[from bad to worse #najibiscrackingup] ... Akibat kegagalan Menteri Kewangan, belanjawan disemak semula
Kebelakangan ini, negara kita seolah-olah dipimpin oleh badut badut sarkas yang terlepas masuk ke dalam kabinet untuk menjadi menteri-menteri pelawak dan pakar jenaka.
Mungkin ini salah satu cara Najib Razak menyebarkan cacian dan maki hamun rakyat agar tidak tertumpu kepadanya sahaja. Di sinilah perlunya Ahmad Maslan, Salleh Keruak, Tengku Adnan dan ramai lagi.
Walaupun ada antara mereka merupakan graduan kelas pertama (CGPA 3.85) dan lulusan dari Universiti Oxford, mereka semua sudah kelihatan amat dungu kerana bersekongkol dengan rejim yang bebal ini.
Contoh terbaru adalah semakan semula belanjawan 2016.
Tidak sampai 3 bulan setelah diluluskan Parlimen, ianya mesti disemak semula kerana Kementerian Kewangan telah ‘tersalah bajet’.
“Apabila kita bentangkan bajet, kita letak paras (harga minyak) pada AS$48 setong tetapi sekarang ia menjunam kepada antara AS$32 dan AS$33 setong.”
Pembantu ekonomi beliau yang baru dilantik menteri, Abdul Wahid dengan penuh yakin pernah berkata:
Dahulu, Abdul Wahid ini kelihatan pandai, tapi sejak dua menjak menjadi menteri, dia menjadi kurang pandai. Mungkin dia telah mendapat penyakit Najib Razak juga; iaitu terkena sumpahan RM2.6 billion.
Bayangkan jika seorang CFO di dalam sesebuah syarikat telah salah membuat perkiraan ‘budget’ dan setelah ianya diluluskan oleh lembaga pengarah, ianya perlu disemak semula cuma selepas dua bulan berlalu!
Sepatutnya CEO dan lembaga pengarah akan memecat CFO yang tidak cerdik tersebut kerana unjuran belanjawan yang tidak tepat akan menjejaskan operasi syarikat di sepanjang tahun berikutnya. Tetapi di dalam kes Malaysia, CFO dan CEO tersebut adalah orang yang sama iaitu Najib Razak manakala lembaga pengarah yang meluluskannya adalah ahli-ahli parlimen yang terdiri daritukang kipas yang kurang cerdik.
Menteri Kewangan telah gagal di dalam mengeluarkan belanjawan yang realistik tetapi masih ada ahli-ahli parlimen Barisan Nasional yang menyokongnya sebulat suara pada bulan Oktober yang lepas. Ini bermakna mereka semua tidak menggunakan otak ketika membacanya. Termasuklah mereka yang kononnya berkelulusan dari universiti terunggul dunia.
Sekarang kos sara hidup telah meningkat dan ekonomi yang merudum telah diakui sendiri oleh para menteri. Padahal ramai yang telah memberi amaran bahawa perkara ini boleh terjadi. Walau bagaimanapun, amaran dan tanda-tanda yang diberi telah diabaikan oleh kerajaan.
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir telah memberi amaran sejak dari tahun 2014 lagi. Akan tetapi seluruh rejim Najib Razak tidak tahu cermin diri dan bodoh dalam menyelesaikan masalah yang akan melanda. Sudahlah tidak tahu menganggar trend harga minyak dunia dalam masa 6 bulan akan datang, mereka bodoh juga dalam hal ehwal ekonomi asas.
Berapa ribu kali kita mendengar dalam sepanjang tahun lepas bahawa ‘our fundamentals are strong’ (asas ekonomi kita kukuh) dan rakyat tidak perlu risau. Akhirnya segala kata-kata manis yang dihamburkan untuk menipu rakyat akhirnya terbongkar juga.
Ada suatu ketika, orang suruhan Najib Razak yang cari makan sebagai ketua PAC berkata, ringgit jatuh baik untuk orang kampung!
Apalah nasib rakyat Malaysia mempunyai para pemimpin seperti mereka ini? Yang tidak mahu bertanggungjawab ke atas masalah ekonomi negara.
Apatah lagi ada penyokong-penyokong rejim Najib yang menggunakan alasan paling tidak masuk akal untuk mempertahankan rejim ini.
Antaranya mereka berkata kejatuhan ringgit adalah tidak seburuk kejatuhan rupiah atau lain lain matawang dunia. Hello, rakyat Malaysia tidak kisah pun pasal matawang asing yang lain. Kita semua menggunakan ringgit, bukannya rupiah. Dan kejatuhan ringgit mengakibatkan kos sara hidup kita naik. Itu masalah sebenarnya.
Contoh yang lain, mereka membezakan kadar tol negara ini lagi rendah dari kadar tol negara-negara lain. Sejak bila pula kita semua ambil berat pada kadar tol negara lain? Yang penting, sekarang kita bayar lebih mahal dari sebelumnya.
Ada pula yang lebih dungu menyalahkan kenaikan kos sara hidup sekarang kepada kepimpinan BN yang dahulu.
Yang memimpin negara ini adalah Najib Razak. Bukan Pak Lah, bukan Tun Mahathir, bukan juga Tunku Abdul Rahman. Tidak perlu menyalahkan orang lain. Hanya pemimpin yang berjiwa kerdil sahaja yang akan terpekik terlolong menyalahkan orang lain.
Kita sudah lama mengesyorkan agar Najib Razak meletakkan jawatan kerana beliau gagal di dalam segala serba serbi kepimpinannya.
Hinggakan kemahiran matematik asas pun Najib Razak gagal menguasainya.
Jika kita tidak boleh meminta seseorang pemimpin untuk meletakkan jawatan, maka pemimpin tersebut bukan lagi seorang pemimpin; dia adalah seorang diktator.
Ada bermacam-macam diktator di dalam sejarah dunia. Najib Razak ingin dikenang sebagai seorang diktator yang bagaimana?
source : jebatmustdie
No comments:
Post a Comment