NUFFNANG

Friday, 3 January 2014

Exco Agama Selangor Tidak Tahu Menahu Serbuan JAIS

Exco Agama Selangor Tidak Tahu Menahu Serbuan JAIS

AIDCNews – 3/1/13 – Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Kerajaan NegeriSelangor, Sallehin Mukhyi berkata, beliau tidak tahu menahu mengenai serbuan yang dilakukan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara Kim semalam.
Sallehin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Sabak berkata beliau tidak dimaklumkan mengenai serbuan itu dan hanya mengetahui mengenainya selepas dihubungi oleh pihak media.
“Saya tidak dimaklumkan mengenai serbuan ini dan saya tidak mempunyai apa-apa maklumat mengenainya.
“Saya akan mendapatkan maklumat terpeinci…selepas itu nanti baru saya boleh memberi komen,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.
Semalam, kira-kira 20 anggota JAIS yang diiringi polis menyerbu PBM di Damansara Kim di Petaling Jaya.
Ahli majlis eksekutif PBM, Nic Ng dilaporkan Mstar berkata sebanyak 321 salinan Alkitab, 10 salinan Bible Iban – Bup Kudus dan 20 salinan Luke Gospel dalam versi Bahasa Melayu dirampas dalam serbuan itu.
Ng berkata polis mengarahkan pengerusi persatuan itu, Lee Min Choon dan setiausaha agungnya, Simon Wong untuk menemani mereka ke balai polis Damansara utama bagi memberikan keterangan.
Katanya, premis persatuan itu ditutup pada Khamis untuk pemeriksaan stok ketika pegawai penguatkuasaan tiba di sana.
Ng berkata pada mulanya kakitangan persatuan itu tidak membenarkan pegawai penguatkuasaan tersebut untuk memasuki premis kerana mereka tidak mempunyai waran.
“Pekerja menghubungi saya dan saya turut dimaklumkan bahawa Jais tiada kuasa ke atas kami,” katanya.

source : aidc

No comments: