[a very interesting article to read really! ] Fitch Rating vs. ‘Rakyat Rating’
Bukanlah kita tak patut bangga bila syarikat penarafan antarabangsa bagi kedudukan yang baik kepada Malaysia. Mesti kita bangga. Walaupun kita tak lah sefaham mana kaedah rating-rating ni. Tapi ianya ada kaitan dengan kepercayaan ekonomi dunia kepada kemampuan Malaysia.
Kalau mereka yakin dan percaya, baguslah. Kalau mereka kata, gomen kita bagus dan cekap, kita pun bangga.
Apa antara yang dikatakan Fitch Rating ini berkenaan Malaysia:-
The affirmation of Malaysia’s IDRs and the revision of the Outlook to Stable reflects the following key rating drivers:
– Fiscal finances improving. Malaysia’s fiscal finances have improved since last year with the general government deficit falling from 4.6% of GDP in 2013 to 3.8% of GDP in 2014 and general government debt/GDP declining from 54.7% at the end of 2013 to 53.9% at the end of 2014, as per Fitch estimates.
– Fitch views progress on the Goods and Services Tax (GST) and fuel subsidy reform as supportive of the fiscal finances.
– General government debt as a share of GDP at the end of 2014 was 53.9%, which is still above the ‘A’ median of 47.2%.
– Malaysia’s liquidity ratio had weakened to 113.2% by the end of 2014, from 130.0% at the end of 2013.
Pokok pangkalnya, Fitch nak kata GST dan Kenaikan Harga Minyak adalah sebab utama mereka sokong rating yang baik untuk Malaysia.
Fitch peduli apa kalau rakyat tertekan dengan GST. Dengan harga minyak. Itu lain cerita.
Fitch tak nak tahu ke pasal lebih 90 % pekerja Malaysia yang tertekan dengan GST?
Hanya 19 % kalangan pekerja Malaysia yang rasa OK dengan GST. Tak ada kesan.
Soalnya, tak perlu lah kita beria-ia sangat melonjak gembira dengan kenyataan Fitch. Tengok jugalah rakyat yang semakin dihimpit kesempitan.
Rasanya ‘rakyat rating’ semakin menurun. Sebanyak mana? Wallahu’Alam. Tapi rasanya tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan dan pimpinan tak lebih 35 %. Mungkin kalangan pemikir JASA boleh buat kajian yang jujur mengenai ini.
Jangan buat kajian di kalangan orang UMNO. Proper research. Nampak gaya Ketua Pengarah JASA pun sedang bekerja keras sekarang ini. Gunakan peruntukan JASA untuk naikkan nama sendiri di Batu Pahat. Malaysia? Tak penting. Batu Pahat lagi penting. Biar BN kalah di Malaysia, janji KP JASA menang di Batu Pahat.
Source : gelagat anwar
No comments:
Post a Comment