NUFFNANG

Friday, 22 May 2015

[#NAJIBISCRACKINGUP : FUAD THE APPLE POLISHER!] ... CILI KASI TARUK! PUAD ZARKASHI NI NAK MELAGA-LAGAKAN PM DAN TPM KE?

[#NAJIBISCRACKINGUP : FUAD THE APPLE POLISHER!] ... CILI KASI TARUK! PUAD ZARKASHI NI NAK MELAGA-LAGAKAN PM DAN TPM KE?

Ini aku nak tulis tapi rasa sangat berat hati sebab aku nak tulis pasal seorang loser dari Batu Pahat yang bernama Puad Zakarshi. Dia kini adalah Ketua Penagarah Jasa. Semasa baru dilantik dia punya ikrar pun amat menakutkan dia kata dia akan serang Mahathir dengan mendedahkan segala kepincangan semasa Mahathir jadi PM dulu.


Aku pun terkejut, kenapa ketua pengarah jasa berkelakuan sebegini? Takpe sebelum aku nak tulis lebih jauh lagi, video kat atas tu nak tunjuk tentang pendirian dia masa Sept 16, dia boleh siap sembahyang Isthikarah samada nak lompat atau tidak sertai Anwar. So aku tak perlu nak cakap banyak, korang nilaikan sendiri.

Sepatutnya sebagai seorang ketua agensi yang disegani, dia mencari jalan untuk menyelesaikan kemelut PM dan Mahathir bukan menjadi BATU RONSON atau JEMUAN untuk merosakkan keadaan lagi. Itu yang patut dia buat dan aku yakin kalau Arwah Fuad masih hidup itulah yang akan dilakukan beliau.

Sedih beb, tak cukup dengan tu, dia serang Timbalan Perdana Menteri pulak dengan mengatakan TPM yang juga Menteri Pelajaran dan team sebagai pemalas! Apa benda ni Puad? masa kau jadi MP Batu Pahat, ada pernah ke kau turun kawasan kau? Kita semua thu kau kalah sebab orang Batu Pahat menyampah dengan perangai kau. Apa benda kau cakap ni?

No wonder la dah ada beberapa orang kata kau letak otak kat lutut beb. Ayat-ayat macam ni sangat memalukan wei. Korang baca komen yang aku ambik dari Facebook.


Ini baru sikit aku ambik ni, kalau korang baca FB korang boleh nampak betapa dia ni dikutuk oleh semua yang pro pada kerajaan. Aku bimbang orang jenis macam ni nak melaga-lagakan anatara PM dan TPM. Ini adalah satu amalan yang tidak baik. Kita sokong PM dan TPM dan kita mengutuk sekeras-kerasnya orang yang cuba nak manjadi BATU API.

Yang paling aku tak boleh terima kerana dia ni adalah merupakan KETAU PENGARAH JASA beb, tugas di adalah untuk pastikan semuanya ok bukan mencari pasal dan menuding jari sana sini, apa yang dia nak buktikan sebenarnya? Aku dengar ada banyak lagi move dia nak buat yang amat membimbangkan. Cukuplah setakat ini dahulu, nanti kita sambung.

Source : pk

No comments: