KALAUPUN TERDESAK..BERPADA PADALAH CARI MAKAN
Beza otak samada untuk selamatkan umno dengan membatasi ugama
SEBAGAI keutamaan atau melingkupkan umno kerana nafsu amarah hilang
jawatan..
# Apakah Azmin akan membuat PILIHAN seperti Muhyiddin, ignore hingga
fitnah dimakan anai² Dan namanya dibersihkan.oleh pihak berkuasa.
KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan
tugas-tugas presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru
kepada semua pemimpin, ahli dan pendukung parti untuk tidak
terlibat dalam kontroversi video seks songsang didakwa melibatkan
individu yang mirip seorang menteri kanan Kabinet.
Beliau berkata, UMNO juga tidak akan terlibat dengan perkara
mengaibkan mana-mana pihak dan tidak akan menjadi parti atau
gerakan sosial yang menerima perkara sedemikian.
“UMNO adalah gerakan amal bakti yang dipimpin oleh
kematangan dan profesionalisme dan adalah menjadi
amalan UMNO untuk memilih jalan yang baik dan berhikmat
dalam setiap tindakan yang kita lakukan
“Oleh itu, rentetan tersebarnya video skandal seks orang berjawatan
dalam kerajaan, yang kini hangat diperkatakan dalam media sosial,
saya menyeru dan menganjurkan supaya semua pemimpin, ahli dan
pendukung UMNO, untuk tidak terlibat. Apatah lagi mengambil
kesempatan dan melakukan perkara yang hanya memburukkan keadaan,”
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Semalam, beberapa klip video tular memaparkan dua lelaki berada
di atas katil dalam keadaan bogel melakukan aksi seksual dengan
seorang daripadanya didakwa kelihatan menyerupai Menteri Kabinet.
Hari ini, satu video dimuat naik seorang pemuda awal pagi tadi yang
membuat pengakuan dirinya merupakan seorang daripada lelaki dalam
video tersebut dan mendakwa seorang lagi lelaki adalah menteri berkenaan.
- UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment