NUFFNANG

Tuesday 26 June 2007

Legasi Tun Razak dan Prowaris

Legasi Tun Razak dan Prowaris

RAIS SATIMIN


Penganalisis Perjuangan Melayu & Islam

Para jemputan Legasi Tun Razak yang dianjurkan oleh Akademi Pemuda UMNO pada 15 dan 16 Jun 2007 terperanjat apabila Feriz Omar, Presiden ProWaris menggemparkan dewan dengan lantang dengan mengeluarkan hujah-hujah mengkritik YABhg Tun Musa Hitam berkaitan dengan isu WPI.

Pada 15-16 Jun 2007 menyaksikan suatu acara yang mengundang pelbagai reaksi dan emosi rakyat terhadap kenangan serta jasa yang dicurahkan oleh Allahyarmam Tun Abdul Razak, Perdana Malaysia yang Kedua.

Sekalipun ia adalah acara yang dikendalikan oleh Pemuda UMNO Malaysia, ia berjaya menarik kehadiran pelbagai parti politik, ahli-ahli koperat serta badan-badan bukan kerajaan, NGO seperti ProWaris Malaysia.

Dalam sesi-sesi yang disertai oleh para hadirin, ramai tokoh kepimpinan muda yang menampilkan pandangan radikal yang berani mempelbagaikan pendekatan kepimpinan organisasi-organisasi Melayu yang kepada sesetengah penganalisis seperti, sudah hambar, tidak relevan dengan suasana hari ini dan perlu diberi nafas baru.

Kehadiran ProWaris dalam sesi soal jawab dalam forum bersama 2 tokoh politik yang disegani UMNO iaitu Tengku Razaleigh Hamzah dan Tun Musa Hitam sudah diramalkan akan berlaku pertembungan hangat.

Menyedari falsafah perjuangan ProWaris yang “apolical” iaitu sanggup menegenepikan perbezaan falsafah politik demi mencapai Agenda Melayu dan Islam, ramai yang menantikan isu-isu yang dibangkitkan oleh Presiden ProWaris sendiri iaitu Saudara Feriz Omar.

Sekalipun ucapan Tengku Razaliegh Hamzah, bekas Menteri Kewangan Malaysia disingkatkan oleh Datuk Mohd Annuar Zaini selaku moderator untuk sesi tersebut, Presiden Prowaris itu telah berjaya mengupas isu sebenar Bangsa Melayu hari ini berbanding dengan Bangsa Melayu ketika pentadbiran Allahyarham Tun Abd Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Katanya “Sesungguhnya cabaran Allahyarham Tun Razak untuk menyatu-padukan bangsa Melayu, Cina dan India adalah TIDAK BEGITU MENCABAR kerana rakyat Malaysia pada ketika itu rata-rata bermentalitikan “HERD SOCIETY” yang bermakna sentiasa mengikut arahan pemimpin”.

Fakta yang dibangkitkan oleh Presiden ProWaris itu adalah benar kerana rakyat Malaysia hari ini adalah ternyata jauh lebih berbeza kerana hari ini golongan cerdik -pandai semakin ramai dan tidak putus-putus mengkritik mempersoalkan dasar kerajaan.

Feriz dengan lantang menyatakan bahawa “Ini jelas dan nyata kerana Melayu hari telah berpecah tiga iaitu UMNO, PAS dan Keadilan”.

Beliau kemudiannya merujuk kepada Perkara 43 halaman 19 dalam ucapan Tengku Razaleigh yang tidak sempat habis sampaikan oleh Tengku, “Kaum Cina nampaknya tidak berpecah. Walaupun mereka mempunyai tiga atau lebih parti politik, mereka bersatu apabila menghadapi kepentingan bahasa, pendidikan, ekonomi dan kepentingan politik mereka.

Apa-apa desakan atau tuntutan yang tidak dapat disuarakan secara terus terang oleh parti Cina dalam Barisan Nasional, tuntutan itu akan dilancarkan oleh parti Cina yang lain, misalnya Parti DAP, atau oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) cina, iaitu Dong Ziao Jong atau Shiu Qiu yang cukup besar dan berpengaruh, disegani atau digeruni oleh pari MCA, Gerakan dan DAP.

Tidak ada parti politik Cina yang berani menggertak atau mencegah kedua NGO Cina daripada bersuara menentang atau mengkritik kerajaan atau menuntut itu dan ini daripada kerajaan.”

Feriz lantas melaungkan “Sesungguhnya hak perjuangan Agenda Melayu adalah bukan 100% hak mutlak UMNO; perjuangan Agenda Islam adalah bukan 100% hak mutlak PAS; dan perjuangan menuntut keadilan adalah bukan hak mutlak Parti Keadilan Rakyat. “

Laungannya yang lantang mendapat tepukan gemuruh dari seluruh ruang dewan.

YBM Tengku Razaleigh mengakui bahawa itu adalah kenyataan yang tepat dan sesungguhnya kita perlu menggerakkan NGO-NGO Melayu untuk lebih berani tampil dan pada masa yang sama, Bangsa Melayu perlu memberi sokongan penuh ke atas NGO-NGO Melayu demi Agenda Melayu dan Islam.

Tidak habis dengan isu pertama, Presiden ProWaris itu menerjah dengan soalan mengenai Isu Wilayah Pembagunan Iskandar, suatu persoalan yang ditujukan khas kepada YABhg Tun Musa Hitam.

Katanya “ .... Sir, in the past few months you have been aggressively promoting Iskandar Development Region (IDR). If today we are celebrating Tun Razak, a leader who is claimed to be a democratic leader who would seek people’s opinion before making decision, what would he say to you if he were still alive today?”

Tun Musa yang mungkin tidak sangka akan isu WPI dibangkitkan dalam acara menghargai Allahyarham Tun Razak terpaksa membuka bicara dengan satu lawak jenaka kononnya untuk menenangkan suasana dewan “Pasal soalan kedua tu, kita kurang faham kerana Feriz bercakap orang putih ....” dengan harapan mengalihkan pandangan ramai.

Tanpa dijangka, Presiden ProWaris itu menuju ke mikrofon lantas berkata “... Tun kalau tak faham, saya boleh terjemahkan satu persatu, atau Tun saja buat-buat tak faham ...” untuk mengelakkan Tun Musa dari menepis isu sebenar WPI.

Pada ketika itu, suasana dewan menjadi sepi seketika.

Seluruh dewan terperanjat dengan kenyataan Tun Musa setelah itu. Katanya “ . . . . Sorry, Feriz I am not trying to expose you here, but mungkin tuan-tuan dan puan-puan tidak tahu bahawa Feriz Omar adalah ahli keluarga saya sendiri .... dan oleh itu saya terpaksa menjawab isu WPI ini”.

Katanya dengan ringkas, “WPI adalah sebenarnya suatu projek terancang untuk mengantarabangsakan Malaysia. Pendekatan cara sebegini diiktiraf oleh Tun Ismail sendiri berpuluh tahun dahulu bahawa ia adalah pendekatan terbaik untuk kita membuka ruang dengan negara-negara jiran agar “berunding-niaga” secara diplomatik dengan tujuan memposisikan ekonomi negara berdasarkan kemudahan infrastruktur seperti lapangan kapal terbang, lebuhraya dan pelabuhan yang terbina dengan pelaburan kerajaan yang berbilion ringgit”.

Dalam suatu sesi saya bersama Feriz selepas forum tersebut, beliau menyatakan bahawa “Isu yang ditujukan sebenarnya bukan kerana Melayu menolak mana-mana pembangunan negara tetapi hari ini, Rakyat Malaysia terutamanya Bangsa Melayu masih tidak puas hati dengan kerajaan yang sentiasa lari daripada berdiskusi dengan Rakyat. Terimalah hakikat bahawa Bangsa Melayu tidak mahu kerajaan melakukan kesilapan yang sama dalam membangunkan Georgetown dan Kuala Lumpur”.

“Tidak kira sama ada saya adalah cucu kepada Tun Musa atau tidak, ini persoalan kerisauan Bangsa Melayu terhadap sebuah pembangunan di tanah nenek moyang Melayu Johor yang asal-usul tertubuhnya Malaysia dan menjadi kubu terkuat kepimpinan Melayu pada hari ini !!” tegasnya.

Pada pandangan saya, ini adalah suatu insiden yang perlu dirakamkan kerana ia adalah realiti sebenar evolusi politik Melayu yang bercanggah dengan “trend” kepimpinan Melayu Muda yang lain. Dalam pertembungan Feriz-Tun Musa itu, kita tidak lihat situasi yang boleh dikatakan biadap atau bersikap kurang ajar tetapi suatu tindakan tegas Melayu Muda dan dibuat untuk memastikan masej itu sampai kepada Tun Musa.

Hari ini, kita lihat bahawa kepimpinan Melayu Muda terlalu terikut sangat dengan tradisi lama, kepimpinan Melayu yang takut menegur kepimpinan tertinggi Melayu apatah lagi daripada keluarga sendiri. Mungkin kerana takut “KEHILANGAN BANTUAN TANGAN GHAIB” atau “KEHILANGAN KEDUDUKAN DALAM PARTI”.

Kita nanti saja bila KJ berani membidas Pak Lah; atau pandangan Mukhriz tidak lagi sealiran dengan Tun Mahathir.

Itu pun kalau mereka berani . . . atau takut tak dapat mencium kerusi Perdana Menteri.

No comments: