NUFFNANG

Tuesday, 24 November 2015

[tpm dan menteri kdn sudah hilang hormat? ] JUMPA ANAK PENCEROBOH, TIAN CHUA UGUT TIMBALAN PERDANA MENTERI?

[tpm dan menteri kdn sudah hilang hormat? ] JUMPA ANAK PENCEROBOH, TIAN CHUA UGUT TIMBALAN PERDANA MENTERI?


"Saya akan pertimbangkan tindakan lanjut, tetapi pada peringkat ini saya minta menteri (Zahid) untuk menarik balik (tuduhan itu)."
 – Tian Chua, Ahli Parlimen Batu

Siapa cabar siapa. Siapa ingatkan siapa!

Dah terbalik kot. Tidak pernah berlaku Menteri Dalam Negeri dicabar dan diminta menarik balik kenyataan, selain mengugut untuk melakukan sesuatu tindakan.

Cabaran itu membayangkan seolah-olah Menteri berkenaan yang juga Timbalan Perdana Menteri melakukan pembohongan besar dan bersifat fitnah.

Kesombongan Ahli Parlimen Batu Tian Chua (Chua Tian Chang) terserlah apabila meminta Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menarik balik kenyataan yang menuduh dirinya sebagai ‘dalang’ pertemuan antara Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu, Jamalul Kiram III, Jacel H Kiram.


Beliau selanjutnya mengugut akan pertimbangkan tindakan lanjut, tetapi pada peringkat ini beliau hanya mahu menteri (Dr Ahmad Zahid) untuk menarik balik (tuduhan itu).

Malah dengan angkuhnya Tian Chua menyatakam beliau bersedia untuk dipanggil pihak berkuasa untuk disiasat berhubung perjumpaan Nurul Izzah dengan anak perempuan bekas ketua pengganas Sulu itu yang turut dihadiri beliau.

"Kita tak ada pilihan kalau dipanggil, kita kena pergi dan beri kerjasama," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Tian Chua mengakui mereka ke Manila bagi membawa isu hak asasi manusia dan isu kebebasan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tian Chua membuat kenyataan itu gara-gara Dr Ahamad Zahid menuduh Chua mengaturkan mesyuarat Nurul Izzah dengan Jacel

Timbalan Perdana Menteri mengatakan Tian Chua adalah orang di belakang (pertemuan) yang telah mengatur pertemuan itu.

“Tian Chua orang yang bertanggungjawab menjalankan tindakan cara halus untuk menghubungkan apa yang dipanggil 'Kesultanan Sulu' yang kononnya mahu tuntut semula wilayah kesulatan itu hingga ke Sabah.”

Bagi Tian Chua, tuduhan itu adalah liar dan tidak berasas.

Ahli Parlimen Batu itu membidas pendedahan bahawa beliau menjadi dalang yang mengaturkan pertemuan pemimpin parti itu dengan anak perempuan bekas ketua pengganas, Jacel Kiram, baru-baru ini.

Selain itu,  Tian Chua juga berkata Dr Ahmad Zahid sepatutnya menjawab tujuan sebenar pemimpin-pemimpin tertinggi Umno yang didakwa kerap bertemu dengan Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III sebelum ini.

"Jika Zahid menjalankan tugas mempertahankan kedaulatan negara, sepatutnya dia meminta pemerintah Filipina tangkap kumpulan Kiram dan hantar ke Malaysia untuk menghadapi dakwaan," ujarnya.

Tian Chua turut membela Nurul Izzah dengan mengatakan anak bekas Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar Ibrahim itu  tidak pernah merancang melakukan pertemuan itu.

"YB Izzah telah menyatakan kesal kerana tidak berhati-hati dan terlepas menyemak senarai tetamu," katanya lagi.

Bagi Dr Ahmad Zahid, beliau tidak akan menarik balik dakwaan bahawa Ahli Parlimen Batu, Tian Chua itu terlibat mengatur pertemuan dengan jurucakap tentera Sulu, Jacel H Kiram di Manila baru-baru ini.

Menteri Dalam negeri itu menegaskan polis akan mengambil keterangan daripada Naib Presiden PKR itu.

"Tian Chua jangan nafikan penglibatan beliau dalam penganjuran majlis di Manila dan aturkan pertemuan dengan Jacel.

Dr Ahmad Zahid tidak mahu Tian Chua menafikan perbuatannya melalui media sebaliknya menjawab kepada polis apabila diminta beri kenyataan dan (buat) penafian di mahkamah bahawa beliau tidak terlibat.

Menteri Dalam Negeri berkata, hanya Tian Chua sahaja tahu apa yang berlaku kerana beliau individu yang bertanggungjawab dalam penganjuran majlis tersebut.

Isu ini jika tidak dilakukan dengan baik akan memberikan kemenangan moral kepada pembangkang – PKR dan DAP – selain mengesahkan bahawa tindakan dua pemimpin pembangkang itu betul.

Malah, kemenangan di pihak Tian Chua akan meletakkan imej Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri pada tahap yang memalukan kerajaan Barisan Nasional.

Jadi dalam menggendalikan kes ini, polis dan pihak berwajib perlu menjamin imej kerajaan dijaga dan dianggap di pihak yang memang.

Sebarang unsur ‘kekalahan’ atau ‘kebenaran kata-kata Tian Chua bahawa Dr Ahmad Zahid sememangnya membuat tuduhan liar dan tidak berasaskan’ akan meletakkan pemimpin UMNO itu pada tahap yang begitu rendah.

Selain itu, apa tindakan pihak berluasa terhadap kata-kata ugutan oleh Tian Chua yang beliau akan melakukan ‘tindakan lanjut’ terhadap Dr Ahmad Zahid? 

No comments: