NUFFNANG

Wednesday 18 December 2013

BONGKAR! Motif DAP Sasar 50% Sokongan Pengundi Melayu PRU14

Motif DAP Sasar 50% Sokongan Pengundi Melayu PRU14

AIDCNews – 18/12/13 – DAP ada agenda besar terhadap pengundi Melayu menjelang Pilihanraya Umum ke-14 (PRU 14) dakwa laman bnbbc.my sebab itu penasihat DAP Lim Kit Siang sudah meletakkan target kepada PKR dan PAS.
“Penasihat parti, Lim Kit Siang turut mencadangkan PKR berusaha menambah 15 kerusi manakala PAS pula kena bekerja lebih keras mencari 24 kerusi lagi.
“Ketika ini DAP memenangi 38 kerusi Parlimen manakala PKR (30) dan PAS cuma 21 kerusi menjadikan jumlah 89 kerusi Parlimen dibelakang Barisan Nasional yang menang 133 kerusi.
“Strategi pembangkang kini memenangi 46 kerusi dan mengekalkan 89 sedia ada supaya mereka memperolehi sekurang-kurangnya 115 kerusi untuk majoriti mudah menawan Putrajaya pada PRU 14,” ulas bnbbc.my
Menurut laman itu Kit Siang terpaksa meletakkan target itu kerana tanpa undi Melayu cita-cita Pakatan Rakyat(PR) untuk menawan Putrajaya hanya sekadar impian kosong.
“Dikaji perancangan DAP itu, membuktikan tahap sokongan rakyat negara ini khususnya pengundi-pengundi Cina sudah sampai tahap maksima pada PRU 13 kerana kira-kira 90 peratus daripada kaum itu mengundi pembangkang terutama DAP.
“Mahu atau tidak, DAP amat berharap kepada undi orang Melayu bagi menjayakan hasrat pembangkang menguasai Putrajaya.
“Sebab itu, DAP Selangor menyasarkan untuk meraih 50% undi Melayu dalam PRU-14 berbanding 40% dalam PRU-13.”
Menurut laman itu lagi walaupun DAP mahukan undi Melayu, namun parti itu tidak pernah berkompromi dengan dasar-dasar partinya.
“Kita boleh melihat sendiri bagaimana DAP tidak pernah mengalah dengan PAS dalam isu-isu yang membabitkan Islam dan Melayu tetapi sebaliknya PAS yang terpaksa mengalah dan membuat penjelasan bagi pihak DAP kepada orang-orang Melayu sekiranya parti Cina itu ada menyinggung perasaan umat Islam.
“DAP juga tidak pernah melonggarkan walau sedikitpun sifat perkauman Cina di sektor-sektor swasta yang didominasi kaum itu.
“Malah, sifat perkauman lebih terserlah dan sifat angkuh sesetengah kaum Cina semakin menjadi-jadi dengan mencabar dan menghina Islam dan Melayu sesuka hati.”
Mengulas topik yang sama, Helen Ang meletakkan tiga sampel pemilihan DAP Negeri untuk membuktikan sejauh mana polisi parti itu pro Melayu.
1. DAP Selangor
Pengerusi
Tony Pua Kiam Wee
Timbalan Pengerusi
Gobind Singh Deo
Naib Pengerusi
Teng Chang Khim
Yeoh Tseow Suan (Hannah)
Setiausaha
Ean Yong Hian Wah
Penolong Setiausaha
Ng Suee Lim
Bendahari
Ng Sze Han
Setiausaha Organisasi
Lau Weng San
Penolong Setiausaha Organisasi
Ganabatirau Veraman
Philip Tan Choon Swee
Setiausaha Publisiti
Ronnie Liu Tian Khiew
Pengarah Pendidikan Politik
Lee Kee Hiong
Ahli Jawatankuasa
Charles Anthony Santiago
Tiew Way Keng
Kannan A/L Thangarasu
Ong Kian Ming
Eddie Ng
Rajiv A/L Rishyakaran
Yeo Bee Yin
2. DAP Pulau Pinang
Pengerusi
Chow Kon Yeow
Timbalan Pengerusi
Jagdeep Singh Deo
Naib Pengerusi
Prof. P. Ramasamy
Zairil Khir Johari
Setiausaha
Lim Hui Ying
Penolong Setiausaha
A. Tanasekharan
Bendahari
Wong Hon Wai
Penolong Bendahari
Teh Lai Heng
Setiausaha Organisasi
Teh Yee Cheu
Penolong Setiausaha Organisasi
Harvindar Singh A/L Darshan Singh
Steven Sim Chee Keong
Setiausaha Publisiti
Phee Boon Poh
Penolong Setiausaha Publisiti
Ng Wei Aik
Pengarah Pendidikan Politik
Yeoh Soon Hin
Ahli Jawatankuasa
Lim Hock Seng
Koay Teng Hai
Gooi Seong Kin
Danny Law Heng Kiang
R.S.N. Rayer
Lim Siew Khim
3. DAP Perak
Pengerusi
Nga Kor Ming
Timbalan Pengerusi
Sivakumar A/L Varatharaju
Naib Pengerusi
Sivanesan A/L Achalingam
Setiausaha
Wong Kah Woh
Penolong setiausaha
Paul Yong Choo Kiong
Bendahari
Teh Hock Ke
Setiausaha Organisasi
Teh Kok Lim
Penolong Setiausaha Organisasi
Sivasubramaniam A/L Athinarayanan
Setiausaha Publisiti
Ong Boon Piow
Penolong Setiausaha Publisiti
Wong May Ing
Pengarah Pendidikan Politik
Loh Sze Yee
Ahli Jawatankuasa
Ngeh Koo Ham (Penasihat)
Lim Pek Har
Leong Cheok Keng
Cheah Pou Hian
Leow Thye Yih
Terence Naidu
Dr. Ko Chung Sen
Nga Hock Cheh
“Cuba anda tengok betapa ramainya pemimpin-pemimpin pelapis Melayu dan Islam yang ada dalam DAP.
“Hasrat dan cita-cita parti berbilang kaum tersebut untuk meraih 50 peratus sokongan pengundi Melayu dalam PRU14 pasti termakbul nanti,” ulas Helen

source : AIDC

No comments: