NUFFNANG

Tuesday 9 June 2020

Dr Mahathir, Anwar kunci mulut

Dr Mahathir meninggalkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya petang ini. Turut kelihatan, Anwar. Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Dr Mahathir meninggalkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Petaling Jaya petang ini. Turut kelihatan, Anwar. Foto NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Dr Mahathir, Anwar kunci mulut



PETALING JAYA : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkan ibu pejabat PKR petang ini, tanpa kenyataan kepada media.
Terdahulu, kedua-dua mereka hadir mesyuarat bersama pemimpin Pakatan Harapan (PH) termasuk Setiausha Agung DAP, Lim Guan Eng serta Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu.
Turut hadir pada mesyuarat itu, Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal serta bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
"Tunggu kenyataan media," jawab ringkas Anwar sebaik media bertanya mengenai inti pati mesyuarat mereka petang ini.
Dr Mahathir juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan walaupun 'diasak' wartawan yang ingin memastikan dakwaan mesyuarat berkenaan bersetuju menamakan Anwar sebagai calon Perdana Menteri jika PH membentuk Kerajaan Persekutuan.
Ahli Parlimen Langkawi itu sebaliknya bergegas ke kenderaannya sebelum beredar dari pekarangan ibu pejabat PKR kira-kira jam 6.15 petang tadi.
Pengamal media menunggu sejak jam 3 petang tadi lagi bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai mesyuarat berkenaan.
Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil memaklumkan kenyataan media akan dikeluarkan bagi menjelaskan mengenai hasil mesyuarat berkenaan.
"Akan ada kenyataan media," katanya yang ditemui selepas tamat mesyuarat berkenaan.
source : bharian

No comments: