RM42 Juta - MUSTAHIL Advisor Emeritus SRC Tidak Tahu Apa-apa ! ? ? Huh .... Advisor Emeritus ?
Mkini |
Menarik artikel dari Mkini ini, saya copy sepenuhnya -
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dikatakan mencadangkan tiga pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah Seksyen 403, Kanun Keseksaan, menurut sumber yang mengetahui siasatan itu.
Difahamkan pendakwaan itu melibatkan pemindahan dana dari anak syarikat SRC International ke akaun-akaun bank dalam tiga bahagian – RM5 juta, RM10 juta dan RM27 juta.
Seksyen 403 adalah berkaitan “menyalah guna harta dengan curang”.
Cadangan itu, dakwa sumber-sumber, dibuat kepada Pejabat Peguam Negara tetapi Malaysiakini masih belum mendapat pengesahan rasmi.
Enggan dikenali, sumber-sumber mendakwa Najib dicadangkan didakwa menyalah guna kuasa susulan kemasukan wang ke akaun peribadinya.
Bagi menghindarkan perkara itu, kata sumber-sumber, perdana menteri harus menafikan bahawa beliau tahu mengenai perkara itu.
Menurut undang-undang, untuk membuktikan salah guna kuasa, pihak berkuasa perlu menunjukkan seseorang itu tahu berkaitan dana dimaksudkan itu.
Malaysiakini sudah beberapa kali menghubungi Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan masih menunggu jawapannya.
Menarik sebab dakwaan di atas adalah berkaitan dengan RM42 juta dari SRC yang hampir tidak disentuh atau tidak dijelaskan oleh AG semalam.
Itu antara persoalan utama yang menjadikan kenyataan Tutup Kes oleh AG semalam dipertikaikan oleh rakyat ( selain beberapa alasan dangkal lain )
Apa ceritanya RM42 juta SRC ?
Bukankah itu kes yang menjadi perhatian utama SPRM ? Bukankah 2 orang mamat yang LARI ke luar negara, Nik Faisal dan Suboh itu mempunyai kaitan langsung dengan kes SRC .... tapi masih dipertahankan jawatan mereka oleh Najib sebagai pengarah SRC ?
Apakah SPRM sudah bertemu dan menyoalsiasat mereka berdua ?
Yang sebenarnyalah .... ada atau tidak duit dari SRC sebanyak RM42 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib ?
Ia hanya perlukan jawapan YA atau TIDAK saja tapi kedua pilihan itu ternyata amat sukar untuk kita temui jawapannya !
Dalam kes mahkamah Ling Liong Sik, Najib hanya mengaku RM42 juta masuk akaunnya tapi tidak pernah kata ia datang dari SRC. Najib bukan menafikan ia dari SRC tapi Najib hanya kata yang dalam kenyataan mahkamahnya, dia tidak ada kata pun ia datang dari SRC.
Sebaliknya Najib pula yang minta Ling buktikan duit itu datang dari SRC !
Jadi persoalan utama di sini adalah - Benarkah RM42 juta itu datang dari SRC ?
Sebab itu saya katakan artikel di atas menarik sebab disebut -
Bagi menghindarkan perkara itu, kata sumber-sumber, perdana menteri harus menafikan bahawa beliau tahu mengenai perkara itu.
Menurut undang-undang, untuk membuktikan salah guna kuasa, pihak berkuasa perlu menunjukkan seseorang itu tahu berkaitan dana dimaksudkan itu.
Juga yang menjadikan perkara ini tambah menarik lagi adalah - MUSTAHIL seorang yang diberikan penghormatan jawatan sebagai ADVISOR EMERITUS syarikat SRC tidak tahu mengenai transaksi sebesar itu !
Huh ? Apakebendanya Advisor Emeritus ? Kalau Professor Emiritus tu biasalah kita dengar kan, yang bermaksud -
Retired but retaining an honorary title corresponding to that heldimmediately before retirement: a professor emeritus. ( KLiK )
..... atau seorang professor yang dah bersara tapi masih memakai gelaran yang diberikan sebelum beliau bersara.
Tapi .... ADVISOR EMERITUS... kepada SRC ? Tak pernah dengar pun ada jawatan seumpama itu di mana2..
Di bawah adalah salinan Notis Resolusi SRC International pada 23 April 2012, di mana Perdana Menteri ( iaitu Najib ) dilantik menjadi Advisor Emeritus kepada syarikat itu.
The Advisor Emeritus shall advise the Board on material matters and matters of strategic interest to Malaysia and the Board shall give due consideration to and implement any advice of the Advisor Emeritus in the best of the company.
Nah, saya besarkan lagi -
Advisor Emeritus pun Emeritus lah .... tak kisahlah nama apapun. Tapi yang pasti sebagai Advisor Emeritus, segala keputusan besar harus melaluinya. Dan memandangkan SRC pun bukannya banyak aktiviti perniagaan selepas diserahkan kepada Kementerian Kewangan, makanya mustahil Najib tidak tahu apa2 berkenaan 3 transaksi wang berkenaan.
Apatah lagi jika benar ketiga2 transaksi berjumlah RM42 juta itu masuk ke dalam akaunnya sendiri !
Tambah lagi, dua dari transaksi itu yang berjumlah RM32 juta dimasukkan ketika Najib dan Rosmah sedang berada di Hawaii ketika rakyat negara ini mengharungi musibah banjir terbesar dalam sejarah !
TAKKANLAH Najib sendiri yang arahkan/usulkan supaya wang dari SRC dimasukkan ke dalam akaunnya sendiri !
Sebab saya katakan, persoalan utama yang amat mudah dijawab tapi payah nak jawab adalah - Benarkah RM42 juta yang masuk akaun Najib itu datangnya dari SRC ?
source :
No comments:
Post a Comment