NUFFNANG

Wednesday, 14 January 2015

NAJIB SILA JAWAB SEGERA!! ... Siapalah Penasihat MEDIA PM Yang Semakin Longlai, Lemah dan Kayu Menyusun Strategi.

NAJIB SILA JAWAB SEGERA!! ... Siapalah Penasihat MEDIA PM Yang Semakin Longlai, Lemah dan Kayu Menyusun Strategi.

Memang kelas tertinggi betul penasihat media PM kali ini. 

Portal yang memang sekian lama menghentam Najib dan Gomen kanan dan kiri, akhirnya diberikan ruang untuk bertemu dengan adik beradik Najib. 

Apa berita baik yang adik beradik Najib katakan?

‘Ayah Kami Pasti Terperanjat’

Betullah tu. Allahyarham Tun Razak pasti terperanjat dengan kelemahan Najib dalam mengurus isu negara. 

Macam-macam isu masih tertunggak. 

Zaman Tun Razak mana ada Menteri beri ‘surat sokongan’ kepada Towkay Judi. Tak ada.

Zaman Tun Razak pun tak berlaku Kementerian panggil hampir 10 Menteri/Kementerian untuk buat event management.

Zaman Tun Razak tak berlaku Menteri-Menteri dipaksa balik kerana banjir.

Zaman Tun Razak tak berlaku KSN lebih sudu dari kuah konon boleh jadi wakil Agong.

Zaman Tun Razak tak berlaku hutang negara setinggi gunung.

Zaman Tun Razak tak berlaku anak-anak Menteri jadi Pegawai Khas dan bolot tender Kementerian.

Zaman Tun Razak tak berlaku ada penasihat Mat Salleh dalam Pejabat Perdana Menteri.

Zaman Tun Razak tak berlaku Tun Rahah naik kapal terbang pergi shopping.

Najib ini memang hidupnya dalam dulang emas. 
Memang dibina karakter untuk jadi Perdana Menteri. 
Sayangnya, orang keliling yang merosakkan karakter dan jiwanya.

Kalau dah penasihat media pun lemban dan lembab, apa lagi nak dikata. Wawancara dengan adik beradik yang patutnya membina imej Najib, sudah jadi terbalik.

Kalau tak boleh buat kerja, resign sahaja. 
Kawal ghout dan jaga dua orang bini sahaja. 
Jangan buang dana kerajaan.

No comments: