NUFFNANG

Saturday 28 December 2019

DAPSY, Pemuda MCA persoal perintah halang anjur persidangan

Ketua DAPSY, Howard Lee Chuan How. - NSTP/Mohd Hafizee Mohd Arop

DAPSY, Pemuda MCA persoal perintah halang anjur persidangan




KUALA LUMPUR: Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) dan Pemuda MCA mempersoal perintah mahkamah yang menghalang Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) meneruskan penganjuran persidangan isu tulisan Jawi.
Ketua DAPSY, Howard Lee Chuan How, berkata tindakan polis memohon perintah mahkamah untuk melarang penganjuran persidangan itu disifatkan bertentangan Perkara 10(1) Perlembagaan Persekutuan, iaitu hak kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman.
Katanya, tindakan polis memohon perintah berkenaan antara lain disifatkan sebagai berlebihan, selain menetapkan duluan tidak baik bagi bagi Malaysia Baharu.
“Polis sepatutnya melindungi hak Dong Zong untuk berhimpun secara aman, sama seperti mana yang diberikan kepada penganjur Kongres Maruah Melayu.
“Hak untuk berbeza pendapat dalam kalangan rakyat adalah tulang belakang demokrasi,” katanya ketika dihubungi BH, malam tadi.
Beliau berkata demikian mengulas perintah mahkamah diterima polis bagi menghalang Dong Zong meneruskan persidangan isu tulisan jawi di sekolah vernakular yang dijadualkan berlangsung di sebuah kolej di Kajang, esok.
Susulan itu, Dong Zong akur untuk membatalkan persidangan isu tulisan jawi itu dan meminta semua wakil dan pertubuhan terbabit membatalkan kehadiran ke Persidangan Pertubuhan Cina berkenaan.
Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon. - NSTP/Iqmal Haqim Rosman
Sebelum ini, pelbagai pihak tampil mendesak Dong Zong membatalkan hasrat persekutuan itu dalam menganjurkan kongres isu pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular.
Desakan dibuat susulan tindakan Dong Zong dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) mahu meneruskan kongres isu pembelajaran tulisan jawi itu.
Sementara itu, Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon, menerusi status di Facebooknya menyifatkan larangan berkenaan sebagai diskriminasi, selain mempersoalkan mengenai hak kebebasan bersuara.
“Kerajaan boleh anjurkan Kongres Maruah Melayu, tetapi pertubuhan Cina tidak boleh anjur pertemuan tertutup? Adakah Cina tak ada hak berhimpun?
“Dimanakah menteri daripada kaum Cina? Adakah mereka sedang bercuti dan tidak berani untuk bersuara?” katanya.
source : bharian

No comments: