NUFFNANG

Wednesday 18 December 2013

Yuktes Vijay : Misteri Hassanuddin Pemilik Kondo

Yuktes Vijay : Misteri Hassanuddin Pemilik Kondo

AIDCNews – 16/12/13 – Bekas Pembantu peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim membangkitkan persoalan Hassanuddin Abd. Hamid, pemilik Kondominium Desa Damansara, tempat pertuduhan kes liwat II tidak dipanggil sebagai saksi kes tersebut.
“Hasanuddin penting. Kondominium itu milik dia. Kawan karib Anwar. Nurul Izzah panggil dia (isteri Hasanuddin) sebagai ibu.
“Anak-anak dia (Anwar) panggil ibu. Memang rapatlah. Tapi kenapa Hasanuddin tidak membela Anwar?
“Itu soalan saya. Pergi tanya Hasanuddin lah. Saya tak boleh lawan macam ni, kalau semua orang duduk diam dalam sarang mereka sendiri pasal saya tanya soalan-soalan berdasarkan apa saya tahu,”dedahnya.
Yuktes juga turut membangkitkan persoalan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sebelum ini dijadikan alibi oleh peguam Anwar.
“Peguam dari Lawyers For Liberty (LFL), Latheefa Koya. Anwar sendiri yang kata ‘bodoh sipat’.
“Latheefa Koya pernah minta dokumen-dokumen mahkamah daripada saya. Masa tu saya tak tahu lagi, jadi saya tanya Sankara Nair tentang permintaan itu. Sankara Nair cakap, don’t give anything.
“Dulu Latheefa Koya adalah peguam Anwar untuk kes liwat II, sebelum Karpal Singh masuk ambil alih. Latheefa Koya dan Lawyers For Liberty yang cadangkan senarai alibi Anwar. Itu bukan idea Sankara Nair, tapi idea peguam Lawyers For Liberty.
“Kenapa Wan Azizah tak ambil stand di mahkamah ? Kenapa Wan Azizah tidak dipanggil? Nama Wan Azizah ada dalam senarai alibi Anwar itu,” dedahnya lagi.
Penjelasan Yuktes selanjutnya, sila tonton rakaman wawancara di bawah :

source : aidc

No comments: