NUFFNANG

Wednesday 19 June 2019

Video lucah: Haziq bagi alasan murung

Video lucah: Haziq bagi alasan murung

Alasan tidak datang kerja, kontrak akan dimuktamadkan

Shamsul Iskandar
Shamsul Iskandar
PUTRAJAYA - Kedudukan perkhidmatan kontrak Haziq Abdullah Abdul Aziz sebagai Setiausaha Sulit Kanan (SUSK) kepada Timbalan Menteri Industri Utama, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md. Akin akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama, Datuk Tan Yew Chong bagaimanapun tidak mengulas ketika ditanya sama ada keputusan penamatan kontrak Haziq akan ditentukan kementerian atau pejabat Timbalan Menteri.

Ketua Setiausaha Kementerian Industri Utama, Datuk Tan Yew Chong bagaimanapun tidak mengulas ketika ditanya sama ada keputusan penamatan kontrak Haziq akan ditentukan kementerian atau pejabat Timbalan Menteri.

“Haziq sudah hantar surat kepada Timbalan Menteri tetapi saya tidak dapat ingat tarikhnya.
“(Keputusan) tunggu Timbalan Menteri. (Beliau) pergi ke Paris, Perancis selama beberapa hari atas urusan rasmi,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra dan sambutan Hari Raya Aidilfitri Kementerian Industri Utama di sini hari ini.
Shamsul Iskandar sebelum ini dilaporkan berkata, Haziq telah menghantar surat tunjuk sebab pada 14 Jun lalu dan pihak kementerian kini sedang meneliti surat tersebut.
Katanya, antara jawapan yang dinyatakan Haziq dalam suratnya adalah dia mengalami kemurungan ekoran penularan video seks tersebut dan memerlukan masa untuk menghubungi kementerian.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Kementerian Industri Utama menggantung serta-merta Haziq daripada melaksanakan tugas-tugas rasmi secara serta-merta dan diarah menjawab surat tunjuk sebab dalam tempoh tiga hari daripada tarikh 12 Jun.
Keputusan itu dibuat susulan pengakuannya dalam satu video di Facebook mendakwa dirinya merupakan individu dalam video intim yang dikaitkan dengan lelaki mirip Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas rakaman berkenaan tersebar di media sosial sejak minggu lalu. - 

source : K! ONLINE

No comments: