Kesian Muhyiddin - Tun M
pilihanraya kini
SRI ISKANDAR:
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan tindakan yang diambil Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekadar ingin mendapatkan kepastian berhubung sumberwang berjumlah RM2.6 billion tersebut.
“Muhyiddin sebagai timbalan berasa kena tanya sikit, duit mana datang dari mana betulkah Tok Arab bagi sampai RM2.6 billion ringgit.. saya mintak daripada Tok Arab satu sen pun tak bagi.
“Jadi bila jadi timbalan jangan cakap,” katanya sinis.
Beliau berkata demikian sewaktu sesi soal jawab dalam forum yang bertajuk “Social Evolution in Malaysia: What’s Next?” bertempat di Universiti Teknologi Petronas (UTP) hari ini.
Katanya lagi, ketika beliau mengalas jawatan sebagai Perdana Menteri, terdapat juga terdapat Timbalan yang tidak berjaya menjadi Perdana Menteri malah ada juga yang tidak pernah menjawat jawatan tersebut berjaya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.
“Kita pilih tak tahu apa jenis manusia. Belum pilih nampak tidak jujur jadi kita tidak pilih.
“Tun Musa Hitam dia sendiri yang meletak jawatan kemudian mencabar saya, saya lawan tapi dia kalah bukanlah salah saya dia kalah,” katanya menjawab salah satu soalan yang dilontarkan oleh para hadirin yang hadir.
Ujarnya banyak kontroversi timbul mengenai sejumlah wang RM42 billion yang dikatakan telah lenyap begitu sahaja dan dakwaan sejumlah RM2.6 billion didawa berada di dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
“Saya jadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO tak ada duit sebanyak itu.
“Sebagai Presiden kita ada pemegang amanah bagi parti semua duit yang diterima diberikan kepada pemegang amanah bukan diterima oleh saya,” katanya lagi.
Ujar Mahathir lagi, apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sejumlah wang RM230 juta dan pelbagai harta termasuklah tanah telah diserahkan sepenuhnya kepada Perdana Menteri seterusnya Tun Abdulah Ahmad Badawi.
“Jangan tanya .. ahli UMNO saya ingat masih suka Muhyiddin jadi timbalan Perdana Menteri.
“Apa salah dia. Dia tak curi duit ..akaun tak ada RM2.6 billion. Macam sayalah ada duit pencen sahaja,” katanya lagi.
Sumber : Perak Today
No comments:
Post a Comment