[DAIM'S VIDEO CLIP VALUABLE ADVICE TO NAJIB AND THE MALAYS] ... Tun Daim Tempelak Pemberian BR1M.
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim yang berkhidmat dizaman Tun Mahathir mengkritik BR1M dan beritahu apa punca harga barang naik dan matawang Malaysia rendah hari ini.
1.BR1M adalah satu polisi dan dasar kerajaan yang teruk. Tambahan pula persoalan adalah dasar kerajaan baru baru ini telah membuat keputusan untuk memotong banyak subsidi atau dengan kata lain merasionalisasikan subsidi, tetapi dasar yang dibuat tidak selari kerana BR1M itu sendiri seperti satu subsidi.
2.Perkara kedua dengan pemberian BR1M, sebenarnya secara tidak langsung akan menjatuhkan kerajaan sedia ada sekarang kerana DAP, PKR dan parti parti lain juga dapat hasil BR1M ini. Sebahagian ahli parti pembangkang seperti DAP akan mengambil separuh duit BR1M dan separuh lagi akan diberikan kepada parti mereka di setiap kawasan bagi aktiviti politik untuk menjatuhkan kerajaan pada PRU14 ini. Contoh ini telah pun diambil oleh Pilihan Raya di Sabah dimana mereka jatuh kerana pemberian duit secara terus seperti BR1M ini kerana memberikan duit kepada pihak lawan.
3.Kaedah dan cara ini tidak disetujui oleh Bekas Menteri Kewangan terbaik kita iaitu Tun Daim. Beliau lebih berpendapat bahawa kerajaan perlu mewujudkan peluang kerja daripada memberikan BR1M ini.
4.Secara umumnya Bekas Menteri Kewangan yang berkhidmat di zaman Tun Mahathir ini menyifatkan harga barang naik dan mata wang turun kerana asas ekonomi kita sekarang tidak kuat. Dan ini kerana secara umum orang ramai tidak yakin dengan dasar dasar kerajaan yang dibuat hari ini.
5.Tun Daim yang terlibat dalam membantu memulihkan "economic crisis 1997/1998" kita pada waktu dahulu mengatakan perkara pertama kita perlu percaya pada diri sendiri dahulu. Selepas percaya pada diri sendiri barulah kita akan berjaya dan kekayaan akan datang dengan sendiri.
6.Beliau yang menyifatkan dirinya adalah lebih bagus daripada mana mana ahli perniagaan cina di Malaysia ini memberi nasihat kepada orang Melayu bahawa walauapa pun kerja yang kita lakukan, kita harus berjaya dalam melakukan kerja itu. Dan dengan itu orang akan mengakui kebolehan kita, dan kekayaan akan datang dengan sendiri.
Lihat Video dibawah:
Najib wajar kaji kedudukan asas ekonomi negara, pemberian BR1M dan usaha mewujudkan peluang kerja yg banyak