NUFFNANG

Saturday, 9 May 2015

[NAJIB! I'VE TOLD YOU UMPTEENTH TIMES TO SACK YOUR PUNAHSIHATS BUT YOU NEVER LISTEN...] ... Selamatkan Tabung Haji, Umno dan negara daripada ditelan SKANDAL 1MDB

[NAJIB! I'VE TOLD YOU UMPTEENTH TIME TO SACK YOUR PUNAHSIHATS BUT NEVER LISTEN...] ... Selamatkan Tabung Haji, Umno dan negara daripada ditelan SKANDAL 1MDB

Keputusan sulit Lembaga Tabung Haji menggunakan duit hasil tabungan orang Islam untuk membeli tanah milik kerajaan daripada 1MDB nampaknya telah menimbulkan kemarahan pelbagai pihak, termasuk pemimpin UMNO yang selama ini dilihat se-olah merestui skandal kehilangan berbillion ringgit dana milik kerajaan menerusi 1MDB. 

Pendedahan kelicikan Tabung Haji melulus serta membuat pembayaran sepantas kilat kepada 1MDB (berjumlah hampir RM190 juta ringgit) untuk sebidang tanah yang diperolehi daripada kerajaan untuk hanya lebih kurang RM4 juta ringgit nampaknya telah menyedarkan ramai pihak. 

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal serta Pergerakan Pemuda Umno telah mengeluarkan kenyataan masing-masing. 

Kenyataan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno amat keras dan mendesak agar skandal 1MDB diselesaikan segera oleh Perdana Menteri/Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebelum '1MDB membunuh UMNO'. 

Konsisten dengan pendirian beliau selama ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mendesak agar urusniaga itu di-BATALKAN serta merta demi menjaga kepentingan pencarum Tabung Haji. 

Berikut adalah kenyataan terbaru Dr Mahathir Mohamad dalam blog beliau.  

 Tabung Haji

1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.

6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!! Jika tidak dapat diam sajalah. - www.chedet.cc


Ini pula kenyataan Muhyiddin yang disiarkan portal The Malaysian Insider. 

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin has openly criticised the government's handling of the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) scandal and warned that the issue was so serious that it might explode.
He told reporters following him on a working visit to Milan, Italy, that the debt-ridden 1MDB was the biggest factor that led to Barisan Nasional's (BN) loss in the Permatang Pauh by-election yesterday.
The Umno deputy president admitted that he was not even able to explain the scandal when campaigning because, "I don't even know what to say".
"The rakyat wants to know, not just Tun Dr Mahathir Mohamad. The rakyat wants to know why no one has been charged, why the 1MDB board has not been sacked, and about the position of the CEO and the prime minister as adviser," said Muhyiddin.
He said the situation was toxic and might have a huge adverse impact not just on the people, but Umno as well- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/1mdb-scandal-could-explode-on-umno-says-muhyiddin#sthash.LH2hFDNC.dpuf

Ini kenyataan Shafie Apdal - 

Isu pembelian Tanah 1MDB.

1) Sebelum ini saya telah pun menyatakan bahawa perlunya isu 1MDB diberi perhatian serius dengan menjawab segala persoalan berkaitan secara terperinci.

2) Isu ini bukan hanya menjadi kebimbangan saya dari awal lagi malahan rakyat secara keseluruhannya.

3) Perkara ini menjadi lebih serius apabila kita dimaklumkan tentang pembelian sebidang tanah oleh satu lagi badan pemegang amanah awam.

4) Isu tentang penglibatan Tabung Haji ini sekiranya tidak ditangani dengan baik, saya khuatir kredibiliti kerajaan akan terus dipertikaikan.

5) Saya gesa agar isu ini diambil tindakan serius supaya rakyat yang merupakan pemilik dana yang disimpan di dalam Tabung Haji terus yakin bahawa simpanan mereka selamat dan terjamin.


Kenyataan BERANI Pemuda Umno Malaysia pula di-SINI

Ramai juga yang tertanya-tanya. Kenapa Najib Razak senyap seribu bahasa. Najib harus di-ingatkan bahawa 1MDB adalah mahluk ciptaan beliau. Najib juga harus di-ingatkan bahawa beliau juga adalah Ketua Penasihat 1MDB, Menteri Kewangan serta Perdana Menteri Malaysia. 

Jika tidak mampu memperjelaskan skandal 1MDB yang semakin hari semakin parah ini, Najib tidak ada pilihan lain kecuali berundur dengan secebis kehormatan yang mungkin masih ada. 

p/s Syukur Alhamdulillah masih ada lagi yang berani bersuara demi kepentingan rakyat dan negara. Kini jelas Dr Mahathir tidak keseorangan. 





Site Meter

No comments: