NUFFNANG

Thursday, 11 September 2008

16 September: Anwar sanggup ke Taiwan...Mustafa Ali kata takkan berlaku

16 September: Anwar sanggup ke Taiwan...Mustafa Ali kata takkan berlaku

source : agendadaily

Makin dekat 16 September , makin kalut nampaknya ‘peserta-peserta larian menuju Putrjaya’. Paling menyerlah ialah bagaimana pembawa obor 16 September, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup membuat lairn obor hingga ke Taiwan bagi mengejar Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang kini sedang mengikuti rombongan sambil belajar ke negara itu.

Bagi menyakinkan lagi bahawa usahanya itu sesuatu yang terancang, Anwar menyatakan isu 16 September telah dibincangkan oleh pemimpin-pemimpin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP dalam beberapa siri pertemuan termasuk perjumpaan dua hari lalu yang memutuskan keperluan untuk berlepas ke Taiwan.

Namun apa yang menarik, salah seorang orang kuat PAS yang selama ini memang terkenal sebagai Pengarah Pilihan Raya PAS kerana kepakarannya dalam strategi pilihan raya, Datuk Mustafa Ali tidak yakin obor yang dibawa Anwar itu mampu menyala di Putrajaya pada 16 September ini.

Ini berdasarkan kenyataannya bahawa , setahu beliau PKR tidak pernah merujuk secara rasmi mengenai cadangan pembentukan kerajaan baru dengan PAS dan dengan itu menyebabkan pemimpin parti itu tidak membincangkan isu itu dalam mana-mana mesyuarat.

Kenyataan beliau itu yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu adalah senada dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa sehingga kini beliau tidak pernah melihat senarai nama Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti menyertai pakatan pembangkang.

“Saya kata tidak akan berlaku. Bila tiba 16 September ini boleh tengok saya betul atau dia betul,” kata Mustafa merujuk kepada usaha Anwar hendak membentuk kerajaan baru pada 16 September.

Berdasarkan maklumat dan rentetan ’larian obor Putrajaya 16 September’ ini, umum mengetahui bahawa usaha Anwar ini hanya didokong oleh kumpulan Erdogan dalam PAS yang diketuai oleh Naib Presidennya, Husam Musa.

Kumpulan Erdogan adalah kalangan pemimpin muda PAS yang menyokong Anwar dan mereka memang mempunyai hubungan rapat dengan Anwar seperti Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar, Bendahari Agung PAS, Dr Hatta Ramli.

Namun kalangan pemerhati politik berpendapat, Husam memang bersungguh-sungguh mahukan Anwar berkuasa kerana beliau sedar nasib politiknya banyak bergantung kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dengan itu sebagai persiapan, beliau dan kumpulan Erdogan perlu berada dalam ’kerajaan Anwar’ demi survival politiknya.

Namun jika kenyataan Mustafa Ali diambil kira yang senada dengan Hadi, dakwaan Anwar bahawa PAS telah dirundingi adalah meragukan. Mungkin Anwar mendapat sokongan padu daripada kumpulan Erdogan tetapi bagaimana dengan pendirian rasmi PAS.

Menghurai lebih lanjut, Mustafa Ali berkata beliau tidak nampak bagaimana sebegitu ramai Ahli parlimen BN akan menyertai pembangkang.

Alasan beliau ialah biasanya pembangkang yang akan melompat menyertai kerajaan dan adalah sesuatu yang sukar diterima pihak kerajaan akan melompat ke pembangkang.

“Terbaru kejadian lompat parti melibatkan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1984, tetapi PBS ketika itu pembangkang dan menyertai parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan mengikut sumber parti itu, orang yang bertanggungjawab terhadap perkara itu ialah Anwar.

“Saya akui Anwar ada pengalaman dalam hal ini tetapi waktu itu beliau berada dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri. Sebab itu hendak dapatkan tidak kurang 30 orang wakil rakyat supaya lompat parti adalah tidak mudah,” ujarnya.

Seperkara lagi yang menarik lontaran oleh Mustafa ialah jumlah majoriti kerajaan yang disebut-sebut akan dibentuk oleh Anwar.

Katanya, jika diandaikan 30 daripada 140 wakil rakyat BN yang ada sekarang lompat parti dan berlaku undi tidak percaya, ia akan menjadikan Ahli Parlimen BN 110 orang dan kerajaan baru sebanyak 112 orang termasuk Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Kelantan, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Pas.

“Kalau Ibrahim melompat ke BN, ini akan menjadikan kedudukan seri 111-111, masih tidak ke mana-manalah,“ katanya.
kzso - hmmm.... what say you anwar, saifuddin and husam?

Anwar Si Penjaja Angka by Cikgu Bashid

Anwar Si Penjaja Angka

by Cikgu Bashid
(Hakcipta Abd Bashid Harun)

Mereka hanya mahu apa yang mereka inginkan sahaja.

Mereka mengukur berdasarkan kehendak beberapa individu di kalangan mereka bukan atas kehendak majoriti rakyat. Kehendak sekumpulan individu yang berkepentingan itulah yang diangkat dan dijaja ke sana ke mari seolah-olah memberi gambaran yang konon-kononnya majoriti rakyat mahukan Anwar.Tindakan mereka ini memberi gambaran yang mereka sangat mementingkan diri sendiri tanpa mengambil kira perasaan orang lain yang telah memberi mandat kepada BN untuk memerintah.

Ini berlaku kerana mereka terlalu memuja seseorang dan individu yang dipuja itu pula memang mengapi-apikan semangat pemujaan melampau kepada dirinya sebab itulah saluran paling berkesan untuk dia melancarkan agenda-agenda peribadinya.

Anwar hanya mahukan jawatan Perdana Menteri, jawatan yang pernah hampir digapai untuk dirinya semasa dia menjadi TPM. Tetapi kerana pemimpin nombor satu pada waktu itu melihat Anwar tidak sesuai untuk menjadi Perdana Menteri bagi negara ini dan untuk rakyat Malaysia, Anwar terpaksa disingkir demi menyelamatkan rakyat dan negara ini.

Kini orang yang pernah disingkir itu mahu kembali semula, tetapi dengan cara-caranya yang tidak sopan dan bermaruah sama sekali.

Dia mahu memaksa kehendaknya seorang ke atas semua 27 juta jiwa rakyat Malaysia.

Dia hanya mahu jalan belakang sahaja, sedangkan jalan pilihan raya yang terbentang luas untuk dirinya seolah-olah tidak dilihat sebagai berguna lagi.

Dia bukan sahaja mahu jatuhkan kerajaan melalui jalan belakang, malahan dia mahu jalan yang lebih pintas.

Lalu ia mencipta angka-angka untuk dirinya dan menjaja angka itu ke serata ceruk dan berharap orang akan tergiur membelinya.

Jika angka itu dilihat tidak begitu tepat, dia bersedia pula menukarkannya dengan angka-angka baru.

Dia ingin menjadi tukang ramal, tetapi dia bukanlah peramal yang tepat. Jika dia peramal yang tepat sudah lama dia jadi Perdana Menteri.

Kerana dia begitu asyik dan maksyuk tenggelam dalam kolam keghairahannya menjual angka dan dirinya sebagai Prime Minister in waiting, pada ketika-ketika tertentu dia seolah-olah terlupa yang rakyat Malaysia bukannya bodoh.

Atas tindak tanduknya selama ini yang tidak pernah menghormati pilihan rakyat dan pemimpin yang dipilih, sedikit semi sedikit rakyat akan lari daripada menyokong dirinya sebagai bakal Perdana Menteri dan memberi undi kepada partinya untuk menubuhkan kerajaan.

Sepatutnya Anwar sudah tahu bahawa dia jatuh dahulu pun kerana sikapnya yang tidak sabar, kini sikap ketidaksabarannya itu benar-benar menonjolkan siapa dirinya yang sebenar.

Dia mahu kita mengikut hanya cakap dan cara-caranya.

Ini tentu tidak dapat kita lakukan sebab cara yang betul atau salah itu bukan ditentukan oleh siapa diri orang itu tetapi apa yang dibawanya dan cara-cara yang digunakannya sama ada sesuai dengan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini atau tidak.

Perlembagaan dan undang-undang negara sepatutnya menjadi pegangan rakyat Malaysia bukannya prinsip dan cara-cara yang begitu peribadi.

Ketahuilah saya menolak Anwar bukan kerana dakwaan liwat yang membabitkan dirinya, tetapi disebabkan tindak tanduknya yang sama sekali tidak sesuai dengan suasana Malaysia yang selama ini sangat mementingkan keharmonian dan keamanan. Tindak tanduknya lebih cenderung untuk menyusahkan rakyat dan boleh menyebabkan rakyat dan negara ini terdedah kepada ancaman keselamatan dalam jangka panjang.

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya yakin majoriti rakyat Malaysia tidak akan membenarkan ini berlaku kecualilah jika mereka sudah hilang pertimbangan dan kerana marahkan nyamuk seekor lalu kelambu dibakar.

kzso - kerakusan seorang yang mahu dan dahagakan kedudukan/kerusi perdana menteri. tapi masalah sekarang ialah rakyat tiada pilihan ketiga yang berwibawa. kalau ada pilihan ketiga ini pasti sokongan rakyat akan berpihak kepada pihak ketiga . siapakah pihak ketiga itu? itulah yang dicari-cari oleh rakyat. kalau ada pilihan ketiga, pasti PL dan AI ditolak mentah-mentah oleh rakyat. inilah kesempatan yang diambil oleh dap, pas, psm sebab kepimpinan umno/bn yang ada sekarang amat lemah dan mereka (dap,pas dan psm) mengambil kesempatan dan mempergunakan AI sebagai kuda tunggangan tapi pada AI pulak dia menganggap dia mempergunakan dap dan pas. hakikatnya ialah masing-masing mempergunakan satu sama lain. yang merana ialah rakyat yang berpecah-belah. semoga PL akan insaf tentang perkara ini dan jangan sampai bila tergadai agama, bangsa dan tanahair baru nak sedar. PL MESTI singkirkan kj, kalimullah, kamaluddin, tingkat 4 dan menteri dan ahli parlimen pembodek sebagai punahsihat beliau sebelum terlambat.

Teks Penuh Ucapan Dato' Ahmad Ismail

Teks Penuh Ucapan Dato' Ahmad Ismail

Dr Novandri Hasan Basri

Berikut adalah teks penuh ucapan Dato' Ahmad Ismail semasa mengadakan sidang akhbar pada 8hb September 2008.

Penulis harap kita berfikiran rasional mengenai isu ini dan semoga teks ini akan memberikan gambaran yang lebih jelas kepada kita.

Tetapi di dalam masa yang sama, manipulasi oleh sesetengah media tempatan nampak begitu jelas. Dan kita yang tidak tahu hujung pangkalnya mengenai isu ini akan keliru, ter'bakar' atau marah tak tentu pasal hanya membaca sedikit daripada penjelasan yang diberikan di dalam berita tersebut.

Malah penulis dapati para media hanya mengambil beberapa keratan daripada teks penuh ucapan Ahmad Ismail sehinggakan kenyataan akhbar tersebut amat mengelirukan dan mengembar-gemburkan Ahmad Ismail sebagai 'racist' nombor satu padahal ianya tidak benar jika kita ikuti ucapan beliau itu.

Malah, terdapat ulasan akhbar yang mengatakan beberapa kenyataan Ahmad Ismail sangat keras dan ditujukan kepada seluruh orang Cina padahal kenyataan beliau itu sebenarnya hanya ditujukan kepada Koh Tsu Koon dan beberapa pemimpin di dalam Gerakan.

Satu lagi point yang 'ghaib' dan tidak disiarkan oleh media-media ialah apabila Ahmad Ismail menyarankan agar Pengerusi BN Pulau Pinang diberikan kepada MCA, satu parti bangsa Cina yang terbesar di Malaysia.

Kenapa ?

Adakah media-media tersebut(terutamanya akhbar-akhbar berbahasa Cina) takut orang-orang Cina akan bersetuju dengan Ahmad Ismail dan menyokong penuh perlantikan MCA menggantikan Gerakan?

Ikutilah:-

Assalamualaikum...... dan salam bahagia kepada semua yang hadir.


Ybhg Dato' Seri Abdul Rashid Abdullah, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. YB Dato' Azhar Ibrahim, Setiausaha BPUN, Ybhg Dato' Zainal Abidin Osman, bendahari BPUN, sahabat-sahabat seperjuangan Ketua-ketua UMNO bahagian dan wakil-wakil Ketua UMNO Bahagian.

Ketua-ketua Pemuda, Wanita dan Puteri Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Yang berhormat Adun-Adun yang dihormati.

Sahabat-sahabat daripada semua media yang hadir,

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah.

Terlebih dahulu saya bersyukur kepada Allah swt dan berterima kasih kepada sahabat-sahabat saya yang turut bersama-sama dengan saya di dala mengharungi isu yang semakin panas ini.

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah kerana saya tidak keseorangan dalam mengharungi isu ini, malah selain daripada sahabat-sahabat yang hadir pada sidang akhbar ini, saya menganggap PC ini adalah juga mewakili orang-orang Melayu dan umat Islam yang bukan sahaja dari Pulau Pinang akan tetapi diseluruh pelusuk tanah air.

Saya berdoa kehadhirat Allah swt semoga diberi kekuatan dan ketabahan serta kesabaran didalam menghadapi musibah ini. Saya juga berdoa kehadhirat Allah yang Esa agar dijauhi sifat riak dan takabbur di dalam meniti ujian Allah swt di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang penuh barokah ini, Amin.

Pertamanya, walau pun masih terus ada desakan yang memainta saya untuk meminta maaf kepada orang-orang Cina - saya tetap dengan keputusan saya bahawa saya tidak akan meminta maaf lantaran saya tidak bersalah. Walaupun memang bukannya susah untuk minta maaf - namun demi maruah mertabat Melayu saya tetap tidak akan minta maaf biar apa pun orang nak kata. Saya sanggup menanggung risiko.

Saya bersyukur kehadhirat Allag swt kerana didalam mesyuarat BadanPerhubngan UMNO Negeri Pulau Pinang pada 6hb September 2008 yang lalu, saya bersama-sama dengan para-para sahabat saya didalam Perhubungan UMNO Negeri telah menerangkan keadaan sebenar tentang isu ini dengan terperinci kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, YAB Dato'eri Abdullah Ahmad Badawi yang juga adalah Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional.

Kami bersyukur YAB Pak Lah faham tntang isu tersebut dan ini boleh kita nilai sendiri dari kenyataan akhbaryang dibuat olehbeliau sebaik sahaja selesai mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang. Tak payahlah nak saya huraikan.

Pak Lah telah meminta saya untuk membuat satu lagi sidang akhbar - maka inilah kita adakan sidang akhbar pada hari ini.

Saya berterima kasih kepada Perhubungan UMNO Negeri yang telah membuat keputusan melantik peguam bagi mengkaji dan seterusnya mengambil tindakan menyaman 'reporter' yang telah sengaja menjadikan isu ini begitu sensasi dan kontroversi dan juga akhbar Sin Chew Daily yang telah sengaja menerbitkan laporan yang berbau perkauman dengan tujuan menghasut orang-orang Cina.

Saya telah difahamkan juga bahawa ada akhbar yang telah melaporkan bahawa saya di dalam sidangakhbar saya pada 5hb September yang lalu kononnya saya telah menafikan yang saya ada menyatakan bahawa "orang-orang Cina adalah menumpang di negara ini."

Ini adalah satu permainan jahat yang mahu merosakkan kredibiliti saya.

Tuan-tuan dan puan-puan pun ada mendengar yang saya tidak menafikan bahawa saya ada berkata yang "orang-orang Cina adalah menumpang di dalam negara kta.", cuma tidak di dalam konteks yang disebut oleh "reporter" berkenaan.

Apa yang saya katakan adalah di dalam konteks sejarah Pra-Merdeka. Malah teks penuh saya ada disiarkan oleh MalaysiaKini. Semua orang boleh melihatnya.

Saya ingin mengulangi sekali lagi bahawa saya di dalam ceramah saya pada 23hb Ogos 2008 di Kampung Pelet memang ada menyebut bahawa "orang-orang Cina adalah menumpang di negara kita" di dalam konteks yang saya terangkan tadi, saya suka juga menegaskan di sini bahawa apa yang saya katakan itu sememangnya dari segi fakta sejarah Pra-Merdeka,orang-orang Cina adalah pendatang dan sekadar menumpang di negara kita.

"Nobody can change histroy. Histroy cannot be change just to satisfy and make certain quarters happy.We have to accept history.

Saya merasa amat kesal dan amat dukacita kerana ucapan saya telah dimanipulasikan sedemikian rupa dengan tujuan menghasut orang-orang Cina bukan sahaja untuk membenci saya tetapi juga dengan tujuan menghasut agar orang-orang Cina bangun dan membenci orang-orang Melayu dan umat Islam keseluruhannya. Ini adalah suatu perbuatan yang keji dengan tujuan yang amt jahat.

Saya hanya seorang pemimpin kecil. Kenapa heboh-heboh situasi tersebut sehinggan menjadi tegang?

Beberapa pemimpin Cina Gerakan yang juga sengaja mengambil kesempatan dan sesunggunhnya merekalah yang mengembar-gemburkan fakta menjadikan isu ini lebih nampak perkauman dengan tujuan untuk menyembunyikan kelemahan sendiri dan cuba menjadikan isu ini sebagai "scape goat" dan telah lari dari hakikat bahawa orang-orang Cina sudah tidak lagi menyokong mereka.

Daripada kawan-kawan saya yang berbangsa Cina - memang mereka menyatakan bahawa merekatidak suka kepada Koh Tsu Koon.

Dan saya berani berkata bahawa kegagalan BN di Pulau Pinang di dalam PRU-12 adalah kerana Koh Tsu Koon yangbukan saja tidak mmendapat sokngan dari orang=orang Cina tetapi dibenci oleh orang-orang Cina sendiri.

Orang Melayu tak usah cakaplah betapa bencinya kami terhadap Tsu Koon yang terlalu banyak bermain sandiwara. "As I have said the other day - I have worked with him for the past 18 years. I knew him very well. He is a very good actor" dan saya tak pernah jumpa dalam usia saya yang dah tua ini seorang pemimpin yang cukup pandai "Tai Chi" tapi saya ingatkan agar jangan lupa bahawa kami orang-orang Melayu pun tahu bersilat.

Keadaan menjadi gawat lagi bila KohTsu Koon dan beberapa orang pemimpin Gerakan dan pemimpin-pemimpin Cina yang sengaja membuat kenyataan-kenyataan yang melambangkan perkauman.

Dan bilamana mereka mendesak meminta maaf - sesungguhnya mereka telah membangkitkan kemarahan orang-orang Melayu dan umat Islam diseluruh negara sehinggakan saya sendiri bimbang tentang keamanan negara kita.

Saya terkejut dengan kebangkitan orang-orang Melayu dan umat islam diseluruh negara tentang isu ini. Saya banyak sekali menerima SMS dan panggilan-panggilan telefon menyokong tindakan saya dan mendesak saya untuk tidak minta maaf dengan mengungkitkan banak perkara-perkara di mana orang-orang Cina telah menyakiti hati orang-orang Melayu dan umat Islam.

Ini bukan soal parti lagi. Tetapi ini soal maruah dan mertabat Melayu serta agama Islam yang cuba diperlekehkan. Justeru, hari ini orang-orang Melayu dan umat Islam tak kira dari parti mana sekalipun dan yang tidak masuk mana-mana parti juga telah bangun dengan begitu hebat sekali.

Gara-gara siapa?

Seorang "reporter" yang punyai agendanya sendiri dan lebih-lebih lagi gara-gara Koh Tsu Koon dan beberapa pemimpin Gerakan yang mula-mula sekali nak jadi hero dengan membakar semangat orang-orang Cina bila menjadikan isu ini isu perkauman dan telah membakar pula smangat orang-orang Melayu dan umat Islam dengan mendesak seorang pemimpin Melayu beragama islam untuk memintamaaf dan tunduk pada orang-orang Cina.

Saya mahu mereka tahu, malah anggap ini sebagai amaran Melayu. Orang Melayu dan umat Islam telah diusik banyak kali. Kami bersabar kerana menjaga kestabilan negara.

Namun ingatlah!! Kesabaran orang Melayu dan umat Islam ada hadnya.

Jangan tolak kami sampai ke dinding di mana kami terpaksa berpusing balik dan nescaya kami terpaksa tolak orang-orang Cina pula demi survival kami. (Dr Novandri : Kenyataan di atas ditujukan kepada Koh Tsu Koon dan pemimpin Gerakan dan bukannya kepada kaum Cina seperti yang disalah tafsirkan oleh sesetengah media cetak dan alternatif. Tetapi salah tafsir itu amat berbahaya kerana berbau hasutan)

Sekiranya apa yang telah saya katakan agak berat kepada BN. Anggaplah ini sebagai amaran orang Melayu dan umat Islam yang tidak ada kena mengena dengan UMNO. Jadi tak usahlah mendesak pemimpin UMNO kami sehingga mereka terjebak dalam dilema.

Saya mahu Koh Tsu Koon dan Gerakan bertanggungjawab sekiranya apa-apa hal yang tidak baik terjadi di dalam negara kita.

Saya mendesak disiniagar Pengerusi BN Pulau Pinang diberi kepada MCA kerana jelas terbukti bahawa Koh Tsu Koon telah gagal dengan teruk sekali didalam pilihanraya umum yang lalu.

Saya juga ingin mendesak pemimpin-pemimpin di dalam BN dari semua komponen parti untuk memecat Gerakan keluar dari BN kerana adanya mereka - kucar kacir hubungan kita di dalam BN.

Sekiranya tidak Koh Tsu Koon harus minta maaf pada orang-orang Cina dan juga orang-orang Melayu serta umat Islam kerana menyebabkan keadaan menjadi tegang sampai ke tahap ini. "He should be responsible. But knowing him as usual he will 'Tai Chi' again in his own ways".

Dengan knyataan ini saya berharap tidak ada yang akan menuduh saya "racist" lagi.

Sebagai pemimpin kecil Melayu, saya ada tanggungjawab pada bangsa, agama dan tanah iar saya.

Kalaulah saya 'racist', sudah tentu selama ini saya tidak bekerjasama dengan Gerakan dan MCA. Saya sudah menjadi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera selama 20tahun sebelum ini di dalam Pergerakan Pemuda UMO bahagian 11 tahun dan saya berkecimpung secara aktif di dalam UMNO sudah lebih 34 tahun sejak 1974 lagi.

Semasa saya mengambil alih teraju kepimpinan UMNO Bahagian Bukit Bendera kira-kira 20 tahun yang lalu, BN sebelum inihanya mempunyai satu kerusi DUN sahaja didalam Parlimen Bukit Bendera.

Dari segi sejarah, kerusiParlimen Bukit Bendera hanay sekali sahaja pernah dimenangi oleh BN iaitu apabila mendiang Albert Miah, bekas Ketua Polis Pulau Pinang bertanding.

Sebelum dan sesudah itu BN tidak pernah menag kerusi Parlimen. Malah dari segi DUN pula hanya satu saja kerusi yang BN menang manakala dua lagi kerusi DUN BN selalu kecundang kepada DAP.

Pada pilihanraya 1990, adalah pilihanraya yang pertama bagi saya sebagai ketua bahagian membantu calon-calon BN telah berjaya menambahkan satu lagi kerusi menjadikan dua kerusi DUN dimenangi BN.

Manakala PRU 1994 pula, buat pertama kalinya BN menang kesemua tiga kerusi DUN dikawasan kami.

Dalam keadaan gawat, pada PRU 1999 buat pertama kalinya BN telah berjaya memenangi semua kerusi yang dipertandingkan iaitu 3 kerusi DUN dan uga kerusi Parlimen.

Pada tahun 2004, hanya di Bukit Bendera sahaja yang kerusi DUN ditambah dari 3 menjadi 4 kerusi. Itu pun kami berjaya memenangi semua kerusi yang dipertandingkan iaitu 1 kerusi Parlimen dan 4 kerusi DUN.

Pada Pru 2008, berlakuTsunami lingkup semua. Tapi bukan kami saja di Bukit Bendera, habis di merata temapat.

Izinkan saya menjelaskan bahawa semua kersui BN yang telah menang di Bukit Bendera pada 1990, 1994, 1999 dan 2004, calon-calon yang bertanding adalah kesemuanya calon-calon Cina.

Kalaulah saya 'racist' - masakan kami orang-orang Melayu akan bekerja keras memenangkan calon-calon Cina dan telah mencipta sejarah kerana Bukit Bendera adalah kubu kuat DAP sebelum itu.

Malah calon-calon yang telah kami bantu dan menangkan telah menjadi pemimpin-pemimpin besar dalam Gerakan iaitu Koh Tsu Koon, Chia Kwang Chai dan Dr Teng Hock Nan.

Malah pada PRU-12 2008,walau pun berlaku Tsunami - kita bolehlihat keputusan di peti undi Sekolah Kebangsaan Tanjung Tokong yang kalau tidak silap saya merupakan satu-satunya peti undi dimana orang-orang melayu merupakan pengundi yang paling ramai iaitu di tanjung Tokong.

Cukuplah - jangan tuduh saya 'racist' lagikerana saya bukan 'racist'.

Akhir sekali saya mohon kepada orang-orang Cina agar jangan cuba seperti "the Jewish in America" tak cukup ekonomi yang mereka kawal - politik pun nak mereka kuasai.

Yang penting eratkan perpaduan kita agar negara tetap aman dan kesemua rakyat boleh hidup dalam keadaan harmoni. Kalau berlaku kegawatan - negara tidak stabil - orang-orang Cina nak berniaga pun payah.

Dengarlah nasihat Perdana Menteri kita - kalau keselamatan tak terjamin lagi - tiada siapa yang untung - rakyatMalaysia yang rugi. Kita semua yang rugi. "ENOUGH ISENOGH".

Tsu Koon dakwa hubungan dia renggang dengan saya kerana tidak melantik saya sebagai Ahli Majlis 2006. "Bull shit and this another tactic of him to character assassinate me." - Saya adalah Ahli Majlis pada 2006. Sesungguh kuasa melantik Ahli-ahli majlis bukanlahpada KohnTsu Koon.

Mengikut persefahaman dan amalan BN, Ahli-ahli yang mewakili komponen-komponen parti BN, Ahli-ahli yang mewakili komponen-komponen parti BN adalah hak parti masing-masing.

UMNO negeri akan menentukan Ahli-ahli Majlis yang lazimnya dicalonkan oleh UMNO bahagian-bahagian.

MCA, MIC dan juga PPP akan ditentukan oleh parti masing-masing. Koh Tsu Koon hanya ada kuasa perlantikan Ahli-ahli Majli Gerakan sahaja.

Nama-nama yang diputuskan oleh parti-parti tersebut akan dibentangkan di dalam Mesyuarat EXCO "for endorsement". Bukan kuasa Ketua Menteri seorang.

Kemudian surat perlantikan Ahli-ahli Majlis akan dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Sesungguhnya Koh Tsu Koon tidak mahu saya menjadi Ahli Majlis sejak 2003...........huraian.

Hubungan kami menjadi renggang ..............huraian

Akhir kalam, memandangkan sementara bahang semangat orang melayu dan umat islam diperingkat akar umbi sedang panas membara, janganlan kita sia-siakan.

Marilah kita garapkan semangat tersebut, kita gembeling seluruh keringat dan kita pungah seluruh kekuatan orang-orang melayu dan umat Islam diseluruh tanah air serta kita jadikan kebangkita suara Melayu ini sebagai suatu keramat yang akan menyatupadukan seluruh Melayu dan umat Islam sebagai titik permulaan penggerak semngat Melayu bersatu.

Saya syorkan agar setiap negeri akan memulakan suatu "Forum?Konvensyen Himpunan Ummah" di mana penyertaannya harus dibuka seluas mungkin hinga ke akar umbi.

Insyaallah saya berharap agar Pulau Pinang akan memulakan "Forum/Konvensyen Himpunan Ummah" di dalam waktu yang terdekat mungkin

Sekian,

Terima Kasih.

Dato' Ahmad Ismail


kzso - permainan licik dap, gerakan dan mca sehingga presiden dan mt umno 'memenggal' leher seorang pejuang bangsa yang sanggup berkata yang benar demi bangsa, agama dan tanahair. maka bersorak gembiralah mereka (dap,gerakan dan mca) sebab satu suara yang berani mempertahankan hak dan maruah melayu telah lenyap di bumi melayu ini.... wahai umno! kenapa membisu dan kecut teloq bila ditekan oleh dap,gerakan dan mca yang tidak mengenang untung nasib mereka? bila mereka mempertikai hak orang melayu , umno kecut teloq? mana dia najib? mana dia ali rustam? mana dia muhyiddin? mana dia hishamuddin? mana dia rafidah? mana dia nazri? mana dia johari baharum? mana dia kj? mana dia mahadzir? mana dia ahli majlis tertinggi umno? man dis shahrir? mana dia rais yatim? mana dia musa hitam? oh yaaaa... depa sibuk mengira duit di bank, poket dan perut boncit mereka... perkara mempertahankan bangsa melayu serah bulat-bulat kepada tun dr mahathir, ku li, ahmad ismail... kesian umno... kesian umno...kesian umno sebab dapat kepimpinan yang dayus!

THE SOCIAL CONTRACT 3 - Tun Dr Mahathir Mohamad

THE SOCIAL CONTRACT 3

Posted by Dr. Mahathir Mohamad

1. I am sorry to have to revert to the social contract issue again because of some disturbing development.

2. Young Malays, including professionals are said to have espoused liberalism and meritocracy. They question the need for affirmative action and the New Economic Policy. They believe that the Malays should compete with the other races. If they fail then they do not deserve the dominant role in the politics of Malaysia. They should accept non-Malay leadership of the country.

3. This view of the young Malays sounds refreshing. Unfortunately these liberal Malays are in a minority. The majority of the Malay professionals and young Malays have hardened their stand on the position of their race since the disaster of 2008. They are incensed especially by the arrogance of the Bar Council. They now question the social contract and reject the need to adhere to it. This sounds almost like the Chinese stand. But the difference is startling and disturbing.

4. They disagree with the Tunku giving the one million citizenship without regard for the conditions for getting citizenship.

5. They say before this the Malays made up the majority of the citizens. They could rule the country by themselves. But the Tunku reduced this Malay majority until they have to depend on non-Malay support. To them the humiliation they are facing are entirely due to the Tunku.

6. This act by the Tunku is part of the social contract. They reject it and they demand that the Tunku's action should be considered to be against the constitution and should be rejected. They demand that the citizenship given by the Tunku should be withdrawn or nullified.

7. They also question the other concessions given the non-Malay communities, especially the schools and the use of other languages.

8. In short they seem to reject the social contract altogether and to go back to the situation before the leaders of the communities made their bargain.

9. Questioned as to what would happen if the British refused to give independence, they suggested that the Malays resort to armed struggle and co-operation with a neighbouring country. They suggested that we should have formed Melayu Raya together with this neighbouring country.

10. I must admit the retrogression of their viewpoint but this is becoming more current as the debate on the social contract goes on. They are particularly incensed by the Bar Council which seems to them to be questioning Malay rights according to the agreement in the social contract.

11. So far we hear only the non-Malays rejecting the social contract. This is the first time I hear of Malays rejecting the social contract. I think the Government should handle this problem carefully. Otherwise it may become widespread and effect the fragile harmony between the different races.

12. I did not like putting this on my blog. But I have no access to the Government. In any case I doubt the Government would take this twist on the Social Contract seriously. Dato Seri Abdullah would deny that anything is happening.

13. Malaysia had remained stable for half a century because sensitive issues were not publicly discussed. The Government now appears to practice selective freedom of speech. As long as you don't attack the Government especially Dato Seri Abdullah you may say what you like whether racist or seditious. But if you attack the Government or Dato Seri Abdullah every effort would be made to silence you or to keep you out of the news.

14. The selective freedom is stirring up racist feelings everywhere. Hence the remarks made by the State Assemblywoman from Perak and Dato Ahmad Ismail in Penang. And now we see the support given to Ahmad and his condemnation of MCA and Gerakan leaders by all the 13 UMNO divisions in Penang.

15. I believe racist sentiments among Malays and non-Malays are rising. If it flares up the stability of this country may be affected permanently. We may see political wrangling of the kind we see in several other countries. In the process the economy of this country would be destroyed.

16. This slide must be stopped. No one should disregard the obligation to uphold the social contract.

17. That understanding between the leaders of the three races had served us well. So has the ban on questioning certain provisions in the Constitution.

18. I had tried during my time to balance the treatment of the different races. I had been labeled a racist before. But towards the end of my tenure the Chinese in particular supported me. But throughout I never forgot my obligations to the Malays.

19. Dato Seri Abdullah has tried to placate everyone. He has given one billion Ringgit here, one billion Ringgit there; he has given unknown sums of money to Tun Salleh Abbas and the other judges who had been dismissed in order to placate the Bar Council, he has promised billions of Ringgit for numerous corridors, billions for transport, lower oil prices etc etc. But no one believes him because the promises and fund allocations have not materialised. The fact is that nobody believes him or trusts him. No one has been placated.

20. The racialist trend will continue. I frankly don't think Dato Seri Abdullah can handle it.

21. What is the solution? Right thinking people must make their rejection of Dato Seri Abdullah's leadership heard. If we don't then whatever racial harmony that exist would be eroded and will destroy this beloved country.

kzso - the problem with ydp pm pl is that he trusted kj, kamaluddin, kalimullah and fourth floor too much. if ydp pm pl can rid of this 3 k's, 4th floor, nazri, johari baharum, shahrir, ghani othman, mahadzir and accept TDM, Ku Li, other umno veterans as his think tank, umno directly and bn indirectly will be strong again. unless he get rid of the this jokers umno, bn this country is doomed.

Wednesday, 10 September 2008

Skrip lawak : anwor, saifuddeen, lim kidding siang dan husam + mamat sebelah lim kidding siang

BABAK 1 :
wokyoh said... tengok gambar kat atas dan baca dialog ni..

nuar:saifudin...macammana ni...kata 30 orang...ni baru 5 orang je yang ada...

saifudin:sabar bos...sabar boss...dok tunggu panggilan dari taiwan kejap..

kit siang:gua rasa lepas taiwan dia olang pergi lawatan sambil itu belajar ke cina pula...bila agaknya diaolang mau balik sini?..ermmmm....

husam:bos...saya dah tengok kat belakang ni...tak ada lagi boss...kalau hantu diorang tak tahu la boss.....sedih saya ni boss...

nuar:err...saiful mana???oppss silap...syed husin mana???

husam:tak sampai lagi boss...saya dok intai la ni boss...malu kita ni boss..

orang sebelah kit siang: baik aku tutup bontot aku ni..kalau nuar tengok...nahas aku...aku letak tangan aku kat belakang dan control macho je la...aku ni ikut je..tapi aku percaya ni gimik anwar je ni...(berkata dalam hati)

nuar:saifudin..you dengan kit siang ni...cara dan gaya tutup hidung sama je...nak gelak ke serius ni...please la wei....serius sikit...aku nak jadi PM ni....

BABAK 2:

anwor : manaa pi saiful nih? eh-eh bukan... mana pi husam ni?

saifuddeen : don't worry boss... dia nak pastikan pah dalam endogan kita... dia pi nak siasat apa mat sabut nak buat. takut keluaq skrip al-juburi lagi dari mat sabut.

lim kidding siang : dalam dee-ay-piiraaah lu jangan takut... gua dah kow tim dengan kapal ship to keep quiet dalam kes ini.

anwor : tengkiu...tengkiu... tapi amacam dengan 30mp tu. gua rasa gua pun nak buat lawatan juga kat taiwan, bawa exco pii-kay-arr dan pii-arr untuk tengok ternak babi kat sana. then jumpa dan diskuss dengan semua bn mps... mana tahu boleh kow tim kat sanaaa

saifuddin : tolon' bawak exco dari pah jugak...cari point nak defend nanti sebab lepas selangor, perak pon ada potential buat ternak babi jugak; tapi boss, kat taiwan depaa ada ladang ternak babi kaaa?

lim kidding siang : amacam anwor, lu sudah kow tim kaa sama itu 30 olang?

saifudeen : aha boss... ok ke 30 orang tu?

anwor : gua rasa gua tak perlu risau.... 30mp tu bukan tahu apaa... mahu duit sajaaa. lagipun pengundi di sabah tu bukannya pandai.... depa gerenti tak ambil eksen nyer bila mps depa lompat parti kita. depa orang sabah semua gua dah tarik hidung depa...lu semua jangan risau wokeh... weei... lu mamat sebelah lim kidding siang, apsal lu dah keluaq dari enter frame?

mamat sebelah lim kidding siang : takut nanti kena gossip... habis saham.

anwor : you don't worry laaa... lu bukan taste gua... oops... gua tak buat kes itu.

mamat sebelah lim kidding siang : kalu itu macam , berani mubahalah kaa?

anwor : issshhhh ke situ pulak.... takut kena sambar petir....ni tengah risau nih.. sebab mps balik selepas 16 sept... camana nak chong lagi

saifuddeen & lim kidding siang : aisey boss/bro anwor; hal kelentong dan buat ayat power ni, boss/bro 1st class.. tun dr mahathir pon cakap setan pon boleh tergoda...

anwor : iyelaaa tu

BABAK 3:

anwor : excuse me... ada hal jap.

anwor : hello-hello bushy... wolfowitzy...ricey...hsieen loooong...(teleconferencing)can you help me...i need you to give me more money... need to up the ante and create more chaos and need money for by-election in sabah.

bushy/wolfowitzy/ricey,hsieen loooong (teleconferencing): no problem maaa... as long you get elected the next pm... we need you to ensure malaysia are in our hands...the only islamic developed country not in our hand. iraq, the arabs, indonesia are all in our arm-pit ( ketiak); after this we go for iran ok bro anwor

anwor : tq boss... i know what to do... all malays are under my hands... the chinese and indian, murut and kadazan easy one.... i get them hear what they want to hear... kow tim...about iran no problem.. i am moderate islam, know how to ayat this iran president...

kzso - by looking at lim kit siang, saifuddin and husam body language and faces; they know that that this anwar guy cannot be trusted but for their own political agenda to topple umno and bn, they'll play along with him. anwar is aware about this too but his thirst and desire for the premiership seat is too big. may ALLAH SWT protect our beloved country, Malaysia. aameeeeeen

Dato Johari Baharom Rattled By News of Tun Dr. Mahathir Mohamad's Support For Tengku Razaleigh In His Bid To Be President of UMNO

Dato Johari Baharom Rattled By News of Tun Dr. Mahathir Mohamad's Support For Tengku Razaleigh In His Bid To Be President of UMNO

source : Matthias Chang

Following the SMS on the above news, I received an SMS from Dato Johari Baharom (former political secretary to the then prime minister Tun Dr. Mahathir Mohamad and currently, Deputy Minister in the Badawi regime) demanding to know what right has Tun Dr. Mahathir Mohamad to support Tengku Razaleigh for the post of party President when he is no longer a member of UMNO.

This is so typical of Johari Baharom – full of arrogance and totally out of touch with reality.

I replied immediately to his insolent demand by stating that any citizen of Malaysia has a right to express his views in support of any candidate vying to be the President of UMNO or for that matter any component party. After all, by convention, the President of UMNO is automatically the prime minister of Malaysia. Additionally, I reminded Johari Baharom that all past Presidents/Prime Ministers have stated categorically that they were leaders not only for the Malay community but for all Malaysians. This sentiment was also echoed by Badawi on becoming prime minister.

In turn, I demanded to know whether Johari Baharom is of the view that when UMNO members are deciding on the suitability of any candidate for President, the views of the rakyat are irrelevant and never taken into consideration.

He replied that “this is not the General Elections. This is an UMNO election and only delegates can vote and decide as to who should be the President.”

I replied immediately that notwithstanding the reality that only UMNO members can select their President, surely UMNO would have to consider that any leader vying for party President must be acceptable to all Malaysians. I also enquired from Johari Baharom whether I can quote him as saying that the views of the rakyat have no relevance in their deliberations.

There was no reply from Johari Baharom.

It is such arrogance that gave rise to the anger and disgust of the rakyat in their rejection of the Barisan Nasional in the recently concluded General Elections and the By-Election of Permatang Pauh. It is clear that Johari Baharom have yet to learn from the defeat suffered by UMNO and the Barisan Nasional.

Next, I received an SMS from the political secretary of the Menteri Besar of Pahang, Dato Shamsuddin Nawawi who, like Johari Baharom, was likewise rattled by the news and derided Tengku Razaleigh for the split in UMNO in 1987.

I replied that in 1996, UMNO under the leadership of Tun Dr. Mahathir Mohamad, in the spirit of Malay unity, welcomed back the members of Semangat 46 to UMNO. Additionally, Tun has also appointed several members of former Team B as ministers, including Badawi. Notwithstanding that Badawi was part of Team B that challenged Tun Dr. Mahathir Mohamad, Badawi was rehabilitated and chosen as his successor.

Such is the generosity of Tun Dr. Mahathir Mohamad.

But Badawi has repaid Tun’s kindness and generosity with deceit and betrayal.

I then reminded this opportunist that on several occasions he had moaned and groaned and lamented that Badawi is a hopeless leader and is responsible for the present state of affairs in the country. Recently, he even complained that Barisan Nasional screwed up in its campaign to prevent Anwar Ibrahim from returning to Parliament as MP for Permatang Pauh.

Having expressed several times his disenchantment with the present leadership of UMNO and in most strident terms, why is this political secretary singing a different tune?

Having backed the wrong horse, he must have realised that his political future is in jeopardy. How pathetic!

Hopefully, when UMNO has got rid of such leaders, it will be able to regain its glory and rightful place.

Tun Dr. Mahathir Mohamad has given a clarion call to unite and work for change – change in the leadership of UMNO. We must heed his call and take this opportunity to save our country from ruin and rid the Badawi regime once and for all!

God willing!

kzso - umno leaders who are bringing down umno : ydp pm, kj, johari baharom, nazri aziz, shahrir, zaid ibrahim, ghani othman, mb terengganu (can't recalled his name), azalina, hishamuddin, musa aman, anifah aman, tengku mansor .... the lists are looooooooooooong. get rid of them and umno will flourished again. for najib, control your wife rosmah!; muhyiddin, pls have balls and guts; ali rustam, pls quit; muhammad muhammad taib, your time is up;

The difference between a guest and the host...so to speak!Yes this is about Malaysia!

The difference between a guest and the host...so to speak!Yes this is about Malaysia!

source : BarkingMagpie
Posted by Pasquale

Malay Kingdom have been trading with others since time immemorial!


Let me quote Datuk Dr Hassan Ahmad, chief executive of Yayasan Karyawan, he was also the former Malaysia permanent representative at the UNESCO and former director-general of DBP.

He said in an issue of a Malay magazine Dewan Masyarakat, that "Bangsa Melayu has always been the "tuan" in Tanah Melayu since centuries ago. "Just as the Chinese, Indian, Japanese and the Germans, in theirs," he added.

Actually the issue of Malay sovereignty and Malay supremacy in the country has never been an issue or being questioned in the past. The problem lies when some one or a group of people who try to equate the Malay sovereignty and supremacy, in a political context, as a a pro-Malay policy.

It must be reminded that a major race, that is the owner of the country or the "host", has two distinctive characters: one, is that they are the owner or a host of that particular country, and second, as a majority they have the right to determine their fate or future based on what they want for themselves, without interference or having to listen to the whims and fancies of other races who came and decided to make the country home, or having to listen to what other countries have to dictate to tell us what to do.

"Tuan rumah" the host, in this case the Malays, are not of the same status as the "orang pendatang", or those who came from other region or plain, or country to settle here.

It must be remembered by everyone that the Malay supremacy int his country is related very closely with the concept of Malay sovereignty.

One must remember that one of the most important character of that particular race is that it is a sovereign race it has a country and a government of its own.

The Malays have their own governance since the beginning of the Kerajaan Melayu-Srivijaya in Palembang, from 7th to 12th century. Then the Malay government of Melayu-Islam Samudera-Pasai from 13th century in Acheh and the rest of the Malay Peninsular until the 15th century in Malacca. Followed by the government of Johor-Riau that later on to inherit the Melayu-Malacca government.

The Malays must not fall to trap into believing that the Malay government is only 50 years old, the assumption when the British gave us our "freedom" after colonising us for a while. No sir! I do not and cannot accept that they, the Malays, have been an entity only after 50 years, I as a person cannot accept 31st of August as the day of Independence for the Malays!

In the final analysis, this is a Malay country and we are sharing it with the rest but they must abide to a majority rule. If the non-Malays feel that they have been treated as a second class citizen they must have their heads check.

P.S. I can also be as racist as the next racist and this is my point. This is very important for all the bleeding heart liberal Malaysians out there to remember, Malays included, not to stir up a hornet's nest we can get stung!

kzso - the problem is that most of the malays (and also malaysians) especially the young generations are also history blind...

Malays 'have ruled the region from 7th Century'

Malays 'have ruled the region from 7th Century'
source : OpEd
Warning: the notes below may offend you.

Especially if you believe that all Malaysians are born equal, as some people, like the unknown blogger below argues.

In all that twist and shout of pendatang and penumpang, barkingmagpie.blogspot.com argues that Malays have been the perfect Tuan Rumah.(Nice stamp, magpie! Chinese junk arrives in Malacca - Cheng Ho also is pendatang).

The Malays and people of Nusantara have ruled, according to this unknown 'historian-blogger', during these times:

1) Kerajaan Srivijaya in Palembang, from 7th to 12th centuries.

2) Kerajaan Melayu-Islam Samudera-Pasai from 13th century in Acheh and the rest of the Malay Peninsular.

3) Kerajaan Melayu-Melaka around 15th century.

4) Kerajaan Johor-Riau later.

The blogger says:"The Malays must not fall to trap into believing that the Malay government is only 50 years old, the assumption when the British gave us our "freedom" after colonising us for a while."

No sir! I do not and cannot accept that they, the Malays, have been an entity only after 50 years, I as a person cannot accept 31st of August as the day of Independence for the Malays!

"In the final analysis, this is a Malay country and we are sharing it with the rest but they must abide to a majority rule."

If the non-Malays feel that they have been treated as a second class citizen they must have their heads checked."

This is of course, the 21st century and such history eludes most of us.Anyway, good to know our history, bro! (or sis!).

My main worry is that if you push this argument too far and too often, talent, skills and capital will walk away to another country rather than having to argue back over 'this is my plot' scenario.

kzso - that's why it is called tanah melayu.period.

Monday, 8 September 2008

Sama rata Tapi Nafikan Keadilan.

Sama rata Tapi Nafikan Keadilan.

Dr Novandri Hasan Basri

Di sini penulis sertakan beberapa bahagian di dalam wawancara Mingguan Malaysia dengan Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Ab. Aziz mengenai Perkara 153 di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Penulis mendapati hujah-hujah yang diberikan oleh Dr Sham perlu dikongsi bersama dengan para pembaca sekalian.

Penulis tertarik dengan kenyataan Dr Sham :-

Kenapa kita analogi sistem kesamarataan kita dengan barat. Apa yang ada di negara kita terlalu unik.

Sepatutnya kita pergi kepada keadilan bukan kesamarataan.

Saya rasa faktor utama yang menyebabkan kekeliruan ini berlaku kerana orang tidak faham apa konsep keadilan dalam sistem Perlembagaan kita.

Kalau hendak bagi semua orang sama rata itu tidak adil.

Lihatlah sejarah bangsa mana-manapun sudah pasti ada sesetengah golongan harus diberi keutamaan. Apa yang diberikan oleh Perlembagaan kepada orang Melayu tidaklah melampau.


Penulis bersetuju dengan pandangan Dr Sham bahawasanya kebanyakan rakyat memandang pemansuhan Perkara 153 kononnya akan berlaku kesamarataan tetapi mereka lupa bahawa ianya tidak akan membawa keadilan kerana bangsa Melayu belum lagi setanding dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia.

Kesamarataan tetapi menafikan keadilan merupakan satu perkara asas yang perlu di beritahu kepada sesiapa sahaja yang mempertikaikan Perkara 153.

Dr Sham juga berkata :-


Apa yang sepatutnya orang ramai lakukan ialah bertanya kenapa sesuatu perkara dalam Perlembagaan itu diwujudkan, contohnya dalam soal hak keistimewaan orang Melayu yang terkandung dalam Perkara 153.

Kalau melihat sejarah bangsa kita dan pembentukan Perlembagaan sesetengah perkara itu harus diterima, ertinya tidak boleh dirobek atau diubah semata-mata untuk mengikut perubahan semasa.

Saya berpendapat mengikut Perlembagaan orang Melayu diberi sedikit kelebihan atau keistimewaan tetapi dari segi aplikasinya mungkin tidak begitu ketara. Adalah tidak adil untuk mengatakan orang Melayu mendapat segala-galanya. Cuba lihat siapa yang mengawal ekonomi kita?


Kepada soalan 'Kenapa baru sekarang semua ini hendak dipertikaikan sedangkan ia sudah termaktub dalam Perlembagaan?'

Dr Sham menerangkan :-

Punca utama kerana orang Melayu tidak pandai berhujah, kita tidak memahami sejarah sendiri.

Kelemahan orang Melayu sekarang ialah tidak memahami kenapa diwujudkan keistimewaan dalam Perlembagaan. Atas sebab itulah kalau kita lihat ada di kalangan orang Melayu sendiri menentang Perkara 153.

Kalau kita merujuk pembinaan bangsa, adalah jelas semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum berhak untuk merasa bangga menjadi rakyat negara ini tetapi ia tidak bermaksud kepentingan Melayu harus dilunturkan.

Kita memahami sejarah menunjukkan Malaysia adalah sebuah negara yang dianggotai oleh pelbagai bangsa tetapi kita tidak boleh mengenepikan kerangka asas pembinaan negara ini iaitu orang Melayu.

Seharusnya kita memberi pemahaman kepada bangsa lain kenapa terdapat peruntukan tertentu mengenai Melayu dan Islam dalam Perlembagaan.

Selain daripada 'Kesamarataan tapi menafikan keadilan', pengkritik-pengkritik Perkara 153 juga lupa bahawa apabila mereka mencemuh, memperlekeh dan mengutuk Perkara 153, mereka sebenarnya telah mempertikaikan sistem beraja di dalam negara ini.

Dan oleh kerana itu, mereka itu juga telah menafikan 'Kesetiaan kepada Raja dan Negara' yang termaktub di dalam rukunegara Malaysia.

Dr Sham berkata :-

Dalam soal Perkara 153 bukan mudah ia ditarik begitu sahaja. Ini kerana ia mempunyai hubung kait dengan peruntukan-peruntukan lain seperti keistimewaan raja-raja.

Kalau soal Melayu hendak ditarik balik apa yang raja ada lagi?

Sedangkan institusi raja-raja bertanggungjawab terhadap dua perkara iaitu Melayu dan Islam. Institusi raja-raja dibentuk oleh Perlembagaan dengan tujuan mewujudkan kestabilan politik.

Tetapi kalau soal Melayu ditarik dalam Perkara 153, ertinya raja pun tidak akan wujud. Keadaan itu kalau berlaku sudah tentulah akan menjejaskan kestabilan politik negara.

Kesimpulannya, Perkara 153 adalah doktrin sah yang perlu dihormati dan didokong sepenuhnya oleh setiap warganegara Malaysia, tidak kira bangsa dan agama seperti juga kita menghormati doktrin-doktrin asas negara ketika negara kita hendak merdeka seperti kelayakan warganegara dan sebagainya.

Berikut adalah petikan Perkara 153 Perlembagaan untuk peringatan kita bersama:-

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa- apa cara yang perlu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(Mingguan Malaysia)

kzso - masih ramai yang buta sejarah atau yang buat-buat lupa pada sejarah?

Krisis Kepimpinan: Pisau dan Mentimun Di Tangan Kita

Krisis Kepimpinan: Pisau dan Mentimun Di Tangan Kita

Posted by Dr Mohamad Khir Toyo

Negara kita merupakan sebuah negara yang masih muda. 51 tahun merdeka adalah suatu usia yang amat muda bagi sebuah negara. Lebih-lebih lagi untuk sebuah tamadun.

2. Sungguhpun begitu negara ini telah melalui beberapa proses pembetulan selepas berlaku krisis kepimpinan di dalam parti pemerintah yang menyebabkan kerajaan mengambil langkah drastik membetulkan keadaan melalui reformasi dasar-dasar yang pasti mengambil keperluan tuntutan semasa dan memastikan tiada kaum yang tertinggal.

3. Krisis kepimpinan yang paling penting ialah ketika mana negara menghadapi pertelingkahan kaum pada 13 Mei 1969 antara Melayu dan cina.

4. Krisis ini telah membawa korban kerana lewatnya proses pembetulan dalam kerajaan dan lewatnya tindakan reform yang sepatutnya diambil oleh kepimpinan ketika itu, ditambah lagi dengan umur kemerdekaan yang terlalu muda dan kurangnya pengalaman rakyat, akhirnya meletakkan undang-undang di tangan mereka sehinggakan berlaku tumpah darah dan berakhir dengan pengisytiharan darurat dan proses peralihan kuasa berlaku.

5. Sekarang ini juga saya merasakan negara sedang mengalami krisis kepimpinan dan mirip dengan apa yang berlaku pada 1969. Cuma rakyat lebih matang dan tidak mengambil tindakan melampaui batasan undang-undang. Sebab itulah tidak berlaku pertelagahan antara kaum sehingga hari ini.

6. Masalah UMNO, Barisan Nasional dan negara hari ini ialah kita mempunyai pemimpin yang lemah untuk memimpin. Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan berlaku krisis keyakinan yang luar biasa sehingga mencetuskan keputusan yang luar dugaan dalam pilihan raya lalu. Kekalahan di Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih tinggi mengesahkan lagi masalah krisis kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan BN.

7. Negara sudah tiada driven leader. UMNO tidak lagi menyediakan pemimpin yang boleh memimpin (lead)dan memacu (drive) pembangunan negara ini. Ini menyebabkan UMNO dan BN ditolak dalam pilihan raya lalu. Situasi yang sama berlaku pada 1969 apabila Almarhum Tunku Abdul Rahman dilihat semakin lemah dan tiada kekuatan daya kempimpinan bagi memacu kemajuan negara dan menguruskan hubungan antara kaum.

8. Semua pemimpin ada kelebihan dan kelemahan. Saya sendiri bukan manusia atau pemimpin yang sempurna. Demikian juga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain. Tiada yang sempurna walaupun imej yang demikian cuba diberikan oleh penyokong PKR kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

9. Tun Dr. Mahathir juga bukan pemimpin yang sempurna. Namun dalam kepimpinan beliau tertonjol kekuatan kepimpinan, dinamika visi dan keupayaan menguruskan isu antara kaum. Ini membolehkan UMNO dan BN mendapat kemenangan yang selesa dalam setiap kali pilihan raya.

10. Masalah hari ini ialah pemimpin sedia ada sudah dilihat terlalu lemah untuk menguruskan negara dan parti. Rakyat sebahagian besarnya sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan negara. Sebahagian besar yang menyokong BN dalam pilihan raya lalu hanya berasaskan kesetiaan mereka kepada parti. Malangnya kesetiaan ini juga kian menipis di bawah sana.

11. Ironinya, krisis ini juga melibatkan individu dalam parti UMNO yang ada kaitannya dengan krisis 13 Mei lalu. Keadaan penerimaan kepada kepimpinan Pak Lah hampir sama dengan sokongan yang diterima oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.

12. Watak kedua ialah Datuk Seri Najib yang merupakan anak sulung allahyarham Tun Abdul Razak mempunyai ciri-ciri kesamaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi dan kemampuan memimpin yang lebih baik serta mendapat lebih sokongan di dalam parti dan di kalangan rakyat banyak.

13. Keadaan ini bertambah resah apabila peralihan kuasa yang mengambil masa terlalu lama iaitu sehingga Jun 2010. Malah ramai rakyat semakin kurang yakin kepada kepimpinan yang ada.

14. Watak ketiga ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat rakus untuk berkuasa sehinggakan sanggup menghalalkan cara membentuk kerajaan melalui pintu belakang walaupun beliau sendiri tahu perkara itu cukup tidak bermoral. Sungguhpun saya masih kurang yakin beliau dapat membentuk kerajaan pada 16 September ini, tetapi rancangan itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa beliau adalah seorang insan yang rakus kuasa dan sanggup menggadaikan prinsip perjuangan yang telah diperjuangkannya sebelum ini.

15. Watak keempat ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, orang yang terlibat secara langsung dalam peralihan kuasa 13 Mei 1969. Ketika itu tidak berkuasa dan keadaan yang sama juga dialami oleh Tun Dr. Mahathir hari ini. Saya amat berharap agar Tun Dr. Mahathir menggunakan pengalaman beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, terlibat sendiri dengan peristiwa 13 Mei dan melibatkan diri sama pada krisis kepimpinan yang ada pada hari ini memainkan peranan yang lebih jelas untuk menyelamatkan parti dan juga negara. Saya berharap Tun Dr. Mahathir akan kembali kepada UMNO bagi membantu pemulihan parti.

16. Saya bimbang jika kita lewat melakukan sesuatu, peristiwa rakyat berada di jalan akan berulang dan ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

17. Saya berharap pucuk pimpinan sedar dan mengambil langkah yang lebih berani dalam memastikan parti akan terus kukuh, negara akan dapat diselamatkan dari ketidakstabilan politik.

18. Tidak dapat dinafikan, ketika mana negara dan parti ditinggalkan oleh Dr. mahathir, ia berada dalam keadaan baik. Sebab itu pilihan raya ke 11, BN menang besar, ditambah pula dengan kepimpinan baru yang dilihat mesra rakyat. Tetapi nampaknya parti semakin lemah dan pilihan raya ke 12 menjadi satu ingatan kepada UMNO dan BN untuk melakukan sesuatu langkah berani. Keadaan bertambah kusut selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh dan akan bertambah kusut lagi dengan pengosongan Parlimen Pensiangan akibat keputusan Mahkamah pagi tadi.

19. Suka atau tidak, saya berpandangan peralihan kuasa perlu disegerakan. Parti perlu diutamakan, keresahan rakyat perlu diredakan, Reform perlu dijalankan. Krisis yang bermula dalam UMNO kini telah merebak dalam BN, dan saya bimbang ledakan ini tidak dapat ditampung dengan kekuatan yang ada sama ada dalam UMNO mahupun dalam BN.

20. UMNO memerlukan pemimpin baru bagi memberi nafas baru kepada parti dan juga rakyat. Bagi saya antara pemimpin dan parti, parti perlu lebih penting. Namun sanggupkah kita di bawah ini bersama melakukan perubahan?

21. Kita di persimpangan antara taat kepada pemimpin atau mengukuhkan parti. Pisau dan mentimun ditangan kita.

kzso - tapi adakah umno ada 'teloq' nak ambil tindakan? jangan ada satu lagi keris pondan sudah ler.

PKR's Zul Nordin served with show cause letter

PKR's Zul Nordin served with show cause letter

By G. MANIMARAN and NURUL AIN HUSSAIN

PETALING JAYA: Kulim Bandar Baru MP Zulkifli Noordin has been served with a show cause letter for leading a demonstration protesting the forum organised by the Bar Council on Aug 9.
Zulkifli, who revealed this on his blog, said he was asked to face the PKR disciplinary committee on Tuesday.

When contacted, Zulkifli confirmed that he received the letter at his office in Kuala Lumpur.
"Maybe I will have to ask them to postpone the date to Sept 15 as I have a matter in court on Tuesday," he told The Star's Malay news portal mStar.

In his blog, he said the letter questioned why disciplinary action should not be taken against him for leading the Himpunan Aman Umat Islam (Muslim's Peace Assembly) to protest the forum on "Converting to Islam: Article 121(1A)" organised by the Bar Council.

"I take the stand of defending Islam when the religion is being disgraced, even if it contradicts the stand of other parties.

"If there comes a time when I have to pick between Islam and the party, I will always pick Islam although I know I will suffer losses, especially with Pakatan Rakyat expected to take over the Government on Sept 16," he said.

kzso - will pkr dare to take action on zulkifli or he'll just be slapped with a warning letter?

Siapa cakap Anwar tolak negara Islam?

Siapa cakap Anwar tolak negara Islam?

sumber :anwaribrahimdotcom.blogspot.com

t

kzso - anwar is very consistent that he will not call for an islamic state; will pas fight for an islamic state? infront of their members they'll fight for islamic state but infront of their friends in pakatan pkr and dap they'll say that they're fighting for ...hmmmm...oh yeah... welfare country (not more islamic state). at least tun dr mahathir during his tenureship as the prime minister of malaysia has the guts to declare openly that malaysia is an islamic country.period.

Sunday, 7 September 2008

Skandal Liwat Anwar 1990's

skandal liwat anwar 1998

sumber : anwaribrahimdotcom.blogspot dan you tube

kzso - anwar mudah lupa?

Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..

Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..
http://www.mykmu.net/aidceditor@yahoo.com

Sekurang-kurang dua penaja utama Anwar Ibrahim dalam membina karier politiknya di Malaysia. Kedua-dua itu adalah dari blok Amerika dan blok sekutu Amerika.

Penaja utama dari Amerika adalah NED (National Endowment for Democracy), IRI (International Republican Institut), NDI (National Democracy Institute)dan Asia Foundation.
Anwar bersama salah satu penajanya FNF. Dari kiri, Dr. Irmgard Schwaetzer, Anwar Ibrahim, Hubertus von Welck dalam persidangan tahunan FNF di Kuala Lumpur beberapa tahun lepas. Dr. Irmgard Schwaetzer adalah Member of the Board of the FNF, Potsdam, Germany. Hubertus von Welck adalah FNF’s Regional Director for East and South East Asia. Turut hadir wakil dari Malaysia adalah Anwar Ibrahim, Zainah Anwar, Dr. Patricia Martinez, dan Malik Imtiaz

Manakala blok sekutu Amerika pula terdiri daripada KAF (Konrad Adenauer Foundation), FNF (Friedrich Naumann Foundation), SPF (Sasakawa Peace Foundation) dan lain-lain lagi.

Untuk memahami lebih lanjut mengenai operasi penaja-penaja itu membantu Anwar di dalam dan luar negara, sila baca artikel sebelumnya bertajuk Dari Permatang Pauh ke Putrajaya : Anwar jadi PM 16 September ?

Latar belakang penaja AmerikaPenaja utama dari Amerika kebanyakan dikawal oleh Yahudi.

NED merupakan badan induk yang mengawal beberapa penaja lain termasuk NDI dan IRI.

Ketiga-tiga badan penaja ini merupakan badan sah yang diwujudkan oleh kerajaan Amerika dengan bantuan peruntukan kewangan secara khusus.

Penaja yang bertema 'memerangi terorisme' dan 'menyemai demokrasi' ini, telah terbukti sebagai instrumen kerajaan Amerika 'menakluk melalui pilihanraya' dalam sesebuah negara yang menjadi targetnya.

Presiden Bush berucap di Majlis NED sambil diperhatikan oleh Pengerusi NED, Vin Weber.NED dikawal oleh Yahudi Amerika iaitu Vin Weber (Pengerusi) dan Carl Greshman (Presiden).

Kedua-dua tokoh ini merupakan Yahudi beraliran Zionis atau Neo-Konservatif yang memegang prisip "Regime Change" (Perubahan kerajaan). Salah seorang ahli neo-konservatif adalah Paul Wolfowitz. Mereka merupakan tulang belakang "Project for the New American Century" (PNAC) yang bercita-cita menjadi Amerika sebagai kuasa Tunggal di dunia.

Vin Weber, Carl Greshman dan Paul Wolfowitz merupakan kawan baik Anwar Ibrahim, sebab itu mereka telah melantik Anwar sebagai Panelist iaitu sebagai ahli jawatankuasa NED yang sering menjadi moderator dan penceramah anjuran badan itu.

Anwar (kiri sekali) termasuk salah seorang anggota ahli panel NED. Hanya Anwar dan Zainab Bangura (perempuan berkulit hitam dan bertudung),yang beragama Islam, sedangkan majoriti yang lain adalah Yahudi dan Nasrani. Turut kelihatan dalam foto adalah Lorne Craner, Presiden IRI (berdiri di belakang, no 5 dari kiri),Carl Gershman, Presiden NED (berdiri di tengah di depan patung).

NED dan IRI merupakan dana Amerika yang dikawal oleh Yahudi, Neo-Konsevatif, Amerika, sebagai alat baru menakluk negara tanpa peperangan. Di negara-negara Islam, NED membawa agenda "Islam dan Demokrasi' dengan memberi bantuan kepada NGO, individu dan parti yang disokongnya.

Bantuan NED dan IRI dalam pilihanraya sesebuah negara berjaya menaikkan proksi yang akan pro kepada Amerika Syarikat.

Oleh kerana Anwar termasuk sebagai salah seorang ahli jawatankuasa NED, maka beliau berhak mencadangkan idea-idea bagaimana cara-cara yang berkesan untuk 'menakluk' negara luar khususnya negara Islam.

Untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan neo-konservatif, PNAC, "Regime Change" serta peranan Zionis Amerika menakluk negara luar dicadangkan menonton video yang telah dialih bahasa ke Bahasa Melayu seperti di bawah :

Penaja NDI juga dikuasai oleh Yahudi iaitu Madeleine K. Albright (Pengerusi) dan Kenneth D. Wollack (Presiden).

Lebih menarik lagi Kenneth Wollack merupakan pengarah undang-undang badan pelobi Israel terkemuka di Amerika iaitu AIPAC (American Israel Public Affairs Committee)Penaja seterusnya adalah IRI.

Di belakang IRI adalah calon pengganti Presiden Bush iaitu Senator John McCain sebagai Pengerusi dan Frank J. Fahrenkopf, Jr sebagai Presiden.

Untuk pemahaman lebih lanjut bagaimanakah IRI membantu Anwar di luar negara dan Malaysia, sila baca artikel sebelumnya bertajuk "Bagaimana IRI bantu Anwar Ibrahim jadi PM, 16 September?"

Kesemua nama yang berada di belakang tabir penaja-penaja di atas adalah Yahudi beraliran Zionis.

Manakala Anwar pula menerima bantuan-bantuan daripada Zionis Amerika itu untuk membantu karier politiknya di Malaysia.

Jadi dalam konteks Islam, apakah hukumnya menerima bantuan dana daripada Zionis yang telah memusnahkan negara-negara Islam lain serta membunuh beribu-ribu umat Islam di dunia ?

Latar belakang penaja sekutu AmerikaDua penaja sekutu Amerika berpengkalan di Jerman iaitu KAF dan FNF. kedua-dua yayasan ini merupakan think tank parti utama di Jerman yang menawarkan penajaan di seluruh dunia sebagai mematuhi perjanjian damai antara Kumpulan Israel Amerika (American Jewish Committee-AJC). dengan pihak kerajaan Jerman.

Pihak kerajaan Jerman terpaksa akur dengan AJC, sebagai 'menebus dosa' pembunuhan beramai-ramai Yahudi ('holocaust') di Jerman semasa pemerintahan Nazi.

Satu lagi penaja sekutu Amerika adalah SPF yang mempunyai dua ibu pejabat iaitu di Jepun dan Amerika.

Dana SPF ini sebagai satu cara untuk tunduk kepada Amerika kerana kerajaan Jepun telah menyertai Kuasa Paksi (Axis Powers) iaitu pakatan antara Jepun, Jerman dan Itali menentang Pihak Berikat (Alliance)yang diketuai Amerika dalam peperangan dunia ke II.

Bermakna ketiga-tiga penaja yang disenaraikan di atas adalah merupakan 'satu bentuk pampasan' atau 'ufti' kepada Amerika Syarikat hasil kekalahan Jerman dan Jepun dalam peperangan Dunia ke II.

Perjanjian Anwar dengan penaja, sekiranya jadi PMAmerika Syarikat dan sekutunya telah melabur begitu banyak wang, selepas Anwar dibebaskan dari penjara pada 2004.

Bermula dari Hospital Munich, Jerman (2004), Paul Wolfowitz, pemikir dan Zionis Amerika merupakan orang pertama melawat Anwar.Walaupun Wolfowitz ketika itu sibuk dengan tugasannya sebagai Timbalan Setiausaha Amerika, namun beliau sanggup membatalkan semua temujanjinya di Amerika semata-mata untuk berjumpa dengan Anwar di Munich, Jerman.

Pertemuan empat mata, hampir tiga jam itu merupakan titik permulaan karier politik Anwar di arena antarabangsa dengan naungan dan suaka politik daripada Amerika Syarikat.

Bacaan lanjut, hubungan Anwar-Wolfowitz itu, baca semula tiga artikel yang pernah ditulis sebelum ini iaitu "Anwar Ibrahim Malaysia : Pisau Milik Wolfowitz di Belakang Negara Asia"; "Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)" dan "Bukan setakat Condoleeza Rice..Al Gore pun sokong Anwar"

Persoalannya, dengan begitu banyak pelaburan Amerika dan sekutunya membina semula imej Anwar, apakah tuntutan penaja itu sekiranya Anwar berjaya jadi PM, 16 September ini ?

Secara umumnya tiga tuntutan yang telah diminta oleh penaja Amerika dan sekutunya iaitu pertama Malaysia mesti bersekutu kepada Amerika; kedua Pluralisme Agama dan ketiga menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) .

Malaysia mesti bersekutu kepada Amerika Dasar Berkecuali Malaysia yang diperkenalkan sebelum ini tidak begitu menguntungkan Amerika.

Walaupun Malaysia menjalinkan hubungan dagang dan diplomatik dengan Amerika, namun dalam masa sama Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara musuh Amerika seperti Iran, China, Rusia dan lain-lain, berpandukan dasar berkecuali itu.

Apatah lagi dasar Malaysia yang diamalkan sekarang mengharamkan hubungan diplomatik dengan Israel, sedangkan Israel merupakan dalang di belakang politik Amerika.

Semak senarai ini, bagaimana Israel Amerika telah menguasai hampir keseluruhan politik Amerika. Klik di sini.Amerika mahu Malaysia hanya tunduk kepada kuasanya dan menghentikan semua hubungan diplomtik dengan negara-negara musuhnya termasuk Iran, Rusia, China dan lain-lain.

Sebab itu, Amerika begitu marah apabila Menteri Pertahanan, Najib Razak membeli kapal selam dan peralatan tentera daripada Rusia. Kemarahan Amerika itu, dicerminkan melalui serangan bertubi-tubi Anwar kepada Najib di atas isu Kapal Selam dan Altantuya yang pernah dituduh sebagai salah seorang perisik KGB.

Keperluan kedua yang dikehendaki Amerika adalah soal hak minyak. Amerika sanggup berbelanja besar menawan Afghanistan dan Iraq semata-mata untuk menggali hasil minyak yang kemudiannya Amerika berjaya mengawal sepenuhnya harga minyak di pasaran dunia.

Masalahnya Malaysia juga mempunyai telaga minyak, walaupun tidak tersenarai sebagai telaga minyak yang berpengaruh di dunia, namun salah satu punca pendapatan Malaysia adalah minyak.

Apatah lagi dasar Malaysia membina PERTONAS di dalam dan luar negara, telah mencabar monopoli pedagang-pedagang minyak Yahudi Amerika yang menguasai SHELL dan pelbagai jenama lain.

Hasil pendapatan utama PETRONAS adalah menawarkan kepakaran carigali minyak di luar negara, telah memberi pulangan besar kepada Malaysia, sekaligus menyaingi pedagang-pedagang minyak Yahudi Amerika.

Sebab itu, secara konsisten, Anwar berkempen untuk menurunkan harga minyak dan sasaran utamanya adalah PETRONAS.

Anwar minta supaya lebih banyak keuntungan hasil minyak PETRONAS di luar negara diberi pulangan kepada rakyat.

Dengan cara itu, PETRONAS akan semakin kekurangan wang dan tidak mampu lagi menjalankan operasi di luar negara.Kemungkinan dalam jangka masa panjang PETRONAS akan bangkrap dan Malaysia terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Amerika sebagai pedagang utama minyak di dunia.

Walaupun PERTONAS bangkrap, tetapi Anwar sebagai PM mampu meminjam daripada mana-mana dana Yahudi Amerika terutamanya Bank Dunia dan IMF. Ketika itulah ekonomi Malaysia bergantung sepenuhnya kepada Amerika sepertimana yang terjadi ke atas Indonesia.

Pluralisme Agama

Latar belakang penaja Anwar yang dijelaskan di atas kebanyakan dari Yahudi dan Nasrani. Perlu ditegaskan, tiada satu pun daripada penaja yang disenaraikan itu penaja Islam.

Diulang sekali lagi TIADA PENAJA ISLAM !

Bermakna Anwar menerima dana daripada bukan Islam daripada Yahudi dan Nasrani.

Kenapa Yahudi dan Nasrani begitu bermurah hati menaja Anwar, seorang Muslim Moderat, datang dari negara Malaysia yang meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan, Perkara 3(1), Perlembagaan Persekutuan.

Penaja Yahudi dan Nasrani dari Amerika itu juga tahu kedudukan Islam di Malaysia, Perkara 3 (1) ini, membolehkan Kerajaan Persekutuan menggunakan wang dari Kumpulan Wang Persekutuan Disatukan (Federal Consolidated Fund) pada peringkat Persekutuan dan Negeri untuk tujuan membiayai perkembangan agama Islam seperti mewujudkan beberapa institusi Islam penubuhan pusat pendidikan Islam, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM), Bank Islam, Sistem Insurans Islam (Takaful), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Juga mereka tahu Kerajaan Persekutuan juga telah meninggikan martabat Islam dengan melantik seorang Menteri penuh di Jabatan Perdana Menteri bagi melaksanakan tanggungjawab berhubung hal ehwal Islam.

Begitu juga menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Undang-undang Syariah yang berfungsi menjalankan tiga peringkat iaitu Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah.

Setelah latar belakang sedemikian rupa dan kedudukan Islam yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan, penaja-penaja Yahudi dan Nasrani masih memilih untuk menaja Anwar dan partinya PKR.

Apatah motif penaja Yahudi dan Nasrani menaja Anwar dari sudut agama?

Motif mereka jelas, penaja Yahudi dan Nasrani berusaha menghakis kedudukan Islam dan Perlembagaan Persekutan dengan mempromosikan agenda baru iaitu Pluralisme Agama, Liberalisme dan Demokrasi.

Lebih tepat lagi penaja mahu wujudkan PLURALISME AGAMA di Malaysia.

Apa makna Pluralisme agama?

Menurut Dr Siddiq Fadzil, bekas Presiden ABIM dan sahabat Anwar, Pluralisme (agama) merujuk usaha menyamakan semua agama dalam menerima kebenaran dan keselamatan semua agama. Klik di sini membaca tulisan beliau.

Dr Siddiq menulis usaha Pluralisme ini dipelopori oleh tokoh-tokoh seperti Rene Guenon, Titus Burckhardt, Fritjhof Schuon, Martin Ling, Seyyed Hossein Nasr dan lain-lain.

Tulisnya lagi, "pembentukan sikap dan pola fikir model (pluralis-inklusif) tersebut didorong oleh keinginan untuk menyenangkan kuasa besar dunia (khususnya Amerika) yang saat ini sedang menggila memburu mereka yang mereka labelkan sebagai 'kaum fanatik', 'fundamentalis', 'ekstrimis' dan 'teroris Muslim'.

Seperti yang telah lama kita sedari bahawa dalam situasi sekarang ini memang ada usaha menggubah “Islam” versi Amerika atau “Islam” yang direstui Amerika, iaitu Islam yang hilang keunggulannya, jati dirinya dan dinamika daya juangnya"

Foto atas : Anwar menerima gelaran tokoh “Muslim Democrat of the Year Award 2005" anjuran CSID dan ditaja dana Amerika NED. Foto ini menunjukkan anggota-anggota CSID, Amerika, dari kiri, Antony Sullivan, (Vice-Chair CSID), Radwan Masmoudi (President CSID), Anwar Ibrahim dan yang tidak bertudung ialah Asma Afsaruddin (Chair CSID).
Foto bawah, Carl Gershman (Presiden NED) turut serta dalam perbincangan Islam dan Demokrasi yang dibentangkan Anwar. CSID atau Center for the Study of Islam and Democracy, Amerika pun boleh ditaja oleh dana yang didalangi Yahudi iaitu NED, NDI, IRI dan USAID, bermakna pengaruh Zionis mula menyusup ke dalam pertubuhan berlabel "Islam" tetapi disuntik dengan "Demokrasi". Sungguh halus permainan Zionis ini..

Persoalannya siapa yang menjadi pelopor Islam versi Amerika di Malaysia ?

Siapakah pula yang menjadi rakan baik Seyyed Hossein Nasr di Amerika ?

Dan siapakah pula yang ditugaskan Amerika atas nama "Muslim Moderate" untuk memerangi kumpulan yang dilabel Amerika sebagai 'fanatik', 'fundamentalis', ekstrimis' dan 'teroris'.

Kalau diteliti semua ucapan-ucapan dan tulisan-tulisan Anwar semasa bekerja di Amerika selama dua tahun (2005-2007), orang yang dimaksudkan oleh Dr Sidiq itu adalah sahabat baiknya sendiri iaitu Anwar Ibrahim.

Kalau dirujuk pula kertas kerja yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Idris bin Zakaria, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar,Fakulti Pengajian Islam UKM, bertajuk "Liberalisme dan Pluralisme", beliau memberi takrif yang sama dengan pendapat Dr Sidiq Fadzil.

Kertas kerja itu lebih memperincikan lagi peranan penaja mana yang giat mempromosi agenda itu. Dr Idris menyebut pelopornya “think-tank” Barat seperti "Rand Corporation", "SIM" di Leiden, Belanda, "Institut Brooke", Washington. D.C dan lain-lain.

Dr Idris juga mengakui bahayanya fahaman ini kerana mempersoalkan kewibawaan Majlis Fatwa Kebangsaan dan autoriti ulama.

Begitu juga gagasan penubuhan Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IRC) adalah satu usaha nekad pimpinan bukan Islam untuk mencari jalan melemahkan status Islam di Malaysia.

Pada kesimpulannya Dr Idris meletakkan sasaran NGO Malaysia bernama "Sister In Islam" (SIS), adalah antara pendukung Islam liberal yang kuat mempromosikan isu kesetaraan kaum jenis lelaki dan perempuan.
Foto di atas Zainah Anwar (SIS) bersama penajanya FNF. FNF menaja Zainah dan SIS untuk perjuangkan pluralisme agama di Malaysia.
Foto di bawah pula Anwar bersama penajanya FNF bergambar dalam majlis yang sama yang dihadiri oleh Zainar Anwar.

Kalau Zainah hanya boleh bergambar dengan Hubertus von Welck Pengarah Serantau FNF Untuk Timur Dan Tenggara Asia tetapi Anwar boleh bergambar dengan Hubertus von Welck dan Dr. Irmgard Schwaetzer Salah seorang Ahli Lembaga FNF Pusat dari Jerman.

Benar SIS adalah mata rantai barat yang mendokong pluralisme dan Islam Liberal di Malaysia. Tetapi adakah setakat SIS ?

Adakah penaja barat mencari tokoh yang lebih berwibawa daripada Zainah Anwar, Pengarah Eksekutif SIS ?

Lebih tepat lagi, penaja barat lebih berminat menaja Anwar Ibrahim berbanding Zainah Anwar kerana bakat dan ketokohan serta pengaruh politik mereka berbeza.

Mari kita selidiki apakah kaitan badan penaja pluralisme seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja itu dengan Anwar.

Anwar Ibrahim berkait rapat dengan "Rand Corporation", dan "Institut Brooking".

Malah think tank Anwar iaitu Institut Kajian Dasar (IKD) dan Bar Council terlibat secara langsung dalam penubuhan "Suruhanjaya Antara Agama-Agama (IRC)" seperti yang tercatat dalam kertas kerja itu.

Apatah lagi IRC ditaja oleh Konrad Adenauer Foundation (KAF) yang merupakan salah satu penaja Anwar Ibrahim.Kaitan Rand Corporation dan AnwarBahkan jika diteliti dalam kertas kerja terbitan Rand Corporation bertajuk, "Building moderate Muslim networks", usaha badan itu adalah menyemai pluralisme dengan mewujudkan rangkaian "Muslim Moderate" di seluruh dunia.Menurut kertas kerja itu "Muslim Moderate" adalah golongan muslim yang hanya menerima sistem perundangan sivil serta menolak sistem perundangan syariah.

Persoalannya, siapakah tokoh "Muslim Moderate 2005" yang ditaja oleh NED di Amerika ?

Jawapannya tokoh itu tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim.

Malah semasa menyaksikan penerimaan anugerah itu, penaja-penaja lain turut hadir iaitu Andrew Natsios (Pegawai Tadbir USAID) dan Lorne Craner (Presiden IRI).

Dalam kertas kerja itu menggariskan "Muslim Moderate" menolak Mahkamah Syariah, sedangkan di Malaysia mempraktikkan dwi mahkamah iaitu mahkamah sivil dan mahkamah syariah.

Jadi apakah pendirian Anwar sebagai Muslim Moderate terhadap mahkamah Syariah ?

Anwar ketika diwawancara Stephen Sackur dalam rancangan BBC HARDtalk interview pada 10 Mei 2005 menjelaskan kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia bergantung kepada keputusan rakyat.

Jika rakyat mahu mengekalkannya maka, Mahkamah Syariah itu akan kekal tetapi jika rakyat Malaysia memilih untuk meminda dan memansuhkannya maka boleh dipinda atau dimansuhkan.

Menurut Anwar beliau lebih percaya kepada Perundangan Persekutuan dan Kebebasan Agama berbanding dengan Mahkamah Syariah.

Bermakna kedudukan Mahkamah Syariah di Malaysia bergantung kepada siapa yang memerintah negara, jika dikuasai oleh Anwar dan DAP dan jika diusulkan agar Mahkamah Syariah dipinda atau dimansuhkan maka Anwar tidak menghalang perkara itu.

Kes Murtad dan AnwarPersoalan ini juga merupakan satu polemik besar yang melanda Malaysia kerana terdapat pertindihan antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah dalam kes murtad.

Untuk mengetahui lebih lanjut pendirian Anwar terhadap Mahkamah Syariah seperti yang diucapkan dalam BBC HARDtalk interview itu, sila tonton video di bawah :


'>http://www.youtube.com/watch?v=b1xVDkj1Njw">

Kes Murtad dan AnwarPersoalan ini juga merupakan satu polemik besar yang melanda Malaysia kerana terdapat pertindihan antara Mahkamah Sivil dengan Mahkamah Syariah dalam kes murtad.

Dari kiri, Lina Joy, perempuan Melayu yang murtad dan peguam pemerhati mewakili Majlis Peguam (Bar Council), Malik Imtiaz Sarwar (kanan).

Malik berjaya menguasai Majlis Penguam dan menjadi Pengarah Hak Asasi Malaysia (HAKAM). HAKAM pula ditaja oleh NED, FNF dan Asia Foundation.

Beliau juga merupakan penggerak 'Kumpulan Artikel 11 & IFC'yang ditaja KAF. Selain Malik, dua orang peguam pemerhati Majlis Peguam yang mewakili Lina Joy adalah Harris Ibrahim dan Pawan Chik Marican.

Malik, Harris dan Pawan Chik Marican merupakan penyokong kuat Anwar.

Jadi Anwar merupakan dalang di sebalik IFC Malaysia kerana penggerak utama IFC adalah Majlis Peguam dan IKD yang turut ditaja oleh penaja sama Anwar.

Misalnya kes Azlina Jailani (Lina Joy) berlaku percanggahan pentafsiran Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak kebebasan beragama.

Barisan peguam Azlina berhujah bahawa berasaskan jaminan kebebasan beragama di bawah Perkara 11(1), seorang individu Muslim boleh secara bebas mengisytiharkan diri keluar dari Islam dan menganut agama lain tanpa perlu terlebih dahulu memohon kepada Mahkamah Syariah.

Hujah tersebut disangkal oleh barisan peguam yang mewakili pihak kerajaan berasaskan duluan yang mengikat (binding precedent) di mana kes-kes yang melibatkan agama Islam perlu didengar di Mahkamah Syariah.

Dalam kes-kes seperti ini kebanyakan umat Islam di Malaysia menyokong cara terbaik untuk menentukan status agama seorang individu Muslim adalah Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa eksklusif di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan.

Tetapi pendirian Anwar berbeza, dalam mana-mana kes murtad di Malaysia beliau berada di sebelah pihak bukan Islam. Anwar berada di pihak Lina Joy, isteri Moorthy dan lain-lain.

Malah Anwar dalam wawancara dengan Jim Middleton, dari Australia Network pada 27 April 2008, dengan jelas mengatakan beliau tidak bersetuju kes murtad dibicarakan di Mahkamah Syariah, kerana kebebasan beragama dan hak asasi dilindungi untuk semua rakyat Malaysia.

Maksudnya Anwar bertegas, kes murtad perlu dibicarakan di Mahkamah Sivil.

Sekali lagi Anwar menegaskan kes murtad harus dibicarakan di Mahkamah Sivil dalam wawancaranya dengan Julia Kirby, Pembantu Penyelidik, Pew Forum on Religion & Public Life , pada 7 April 2006, di Washington, D.C.

Dalam wawancara itu, Anwar menegaskan kes Moorty mesti dibicarakan di Mahkamah Sivil.

Beliau menyokong isteri Moorthy yang mencabar kerajaan mempertikaikan bahawa Moorthy tidak pernah menukar agama.

Padanya jika dibenar ke Mahkamah Syariah, mahkamah itu tidak boleh berlaku adil kerana berpihak kepada Islam.

Begitu juga dengan "Forum Memeluk Islam", yang diadakan oleh Bar Council baru-baru ini, Anwar setuju forum itu diadakan, meskipun majoriti umat Islam di Malaysia membantah.

Untuk mendengar sendiri pendirian Anwar mengenai isu-isu Islam termasuk "Isu Negara Islam", "Isu Forum Memeluk Islam" dan "Isu Karikatur Menghina Rasulullah SAW", sila tonton video di bawah.

Persoalannya adakah kedudukan Islam di Malaysia akan selamat jika Anwar dipilih menjadi PM, sedangkan beliau sendiri banyak terhutang budi dengan dana Yahudi dan Nasrani yang menajanya sebelum ini?

Apatah lagi kecurigaan semakin bertambah apabila beliau berguru dengan orientalis beragama Kristian bernama John Esposito ?

Malah agenda Islam Amerika yang dibawa ke Malaysia hari ini adalah lidah orientalis yang Anwar pernah menjadi pensyarah pelawat di Center for Muslim-Christian Understanding (CMCU), Universiti Georgetown Amerika.

Untuk memahami peranan penaja dan Anwar mengembangkan projek pluralisme di Malaysia, sila baca beberapa artikel sebelum ini, iaitu, "Kenapa Anwar berguru dengan orientalis ?", "Menafsir lawatan John L. Esposito ke rumah Anwar" , "Polemik Anwar Ibrahim & Salman Rusdie di ASIAWEEK" dan "Mengenal Anwar, kenalilah kawannya di luar negara...."

Menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Anwar sudah berjanji sekiranya beliau menjadi PM, langkah pertama yang dilakukannya adalah memansuhkan DEB dan menggantinya dengan Agenda Ekonomi Malaysia (AEM).

Menurut Anwar, DEB hanya menguntungkan golongan Melayu, sedangkan AEM yang bakal dilancarkan itu menguntungkan semua kaum, Melayu, China dan India serta kaum-kaum lain.

Berasaskan janji Anwar memansuhkan DEB inilah menyebabkan semakin ramai kaum bukan Melayu menyokong PKR kerana mereka menaruh harapan 'sistem kouta', 'hak keistimewaan orang Melayu' yang diamalkan sebelum ini akan turut terhapus.

Seperti Pulau Pinang yang diperintah oleh DAP, dasar DEB telah dihapuskan dan kekayaan negeri lebih diberikan kepada pihak yang lebih layak iaitu kaum Cina.

Atau lama kelamaan seperti Singapura yang diperintah oleh PAP, "Sistem Beraja Melayu" yang pernah diamalkan sebelum ini telah dimansuhkan dan istana tinggalan Raja-raja Melayu di Singapura telah dirizab sebagai khazanah lama.

Temasik yang asalnya kepunyaan raja-raja Melayu, telah bertukar menjadi "Singapore", yang mana kehidupan orang Melayu merempat di tanahnya sendiri.
Foto atas, Teresa Kok, DAP menunjukan rasa tidak puas hati kepada tulisan Jawi di Jalan Taman Seputeh. Tulisan Jawi melambangkan Islam. Foto bawah Teresa Kok menunjukkan papan tanda yang telah dibuang tulisan Jawi.

Barangkali menurut Teresa, papan tanda yang mempunyai tiga bahasa iaitu Melayu, Cina dan India sahaja melambangkan keadilan rakyat Malaysia.

Kaum Cina di Malaysia boleh memiliki universiti sendiri yang diberi nama Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), tetapi universiti "Melayu" iaitu Universiti Institut Teknologi Malaysia (UiTM), Anwar sudah janji akan dibuka kepada kaum-kaum lain.

Seperti pegangan Anwar dari sudut agama yang memihak kepada bukan Islam, dalam dasar ekonomi pun Anwar juga berpihak kepada bukan Melayu.

Pelancaran AEM ini dilakukan oleh Anwar pada 18 Februari 2006 di KLCC Convention Centre, Kuala Lumpur anjuran Open Dialogue Center (ODC), sebuah lagi think tank miliknya

Think tank Anwar, ODC ini pula ditaja sepenuhnya oleh dana Yahudi, NED.

Sebab itu, dalam artikel sebelum ini, "Anwar Ibrahim 100 Tokoh Dunia (TIME)" dirumuskan bahawa dasar Anwar menolak "Ketuanan Melayu" selaras dengan dasar menolak "affirmative action" yang diamalkan oleh Yahudi Neo-Konsevatif Amerika.

Bagi Yahudi Neocon yang berideologi Zionis, tidak dibenarkan wujud bangsa-bangsa lain di dunia ini yang lebih mulia daripada Yahudi.

Hanya Yahudi sahaja bangsa paling mulia dan bangsa PILIHAN TUHAN.

Hanya bangsa yahudi sahaja boleh mengamalkan "affirmative action", bangsa-bangsa lain tidak dibenarkan kerana mereka BANGSA KELAS KEDUA.

Jadi sekiranya bangsa-bangsa lain cuba mengamalkan dasar "affirmative action", maka usaha perlu dilakukan untuk menghapuskan dasar itu.

Sikap Anwar mengikut telunjuk Yahudi terbukti apabila mengatasi keadaan gawat ekonomi Malaysia 1997.

Pada Anwar yang ketika itu Menteri Kewangan hanya meminjam dana IMF sahaja boleh membantu memulihkan ekonomi.

Maksudnya, sekiranya Malaysia pinjam dana IMF, semua dasar-dasar "affirmative action" yang diamalkan oleh kerajaan akan dihapuskan kerana IMF mewujudkan persaingan global.

Tidak ada subsidi diberikan kerajaan kepada rakyat kerana IMF menuntut pulangan modal yang lebih lumayan.

Ketika itu ekonomi Malaysia dikawal seluruhnya oleh Amerika.

Blogger Ibnu Hashim, turut mengeleng-geleng kepala apabila membaca email pencalonan Anwar sebagai 100 tokoh berpengaruh dunia. Kawannya bertanya, “Kenapa kau geleng-geleng kepala? Hebat sangat ke Anwar? Ibnu Hashim jawab, "Hebat lagi musuh-musuh Islam. Termasuk The TIME..” AIDC

kzso - buat semua umat Islam dan umat Melayu.... masih tidak nampak dan sedarkan anda semua tentang perkara ini? janganlah peristiwa 1511 berulang kembali!