NUFFNANG

Friday 23 May 2014

MOHD SAYUTI OMAR KATA PAS PARTI DAYUS

MOHD SAYUTI OMAR KATA PAS PARTI DAYUS

gambar terkini mohd sayuti omar


Penulis pro-reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) yakin seratus 
peratus hukum hudud yang diwar-war sekarang ini tidak akan 
dilaksanakan di Kelantan.

“Saya tetap yakin hampir 100% hukum hudud tidak akan dapat 
dilaksanakan memadangkan kepada berbagai halangan dan masalah 
yang ada hari ini. Selagi prasarananya tidak siap sepenuhnya ia tidak 
mungkin dijadikan kenyataan,”katanya dalam tulisan bertajuk 

MSO membuat ulasan susulan berikutan satu wacana yang dihadirinya 
bertajuk “Hudud: Ke manakah Kelantan?” di Kuala Lumpur and Selangor 
Chinese Assembly Hall, 20 Mei.

Selain MSO, wacana yang dipengerusikan Wan Ji Wan Husin itu turut dibarisi 
oleh dua ahli panel yang lain; Dr Abdul Aziz Bari (Pensyarah Unisel) dan 
Ibrahim Mohamad (bekas pegawai Kias).

Menurut MSO, hudud tidak akan kembali bergema tanpa cabaran 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan, Datuk Husam Musa.

“Isu hudud bergema hebat sekarang ini apabila ianya mula dibangkitkan 
oleh Husam Musa, yang mendesak agar kerajaan Kelantan mengambil 
inisiatif untuk laksanakan hudud. Sekiranya ia tidak disentuh oleh Husam 
saya fikir kerajaan Kelantan tidak jadi segalak seperti hari ini menangani 
hudud.

“Selepas Husam buat desakan bersifat cabaran itulah, baru Ahmad Yaakub 
dan timbalannya ghairah untuk melaksanakan hukum hudud dengan 
membawa cerita untuk membawa private bill ke parlimen bagi memboleh 
Jadual ke 9 dipindah untuk membolehkan hukum dilasksanakan. Ahmad 
membuat penegasan jaminan hudud akan dilaksanakan tahun 2015. Beliau 
juga membayangkan resposibilitinya akan meletak jawatan sekiranya hudud 
tidak dilaksanakan.

“Alasan Husam ketika membuat seruan itu, masakan setelah 20 tahun 
selepas Kanun Jenayah Syariah II (KSJ2) diluluskan (1993) tetapi 
pelaksanaannya masih belum dibuat. Husam kurang senang hudud hanya 
timbul dan panas sewaktu pilihan raya saja. Sesuatu yang mungkin ramai 
tidak diketahui, KSJ2 yang diluluskan itu masih belum diwartakan sampai 
ke hari ini. Justeru langkah permulaan yang tidak pun perlu kerjasama 
dengan Umno kerajaan Kelantan perlu wartakan dulu kanun berkenaan.”

Berasaskan premis ini, MSO beranggapan hudud hanyalah tidak 
lebih daripada agenda politikdan gimik PAS Kelantan semata-mata.

“Bagi saya melihat kepada halangan dan juga sikap tidak serius 
kerajaan Kelantan itu jelas menunjukkan hudud hanya menjadi modal dan 
gimik politik semata-mata. Ianya sebagai syiar saja buat PAS seperti 
mana masjid sebagai syiar Islam di sesebuah kampung atau kawasan. Bagi 
PAS, hudud dijadikan buah tangan bagi Ahmad Yaakub kerana beliau tidak 
ada idea lain untuk ditonjolkan kepada rakyat selepas bergelar MB Kelantan.

“Manakala UMNO pula cuba mengambil kesempatan dengan 
menyatakan sokongan terhadap hudud yang ditentang hangit sebelum 
ini. Sokongan UMNO itu menunjukkan parti itu ingin menangguk di air keruh 
dan dalam masa sama bertujuan memecahkan perpaduuan dalam PAS 
dan Pakatan Rakyat.”

MSO turut mengulas pandangan Dr Aziz Bari dalam wacana tersebut.

“Abdul Aziz mengulangi padangannya sebelum ini, bahawa untuk 
melaksanakan hudud ia tidak memerlukan kepada pindaan Perlembagaan, 
hanya perlu meminda seksyen-seksyen kecil saja yang tidak pun 
memerlukan kuasa dua pertiga di parlimen. Ertinya Kelantan sudah 
boleh melaksanakan hudud kalau pun tidak dipinda Perlembagaan.

“Bahkan katanya kerajaan Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri 
tidak memerlukan pindaan Perlembagaan untuk melaksanakan hudud 
kerana (hal ehawal agama) adalah di bawah bidang kuasa kerajaan 
negeri. Hukum hudud termasuk dalam syariah Islam. 
Perkara ini sudah lamabeliau maklum atau menasihatkan kerajaan 
Kelantan.

“Beliau melihat kerajaan Kelantan tidak fokus untuk melaksanakan 
hudud, bahkan tidak pun tahu untuk menguruskan melaksanakan hukum 
hudud. Jawatankuasa hudud yang ditubuhkan dimana beliau salah 
seorang ahli yang dilantik tidak pernah mengadakan mesyuarat 
untuk membincang kemajuan mengenai hudud. Hakikat ini 
membuktikan Kelantan main-main dengan hudud.

“Berdasarkan itu katanya kerajaan Kelantan tidak serius, atau pun kabur 
untuk melaksanakan hudud.”

Abdul Aziz dilaporkan FMT turut mengkritik PAS yang didakwanya gagal 
menjadi ‘taiko’ dalam Pakatan Rakyat (PR).

“PAS sendiri perlu menjadi ‘taiko’ di dalam PR, sebaliknya PAS hanyalah 
sebuah parti yang tidak tahu bagaimana untuk menaikkan namanya dan 
mereka bukannya parti yang mendahului dalam PR.

“Ahli Parlimen PAS tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu, mereka 
sendiri sudah tahu rang undang-undang persendirian yang dibawa 
pembangkang akan diletakkan di bahagian paling bawah untuk 
dibaca oleh speaker dewan. Kenapa mereka tetap membawanya ke 
Parlimen walaupun sudah menjangkakan akan ditolak?” soalnya.

Seperti MSO, Abdul Aziz menyimpulkan agenda hudud hanya 
untuk memecahbelahkan perpaduan PR.

“PAS tidak sedar bahawa kini mereka telah masuk ke dalam perangkap 
Umno, dan Umno pula telah berjaya untuk memecahbelahkan PAS 
dan DAP,” katanya.


source : mymassa

No comments: