NUFFNANG

Thursday, 17 September 2015

[amaran kepada najib dan kepemimpinan umno supaya jangan lembik lagi] Pesanan Kepada Pemerintah – Bila Melayu Mula Bersuara Tiada apa dapat Dilakukan lagi.

[amaran kepada najib dan kepemimpinan umno supaya jangan lembik lagi] Pesanan Kepada Pemerintah – Bila Melayu Mula Bersuara Tiada apa dapat Dilakukan lagi.

Oleh rmf
12003297_1170580999638741_2257423683120773666_n
Sebagai peringatan kepada Pemimpin Melayu agar jangan terlalu mudah untuk menilai kemarahan orang Melayu. Demi menjaga hati Chauvanis, Melayu dihina puluhan tahun.
Hati hati retak memendam rasa menunggu tindakan yang setimpal dari kerajaan berhubung dengan isu penghinaan kepada Raja Raja, Islam, Melayu serta pembohongan demi pembohongan dilakukan oleh DAP.
Penantian yang agak lama, tidak membuahkan harapan, Kini Melayu mula bersuara dan bangkit bila  tindakan melampau DAP dilihat seperti cacing masuk kemata dan kerajaan masih  lambat mengambil tindakan yang sepatutnya.
Hari ini 16 September Melayu mula bangkit dan bersuara tentang hak hak  mereka yang selama ini tidak pernah dipedulikan  atau  pihak pemimpin  sentiasa memingirkan hukuman pada kesalahan berat dilakukan oleh Chauvanis.
Tanah Melayu atau Malaysia ditatang kedaulatannya satu masa dahulu, dipelihara mertabatnya dari di nodai oleh bangsa lain. Keramatnya melebihi bangsa melayu itu sendiri. Bangsa Melayu terkenal dengan budaya  ketimurannya telah memakan diri  kini.
Sikap sopan tutur bahasanya kini telah merobohkan tembok  yang telah dibina untuk melindungi  maruah bangsa sendiri. Bangsa melayu dulunya dianugerahkan dengan keistimewaan untuk melindungi kepentingan masa depan bangsa melayu itu sendiri sebagai tuan kepada tanah pribumi yang berdaulat. Tetapi benarkah realitinya sedemikian?
Bangsa melayu tidak pernah menidakkan peluang yang dinikmati oleh bangsa lain ternyata lebih bijak mengambil peluang untuk survival dan kebaikkan bangsa mereka. Sikap harmoni yang ditunjukkan olg bangsa melayu  dapat dilihat dengan membenarkan bangsa lain mengamalkan  budaya, bahasa serta adat resam  serta sekolah kebangsaan  yang telah diamalkan sejak setengah abad yang lalu.
Tetapi apa yang kita lihat sekarang  dilahirkan sebagai  bangsa melayu sebenarnya tidak mendatangkan tuah  untuk bangsa itu sendiri atau tuah yang tidak menyembelahi kita, Mana tidaknya ketika siqiu, hindraf dan lain lain NGO  bebas menyatakan kepentingan atau survival bangsa mereka, sebaliknya orang melayu akan dilebelkan sebagai perkauman  jika menyatakan pendirian  hala tuju bangsa melayu. Menjulang  keris  sebagai adat resam pun sudah dikatakan tindakan yang melampau sehingga kan sanggup  memohon maaf.
Apakah sudah terbalik sekarang? pernah dahulu  ada orang berkata ” untuk melihat sesaorang itu hatinya dijajah  ianya akan berasa megah dan berani terhadap bangsa dia sendiri, tetapi akan kecut dan gentar terhadap bangsa lain” Apakah ini yang telah berlaku sekarang. Jika kita renungkan  sepanjang perjalanan politik sekarang.
Itu hanya baru sebilah keris dihunuskan, sebenarnya kecaman dari bangsa lain  itu tidak lebih daripada untuk menguji bangsa melayu, atau “test market” untuk menilai tahap  ketegasan sebagai satu bangsa yang menjadi tuan kepada negara ini.
Apakah akan terjadi jika teguran yang serupa  dibuat oleh bangsa melayu  yang mana akan melibatkan adat resam, budaya, bahasa  bangsa lain? Maka dengan kesepaduan mereka  bergaunglah gema  suara suara  yang menyatakan itu adalah ‘rasist’. Dimanakah pejuang kita yang saban  hari melaungkan  soal ketuanan Melayu?
Lebih malang lagi, untuk melindungi hak, kedaulatan  negara dan bangsa ini pun tidak dinyatakan secara jelas dan tidak secara terbuka, ini adalah kerana  takut dikatakan  itu adalah isu perkauman. Jika kita fikir secara logik dan riasionalnya, apakah  maksud yang dinamakan perkauman tersebut?
Jika tafsiaran itu dapat dinyatakan secara jelas oleh cendiakawan  terbilang tanahair untuk  memperjelaskan  semua ini agar ianya tidak di manipulasikan  dengan sewenang-wenangnya oleh mereka  yang ingin melihat bangsa Melayu terjerat diatas pendirian yang di bina tentang semangat cintakan negara.
Kini tekanan telah banyak diberikan  kepada bangsa melayu tanpa sebarang reaksi yang boleh menutup mulut atau tindakan yang dibuat oleh bangsa lain, sehingga kan pemimpin juga tunduk kepada tekanan yang diberikan oleh mereka. Dengan sikap toleransi semangat bangsa melayu tetap bersabar dengan karenah  tersebut.
Bukan sangat kerana orang Melayu dan bangsa Melayu dicemuh oleh bangsa-bangsa lain, tetapi kerana paralysis atau kelumpuhan bangsa Melayu yang disebabkan anak bangsa Melayu sendiri. Satu hari nanti jagan dikesalkan bila Melayu mula bangkit dan tidak memperdulikan apa juga rintangan.
Kerana segala-gala yang buruk dan negatif dikaitkan dengan orang Melayu – rasuah dan politik wang, ketidakcekapan dan kehambaran, mat rempit dan kaki gian, pemalas dan curi tulang
Ini bukan bertujuan menafikan keikhlasan orang Melayu dan kepemimpinan mereka bertolak ansur dengan kaum-kaum lain sejak sebelum merdeka sehingga kepada termeterainya Kontrak Sosial dalam bentuk Perlembagaan Malaysia dan pelaksanaan pelbagai dasar serta program selepas itu.
Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apa yang dilihat sebagai tolak ansur dan toleransi orang Melayu, bagi kita ianya  lebih berupa ketidakupayaan mereka berartikulasi dan bertindak bagi mempromosi dan mempertahankan hak serta keistimewaan mereka seperti yang termaktub dalam Kontrak Sosial dan Perlembagaan Malaysia.
Generasi muda yang bergerak cergas didalam politik  mempunyai semangat untuk memperjuangkan kehidupan mereka didalam arena politik dengan menjadikan politik sebagai ruang untuk  menjana satu kehidupan yang lebih baik. Kepentingan untuk menjalankan agenda bangsa melayu merupakan sampingan sahaja bukan sebagai satu agenda mutlak  yang seharusnya di biarkan pada  baris pertama perjuangan bangsa.
Sebenarnya cabaran yang dihadapi oleh bangsa melayu ini bukan dari bangsa  lain sahaja , malah yang lebih jelas lagi adalah cabaran dalaman dari  mereka sendiri didalam  politik dengan  berlainan ideologi, ini adalah satu faktor yang meyebabkan bangsa melayu itu kian lemah didalam memertabat dan memperjuangkan  agenda melayu.
Jika kita lihat bagaimana bangsa lain memperjuangkan agenda bangsa mereka dengan semangat bersatu, walaupun  didalam politik mereka berlainan ideologi.
Kelemahan Umno dan kelumpuhan orang Melayu dalam menjatuhkan hukuman pada  isu yang berat, inilah yang dieksploitasi oleh kaum-kaum bukan Melayu, sama ada atas pentas politik kepartian, badan-badan bukan kerajaan, inteligensia atau masyarakat sivil,
Sebenarnya mereka juga dalam dilema. Manakala mereka “gembira” dapat mengambil kesempatan daripada kelumpuhan Umno dan orang Melayu, pada masa yang sama mereka bimbang mencetuskan kemarahan orang Melayu.
Setidak-tidaknya orang Melayu juga mengambil kesempatan daripada kelumpuhan kepemimpinan Melayu sekarang untuk menyemarakkan semula kepelbagaian suara Melayu seperti sebelum penubuhan Umno.
Kalau kepemimpinan Umno masih berasa bertanggungjawab untuk mempertahan dan memajukan hak orang Melayu, mereka wajib sedar bahawa asal usul Umno berakar umbi daripada kepelbagaian suara orang Melayu serta menjalankan tindakan yang tegas dalam mendaulatkan Agama, Bangsa dan kepentingan Melayu serta isu berkaitan dgn perlanggaran kedaulatan negara dan pengkhianatan.
Merekalah yang menjadi penaja dan pengasas Umno dalam perhimpunan bersejarah di Kelab Sultan Sulaiman pada tahun 1946.Jadi sangat tepatlah kalau pertubuhan-pertubuhan Melayu kembali bersuara bagi pihak orang Melayu dan mengisi ruang kosong yang ditinggalkan oleh Umno
Sebagai jalan atau langkah  seterusnya kepemimpinan Umno harus memberi perhatian kepada usul Perkasa yang dicapai dalam Program Wacana Isu Perundangan dan Hak-hak Peribumi Dalam Perlembagaan di Memorial Tun Hussein Onn pada Ahad, 16 November lalu
Maka apabila Melayu bersuara kelak, maka suara kita itu tidak akan dapat lagi dilekatkan dengan istilah perkauman, chauvinisme dan isme-isme yang lain, malah akan dapat dilihat sebagai satu keperluan yang praktikal dan mendapat sokongan padu daripada semua bangsa yang benar-benar mahu melihat Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang maju, teguh, berintegriti dan siknifikan.
source : rmf7

No comments: