[???] ... Anwar sesat tapi TS Harussani dan Dr Maza diam
Mana Dr Maza? Mana Tan Sri harussani yang bising betul pasal Najib ziarah Thaipusan?
Tapi berdiam pula dengan orang lain ...
Malah Harussani pun lupa ...
KENYATAAN RASMI
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
MENGENAI KEHADIRAN YAB PERDANA MENTERI DI MAJLIS SAMBUTAN THAIPUSAM
Isu mengenai kehadiran YAB Perdana Menteri di Majlis Sambutan Thaipusam di Batu Caves akan menjadi isu setiap kali majlis tersebut berlangsung. Memandangkan Malaysia adalah sebuah Negara berbilang kaum dan Islam merupakan Agama Persekutuan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 12 April 2005 telah mengeluarkan Garis Panduan Orang Islam Turut Merayakan Hari Kebesaran Agama Orang Bukan Islam sebagai panduan dan rujukan kepada seluruh umat Islam.
Garis Panduan ini juga telah disampaikan untuk makluman YAB Perdana Menteri dan selaku Ketua Negara, YAB Perdana Menteri telah sedia maklum mengenai batas-batas dan garis panduan yang telah diberikan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam sama-sama meraikan majlis sambutan rakyat bukan beragama Islam di Negara ini. Oleh itu, tidak timbul isu YAB Perdana Menteri tidak boleh menyertai sebarang acara sambutan rakyat bukan Islam kerana menyalahi akidah atau bertentangan dengan kehendak Islam sepertimana yang diperkatakan oleh sesetengah pihak di media baru-baru ini.
Isu ini sebenarnya telah pun diperjelaskan oleh Sahibus Samahah Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pada tahun 2012 bahawa bahawa kehadiran YAB Perdana Menteri di majlis sambutan Thaipusam tidak menyalahi hukum syarak selagimana tiada niat untuk merayakan atau redha dengan perbuatan agama lain, dan sebagai pemimpin sebuah Negara adalah tidak salah untuk Perdana Menteri bersama-sama dengan bangsa lain selagimana tidak terlibat dalam acara-acara yang bersifat ritual agama orang bukan Islam.
Mengenai pakaian kurta yang dipakai oleh YAB Perdana Menteri, ianya tidak menyalahi garis panduan yang ditetapkan kerana kurta merupakan pakaian tradisional bagi kaum lelaki India di majlis rasmi, dan tidak ada sebarang isu berkaitan pelanggaran akidah atau sebagainya.
Oleh itu saya ingin menasihatkan seluruh umat Islam berhati-hati dalam memperkatakan isu yang tidak diketahui secara jelas supaya penyebaran isu-isu seumpama ini, lebih-lebih lagi berkait dengan akidah dapat dielakkan bagi mengelakkan fitnah dan tohmahan di kalangan rakyat.
Sekian dimaklumkan.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Saya Yang Menurut Perintah’
(DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA)
6 Februari 2015
P/S tak payahlah ziarah perayaan ugama, Dato Seri Najib. Tun Mahathir tak pernah pergi pun.
No comments:
Post a Comment