[#najibiscrackingup] Najib Wajar Jumpa Paklah..
Apakah kempen pengunduran Najib memasuki fasa ke dua, bukan sahaja menggesanya berundur secara terhormat telah tamat tetapi kini kempen mensasarkan pengunduran secara di dapati bersalah dari segi etika dan undang-undang.
Kemungkinan ini tidak dapat di elakkan memandangkan beberapa pendedahan tentang perbelanjaan mewahnya yang tidak disiasat oleh LHN atau SPRM dan begitu pendedahan penggunaan wang 1MDB untuk kempen pilihanraya dan mungkin banyak lagi selepas ini.
http://dinturtle.blogspot.com/2015/06/video-tun-mahathir-kekayaan-melampau.html
http://addindeen.blogspot.com/2015/06/rahsia-najib-didedahkan-lagi.html
Pihak berkuasa termasuk PDRM sudah tentu tidak selamanya dapat berdiam diri tanpa mengambil langkah undang-undang untuk memastikan samada viral ini ada kebenaran atau hanya satu fitnah. Integriti PDRM tidak wajar terguris dalam situasi sekarang.
Walaupun semua dakwaan ini belum lagi dinafikan, belum lagi diberi penjelasan dan belum lagi dibuktikan tetapi pendedahan itu sendiri tidak membantu Najib memperbaiki prestasinya untuk tidak memungkinkan dia berundur.
Adalah wajar Najib berjumpa Paklah sebagai mantan yang banyak pengalaman dalam hal ini untuk mendapatkan nasihat, KJ mungkin boleh membantu...
Najib juga dilihat antara yang memainkan peranan di belakang tabir mendesak Paklah berundur walaupun pada permukaannya Muhyiddin diketengahkan sebagai pendesak utama.
Berjumpa dengan orang-orang seperti Shahrir Samad, Anuar Musa, Tunku Aziz, Musa Hitam, Johari Baharom dan beberapa nama lain tidak banyak membawa perubahan seperti sekarang...
Kemungkinan ini tidak dapat di elakkan memandangkan beberapa pendedahan tentang perbelanjaan mewahnya yang tidak disiasat oleh LHN atau SPRM dan begitu pendedahan penggunaan wang 1MDB untuk kempen pilihanraya dan mungkin banyak lagi selepas ini.
http://dinturtle.blogspot.com/2015/06/video-tun-mahathir-kekayaan-melampau.html
http://addindeen.blogspot.com/2015/06/rahsia-najib-didedahkan-lagi.html
Pihak berkuasa termasuk PDRM sudah tentu tidak selamanya dapat berdiam diri tanpa mengambil langkah undang-undang untuk memastikan samada viral ini ada kebenaran atau hanya satu fitnah. Integriti PDRM tidak wajar terguris dalam situasi sekarang.
Walaupun semua dakwaan ini belum lagi dinafikan, belum lagi diberi penjelasan dan belum lagi dibuktikan tetapi pendedahan itu sendiri tidak membantu Najib memperbaiki prestasinya untuk tidak memungkinkan dia berundur.
Adalah wajar Najib berjumpa Paklah sebagai mantan yang banyak pengalaman dalam hal ini untuk mendapatkan nasihat, KJ mungkin boleh membantu...
Najib juga dilihat antara yang memainkan peranan di belakang tabir mendesak Paklah berundur walaupun pada permukaannya Muhyiddin diketengahkan sebagai pendesak utama.
Berjumpa dengan orang-orang seperti Shahrir Samad, Anuar Musa, Tunku Aziz, Musa Hitam, Johari Baharom dan beberapa nama lain tidak banyak membawa perubahan seperti sekarang...
Najib dah hilang arah tujuan, 1MDB yang tenat itu kini dah melarat kepada agensi kerajaan dan GLC dan tak lama lagi akan melarat kepada ekonomi Malaysia.
Sedarlah bahawa berbelas juta pekerja swasta dan hampir 2 juta pekerja sektor awam berhadapan dengan risiko kemusnahan ekonomi yang akan menjejaskan mata pencarian serta kehidupan harian mereka jika Najib meneruskan cara-cara pelingkup dia nak bail out 1MDB ini.
Sudah tak ada cara lain, UMNO perlu memecat Najib, Barisan Nasional perlu membuat undi tidak percaya kepada Najib di Parlimen supaya Najib dipecat oleh YDP Agong dari jawatan Perdana Menteri.
Berpuluh bilion ringgit wang negara terpaksa dikorbankan untuk bayar hutang 1MDB, rakyat akan kerugian berjuta-juta projek pembangunan kerana wang yang sepatutnya buat berjuta-juta projek pembangunan itu terpaksa digunakan untuk bayar hutang 1MDB sebelum negara mengalami krisis ekonomi yang lebih dahsyat.
UMNO dan Barisan Nasional akan menanggung malu yang sangat teruk dan dahsyat akibat perbuatan ini. Tetapi sedarlah semua bahawa UMNO dan Barisan Nasional bukan dalang kepada semua masalah ini, kerana dalang sebenarnya adalah Najib dan beberapa orang kuncunya yang menjadi petualang menggunakan UMNO dan Barisan Nasional untuk kegiatan buruk mereka itu.
Sedarlah ketua-ketua bahagian dan pimpinan atasan dan bawahan UMNO dan Barisan Nasional sekalian, sedarlah bahawa Najib bukan sahaja akan menghancurkan ekonomi Malaysia, tetapi maruah UMNO dan maruah Barisan Nasional akan tercalar dengan teruknya disebabkan perbuatan salah laku oleh Najib dan kuncu-kuncunya yang berselindung di sebalik UMNO dan Barisan Nasional selama ini.
Harapnya rakyat rasional dan tidak meletakkan kesalahan kepada UMNO dan Barisan Nasional kerana UMNO dan Barisan Nasioal tak bersalah dalam isu ini, yang menjadi dalang dan perosak adalah Najib dan kuncu-kuncunya.
Oleh itu, UMNO serta parti-parti komponen Barisan Nasional semua perlu mengambil tindakan tegas dan segera untuk menyingkirkan Najib dan kuncu-kuncu serta membuat laporan polis untuk mengheret Najib ke muka pengadilan untuk menerima hukuman atas perbuatan keji dan melampaunya ini. Sedarlah, walaupun sekarang nasi dah jadi bubur, paling kurang boleh makan lagi, jangan sampai nasi dah jadi abu, periuk dah cair terbakar, dapur dah rentung terbakar baru nak sedar, semuanya dah tak guna masa itu, bertindaklah sebelum terlewat selagi masa masih ada untuk selamatkan UMNO dan Barisan Nasional.
Selamatkan UMNO dan Barisan Nasional, Tumbangkan Najib dan Kuncu-Kuncu, Heret Najib dan Kuncu-Kuncu ke Mahkamah dan ke Penjara! Hidup Barisan Nasional! Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.
Lepas tu boleh gunakan alasan untuk memburukkan DAp sebagai anti Melayu kerana tidak meluluskan sebarang projek kemajuan.
Hakikatnya mereka sudah tahu dan ini strategi menguntungkan poket dan menipu Melayu, bangsa sendiri.
Memang tahap setan gondol betul 1MDB ni, faedah bank yang kena bayar kalau ikut hari pun samapi 6.7 kali ganda dari jumlah modal berbayar, kalau ikut bulanan 200 kali ganda dari jumlah modal berbayar, kalau ikut tahunan, 2,400 kali ganda dari jumlah modal berbayar.
Modal berbayar penubuhan 1MDB hanyalah RM 1 juta.
Hutang 1MDB RM 42 bilion.
Faedah bank setahun RM 2.4 bilion.
Faedah bank kalau sebulan RM 200 juta.
Faeah bank kalau sehari RM 6.7 juta.
Saya tak tahulah bagaimanakah pengurusan atasan 1MDB boleh berfikir bukan di luar kotak, tetapi diluar pemikiran manusia yang waras sedemikian rupa.
Tanyalah mana-mana pakar ekonomi di seluruh dunia pun, 1MDB tak akan mampu untuk bukan setakat nak bayar hutang pokok, nak bayar faedah bank secara tahunan pun mereka tak mampu kerana 1MDB hanya kerugian sejak di awal penubuhannya hingga kini, kemudian asyik berhutang lagi, kononnya pelaburan dari luar, pelaburan jadah apa kalau diberikan pelaburan sebanyak USD 1 bilion, tetapi USD 975 juta bersamaan 97.5% dari pelaburan itu digunakan untuk bayar hutang, tapi hutang tak selesai-selesai juga, pelaburan jenis apakah ini?
Mana-mana pakar ekonomi pun akan angkat tangan dengan isu 1MDB ini kerana 1MDB tidak akan dapat menyelesaikan masalahnya, malahan tindakan Najib dan kuncu-kuncu kini bukan lagi nak pulihkan 1MDB, tapi nak melingkupkan GLC, badan berkanun serta menjahanamkan ekonomi negara dengan menggunakan dana dari GLC seperti TNB yang dipaksa beli stesen janakuasa Jimah, entah berapa TNB kena bayar pun tak tahulah, tetapi diyakini itu adalah pelaburan yang akan merugikan TNB sendiri kerana stesen janakuasa milik 1MDB sekarang ini penuh dengan masalah demi masalah. Malahan stesen janakuasa TNB itu sendiri dibeli melebihi harga pasaran.
Saya mencabar mana-mana juak-juak Najib termasuk Blogger Apa Yang Tersirat ini, sila berikan formula atau justifikasi atau apa sahaja kaedah yang tidak menggunakan dana awam untuk paling kurang membayar faedah tahunan hutang 1MDB yang kalau kira ikut hari hampir RM 6.7 juta, kalau kita ikut bulan lebih kurang RM 200 juta, kalau kira ikut tahun, jumlahnya paling kurang RM 2.4 bilion, sila beri jawapan dan huraiannya.
Jangan asyik nak menyalahkan Tun Dr. Mahathir sahaja, kerana Tun Dr. Mahathir bertindak untuk menyelamatkan negara dan rakyat.
Malahan terkini TNB akan membeli ekuiti dalam stesen janakuasa elektrik Jimah, harganya tak tau lagi. Alasannya adalah untuk mengelakkan kenaikan tarif elektrik sedangkan Najib dan kuncu-kuncu serta pecacai Najib sebelum ini mengatakan tujuan 1MDB beli stesen janakuasa itu adalah untuk menurunkan tarif elektrik, pasal apa pula sampai perlu dijual kepada TNB dengan alasan nak mengelakkan kenaikan tarif elektrik pula? Kita mau tahu jugalah apakah pembelian ekuiti stesen janakuasa elektrik Jimah dari 1MDB itu mengikut harga pasaran atau lebih dari harga pasaran dan berapakah kos yang akan terlibat pula kelak.
Najib dah tak ada jawapan bagaimana nak langsaikan hutang RM 45 bilion dan faedah tahunan bank berjumlah RM 2.4 bilion setahun melainkan hanya dengan mempergunakan agensi kerajaan yang ada wang, badan berkanun yang ada wang, GLC serta pilihan terakhir perbendaharaan negara serta Rizab Antarabangsa Malaysia akan digunakan untuk bayar hutang piutang 1MDB itu. Kerana 1MDB dah tak ada cara nak selesaikan hutangnya, berniaga rugi, ada aset bukannya dijana untuk buat untung, tapi dijual pula. Akhirnya isu yang hanya dalam 1MDB dah melarat kepada agensi kerajaan yang lain, badan berkanun, serta GLC malahan akan merebak kepada struktur ekonomi negara jika perkara ini dibiarkan berterusan.
Isu di dalam 1MDB, serta 'peranan' GLC serta agensi kerajaan yang ada wang yang menjadi tukang bail out terhadap 1MDB ini telah menjadi isu kriminal kerana melibatkan faktor penyelewengan dan salah guna kuasa.
Justifikasi pelaburan oleh Tabung Haji, KWAP, KWSP serta terkini TNB di dalam 1MDB adalah suatu tindakan korporat yang sangat meragukan dan disyaki terdapat unsur-unsur kriminal di dalam tindakan tersebut.
Najib sudah tak boleh nak berbuat apa lagi, sekarang ini pusing macam mana pun, Najib akan menerima padahnya di atas segala tindak tanduknya yang melampau itu. You Have No Where to Run.
1. Bunuh dia?
2. Suroh dia bercherai dengan ibu dan kahwin lain kita dapat bapa tiri yang kita tak kenal?
3. Atau kita bantu bapa kita sedaya upaya dan berdoa kepa Allah moga2 dapat menyelesaikan kerosot2 yang ada.
Di mana kah pilihan anda? So guna OTAK elok2. ..he he he