbezaan bukan mencari persamaan untuk memudahkan penyatuan. Inilah permasalahan bangsa Melayu yang utama yang sukar untuk diselesaikan.
2. Apabila ada usul untuk menyatukan bangsa tentu saja ada pihak yang cepat-cepat mencari alasan untuk mengagalkannya. Penyatuan Melayu didalam politik umpamanya, Pas meletakkan syarat itu dan ini kepada UMNO dan tidak boleh bertolak ansur sama sekali, namun dalam masa sama Pas tidak mengenakan apa-apa syarat untuk bersama DAP, bahkan sangggup pula menerima sebarang peraturan yang kelihatan merugikan.
3. Pas selalu persoalkan untuk bersama dengan UMNO dalam Barisan Nasional yang kuasa utamanya ditangan Melayu sedangkan tiada sebarang pertikaian apabila sanggup duduk dibawah ketiak Pakatan yang terang-terang dipengaruhi oleh DAP. Hina sangatkah duduk didalam Barisan yang dipimpin oleh Melayu atau bangga dan mulia sangatkah duduk didalam Pakatan yang dikuasai oleh kaum lain?
4. Pas tidak konsisten dan sering berubah-ubah pendirian. Segalanya dilakukan untuk pertahankan dan kepentingan pemimpin mereka sendiri. Dulu di Kelantan tidak meletakkan calon wanita dalam sebarang Pilihanraya alasan wanita tidak boleh jadi pemimpin. Maka banyaklah ayat Quraan dan hadis yang digunakan untuk pertahankan kenyataan itu namun sedar akan kerugian dari segi undi dan politiknya, maka mereka bertukar kenyataan dan bertukar juga ayat Quraan dan hadis untuk pertahankan pendapat mereka.
5. Akhir-akhir ini, Pas tidak lebih dari sebuah parti yang seakan-akan 'sesumpah' yang seringkali menukar wajah. Bagaimanapun kita masih tidak faham bagaimanakah masih ada pengikut yang terlalu taksub dan percaya pada momokan bahawa Pas itu adalah Islam dan Islam itu adalah Pas sedangkan hakikitnya Islam diturunkan Allah sebagai agama dan pedoman umat manusia jauh sebelum Pas itu didaftarkan sebagai sebuah parti politik.... di Malaysia.
6. Pas yang konon kuat perjuangkan hudud namun tidak sanggup melaksanakannya hanya kerana 'gertakkan' dari Karpal Singh ..' langkah mayat saya dulu.... Sehingga karpal Singh mati pun, Pas masih takut untuk melangkah mayatnya. 'Badi' apakah itu?
7. Dyana Sofea, calon DAP yang kuat bantah perlaksanaan hudud dicalonkan di PRK Teluk Intan. Pas tetap menyokong kerana menjaga 'sumpah setianya' dalam Pakatan dan menyatakan sokongan walaupun nyata hudud Pas akan ditentang, akibatnya calon DAP kalah kerana undi 'protes' lebih 500 yang dirosakkan yang memenangkan calon Barisan Nasional dengan lebih 200 undi. Nyatalah bahawa pengundi dan penyokong Pas sudah bosan dengan pendirian Pas dan bertindak beralih arah. Pas masih belum sedar dan enggan menerima hakikat?(Baca Sini), Pas salahkan pengundi cina untuk menutup kelemahan pengundinya lari dan membantah dan sokong calon Barisan Nasional atau rosakkan undi.
8. Kaum lain melihat perpecahan bangsa Melayu sebagai senjata untuk kepentingan mereka. Penyatuan Melayu akan sebabkan mereka hilang penguasan. Melayu jangan dibiarkan bersatu. Melayu mesti dipecah dan diperintah dibumi mereka sendiri.
9. Isu Cadbury yang kononnya mengandungi DNA babi disebarkan kaum lain untuk jatuhkan syarikat yang dimiliki oleh Malayu supaya Melayu jangan kaya dan jangan kuasai ekonomi. Maka ramailah bangsa Melayu tanpa usul periksa menghentam Cadbury sambil kaum lain melihatnya sambil ketawa... akan 'mati' lagi satu Melayu.
10. Jika isu DNA babi yang nak diperkatakan, kenapakah hanya Cadbury? Segala yang dikeluarkan oleh bangsa lain juga mesti lebih diragui tetapi Melayu tidak begitu. Kerana Melayu bangsa yang suka berpecah-pecah dan mudah di'agah' serta cepat melatah.
11. Terkini, khabarnya kilang pemprosesan tepung gandum sedang menghadkan pengeluarannya, kerana apa? Ingat dulu ketika harga pasaran ayam menurun, beribu-ribu anak ayam mati dibakar oleh kaum itu untuk kekalkan harga pasaran. Ekonomi mereka yang kuasai dan perbuatan itu adalah satu tekanan kepada kerajaan bagi menghalang mereka menentukan harga dan mendapat keutungan besar.
12. Saya juga teringat kata-kata 'Mat Sabu'.".. saya lebih rela makan babi bersama Lim Guan Eng dari makan ayam bersama DS Najib". Tetapi penyokong Pas tetap sokong kerana mereka taksub tahap 'najis anjing dan babi'.
13. GST yang akan kerajaan laksanakan nanti, jika diperhatikan betul-betul tidak langsung membebankan rakyat bahkan akan meringankan rakyat sebaliknya dapat memastikan peniaga dan pengilang yang majoritinya kaum lain tidak dapat melarikan diri dari membayar cukai. Justeru mereka momokkan bahawa GST bebankan rakyat, dan kita pun membantah yang sebenarnya untuk memperjuangkan kepentingan mereka tanpa kita sedari. Segalanya kerana kita lemah dan tidak bersatu.
source : brave heart
No comments:
Post a Comment