Makin Tutup...Makin Terselak..!
Makin kuat nak menutup, makin kuat pulak selaknya..!
ermmmmmmmmmmmmmm
Ahmad Zuber added 4 new photos — with Yus Ishak.
KAIN SARUNG SINGKAT
Nak tutup yang atas, terdedah pula yang bawah...
Nak tutup yang atas, terdedah pula yang bawah...
Ketika sesi sidang media Peguam Negara mengarahkan SPRM menutup kes SRC dan RM2.6 bilion, secara tak sengaja beliau telah mempamerkan sehelai dokumen (carta alir) yang disediakan oleh SPRM menunjukkan transaksi yang tidak pernah ditimbulkan sebelum ini.
Yang hendak ditutup ialah siasatan berkaitan RM42juta SRC dan RM2.6 bilion tetapi secara tak sengaja, AG pamerkan pula transaksi RM33 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) yang disalurkan melalui beberapa buah syarikat, masuk ke akaun peribadi Najib yang tidak pernah diwar-warkan sebelum ini..
Selalunya, 'whistle blowers' yang bocorkan maklumat, tapi kali ini AG Apendi Ali sendiri yang dedahkan di khalayak ramai dokumen siasatan SPRM!
Dokumen transaksi RM33 juta berkenaan sekali gus telah MEMBUKTI dan MENGSAHKAN bahawa memang betul terdapat perbelanjaan mewah lebih RM3 juta menggunakan kad kredit Visa dan Mastercard pada bulan Ogos 2014. Wang KWAP milik awam (bukan derma Tok Arab) digunakan untuk shopping sakan sekeluarga.. Tak salah juga ke?
Selain itu, terdedah pula transaksi sebanyak RM23,520,810 yang telah dipindahkan kepada 17 akaun penerima... Siapakah mereka-mereka yang menjadi penerima bertuah ini?
Sebab itu, kita melihat SPRM amat bertegas mahu mendakwa Najib namun telah digagalkan oleh AG Apendi Ali. Dengan terdedahnya dokumen ini secara tidak sengaja, pasti Rakyat sudah mendapat bukti yang jelas memang ada kes untuk mendakwa Najib dan dibicarakan.
Syukur atas pertolongan Allah yang tidak disangka-sangka. Jika mereka masih mahu berterusan mencabar kekuasaan Allah, silakan....
Sekadar berkongsi info kerana isu ini sudah mula diperkatakan di luar sana.
------------------------
------------------------
Sehebat mana perancangan manusia, tidak akan mampu mengatasi perancangan Allah SWT. Langsung tiada rasa malu atau takut kepada kekuasaan Allah Azza Wajalla yang dapat memberikan balasan pada bila-bila masa yang Dia kehendaki.
Innahum yakii dunakaidan wa'akiiduukaida (Sesungguhnya mereka membuat perancangan (tipu daya) dan Allah membuat perancangan (tipu daya juga.))
Nak cover apa pulak lepas ni???
Lu Fikir La Sendiri!!!
No comments:
Post a Comment