NUFFNANG

Friday 27 September 2013

PANAS WEI! PENJELASAN KU NAN TENTANG INSIDEN DIA PRINCE COURT HOTEL - MESTI BACA

PANAS WEI! PENJELASAN KU NAN TENTANG INSIDEN DIA PRINCE COURT HOTEL - MESTI BACA

Merujuk kepada artikel The Unspinners disini, aku diberitahu pada malam tersebut Ku Nan
bercakap sebagai Pengerusi Perhubungan Negeri Wilayah Persekutuan bukan sebagai Setiausaha
Agung. Ini kerana pada 9hb Sepetember yang lepas semua wkil dalam wilayah tellah diberitahu
yang mereka kena sokong 3 calon Naib Presiden yang sedia ada.

Masa tu Dato Mukhriz belum pun isytihar yang dia akan bertanding sebagai Naib Presiden.
So sebab itulah Ku Nan tetap pertahan seperti yang telah diputuskan sebelum ini. Itulah penerangan
ringkas yang diterangkan kepada aku mengenai insiden tersebut.

Aku tak rasa Ku Nan nak tolah Mukhriz macam tu aje, lagipun Ku Nan dan tun M mempunyai
hubungan yang baik sejak sekian lama, takkan la dia nak penaya anak Tun M kan? Aku pun tak
percaya. Bagi aku mudah je, biarlah demokrasi memainkan peranan. Biarlah ahli UMNO menilai
sendiri.

Tak payah nak paksa-paksa siapa yang perlu disokong. Lagipun aku percaya ahli UMNO dah
cukup matang untuk pilih pemimpin yang baik dan boleh membawa UMNO ke tahap yang lebih
tinggi lagi. Pemimpin lemah dan takde pendirian perlu dinyahkan dari UMNO.

Tak perlu la kita nak serang Ku Nan ataupun sesiapa lagi. Just tumpu pada mana-mana calon yang
kita suka. Lagi satu aku masih tak berapa faham dengan peraturan baru pemilihan UMNO kali ini,
khabarnya tak boleh nak promo calon melalui media baru mahupun mana-mana media.

Can I know why?

Kepada sahabat-sahabat blogger dibawah naungan Tun Faisal, aku harap korang bersabar dan
jangan la serang parti, Presiden mahupun Timbalan Presiden. Perkara ini peru dibincang dengan baik.
Kita cari jalan penyelesaian. RBF Online ada penjelasan baik. KLIK SINI

Ini semua adalah rezeki, kita manusia mampu merancang hanya Allah yang menentukan. Aku faham
akan kekecewaan korang tapi bersabarlah ya sahabat-sahabat sekalian. Aku harap penjelasan
ringkas aku ni memadai.

Lagipun kalau bising banyak-banyak nanti ianya akan berbalik pada ketua yang membuat
penggubalan undang-undang baru pemilihan kan?

Tau kan siapa yang lead?

Bos Tun Faisal Hisham sendiri yang membuat benda ni. Itu aje, jangan marah ya ikhlas aku cakap ni..

Posted by 

source : House PK

No comments: