NUFFNANG

Tuesday, 7 June 2022

PERPINDAHAN ROH: SYEIKH ZAINUL ASRI TARIK BALIK & MOHON MAAF...


Tuan Guru Syeikh Zainul Asri telah memohon maaf & menarik balik kenyataannya tentang perpindahan ruh dari jasad ke jasad, Syeikh Zainul Asri menerima teguran dan hujah-hujah dari mereka yang telah menegur beliau

Friday, 3 June 2022

[PANASSS!!!...]...‘No Anwar, no Muhyiddin’ – Mahathir

 

‘No Anwar, no Muhyiddin’ – Mahathir

Mahathir berkata, sebarang perbincangan ke arah mewujudkan kerjasama khemah besar belum dibuat dengan mana-mana pihak. Sumber (gambar): TTF

ءنو انور، نو محي الدينء – محضير

Dr Mahathir Mohamad enggan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin meskipun mengakui kepentingan kerjasama antara parti pembangkang bawah pendekatan “khemah besar” untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Pejuang itu berkata, sikap pemimpin pembangkang yang “tidak lurus” menjadi sebab mengapa partinya menolak konsep khemah besar pada hari ini.

Ditanya mengapa presiden PKR dan presiden Bersatu itu dianggap “tidak lurus”, bekas perdana menteri itu berkata: “Tak lurus. Anwar tak dapat sokongan, berapa kali dah dia buat pengumuman, dia nak jadi perdana menteri. Tapi tak jadi. Dia tak ada sokongan.”

Beliau turut mengulangi kekesalannya berhubung kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 yang didakwanya susulan kesilapan Anwar, sekali gus memberi laluan kepada Umno dan BN kembali mendominasi kerajaan sekarang.


PETALING JAYA: Dr Mahathir Mohamad enggan bekerjasama dengan Anwar Ibrahim dan Muhyiddin Yassin meskipun mengakui kepentingan kerjasama antara parti pembangkang bawah pendekatan “khemah besar” untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Pejuang itu berkata, sikap pemimpin pembangkang yang “tidak lurus” menjadi sebab mengapa partinya menolak konsep khemah besar pada hari ini.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Ini kerana katanya, dua pemimpin berkenaan – Anwar dan Muhyiddin – mempunyai agenda menjaga kepentingan sendiri tanpa meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

“Iya, kalau boleh, adakan khemah besar, pasal negara kita ini menghadapi banyak masalah, terutamanya orang Melayu, orang Melayu banyak masalah.

“Tetapi kita kena cari orang yang lurus, tidak boleh kalau ada orang masuk politik nak cari duit apa semua. Sorrylah,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

TONTON: KLUSTER MAHKAMAH KENA GAME LAGI, KETEGANGAN MEMUNCAK

Ditanya mengapa presiden PKR dan presiden Bersatu itu dianggap “tidak lurus”, bekas perdana menteri itu berkata: “Tak lurus. Anwar tak dapat sokongan, berapa kali dah dia buat pengumuman, dia nak jadi perdana menteri. Tapi tak jadi. Dia tak ada sokongan.”

Beliau turut mengulangi kekesalannya berhubung kejatuhan Pakatan Harapan (PH) pada 2020 yang didakwanya susulan kesilapan Anwar, sekali gus memberi laluan kepada Umno dan BN kembali mendominasi kerajaan sekarang.

“Kalau tak sabit dia (Anwar), saya hari ini jadi perdana menteri. Pasal bila saya letak jawatan, Agong mahu setiap 220 ahli Parlimen tulis siapa yang mereka pilih. Saya fikir PH akan letak nama sayalah, pasal saya daripada PH.

“Tetapi Anwar kata dia ada banyak sokongan, tapi dia orang (PH) bagi kepada Anwar 92 undi, saya dapat 62, bukan daripada PH, daripada parti lain orang lain saya tak tahu siapa,” kata ahli Parlimen Langkawi itu.

“Kalau saya dapat 62, kalau saya juga dapat 92 daripada PH, saya dapat 154, saya jadi perdana menterilah. Tapi dia bagi saya kalah, dia pun kalah,” tambahnya.

Mengulas lanjut, Mahathir berkata, sebarang perbincangan ke arah mewujudkan kerjasama khemah besar belum dibuat dengan mana-mana pihak.

Namun jelasnya, terdapat beberapa parti politik yang kini sedang diteliti untuk dilihat asas perjuangannya sama ada selari dengan Pejuang atau sebaliknya.

“Tidak ada, tiada mana-mana ahli politik yang menghubungi saya, mungkin melalui orang Bersatu, adalah.

“Cuma, ada dua, tiga parti yang kita dalam kajian, kita tak berani buat keputusan lagi,” katanya.


source: thethirdforce

Tuesday, 31 May 2022

[PANASSS!!!]...Najib, Mahathir, Muhyiddin, Ismail Sabri – Antara penyelamat dan pemusnah, fakta tidak menipu

 

Najib, Mahathir, Muhyiddin, Ismail Sabri – Antara penyelamat dan pemusnah, fakta tidak menipu

“Menerusi penyelesaian di luar mahkamah antara Ketua Pemuda UMNO dan Mujahid, terbukti bahawa dakwaan kononnya Tabung Haji di bawah pentadbiran Tun terlibat dengan “penjualan aset” di dalam syarikat Tenaga Nasional Berhad adalah fitnah semata-mata”

Raggie Jessy Rithaudeen

نجيب، محضير، محي الدين، اسماعيل صبري – انتارا ڤڽلامت دان ڤموسنه، فكتا تيدق منيڤو

Bila Najib menjadi Perdana Menteri;

1. Nama Malaysia menjadi busuk di seluruh dunia disebabkan skandal-skandal jenayah melibatkan kecurian berbilion ringgit dana negara, dikaitkan dengan Najib dan ahli-ahli keluarganya.




2. Isteri Perdana Menteri terlibat dengan ‘unit khas’ yang dikhususkan buat dirinya di Pejabat Perdana Menteri.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

3. Unit khas ini melibatkan berjuta ringgit wang rakyat yang digunakan untuk membiayai perbelanjaan mengupah “Laskar Siber.”

4. Kewujudan unit khas ini bermakna ahli keluarga Najib mencampuri urusan Pejabat Perdana Menteri dan kerajaan.

5. Sesiapa yang cuba menyiasat atau menyoal Najib samada dipecat atau dipindahkan ke jurusan atau jabatan yang lain

6. Di bawah pentadbiran Najib, harga barang melonjak naik, harga gula menjadi tidak menentu dan rakyat menjadi makin terhimpit.

7. Namun, kerajaan terus mengekalkan lantikan-lantikan politik dalam kadar yang agak tinggi biarpun rakyat terseksa, manakala pemimpin kerajaan terus menikmati gaji lumayan sambil bercatur tak tentu hala.

Bila Muhyiddin menjadi Perdana Menteri;

1. Kerajaan kekal melakukan lantikan politik dalam kadar yang luar biasa tinggi, barangkali antara yang tertinggi dalam sejarah tanah air.

2. Pemimpin-pemimpin kerajaan mengorak pelbagai langkah untuk meruntuhkan kerajaan negeri pimpinan pembangkang

3. Pemimpin-pemimpin kerajaan turut mengorak langkah untuk melemahkan sekutunya sendiri dalam kerajaan

4. Kesemua ini berlaku dalam pada Malaysia dilanda krisis kesihatan

5. Daripada memberi tumpuan terhadap usaha untuk mengekang penularan wabak penyakit, kerjaan bertumpu kepada politik kuasa dan kedudukan dan menggunakan “Darurat Kesihatan” sebagai perisai untuk kekal berkuasa.

6. Untuk menunjukkan bahawa sesuatu sedang dilakukan untuk menangani krisis kesihatan, kerajaan mengenakan pelbagai sekatan pergerakan yang ‘separuh masak’

7. Namun, sekatan ini bercirikan darjat, dan ini menjadi nyata apabila beratus ribu syarikat besar yang seharusnya ditutup, diberi ‘keistimewaan’ untuk terus buka.

8. Sebaliknya, perniagaan kecil dan sederhana besar, termasuk sebahagian besar perniagaan bumiputra, dipaksa tutup dan dihukum jika melanggar ketetapan.

9. Begitu juga rakyat biasa – jika ada yang melanggar SOP, mereka bukan hanya disaman, ada juga yang ditahan, tetapi bila ahli politik kerajaan melanggar SOP, kerajaan menutup sebelah mata.

10. Kegagalan kerajaan mentadbir urus negara dengan baik dan ketidaktentuan politik menyebabkan pelabur menjadi takut untuk melabur di Malaysia, sehingga ramai yang lari ke negara jiran.

11. Akibatnya, prestasi ekonomi Malaysia menjadi antara terburuk di rantau ini, dan ini terbukti apabila negara-negara serantau yang pada satu ketika dulu berada jauh di belakang tiba-tiba mendahului kita.

12. Kesemua ini menjurus kepada huru-hara politik dan pembaziran dana rakyat.

13. Ini termasuklah dana yang digunakan untuk membayar gaji lumayan lantikan politik dan untuk mengadakan pilihan raya, yang tercetus akibat percakaran sesama pemimpin-pemimpin kerajaan.

14. Yang mudarat tidak lain dan tidak bukan rakyat biasa, di mana beratus ribu hilang pekerjaan dan ada juga yang membunuh diri.

15. Rumusannya, disebabkan kerajaan Muhyiddin ditubuhkan atas dasar sogokkan kuasa dan kedudukan, pelbagai krisis gagal ditangani, termasuk krisis kesihatan, ekonomi, kewangan dan politik.

Bila Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri;

1. Kerajaan terus melakukan lantikan politik dalam kadar yang luar biasa tinggi, juga antara tertinggi dalam sejarah tanah air.

2. Pemimpin-pemimpin kerajaan kekal mengorak pelbagai langkah untuk meruntuhkan kerajaan negeri, cuma bezanya, kali ini mereka meruntuhkan kerajaan sendiri, bukan kerajaan pembangkang.

3. Seperti juga pada zaman Muhyiddin, kerajaan terus membazir dana rakyat untuk membayar gaji lumayan lantikan politik dan untuk mengadakan pilihan raya.

4. Namun, berbeza dengan zaman Muhyiddin, harga barang mula melonjak naik tak tentu hala, berlipat kali ganda lebih tinggi berbanding zaman Najib.

5. Yang aneh, kenaikan ini berlaku biarpun sekatan-sekatan yang dikenakan di bawah pentadbiran Muhyiddin dihentikan oleh Ismail Sabri.

6. Manakala itu, pelabur tidak kembali untuk melabur di Malaysia, malah makin ramai yang lari ke negara jiran.

7. Ini disebabkan ketidakyakinan pelabur terhadap kemampuan kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara dan kemampuan pihak berkuasa untuk menangani gejala rasuah dan salah guna kuasa.

8. Apa tidaknya, sedangkan di bawah pentadbiran Ismail Sabri, Ketua Pesuruhjaya SPRM dan kerajaan dilihat saling lindung-melindungi antara satu sama lain daripada disiasat atau didakwa bagi kesalahan jenayah.

9. Di bawah pentadbiran Ismail Sabri juga, kerajaan gagal merangka dan mengumumkan satu dasar atau pelan tindakan bagi memulihkan sektor ekonomi dan kewangan negara bagi jangka pendek dan panjang.

10. Rumusannya, disebabkan kerajaan Ismail Sabri melibatkan gerombolan sama yang sebelum ini menyokong kerajaan Muhyiddin, krisis-krisis yang gagal ditangani oleh Muhyiddin turut gagal ditangani oleh Ismail Sabri.

11. Malah, keadaan menjadi semakin melarat dengan krisis-krisis baru dan kemudaratan yang disebabkan oleh krisis-krisis lama yang terus berkekalan.

12. Terkini, Ketua Pemuda UMNO terpaksa menarik balik fitnah yang dilemparkannya terhadap Mujahid berhubung penjualan aset Tabung Haji.

13. Ini sekaligus bermakna pemimpin UMNO telah memfitnah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad, kononnya pentadbiran Tun meluluskan penjualan berbilion ringgit saham Tabung Haji di dalam syarikat Tenaga Nasional Berhad

Bagaimana pula keadaanya bila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri?

1. Tidak berlaku lonjakan harga barang

2. Tidak berlaku kecurian berbilion ringgit dana negara

3. Tidak berlaku krisis yang gagal ditangani

4. Rakyat tidak terhimpit

5. Bilangan menteri dan timbalan menteri dihadkan

6. Pelabur tidak lari ke negara jiran

7. Kerajaan berjaya selamatkan berbilion ringgit dengan merunding semula perjanjian yang dimasuki oleh pentadbiran Najib bersama China.

8. Menerusi penyelesaian di luar mahkamah antara Ketua Pemuda UMNO dan Mujahid, terbukti bahawa dakwaan kononnya Tabung Haji di bawah pentadbiran Tun terlibat dengan “penjualan aset” di dalam syarikat Tenaga Nasional Berhad adalah fitnah semata-mata.


source : the third force