NUFFNANG

Thursday 3 October 2013

LIM GUAN ENG DAP SEPATUTNYA TUTUP MULUT - PENGAKUAN PEMIMPIN PKR

Tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengugut akan mengheret Pendaftar Pertubuhan (ROS) ke mahkamah sekiranya partiitu terus didesak dalam isu pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hanya akan mencalarkan imej parti berkenaan.

Setiausaha Kerja Angkatan Muda Parti Pakatan Rakyat (PKR) Kedah, Azhar Ramlee berkata, Guan Eng sepatutnya menutup mulut dan tidak membuat sebarang kenyataan secara terbuka berhubung konflik yang melanda parti itu.

Katanya, tindakan tersebut juga tidak wajar memandangkan ROS merupakan jabatan yang bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negara ini.
"Apa yang disuarakan oleh Guan Eng agak menyedihkan kerana sedikit sebanyak mencalarkan imej pakatan," katanya ketika dihubungi UtusanMalaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Guan Eng pada Kongres Ke-16 DAP minggu lalu yang memberi amaran kepada ROS bahawa parti itu bersedia membawa isu membabitkan pemilihan CEC ke mahkamah jika terus didesak.

Tambah Azhar, Guan Eng sepatutnya memberi tumpuan kepada lawannya iaitu Barisan Nasional (BN) dan bukannya mempersoalkan tindakan ROS.

"Saya beranggap kenyataan beliau agak keterlaluan lebih-lebih lagi sebagai seorang yang berjawatan Ketua Menteri," jelasnya.

Katanya, sikap Guan Eng yang sering menimbulkan kekecohan merupakan antara punca pakatan pembangkang kurang mendapat sokongan daripada orang Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

"Hormati ROS jika mahu DAP dihormati dan hentikan campur tangan dalam parti rakan tetapi perbaiki parti sendiri iaitu DAP.

"Guan Eng perlu sedar, sebelum ini Pas hilang sokongan undi Melayu ekoran beliau pernah membangkitkan isu kalimah Allah," katanya - UM
Anda baca juga artikel menarik ini : Klik Sini

source : Dr MiM

No comments: