NUFFNANG

Saturday, 27 September 2014

PAS Selangor - please shut up..

PAS Selangor - please shut up..

Kepada PAS Selangor aku cadangkan tak perlulah berlakon bising2 hilang satu kerusi..jangan kontra dng pendirian mustapha s/u PAS Pusat, buat malu kaum sahaja...dapat ganti timbalan speaker dah ok..yang penting gaji dan elaun kencang.

Jadi exco pun bukan ada power, kuasa hujung-hujung,,ciput.

Yang tidak dilantik, jangan buat pasal, bincang elok-elok dengan Azmin, banyak tempat lagi yang akan dibagi dan dibahagi-bahagi.

Bising pun bukan Azmin nak peduli, PAS dah tinggal doposen..sebelah muka hadi, sebelah lagi muka mat sabu.

Selangor kaya raya  !!!
Sultan Selangor dah pilih manusia yang paling tepat..

Sudahlah Berkurang Exco, Kena "Warning Pula Dengan MB Baru

Sudahlah Berkurang Exco, Kena "Warning Pula Dengan MB Baru

1) Inilah calon yang Hadi Awang cadang untuk jadi MB Selangor

2) Azmin Ali barangkali sudah lupa bahawa Hadi pernah mencalonkan dia

3) Hadi Awang pula tidak pernah serik serik ditipu hidup hidup oleh PKR. Bersilih ganti kena tipu masih lagi setia duduk dalam pakatan pembangkang.

4) PAS adalah parti yang menang 15 kerusi di Selangor. Parti yang menang 15 kerusi tunduk pada parti yang menang 13 kerusi.

5) Silap PAS juga, mereka salah memilih kawan dalam berparti. Di Selangor kena kurang Exco, di Penang kena pecat sebagai ahli majlis dan Pengkalan Kubor mereka kena khianat dengan PasMa yang pro PKR.

6) PAS masih tidak sedar. Mereka masih lagi mahu hidup berkeluarga dengan DAP dan PKR, biarpun di Sarawak, DAP sudah ceraikan mereka.

7) Kenapa PAS hilang keberanian pada PKR dan DAP? Jika begitu, PAS bukanlah parti Islam dan Melayu yang relevan lagi di Malaysia. Hanya tinggal kerangka tapi roh sudah tercabut sebenarnya.

ADUHAI PAS...HASAD & DENDAM : BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI !

ADUHAI PAS...HASAD & DENDAM : BILA KENA BATANG HIDUNG SENDIRI !

"Kebebasan suara mati di Pulau Pinang, apa guna Speakers Corner di Padang Kota. Pemerintahan Muo Tze Tong…Penuh Hasat dan Dendam." 
Itulah rengekan Iszuree Ibrahim, Bendahari PAS Pulau Pinang yang dimalukan dan dipecat dari semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan dibekukan semua peruntukkannya oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.  


Rengekan ahli politik PAS Pulau Pinang itu ditulis oleh beliau sendiri di dalam Facebook beliau. Dan kenyataan beliau itu mengundang pelbagai komentar.

Di antaranya, baca printscreen di bawah :







Bila kena ke batang hidung sendiri, barulah pemimpin PAS sedar dengan sikap jijik hasad dendam parti DAP selama ini.

Tetapi yang bangangnya ialah walau pun dihina, dipijak, diburuk-burukkan dan diludah, kepimpinan PAS masih tidak tahu malu dan masih bersekongkol dengan parti-parti yang menghina dan meludah mereka. 
 
Inilah politik parti PAS yang terhegeh-hegeh menagih simpati ibarat pengemis politik daripada DAP dan PKR.
 
Sungguh hina sekali parti PAS jadinya.

Nasaruddin Hassan, AJK PAS Pusat pula cuba mempertahankan Iszuree Ibrahim. Di antara celoteh beliau :
6. Kritikan membina dibalas racun tuba sekaligus merosakkan tauladan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sering dijolok pada pemerintahan Ketua Menterinya. Lebih tragis, tindakan ke atas Sdr Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan. 
7. Kelihatan tindakan DAP mutaakhir ini seperti meniru gaya dan pendekatan PAP di Singapura iaitu mengambil “tindak balas” segera terhadap pengkritik mereka dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki antaranya memberi tekanan dan menyaman pengkritik mereka. Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik. seterusnya
Realitinya, begitulah politik DAP, parti tidak demokratik, rasis, chauvinis dan bersikap diktator gagal melaksanakan kebebasan bersuara.


Kepada parti PAS, cukuplah tidur sekatil dengan DAP dan PKR. Keluar sahaja daripada Pakatan Pembangkang jika masih mahu relevan dalam arena politik negara.

Bagaimana pula dengan kenyataan DAP yang tidak mahu lagi bekerjasama dengan PAS ? KLIK SINI

source : dr mim

LAWAK ANTARABANGSA NASRUDIN KEPADA DAP! MAHU KE DAP DENGAR ATAU SETIDAK-TINDAKNYA BERI SEDIKIT PERHATIAN?? ... DAP Jangan “Tiru Style” PAP – Nasrudin Tantawi

NASIHAT LAWAK ANTARABANGSA DARI LAWAK ANTARABANGSA NASRUDIN KEPADA DAP! MAHU KE DAP DENGAR ATAU SETIDAK-TINDAKNYA BERI SEDIKIT PERHATIAN?? ... DAP Jangan “Tiru Style” PAP – Nasrudin Tantawi

1. Tindakan Kerajaan Pulau Pinang mengeluarkan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Saudara Iszuree Ibrahim ( PAS ) dari semua Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan membekukan semua peruntukkannya menambah lagi jerebu iklim politik tanahair. Iszuree Ibrahim adalah Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Pulau Pinang.
2. Saya percaya tindakan itu adalah ekoran ucapan Sdr Iszuree yang menegur dan mengkritik kesan langsung dari pesatnya pembangunan di Pulau Pinang yang menyebabkan pemaju “bermaharajalela”. Bukan sahaja timbul isu pampasan setimpal, isu penempatan ummat Islam dan nama kampung mereka juga berbangkit.
3. Sdr Iszuree memohon campurtangan Kerajaan Negeri sambil mendesak supaya PAS Pusat memberi perhatian terhadap isu berbangkit berhubung kedudukan ummat Islam di bumi Pulau Mutiara itu. Penegasan ini dibuat oleh Sdr Iszuree dalam perbahasan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS ke 60 yang berlangsung di Batu Pahat tempohari .
4. Mengamati ucapan Sdr Iszuree dalam perbahasan Muktamar Tahunan PAS tersebut, jelas menunjukkan ia adalah satu teguran dan kritikan membina supaya PAS Pusat memberi perhatian mengenai isu yang melibatkan kedudukan dan kepentingan ummat Islam di Pulau Pinang yang kian terhimpit dalam arus pembangunan.
5. Malangnya tindak balas dari Kerajaan Pulau Pinang sangat drastik. Sdr Iszuree “dipancung” gara – gara kritikan yang membina itu. Seperti tersimpan satu dendam yang hanya menanti detik untuk dilunaskan. Akhirnya Iszuree terpaksa membayar “harga yang tidak sedikit”.
6. Kritikan membina dibalas racun tuba sekaligus merosakkan tauladan Khalifah Umar Abdul Aziz yang sering dijolok pada pemerintahan Ketua Menterinya. Lebih tragis, tindakan ke atas Sdr Iszuree diambil tanpa sebarang surat tunjuk sebab apatah lagi dipanggil untuk memberi penjelasan.
7. Kelihatan tindakan DAP mutaakhir ini seperti meniru gaya dan pendekatan PAP di Singapura iaitu mengambil “tindak balas” segera terhadap pengkritik mereka dengan menggunakan kuasa yang mereka miliki antaranya memberi tekanan dan menyaman pengkritik mereka. Saya kira ia sebagai satu langkah untuk menakut dan menggerunkan pihak yang mahu menegur dan mengkritik.
8. Jika benar telahan saya, maka ia adalah suatu yang sangat malang bagi Pakatan Rakyat yang selama ini memperjuangkan demokrasi dan hak bersuara. Sdr Iszuree bukanlah memfitnah apatah lagi mengkhianati kerajaan sebaliknya beliau menggunakan forum muktamar tahunan PAS bagi membangkit isu ini agar ia menjadi perhatian PAS Pusat, di mana secara kebetulannya Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang ialah Timbalan Presiden PAS. Malangnya belum sempat PAS Pusat mengambil apa – apa langkah wajar, Sdr Iszuree telah dimangsakan.
9. Apakah kerajaan DAP di Pulau Pinang mahu menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan umum ? Saya yakin isu yang dibangkitkan oleh Sdr Iszuree berkait isu penempatan, kampung dan tanah ummat Islam Pulau Pinang ada asas dan faktanya yang sangat jelas. Sewaktu saya menjawat amanah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia seketika dulu, isu serupa telah dibangkitkan dan saya turun meninjau ke Negeri Pulau Pinang. Malah Lajnah Tanah PAS Pusat yang dipengerusikan oleh Sdr Mazlan Aliman juga sangat maklum betapa berbangkitnya isu kepentingan ummat Islam di Pulau Pinang.
10. Timbalan Presiden PAS Tuan Hj Mohd Sabu pastinya boleh berperanan untuk menangani isu berbangkit dan berkait kepentingan ummat Islam khasnya tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke atas Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Sdr Iszuree. Kebetulan pula Ybhg Tuan Hj Mohd Sabu juga adalah Pesuruhjaya PAS Negeri. Sementelah ucapan beliau bukan di atas kapasiti peribadi tetapi mewakili Badan Perhubungan Pas Pulau Pinang. Saya difahamkan teks ucapan berkaitan isu tersebut telah disemak sendiri oleh Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang Dato Dr Mujahid. Sewajarnya Pas Pulau Pinang mengambil tindakan yang bertanggungjawab bagi membela saudara Iszuree yang telah dizalimi oleh DAP.
source : aidc

PAS DIHINA LAGI DAN LAGI!! HINANYA PARTI PAS : PEMIMPIN PAS DIPECAT OLEH RAKAN POLITIK SENDIRI !

PAS DIHINA LAGI DAN LAGI!! HINANYA PARTI PAS : PEMIMPIN PAS DIPECAT OLEH RAKAN POLITIK SENDIRI !

Sungguh memalukan! Kerajaan DAP memecat pemimpin PAS kerana mengkritik ketidakadilan kerajaan DAP itu.



Isunya ialah luahan perasaan Iszuree Ibrahim, wakil PAS di Muktamar Pemuda PAS tentang kegagalan kerajaan DAP negeri. 

Di antara lain, pemimpin PAS Pulau Pinang itu mendedahkan bahawa kerajaan negeri pimpinan DAP itu lebih cenderung memihak kepada pemaju perumahan daripada membela nasib rakyat negeri itu.

Beliau juga berkata, kerajaan DAP negeri itu gagal menyedia dasar perumahan yang prorakyat dalam menangani masalah perumahan seterusnya



Beginilah cara 'kebebasan bersuara' parti DAP yang sebelum ini sering mendakwa parti lawan tidak adil dan sebagainya. Padahal, mereka sendiri yang teruk dan memualkan.

Tetapi yang mampu dilakukan oleh PAS Pulau Pinang hanya sekadar mengecam dan mengugut. Itu sahaja yang termampu dilakukan oleh PAS apabila berdepan dengan DAP.

Sebagai contoh ialah surat Pemuda PAS Pulau Pinang yang 'mengecam' tindakan Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang mengeluarkan Iszuree Ibrahim (Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang - PAS) dari semua Jawatankuasa Tetap MPPP serta membekukan semua peruntukan beliau.

Pemuda PAS Pulau Pinang juga merengek pemecatan itu tanpa perbincangan secara bersemuka yang tidak mencerminkan sikap demokratik, berat sebelah & tergesa-gesa.

Tindakan yang diambil ini dilihat seumpama merobek kembali luka yang baru hendak sembuh, kata Pemuda PAS Pulau Pinang.

Kesihan dan amat memalukan kerana baru sekarang Pemuda PAS Pulau Pinang sedar sikap bacul DAP yang tidak demokratik dan berat sebelah. Sudahlah PAS di Selangor diperkotak-katikkan seperti sampah, begitu juga nampaknya PAS di Pulau Pinang.

Ironinya, di manakah suara Mat Sabu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang? Kenapa beliau mendiamkan diri? Takut kepada Lim Guan Eng DAP?

Yang bodohnya, mereka masih mahu bersekongkol dengan parti-parti yang telah menghina mereka dan Presiden PAS sendiri.

Dan jangan lupa, betapa hinanya parti PAS apabila pemimpin DAP negeri telah mengesahkan tidak lagi bekerjasama dengan parti PAS : KLIK SINI

source : dr mim

RAKYAT SELANGOR TERUTAMANYA, UMAT MELAYU-ISLAM, AHLI DAP, PKR DAN PAS! ANDA MESTI BACA....Teks penuh titah ucapan DYMM Sultan Selangor

RAKYAT SELANGOR TERUTAMANYA, UMAT MELAYU-ISLAM, AHLI DAP, PKR DAN PAS! ANDA MESTI BACA....Teks penuh titah ucapan DYMM Sultan Selangor

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu 
Wata’ala kerana  dengan  limpah  dan  kurnianya pada hari ini,  Beta  dapat  mengadakan Pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO) pada petang ini. 

Seperti yang kita sedia maklum pelantikan Exco yang baru ini adalah disebabkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Democratic Action Party (DAP) tiada mempunyai keyakinan kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang Menteri Besar Selangor, yang dilantik selepas Pilihanraya Umum ke 13. Oleh itu seorang Menteri Besar yang baru dan Exco yang baru juga perlu dilantik untuk mentadbirkan Kerajaan Negeri Selangor ini.

Kemelut dan pergolakan dalam Parti Pakatan Rakyat ini bermula daripada Pakatan Rakyat membuat “Kajang Move”-Langkah Kajang dan bermulalah usaha mereka untuk menyingkirkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tomahan untuk memburukkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Perkara  hasut  menghasut  dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan, dimana umat Islam sepatutnya membuat ibadah dan membuat kerja-kerja amal yang diredhai oleh Allah Subhanahu Wata’ala untuk membersihkan dosa dan maksiat. Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wata’ala dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.

Tetapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka  walaupun  dalam  bulan  suci  Ramadhan dengan terus  menghina  dan  mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Di sini Beta  ingin  mengucapkan  terima  kasih kepada Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim yang telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar, yang mana hubungan Istana dengan beliau telah berjalan dengan baik dan lancar.

Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati serta pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini. Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama 5 tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang. Tetapi kedudukan Beta sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.

Sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas Beta amatlah berat untuk memastikan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan Negeri yang sempurna. Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar. Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat.

Beta ingin mengingatkan bahawa Sultan itu bukanlah sahaja dalam istiadat dan majlis rasmi, tetapi kuasa Sultan adalah untuk melihat negeri dan rakyat Negeri Selangor ini hidup dalam keamanan dan maju jaya.

Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan Institusi Raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai  apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor. Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.

Beta adalah Sultan yang memerintah Negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan Beta dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah di meterikan pada tahun 1959.
Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama serta mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan  agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni.

Seterusnya Beta mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Negeri Selangor yang menyokong Beta dalam kemelut pelantikan Menteri Besar di Negeri Selangor ini dan mempercayai Beta dalam menyelesaikan kemelut ini. Beta sentiasa memikirkan ketenteraman, kemakmuran dan keharmonian rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini.

Tidak lupa juga Beta  mengucapkan terima kasih kepada pihak media arus perdana yang telah berkerjasama dengan pihak Istana dalam menyiarkan kenyataan-kenyataan akhbar dari Istana.

Disamping itu Beta mahukan orang Melayu Islam janganlah berpecah belah dan tidak extremis atau mengelirukan rakyat hingga mengikut ajaran agama sesat.

Beta tidak mahu orang Melayu Islam berpuak-puak, mencaci antara sesama sendiri, hingga meruntuhkan kemuafakatan orang Melayu yang mana Beta kuatiri suatu hari kelak jika perkara ini berterusan, orang Melayu akan menuju kehancuran.

Kemanakah hala tuju, dan kemanakah perginya orang Melayu nanti. Beta sentiasa berdoa agar Allah Subhanahu Wata’ala membuka hati mereka supaya dapat melihat kebenaran dan seterusnya bersatu padu didalam memelihara dan mempertahankan tanah air kita yang dikasihi ini. Janganlah mudah sangat orang Melayu diperdaya sehingga maruah tergadai demi untuk kepentingan sendiri.

Kepada Ahli-Ahli Exco yang baru, Beta menyeru supaya memberi sokongan yang padu kepada Yang Amat Berhormat Tuan Mohamed Azmin Bin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru. Lupakan segala sengketa yang lalu dan tumpukan segala tenaga, kepakaran dan pengalaman disertakan dengan keikhlasan untuk berkhidmat kepada rakyat Negeri Selangor yang telah memberi mandat kepada tuan-tuan dan puan-puan sebagai wakil rakyat mereka. Rakyat tidak suka melihat Negeri Selangor ini didalam kucar kacir dan mereka tinggal didalam ketakutan dan kesengsaraan.

Beta berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala semoga dengan pelantikan Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar Selangor yang baru ini, parti-parti yang telah diberi mandat untuk memerintah Negeri Selangor akan dapat berkerjasama untuk mentadbir Kerajaan Negeri dengan penuh jujur dan ikhlas demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Negeri Selangor. Rakyat  menaruh harapan supaya mereka dapat tinggal di Negeri Selangor yang kaya dan maju ini serta dapat menikmati segala kemakmuran yang ada di dalamnya.

Beta sentiasa berdoa kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala supaya Negeri Selangor yang kita kasihi ini dirahmatiNya dan dilindungi daripada segala malapetaka dan apa juga yang boleh menyusahkan rakyat Negeri Selangor yang Beta kasihi ini. 

Amin.

Sekian.

source : info watan

PAS SELANGOR SEBENARNYA BOLEH JADIKAN AZMIN MB TERSINGKAT DALAM SEJARAH.

PAS SELANGOR SEBENARNYA BOLEH JADIKAN AZMIN MB TERSINGKAT DALAM SEJARAH.


ada dua perkara besar lepas muktamar.

pertama pas terus diserang pas. ya. bukan umno yang serang sebaliknya pas. PASMA yang semakin ligat menyerang pas akan mengadakan roadshow terbesarnya di trengganu.

tujuannya untuk mengotakkan ahli pas supaya toat pada pemikiran ketum.

kedua

saari sungib yang lompat parti ... tengok foto bawah lah.. sendiri paham dah.

manakala di selangor, pas selangor menafikan akan persetujuan pengurangan jumlah barisan exco sepertimana didakwa azmin .

inilah masalah parti pas.

suka membuat pendirian selepas keputusan di buat.

masalah ketidakyakinan pada diri sendiri inilah yang menjadi punca pas senantiasa di barua siyasi kan oleh anwar.

krisis ketidakyakinan pada diri sendiri telah memakan diri pas.

pepatah bersangka baik dalam politik seharusnya tidak dijadikan amalan oleh pas, lebih lebih lagi bila berdepan dengan ketum dan seketumnya.

azmin pada keputusan barisan exco jelas menampakkan niat nya untuk melemahkan pas dalam jangka masa panjang.

azmin juga telah berjaya meminimakan move pemain ABIM dan JIM dalam pkr.

artikel sebelum ini aku ada cakap bab rodziah ismail dari JIM yang dimatikan wataknya oleh azmin.

hari ini dalam utusan rodziah dah mula membidas azmin.

protes dalam pas sudah membiak, tapi sayangnya tak dikencangkan.

pas selangor sebenarnya boleh menjadikan MB tersingkat dalam sejarah.

sabotaj azmin dalam kesemua program ceramah.
sabotaj azmin dalam masjid dan surau.
ahli majlis pas mesti berani menongkah arus arahan azmin.
banyakkan operasi benteras maksiat, judi dalam selangor.
buat ceramah protes.
edar flyers masa solat jumaat pertikai pkr dan anwar.
bagitau semua ahli pas, punca haru biru adalah anwar.
kenapa hj hadi pulak yang disalahkan ?

agresifnes, cepat perlu dilakukan oleh pas.  mana pergi wibawa kamu sebagai parti yang lebih dominan dalam pembangkang jika dibandingkan dengan pkr ?


wei... takkan semua aku nak ajor ?


PROFESSIONAL PAS ASK LIM GUAN ENG : WHO IS THE TRAITOR?

PROFESSIONAL PAS ASK LIM GUAN ENG : WHO IS THE TRAITOR?


WHO THE TRAITOR AT HONG KONG?
GUAN ENG : WHO IS THE TRAITOR?

The Chief Minister of Penang, Lim Guan Eng, has proved time and time again that he is not only unpatriotic, but a traitor as well.

During the Selangor mess he called the four PAS exco members traitors. What was it they did that was so traitorous? Oh, that’s right, they didn’t give up their positions and make way for PKR and DAP. It appears that Guan Eng is a fool. Did he not realize that if they had given up their positions, Khalid would have had the right to choose new members? And after the shit way that PKR and DAP treated him do you really think he would choose from their bunch? No. He would have chosen UMNO members. Probably, for no other reason than to spite Guan Eng and his band of fools.
WHO THE TRAITOR AT TAIWAN?
By the way Guan Eng, who the hell are you to be pointing fingers and calling people traitors? Ladies and Gentlemen if you want to know what a REAL traitor looks like go on Google images now and type Lim Guan Eng. Yep, there’s your traitor. Did you know that when he went to Singapore, UK, China, and Taiwan Guan Eng gave talks? In those talks he constantly put down our country.

Lim Guan Eng stated that Malaysia’s economy would never grow that by the year 2019 we would be bankrupt. He wasn’t condemning the politicians or the government, but the people of Malaysia with that statement. He was saying that Malaysia would never grow. We would never become better. In fact we would be worse. And you know what…we will become worse if we keep supporting unpatriotic, vile, traitorous bastards like him to ‘lead’ us. Wake up Malaysia. It’s time to face the facts and realize that the man that we had put our hopes on, is nothing more than a faithless loser.

In Singapore in 2011, you ridiculed the state of Johor, labeling Johor as the most unsafe place. Do you have to lie and ridicule your own tanah air, aren’t you a traitor?

In 2013, in Taiwan, you urged investors not to come to Malaysia and again, you ridiculed Malaysia. Your DAP MPs demonstrated in Taiwan, urging Taiwan investors not to come to Malaysia. Now, aren’t you and your party traitors?

You did the same in Hong Kong in 2013. You ridiculed Malaysia’s GTP saying that it was unachievable, what cheap thrill do you get from all these unpatriotic behavior?

Guan Eng, it seems that you simply love Singapore, Taiwan and Hong Kong where you choose to lambast your own country from there….special links with these countries is it…so who is the traitor? The four past Excos or is it you and the DAP?

Also, as the leader of DAP, shouldn’t you keep a tighter control on your bloody MPs? For example, that idiot Kuching MP Chong Chieng Jen who took to twitter to voice his objections against playing the national anthem in the cinemas. As a Malaysian he should have been proud to hear his national anthem playing. The fact that he was upset by it begs the question; where do your loyalties lie? Then again Guan Eng wouldn’t have called the Kuching MP out anyway because he was guilty of the same disrespect. At an event in Johor Guan Eng blatantly refused to respect the national anthem by standing up. 

What in the bloody hell is going on? Since when was standing up for the national anthem a big sin? Was he not taught basic respect? Even when another country’s national anthem is playing he would have to stand out of respect, but he can’t respect his own country?

I have another word of advice for Guan Eng and the DAP; PAS is always consistent in its stand. We never agree with the BN formula but we are never traitors. The real bloody traitor is you, Guan Eng and DAP. 

Guan Eng, don’t try to teach PAS how to conduct politics. We are more matured than you and the DAP. When PAS was formed, you were not yet born, when PAS was active in national politics, you are the naked fool child running around in your napkins, don’t ever tell us what to do. We practice matured politics not stupid racial street politics like you do. Don’t ever dream or think you can speak down to us….GROW UP CHILDISH GUAN ENG.

source : malaysiaku

AHLI PAS KENA BACA ARTIKEL INI SELEPAS DIHINA OLEH PAKATAN DI SELANGOR! Silap Hadi Awang, DAP bukan “sekular sosialis”, mereka evangelis

Silap Hadi Awang, DAP bukan “sekular sosialis”, mereka evangelis

Ustaz Sallehen Mukhyi, exco agama dalam pentadbiran Khalid, digugurkan oleh Azmin daripada barisan exco Selangor. Exco pendidikan Dr Halimah Ali turut ditamatkanperkhidmatan beliau.
Parti mereka tidak mempersetujui agar wakil exco dikurangkan bilangan dari empat orang kepada tiga, kata setiausaha PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman dalam satu kenyataan akhbar kelmarin.
BAWAH: Si Lebai yang malang
SallehenHalimah
AzminCabinet

Kesian PAS dibuli rakan-rakan sepakatnya

Dalam ucaptama beliau di muktamar ke-60 baru-baru ini, Tuan Guru Hadi Awang berkata mereka yang terlibat dalam perang siber seolah-olah “sudah hilang punca” bilamana mereka menyerang PAS bertubi-tubi dengan pelbagai tohmahan yang direkayasa.
Jentera propaganda paling ampuh di ruang maya adalah milik DAP dan PKR.
Serangan bertalu-talu ke atas ustaz dan ustazah beserta alim ulama PAS berpunca daripada perkakas politik PKR dan DAP yang akal budi mereka nyata rosak.
Kawan pun mereka lawan gara-gara rakus dan gila kuasa hilang pertimbangan.
Tony-Pua-PAS

Fitnah dan evangelista berpisah tiada

Para penyokong DAP berikthiar tidak lagi akan beri undi kepada PAS dalam apa jua keadaan pun. PAS sudahpun dinyah ramai pengikut parti evangelis tersebut.
Kalau DAP dan PKR boleh menzalimi Khalid Ibrahim yang berupa orang parti mereka sendiri, apa pula layanan mereka terhadap orang PAS nanti apabila hujan turun di tengah hari?
Pasti ketika itu PAS akan difitnah bertali arus.
BAWAH: MB baru angkat sumpah; duduk baris depan ialah Puan Speaker Double Chin
HannahDoubleChinnyChin

Tohmahan  berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan

Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah di majlis pelantikan exco Selangor kelmarin:
“Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tohmahan untuk memburukkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor. Perkara  hasut menghasut dan  melempar tohmahan-tohmahan  terhadap  Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim berterusan walaupun semasa bulan suci Ramadhan …” [...]
“… Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap meneruskan agenda mereka walaupun  dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina dan mencaci sehingga mereka berjaya dalam niat mereka untuk menjatuhkan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.”
Jahat sungguh rakan-rakan tidur sebantal PAS itu yang sengaja mencemar nama baik TS Khalid walhal pada hakikatnya beliau “telah menjalankan tugas beliau dengan jaya dan sempurna sebagai Menteri Besar”.
Tuanku yang sebelum ini murka pada PKR dan DAP – dua buah parti dianggap baginda sebagai “biadab” – telah membidas pihak pembangkang kerana mencetuskan krisis MB dengan tidak semena-mena. Kemelut seorang MB disingkir jawatan dan dipecat partinya sendiri telah “membuka mata dan hati serta pandangan [Sultan] terhadap politik di negeri Selangor”.
Massive trust deficit for PAS Malaysiakini

Dr Kua: “the Rottweilers even went for the PAS President”

Penasihat Suaram Dr Kua Kia Soong turut menegur PKR dan DAP atas budaya Rottweiler mereka:
“The PKR and DAP leaders unleashed (or at least did not restrain) their Rottweilers on the previous fledgling MB when he would not resign of his own accord. This was poor form especially when they could not produce any shred of evidence to pin on TSKI.
“This Rottweiler culture was again seen when the four PAS Exco members stayed at their posts, since their party did not have any problems with the previous MB. When the Rottweilers even went for the PAS President after he had expressed his misgivings about the MB candidate nominated by PKR & DAP, this really showed up the absolute dearth of leadership in the component parties of the PR.
Seruan Wala', Istiqamah dan Sabar 2014-09-21 18-17-49

DAP dan matlamat perjuangan evangelistanya

Dalam ucapan penggulungan beliau beberapa hari lepas di muktamar, presiden PAS Hadi Awang berkata:
“Ahli-ahli PAS dan pemimpin-pemimpin PAS mesti tahu kita ada perbezaan ideologi dan matlamat perjuangan. Ini mesti faham. PAS berdasarkan kepada Islam, PKR berdasarkan kepada sekular pragmatik, DAP berdasarkan kepada sekular sosialis. Kita bukan satu parti. Ini arah kita tahaluf macam satu parti, nak tidur sama, nak makan sama. Ini silap.”
Sebenarnya ia Tuan Guru yang terkhilaf.
DAP bukan berdasarkan kepada sekular sosialis. Pedoman parti itu adalah evangelisme – disebabkan itu DAP suka membuli, menipu dan membohong.

AZMIN DI REMOTE CONTROL OLEH ANWAR? PAS DIPERKOTAK KATIKAN OLEH ANWAR DAN LIM KIT SIANG ANAK BERANAK? Gambar Ini Bukti Azmin Ali Bakal Jadi Boneka Anwar Di Selangor?

AZMIN DI REMOTE CONTROL OLEH ANWAR? PAS DIPERKOTAK KATIKAN OLEH ANWAR DAN LIM KIT SIANG ANAK BERANAK? Gambar Ini Bukti Azmin Ali Bakal Jadi Boneka Anwar Di Selangor?

Friday, 26 September 2014

AHLI DAP, PAS DAN PKR ! DENGAR SINI !! Ada Ahli Politik Tidak Faham Institusi Raja – Sultan Selangor

AHLI DAP, PAS DAN PKR ! DENGAR SINI !! Ada Ahli Politik Tidak Faham Institusi Raja – Sultan Selangor

KLANG: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa institusi raja kerana mempunyai agenda yang lain.
Titah baginda, negeri Selangor sentiasa berpandukan pemerintahan dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor yang telah dimeteraikan pada tahun 1959.
“Oleh kerana rakyat tidak diberi kefahaman akan fungsi sebenar Sultan, rakyat beranggapan institusi raja itu adalah sebagai lambang sahaja tanpa mempunyai apa-apa peranan dan kuasa yang diperuntukkan dibawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.
“Beta dapati ada ahli politik yang tidak faham akan peranan dan kuasa Institusi Raja atau mereka sengaja tidak memahaminya kerana Beta yakin mereka mempunyai agenda yang lain.
“Rakyat Negeri Selangor yang berbilang kaum dan berbilang agama SERTA mempunyai pelbagai adat resam mahukan Negeri Selangor ini aman dan makmur, bebas mengamalkan agama masing-masing serta dapat hidup dalam tenteram dan harmoni,” titah baginda semasa Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Exco di Istana Alam Shah, Klang, hari ini.
Titah baginda, punca kekalutan politik negeri itu adalah disebabkan Langkah Kajang yang diilhamkan PKR.
Titah baginda, ia sekali gus menimbulkan pelbagai hasutan dan tohmahan yang memburukkan Menteri Besar Selangor pada masa itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya diturunkan jawatan.
Titah baginda lagi, perkara negatif itu tetap berterusan walaupun pada bulan Ramadan di mana umat Islam seharusnya membuat ibadah pada masa berkenaan.
“Beta telah menyeru dan mengingatkan beberapa kali, rakyat Melayu beragama Islam di Negeri Selangor ini supaya di bulan Ramadhan yang mulia ini hendaklah sentiasa bertaqwa kepada Allah dan melakukan amal jariah kita supaya diterima Allah.
“Tetapi PKR tetap meneruskan agenda mereka walaupun dalam bulan suci Ramadhan dengan terus menghina.
“Dengan ini timbullah pelbagai hasutan dan tohmahan untuk memburukkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya dapat diturunkan daripada jawatan Menteri Besar Selangor,” titah baginda.
Titah baginda lagi, pelantikan Exco baru adalah disebabkan PKR SERTA DAP yang tidak mempunyai kepercayaan lagi kepada Abdul Khalid selain menyifatkan pelantikan menteri besar yang baharu beserta barisan exco perlu dilantik untuk mentadbir negeri.
“Krisis yang berlaku berkenaan dengan Menteri Besar Selangor ini telah membuka mata dan hati SERTA pandangan Beta terhadap politik di Negeri Selangor ini.
“Ahli-ahli politik datang dan pergi, mereka akan berkhidmat untuk selama lima tahun dan mungkin akan diganti pada pilihanraya yang akan datang,” titah baginda.
Baginda turut bertitah, kedudukan baginda sebagai Sultan yang memerintah Negeri Selangor akan berterusan sehingga akhir hayat Beta.
Tegas baginda, sebagai Sultan yang memerintah, tugas-tugas baginda amatlah berat untuk memastikan rakyat Selangor dapat menikmati hidup yang berkualiti dan pembangunan yang sempurna.
“Beta tidak campur tangan dalam pentadbiran Negeri yang dijalankan oleh Menteri Besar.
“Beta hanya menasihatkan Menteri Besar jika terdapat sesuatu perkara yang boleh menyusahkan rakyat,” titah baginda – Astro Awani

source : aidc