NUFFNANG

Wednesday, 30 December 2015

[berita gemparrr dan membimbangkan untuk umat Melayu-Islam!!]...Apa hubungan DAP dan Israel?


[berita gemparrr dan membimbangkan untuk umat Melayu-Islam !!]...Apa hubungan DAP dan Israel?

Kenyataan media Chong Zhe Min tidaklah begitu serius berbanding dengan dakwaan bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng
Dr-Mohd-Zuhdi-Marzuki,DAP,yahudi
PETALING JAYA: DAP diminta menjelaskan hubungan partinya dengan Israel, berhubung dakwaan bekas pegawai khas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bahawa parti itu mendapat latihan daripada pakar perisikan rejim Zionis itu.
Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata kenyataan yang membantah sekatan dikenakan keatas atlit warga Israel oleh Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhe Min itu menguja persoalan hubungan ini dijawab.
“Kenyataan media Chong Zhemin tidaklah begitu serius berbanding dengan dakwaan bekas Pegawai Khas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, saudara Mohamed Razali Abd Rahman, seperti yang telah tersebar dalam media sejak empat tahun lalu.
“Sekurang-kurangnya, saudara Mohamed Razali melontar tiga dakwaan serius yang sehingga hari ini tiada penafian yang jelas dari DAP,” kata Zuhdi, dalam satu makalah yang disiarkan di laman web parti PAS.
Tiga persoalan yang dibangkitkan empat tahun lalu itu, menurut Zuhdi, adalah:
1. Pakar perisikan Israel terlibat untuk melatih G17 atau kumpulan seramai 17 orang pakar strategi DAP yang diketuai oleh Tony Pua, yang mana saudara Mohamed Razali mengakui beliau adalah bekas anggota kumpulan itu.
2. Sejak menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap ke Singapura bertemu dengan wakil kedutaan Israel, dan saudara Mohamed Razali antara yang mengambil maklum urusan pertemuan tersebut.
3. DAP didakwa ditawarkan dana PRU ke-13 sebanyak US$300 juta oleh Israel, dan seterusnya Mohamed Razali mendakwa sebuah pengkalan tentera Israel baru akan diwujudkan di Port Dickson sebagai balasan jika DAP berjaya menguasai Putrajaya.
Mengulas lanjut, Zuhdi menggesa DAP supaya mengheret Mohamed Razali ke mahkamah bagi membersihkan nama baik parti itu.
“Setelah lebih empat tahun berlalu, tiada penafian yang jelas dari kepimpinan tertinggi DAP, sepertimana yang dilakukan oleh Chong Zhemin dalam isu terbaru.
“Kegagalan DAP menafikan dakwaan tersebut akan menyebabkan persoalan tentang hubungan DAP dan Israel masih tidak terjawab,” katanya.

Source : fmt

No comments: