NUFFNANG

Wednesday 26 June 2019

[hmmmm...amacam lokman adam?...] ....Dakwaan pemindahan RM31j keakaun Azmin-tak wujud-SPRM / UEM Group nafi ada akaun Maybank cawangan Kuala Lumpur

Dakwaan pemindahan RM3.1j ke akaun Azmin tak wujud - SPRM

BERNAMA | 26 Jun 2019

Mohamed Azmin - FOTO ZAHID IZZANI



KUALA LUMPUR - Dakwaan pemindahan wang berjumlah AS$741,440 (kira-kira RM3.1 juta) daripada gergasi kejuruteraan UEM Group Berhad ke dalam akaun bank yang didakwa milik Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak wujud, kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki.

Beliau mengesahkan ketidakwujudan transaksi itu dan akaun di atas nama Mohamed Azmin, selepas siasatan dijalankan berikutan laporan polis oleh Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam awal bulan ini.

“Kami dapati transaksi antara akaun-akaun dan akaun itu sendiri tidak wujud,” katanya di sini hari ini sebagai menjawab soalan media berhubung perkembangan kes itu di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini.


Terdahulu, beliau menghadiri prosiding kes bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang menghadapi tujuh pertuduhan rasuah berjumlah S$D4.24 juta membabitkan Sistem Visa Luar Negara, di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Azam mendedahkan siasatan SPRM turut mendapati tiada akaun bank yang dikatakan sebagai akuan Deutsche Bank di atas nama Mohamed Azmin yang didakwa dibuka pada September 2012.

Beliau berkata, SPRM akan memanggil lebih ramai orang untuk direkodkan kenyataan berkaitan kes itu, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan nama mereka. Pada 11 Jun, Lokman Noor memfailkan laporan kepada SPRM dengan mendakwa UEM memindahkan AS$741,440 ke dalam akaun Malayan Banking Berhad atas nama Mohamed Azmin, yang merupakan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Timbalan Presiden PKR, pada 19 Disember 2017.

Ketika menyangkal dakwaan itu, UEM menafikan pemilikan akaun bank yang didakwa itu dan pemindahan wang yang dikatakan itu ke dalam akaun Mohamed Azmin.

Maybank turut menafikan dakwaan sama dan berkata dokumen membabitkan bank itu telah dipalsukan. 

sumber : SinarHarian


UEM Group nafi ada akaun Maybank cawangan Kuala Lumpur

NURUL RIDUAN NOR ASHAHA | 12 Jun 2019


KUALA LUMPUR - UEM Group Berhad (UEM Group) menafikan mempunyai akaun di cawangan utama Maybank termasuk nombor akaun yang tertera dalam salinan transaksi tular yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Dalam kenyataan media hari ini, UEM Group telah membuat laporan polis dan bersedia bekerjasama dengan pihak berwajib bagi membersihkan nama kumpulan berasaskan kejuruteraan infrastuktur dan perkhidmatan itu.

Semalam, dua salinan transaksi pemindahan wang yang tertera nama Mohamed Azmin Bin Ali tular bersama tiga rakaman video intim.

Satu salinan transaksi tertera logo Maybank manakala satu lagi, Deutsche Bank.

Mohamed Azmin melalui kenyataan hari ini menjelaskan tuduhan tersebut bersifat jahat dan kejam.

Menurutnya, fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadiannya serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya.

Mohamed Azmin juga yakin Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil segala langkah yang perlu berhubung tuduhan jahat ini.

source : sinarharian

No comments: