Pemecatan ini adalah salah!', kata Tun Dr Mahathir dan
empat yang lain
KUALA LUMPUR : Tun Dr Mahathir berserta empat yang lain yang baharu
digugurkan daripada parti Bersatu enggan menerima pengguguran mereka yang
dianggap satu pemecatan yang salah serta bertentangan dengan undang-undang.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan bersama pada lewat Khamis malam,
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan bersama pada lewat Khamis malam,
Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah,
Dr Maszlee Malik dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, akan menggunakan
saluran undang-undang untuk mempertahankan hak mereka.
Jelas kenyataan itu juga, mereka tidak bersetuju dengan tindakan bahawa keahlian
mereka itu dalam PPBM terhenti serta merta apatah lagi tidak memberikan hak
kepada mereka untuk membela diri.
“Melalui surat bertarikh 28.05.2020, telah dinyatakan bahawa kami berlima
“Melalui surat bertarikh 28.05.2020, telah dinyatakan bahawa kami berlima
telah kononnya melanggar peruntukan 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Bersatu.
Dakwaan yang terkandung di dalam surat berkenaan adalah bahawa tindakan
kami berlima mengambil kedudukan di Parlimen pada 18.05.2020 sebagai
wakil rakyat yang tidak menyokong kerajaan Perikatan Nasional dan menyebabkan
kami melanggar perlembagaan parti Bersatu.
"Dilihat pada takrifan di atas, amat dangkal dan tidak munasabah untuk kami
dikatakan telah keluar parti sedangkan kami hanya melaksanakan apa yang
dibenarkan oleh undang-undang dan hak kami di bawah Perlembagaan
Persekutuan selaku Ahli Parlimen yang sah," jelas kenyataan tersebut.
Mereka juga turut menyatakan bahawa terdapat kecelaruan dalam pengurusan
Mereka juga turut menyatakan bahawa terdapat kecelaruan dalam pengurusan
parti itu ketika ini di mana surat pengguguran keahlian itu ditandatangani
oleh individu yang tidak sepatutnya.
“Ia ditandatangani oleh individu yang tidak diberikuasa di bawah perlembagaan
“Ia ditandatangani oleh individu yang tidak diberikuasa di bawah perlembagaan
parti dan tidak langsung menampakkan Bersatu ditadbir secara profesional.
Tindakan seorang Setiausaha Kerja yang mengutus surat sebegini kepada yang
diantaranya adalah para pengasas parti Bersatu sendiri adalah sangat menjelikkan
serta biadab,” antara kandungan kenyataan yang turut dikongsikan kepada media.
Kelima-lima mereka juga bertekad untuk mengembalikan semula Bersatu ke
landasan yang betul dan tidak lagi digunakan sebagai oleh mereka yang tamakkan
kuasa dan kedudukan .
source : astroawani
No comments:
Post a Comment