NUFFNANG

Wednesday 29 January 2014

Azmin Akan Jumpa PAS Selangor Untuk Lerai Isu Anwar by AIDC on Jan 29th, 2014 · No Comments AIDCNews – 29/1/14 – Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata beliau akan berjumpa Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad esok untuk meleraikan rasa tidak puas hati pimpinan PAS negeri terhadap terhadap tindakan PKR mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan tersebut. Saya telah bincang panjang dengan Iskandar dan saya fahami sentimen PAS. Saya telah menjelaskan kepadanya dan akan meneruskan perjumpaan untuk menerangkan beberapa perkembangan. “Saya menghormati pandangan mereka (PAS) dan saya sendiri akan terus berjumpa beliau. Reaksi Iskandar Samad baik dan positif,” ujar Azmin dilaporkan Antarapos. Beliau berkata demikian ketika ditanya bantahan secara terbuka Pemuda PAS Selangor semalam yang membantah tindakan PKR mengosongkan kerusi Kajang sebagai merintis jalan untuk Anwar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar. PAS Selangor juga mengkritik peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang semata-mata mahu memberi laluan kepada PRK bagi menobatkan Anwar sebagai ADUN baharu kawasan itu. Lee pada Isnin mengumumkan peletakan jawatannya walaupun baru sahaja tujuh bulan bergelar wakil rakyat. Azmin dalam pada itu memberitahu beliau dan ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar turut menawarkan kerusi DUN masing-masing kepada Anwar, sepertimana yang dibuat Lee. Bagaimanapun Anwar menolak tawaran untuk bertanding di DUN Bukit Antarabangsa dan Sri Andalas sebaiknya cenderung memilih DUN Kajang, kata Azmin. “Saya sendiri menawarkan Bukit Antarabangsa dengan Datuk Seri, malah Xavier menawarkan Seri Andalas namun Anwar tidak mahu. Beliau tetap mahu Kajang,” jelasnya. Azmin kemudiannya berkata pengundi DUN Kajang sepatutnya bersyukur kerana Anwar sebagai pemimpin bertaraf dunia akan turun bertanding mewakili kawasan itu. “Dia (Anwar) bukan hanya diperlukan di Malaysia sahaja tetapi dia pemimpin dunia. Negara Islam di Timur Tengah sana pun memerlukan Anwar. “Jadi orang Kajang harus bersyukur pemimpin dunia turun ke sini berjuang,” katanya. Azmin yang ditemui Mstar ketika memberi ucapan pada sesi Taklimat Jentera Pilihan Raya PRK N25 Kajang di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekamat Kajang, Rabu berkata Anwar bertanding bukan kerana ‘kemaruk’ menjadi wakil rakyat. “Bukan Datuk Seri Anwar kemaruk nak jadi Adun (ahli Dewan Undangan Negeri)…ini bukan soal jawatan. “Kalau dia nak jadi perdana menteri tahun 1998 dah jadi lama dah, tapi sebagai seorang reformis bukan kawasan yang dikejarkan, yang dipertahankan ialah hak rakyat Malaysia yang harus dibela,” katanya. Beliau bagaimanapun mengakui bahawa tidak mudah untuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat membuat keputusan menamakan Anwar sebagai calon. “Ini diakui apabila timbul beberapa isu dan kritikan sebaik sahaja Anwar diumumkan bertanding pada Selasa. “Ada ketika dan masanya, sebagai pemimpin berjiwa besar, dalam PKR, PAS dan DAP kita mesti berani buat keputusan bagi masa depan negeri dan negara. “Kalau tidak berani itu bukan perjuangan namanya,” katanya. Azmin berkata, Anwar bertanding selepas perbincangan diadakan dan keputusan menamakan beliau sebagai calon diputuskan secara bersama selain menjadi strategi parti bagi melonjakkan sokongan rakyat. “Ini bukan satu keputusan yang mudah dibuat, keputusan yang cukup sukar kita putuskan. “Kerangka besar kerja kita jadi matlamat, tak mudah orang faham,” katanya. Dalam pada itu Azmin turut menerangkan DUN Kajang menjadi pilihan Anwar setelah melihat komposisi penduduk di kawasan itu yang terdiri daripada 50 peratus kaum Melayu, 41 peratus Cina dan selebihnya India. Katanya, komposisi tersebut dilihat cukup baik keraba ia dapat mencerminkan Anwar sebagai pemimpin pelbagai kaum.

Azmin Akan Jumpa PAS Selangor Untuk Lerai Isu Anwar

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata beliau akan berjumpa Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad esok untuk meleraikan rasa tidak puas hati pimpinan PAS negeri terhadap terhadap tindakan PKR mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang untuk membolehkan Datuk Seri Anwar Ibrahimbertanding di kawasan tersebut.
Saya telah bincang panjang dengan Iskandar dan saya fahami sentimen PAS. Saya telah menjelaskan kepadanya dan akan meneruskan perjumpaan untuk menerangkan beberapa perkembangan.
“Saya menghormati pandangan mereka (PAS) dan saya sendiri akan terus berjumpa beliau. Reaksi Iskandar Samad baik dan positif,” ujar Azmin dilaporkan Antarapos.
Beliau berkata demikian ketika ditanya bantahan secara terbuka Pemuda PAS Selangor semalam yang membantah tindakan PKR mengosongkan kerusi Kajang sebagai merintis jalan untuk Anwar menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar.
PAS Selangor juga mengkritik peletakan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang semata-mata mahu memberi laluan kepada PRK bagi menobatkan Anwar sebagai ADUN baharu kawasan itu.
Lee pada Isnin mengumumkan peletakan jawatannya walaupun baru sahaja tujuh bulan bergelar wakil rakyat.
Azmin dalam pada itu memberitahu beliau dan ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar turut menawarkan kerusi DUN masing-masing kepada Anwar, sepertimana yang dibuat Lee.
Bagaimanapun Anwar menolak tawaran untuk bertanding di DUN Bukit Antarabangsa dan Sri Andalas sebaiknya cenderung memilih DUN Kajang, kata Azmin.
“Saya sendiri menawarkan Bukit Antarabangsa dengan Datuk Seri, malah Xavier menawarkan Seri Andalas namun Anwar tidak mahu. Beliau tetap mahu Kajang,” jelasnya.
Azmin kemudiannya berkata pengundi DUN Kajang sepatutnya bersyukur kerana Anwar sebagai pemimpin bertaraf dunia akan turun bertanding mewakili kawasan itu.
“Dia (Anwar) bukan hanya diperlukan di Malaysia sahaja tetapi dia pemimpin dunia. Negara Islam di Timur Tengah sana pun memerlukan Anwar.
“Jadi orang Kajang harus bersyukur pemimpin dunia turun ke sini berjuang,” katanya.
Azmin yang ditemui Mstar ketika memberi ucapan pada sesi Taklimat Jentera Pilihan Raya PRK N25 Kajang di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekamat Kajang, Rabu berkata Anwar bertanding bukan kerana ‘kemaruk’ menjadi wakil rakyat.
“Bukan Datuk Seri Anwar kemaruk nak jadi Adun (ahli Dewan Undangan Negeri)…ini bukan soal jawatan.
“Kalau dia nak jadi perdana menteri tahun 1998 dah jadi lama dah, tapi sebagai seorang reformis bukan kawasan yang dikejarkan, yang dipertahankan ialah hak rakyat Malaysia yang harus dibela,” katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui bahawa tidak mudah untuk pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat membuat keputusan menamakan Anwar sebagai calon.
“Ini diakui apabila timbul beberapa isu dan kritikan sebaik sahaja Anwar diumumkan bertanding pada Selasa.
“Ada ketika dan masanya, sebagai pemimpin berjiwa besar, dalam PKR, PAS dan DAP kita mesti berani buat keputusan bagi masa depan negeri dan negara.
“Kalau tidak berani itu bukan perjuangan namanya,” katanya.
Azmin berkata, Anwar bertanding selepas perbincangan diadakan dan keputusan menamakan beliau sebagai calon diputuskan secara bersama selain menjadi strategi parti bagi melonjakkan sokongan rakyat.
“Ini bukan satu keputusan yang mudah dibuat, keputusan yang cukup sukar kita putuskan.
“Kerangka besar kerja kita jadi matlamat, tak mudah orang faham,” katanya.
Dalam pada itu Azmin turut menerangkan DUN Kajang menjadi pilihan Anwar setelah melihat komposisi penduduk di kawasan itu yang terdiri daripada 50 peratus kaum Melayu, 41 peratus Cina dan selebihnya India.
Katanya, komposisi tersebut dilihat cukup baik keraba ia dapat mencerminkan Anwar sebagai pemimpin pelbagai kaum.

source : aidc

No comments: