[TGHHA DIHINA KAW KAW OLEH KEPIMPINAN DAP] ... #PrkRompin : PAS dan DAP Tetap Bertelagah
Kemelut DAP dan PAS tidak langsung menampakkan keadaan akan reda malah dua Pilihanraya Kecil, (PRK) dalam tempoh terdekat ini dilihat tidak mampu menenangkan pertelingkahan dua sekutu pakatan pembangkang itu.
Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, serangan Hadi sekadar menurunkan status beliau ke tahap pemimpin pecahan dalam parti.
“Sedihnya, Hadi gagal memberi ilham kepada rakyat Malaysia untuk memerangi UMNO pada waktu kritikal ini.
“Daripada pemimpin nasional, saya fikir Hadi membenarkan kedudukannya dipotong separuh dan kini dilihat hanya sekadar seorang pemimpin pecahan,” kata Chin Tong yang juga ahli parlimen Kluang.
Konflik berterusan DAP dan PAS menyaksikan PAS Permatang Pauh menolak untuk menyokong PKR dalam PRK itu malah turut mengisytiharkan haram untuk mengundi calon yang menolak hudud.
Kesan konflik juga jelas tertera di PRK Rompin di mana kerjasama sesama PAS, DAP dan PKR langsung tidak kelihatan pada PRK yang ditandingi calon PAS.
“Hadi tidak boleh dipercayai dan sudah beberapa kali gagal menunaikan janji dan tidak langsung memiliki kredibiliti untuk bercakap bagai pihak DAP dan PKR,” kata Ketua Publisiti DAP, Tony Pua.
Setiausaha Pengurusan DAP, Anthony Loke pula menolak dakwaan Hadi bahawa DAP dan PKR hanya mementingkan sokongan undian, sebaliknya menegaskan bahawa DAP sudah menentang pelaksanaan hudud sejak tahun 1980-an lagi.
Hadi tegasnya, tidak berkelakuan sebagai seorang pemimpin Pakatan Rakyat, (PR).
“Kami cukup kecewa dengan cara dan pemikiran Hadi kebelakangan ini, sehingga ke tahap beliau secara dasarnya meminta rakyat tidak mengundi menyokong Wan Azizah di Permatang Pauh. Ia bukan semangat PR,” kata Loke.
Bulan lalu, DAP memutuskan hubungan dengan Hadi selepas PAS Kelantan meluluskan pindaan penting Kod Enekmen Jenayah Syariah II yang membolehkan pelaksanaan hudud di negeri itu.
Konflik isu hudud dilihat sebagai ancaman yang mampu mengulangi kegagalan pakatan pembangkang sepertimana yang berlaku pada Barisan Alternatif, manakala Lim Kit Siang pula sudah pun menimbang masa hadapan era selepas PR.
BNBBC
No comments:
Post a Comment