NUFFNANG

Monday 22 July 2013

APA KE BODOH PECACAI ANWAR IBRAHIM NIH... SURUHLAH RAFIZI ULANG NAMA WAN AHMAD DAN AZIZ YUSUF DI LUAR DEWAN!

APA KE BODOH PECACAI ANWAR IBRAHIM NIH... SURUHLAH RAFIZI ULANG NAMA WAN AHMAD DAN AZIZ YUSUF DI LUAR DEWAN!!!

Monday, July 22, 2013

Minggu lepas, si lembu jambu, Rafizi Ramli cuba bikin kecoh dalam Dewan Rakyat dengan melakukan gimik PEMBEKAL DAKWAT KEKAL. Namun selepas kena balun dan kena bambu sampaikan dia hilang suara dan hilang anak tekak, Rafizi Ramli cuba pula bercakap di sidang media dengan menuduh PIMPINAN TERTINGGI SPR melakukan penipuan menerusi pembekal dakwat kekal.

Semua orang menunggu-nunggu, seberani manakah Rafizi Ramli dengan tuduhannya itu. Adakah dia benar-benar bertanggungjawab dan benar-benar ingin mendedahkan kebenaran sebagaimana yang dimegah-megahkannya.

Dan semua orang nak mendenga nama-nama tertentu yang akan disebutnya. Namun sampai habis sidang media yang dibuatnya, haram tak ada satu nama pun yang keluar dari mulutnya. Tidak itu sahaja, Rafizi Ramli sekadar mengulang-ulang dakwaannya tanpa dia memberikan nama yang jelas biarpun telah dicabar berbuat demikian di luar Dewan.

Di luar Dewan, Rafizi Ramli hilang kekebalan dan dia boleh dikenakan tindakan undang-undang. Rafizi cuba menipu dengan terus menyebut-nyebut tentang pembekal dakwat kekal. Tetapi dia kekal tak bertelur untuk menamakan Wan Ahmad dan Aziz Yusuf dalam tuduhannya.

Dalam hal ini, Rafizi memang lebih bijak berbanding pecacainya yang walaupun sudah tua, berambut putih dan dah banyak keluar buku, tetapi bodohnya mengalahkan budak tak pernah ke sekolah. Pecacai disuruh dan diberikan bayangan bahawa dia dah cukup berani. Dan pecacai pun mengulang-ulang keberanian tersebut sambil mengejek-ngejek Wan Ahmad dan Aziz Yusuf mengapa tiada sebarang tindakan diambil terhadap Rafizi Ramli.

Kononnya, pecacai nak tengok sejauh manakah beraninya Wan Ahmad dan Aziz Yusuf apabila berada di mahkamah nanti. Kononnya, mereka nak tahu kebenarannya!

Bodohnya si pecacai tua itu ialah, mereka tidak pula menyuruh Rafizi sebut nama kedua-dua pemimpin besar SPR itu secara terang-terangan dulu. Patutnya si pecacai berkenaan suruhlah Rafizi buat perkara tu dulu. Ramai sangat yang nak dengar Rafizi ada telur menyebut nama Wan Ahmad dan Aziz Yusuf untuk dikaitkan dengan pembekalan dakwat kekal tuh.

Suruhlah dulu... lepas tu, barulah boleh berkokok!!!

source : the flying kick

No comments: