PANAS…PANAS…pembantu peribadi Anwar dakwa diliwat...June 29, 2008 : 04.16 AM
Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat pembantu peribadinya. Difahamkan pembantu peribadi yang berusia 23 tahun itu kini sedang dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL).
Desas desus mengenai hal ini mula tersebar sekitar jam 10 malam Sabtu. Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Ku Chin Wah mengesahkan satu laporan polis dibuat tetapi enggan mengulas lanjut. Laporan polis itu dikatakan dibuat jam 5 petang Sabtu di sebuah balai polis di Kuala Lumpur. Ikut ceritanya ini bukan pertama kali dia diliwat.
Sementara itu wartawan Agendadaily yang pergi untuk melihat keadaan di rumah Anwar di Bukit Segambut,Kuala Lumpur jam 1 pagi Ahad mendapati ia lengang. Cuma ada beberapa orang wartawan dan jurugambar sedang standby di situ. Ramai wartawan dan jurugambar berkejar ke Hotel Quality Inn di Shah Alam.
Anwar dikatakan berada di situ kerana menghadiri acara 'retreat' bersama para wakil rakyat PKR.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ,Datuk Wan Farid Wan Salleh ketika dihubungi Agendadaily awal pagi Ahad untuk ulas kes dakwaan liwat terhadap Anwar kata siasatan akan dijalankan ikut prosedur biasa tanpa memihak dan berlandaskan undang-undang. Beliau beri jaminan ia bebas dari unsur politik." Saya yakin dengan profesionalisme pihak polis,"katanya.
Sementara itu waktu wartawan Agendadaily tiba di lobi Hotel Quality Inn,Shah Alam pada jam 2.10 pagi ada sekitar 300 orang berkumpul di situ.Kebanyakan mereka terdiri dari ahli PKR dan PAS. Mereka dengar ucapan Ketua Penerangan PKR Tian Chua dan Ahli Parlimen PKR kawasan Machang, Saifuddin Nasution.
Tian Chua yang juga Ahli Parlimen kawasan Batu minta semua bertenang.
Saifuddin dalam ucapannya pula antara lain mendakwa skrip 1988 semacam berulang kembali. Beliau turut mengesa semua penyokong PKR bertenang dan terus mengikuti dari sumber-sumber parti yang sah.
“Kita telah maklumkan pada Datuk Nik Aziz yang berada di Perak dan Haji Hadi yang berada di luar negara. Lim kit siang telah berhubung dengan Datuk Seri Anwar, Karpal Singh dan semua pemimpin parti telah pun dimaklumkan tentang perkembangan ini agar mengetahui dengan tepat dari sumber kita,”katanya.
Anwar pula ketika itu difahamkan berada di bilik di tingkat atas hotel itu sedang berbincang dengan para peguamnya. Tidak kelihatan sebarang kehadiran anggota polis sekitar hotel itu waktu itu.
Biro Penerangan PKR dalam kenyataan media mendakwa polis telah menahan Pembantu Khas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim, SAIFUL BAHARI petang tadi (Sabtu). Kenyataan itu juga mendakwa Saiful dipaksa buat kenyataan diliwat. katanya pimpinan parti sedang berbincang langkah seterusnya dan kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Menurut kenyataan itu sidang media yang dijadualkan Ahad (29 Jun), pada jam 1 petang di Hotel Quality, Shah Alam oleh Anwar akan tetap diadakan. Naib Presiden PKR Azmin Ali yang tiba di hotel itu pada jam 4.10 pagi kemudiannya beritahu para wartawan sidang akhbar akan dipercepatkan kepada jam 12.30 tengahari. Katanya Anwar akan hadir bersama para peguamnya.
Menurutnya retreat para wakil rakyat PKR akan diteruskan mengikut jadual. Pada waktu Azmin tiba jumlah orangramai yang masih menunggu di lobi tinggal sekitar 50 orang. -
29/6/2008
comment: hope pkr will carry out live telecast and let's police carry out the investigation.
1 comment:
Macamanala politik Malaysia nie....
Tak ada berita positif ke? Asyik berita negatif aje....
Post a Comment