NUFFNANG

Friday, 10 July 2020

Kumpulan Tun M dan Warisan jadi blok bebas di dalam dan luar Parlimen

Kumpulan Tun M dan Warisan jadi blok 

bebas di dalam dan luar Parlimen


Kumpulan Tun M dan Warisan jadi blok bebas di dalam dan luar Parlimen
Mereka tidak akan bergabung dengan Perikatan Nasional, mahupun Pakatan Harapan, kata Dr Mahathir. - Gambar fail















KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini 
menyatakan beliau bersama lima ahli Parlimen lain akan bersama dengan Parti 
Warisan Sabah (Warisan) akan kekal sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen.

Dalam satu kenyataan hari ini, selain Dr Mahathir sebagai Ahli Parlimen Langkawi, 
ia turut ditandatangani  Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed 
Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Datuk Amiruddin 
Hamzah (Kubang Pasu), dan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (Sri Gading).

Menurut beliau lagi lagi, mereka tidak akan bergabung dalam mana-mana gabungan, 
sama ada Perikatan Nasional yang diterajui Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, 
mahupun Pakatan Harapan yang diterajui Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kami membuat keputusan untuk kekal bersama Warisan sebagai blok bebas di dalam 
dan di luar Parlimen. Kami tidak bergabung dengan mana-mana gabungan.
“Kami juga menentang sebarang usaha untuk menggantikan Speaker dan akan 
meneruskan usul undi tidak percaya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menubuh 
Kerajaan yang tidak dipilih rakyat,” kata mereka dalam kenyataan itu.

Dr Mahathir berkata, mereka masih berpegang teguh kepada perjuangan asal iaitu 
menolak kembalinya Kerajaan kleptokrasi.

source : astroawani

No comments: