Tun M, Ketua Hakim Negara dijangka menghadap Seri Paduka
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi ini, dipercayai berkaitan isu politik semasa.
Yang turut dilapor akan berbuat demikian adalah Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat pada jam 11.45 pagi. Bagaimanapun, setakat ini belum ada pengesahan rasmi dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri atau Istana Negara berkaitan perkara berkenaan.
Pada sebelah petang, Dr Mahathir akan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di Putrajaya yang dijadual pada jam 3 petang yang dirangka kerajaan bagi menangani impak penularan COVID-19.
Semalam, semua 222 Ahli Parlimen selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi menyatakan pendirian dan sokongan kepada pihak tertentu untuk membentuk kerajaan baharu susulan peletakan jawatan Dr Mahathir pada Selasa lalu.
source : bharian
No comments:
Post a Comment