NUFFNANG

Friday, 23 March 2012

Teks Ucapan Ketua Pembangkang- 32 Dosa Kerajaan Selangor

Teks Ucapan Ketua Pembangkang- 32 Dosa Kerajaan Selangor

Teks Ucapan Ketua Pembangkang- 32 Dosa Kerajaan Selangor
Berdasarkan kepada bukti-bukti dan beberapa pendedahan tersebut, rakyat Selangor boleh menilai prestasi Kerajaan pakatan pembangkang Selangor selama empat (4) tahun tempoh pemerintahannya. Bukan sahaja gagal menunaikan semua janji-janji PRU 12, tetapi tidak mampu menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kestabilan politik Selangor yang sentiasa bergelora sepanjang pemerintahannya. Jika kerajaan ini terus diberi mandat baru, akan kucar kacirlah pentadbiran negeri. Rakyat berpuak-puak. Kemungkaran berleluasa. Maksiat di sana sini. Matlamat Selangor negeri maju tidak tercapai. Malahan Selangor menoleh ke belakang.

Semua bukti-bukti di atas melibatkan isu-isu pokok iaitu isu kredibiliti Kerajaan, ketelusan, pertanggungjawaban, dan kecekapan selaras dengan prinsip-prinsip tadbirurus baik. Inilah asas-asas perincian kepada keyakinan dan kebolehpercayaan rakyat kepada Kerajaan. THE TRUST ON THE GOVERNMENT  terutama yang melibatkan tubuh badan YAB MB dari Ijok yang selalu digembar gemburkan sebagai tokoh korporat berwibawa tapi indah khabar dari rupa.

Difahamkan tidak berlaku banyak interaksi dan dailog terbuka diantara Penasihat Ekonomi Selangor dengan lain-lain Anggota Exco Kerajaan apalagi dengan Ketua-ketua Jabatan serta agensi Kerajaan negeri Selangor. Apa yang berlaku hanya berdua sahaja – antara beliau dan YAB MB. Di mana ketelusannya?

Fikirkan Bersama

Hancur Pakatan!!















Saturday, 10 March 2012

Ezam : Puncanya…Wan Azizah / TEMBERANG LAGI

Puncanya…Wan Azizah



Mustahil Ezam Mohd Noor dapat duduk bersembang lebih dua jam menceritakan satu per satu jalan cerita yang dilaluinya mengapa beliau meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan semua orang.

Paling tidak beliau dapat memberi sedikit sebanyak gambaranya di pentas ceramah dalam jangka waktu yang terhad dan sekali sekala menerusi kenyataan media.

Makanya ada yang ‘tak sampai’ dan sukar dihayati kalau dibandingkan dapat duduk mengadapnya untuk mendengar sendiri.

Tanpa disedari sudah lima tahun lamanya waktu berlalu sejak kali terakhir Agendadaily mengadakan interbiu dengannya.Waktu itu beliau masih lagi bersemangat waja dalam Parti Keadilan Nasional (KeAdilan).

Cerita tentang Ezam yang kini berstatus YB Senator masuk UMNO pada 28 Mei 2008 bukan lagi ikut istilah wartawan ‘satu berita’.

Namun dari tinjauan rambang Agendadaily sehingga ke hari ini ada yang masih samar kenapa beliau mengambil langkah besar itu setelah dua tahun sebelum itu meninggalkan KeAdilan yakni PKR yang dulunya yang beliau sama-sama bina dalam gerakan untuk membebaskan Anwar dari penjara.

Berbanding dengan pimpinan PKR lain,beliaulah yang paling banyak menanggung azab sengsara – masuk keluar penjara dan kena ISA semata-mata kerana Anwar.

Mungkin ramai tidak tahu beliau juga orangnya yang usung Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail untuk berjumpa dengan bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi untuk mengadu hal dan menagih simpati pada nasib Anwar yang dalam penjara.

Dalam interbiu itu dengan Agendadaily tidak lama selepas Anwar dibebaskan Ezam dengan konfiden berkata ,” Kita merasa lega kerana antara matlamat kita menubuhkan parti ini (Parti Keadilan Nasional) dan saya memimpin Angkatan Muda KeADILan adalah untuk membebaskan Anwar Ibrahim tetapi dari sudut yang lebih besar sebenarnya pembebasan Anwar ini membawa signal yang amat penting dari sudut pengukuhan negara dan dalam kes ini... adalah mahkamah ."

Kini Ezam-Anwar berdiri di garis padang yang berbeza.Masing-masing nak ‘sumbat gol’.Anwar dengan impian nak ke Putrajaya manakala Ezam bertekad nak menyekat bekas bosnya.

Soalnya kenapa bila Anwar sudah bebas lain jadinya? Kenapa waktu Anwar dalam penjara dan perjuangan Ezam memang ‘ gelap ‘ tidak mungkin dapat apa-apa ganjaran beliau nekad terus bersama bosnya?

Katakan Ezam kekal bersama Anwar dan dengan tsunami politik Mac 2008 sekurang-kurangnya beliau sudah menikmati ganjaran lebih dari jawatan hanya sebagai Senator.Lebih-lebih lagi beliau dari Selangor.

Yang nyata tidak ramai yang tangkap sebab sebenar beliau bertindak begitu.Tambah pula ia dikaburi oleh dakyah pembangkang yang terus menerus cuba menghakis kredibilitinya dengan dakwa beliau melompat kerana dibeli oleh janji pangkat dan ganjaran wang.



Toleh kiri kanan sebenarnya ramai kalangan pemerhati politik yang hairan mengapa beliau perlu tinggalkan PKR.

Adalah cakap-cakap yang mengatakan beliau berlaga angin dengan Naib Presiden PKR Azmin Ali.
Namun itu belum cukup kuat untuk mendorongnya melangkah keluar.

Sebenarnya puncanya cukup mudah dan kecil saja.Itulah selalunya berlaku dalam politik.Benda besar tidak jadi hal tetapi yang buat sangkut sampai meletop habis…hal yang kecil saja.

Ia berdetik dari naluri seorang manusia biasa yang ‘ hairan’.

Bukan kerana Azmin maupun Anwar sendiri.

Dalam hal ini Wan Azizah perlu menyalahkan dirinya.

Ini semua gara-gara panggilan telefon isteri Anwar itu dari Washington yang bernada ‘ cukup cemas’ padanya pada satu hari.Ketika itu beliau berada di rumah Anwar lama di Bukit Damansara.

Semasa dalam tempoh edah selepas dibebaskan Anwar tidak boleh aktif politik dan banyak menghabiskan masa di luar negara menjadi pensyarah undangan.

Kebetulan waktu itu Anwar kembali ke tanah air dan Wan Azizah berada di Washington.

Kalau mengikut apa yang diceritakan oleh Ezam dari perbualan telefon itu,jangan kata beliau yang sudah dewasa,budak sekolah darjah satu pun pasti akan membuat kesimpulan sepertinya bahawa ada yang ‘ tak kena’ dengan perangai bosnya itu.

Ezam menceritakan segalanya secara detail tentang perbualan telefon itu tetapi minta ia secara off the record kerana sebab-sebab tertentu - yang dapat difahami mengapa.

Itulah kata Ezam spark off keraguannya tentang Anwar dan turning point nya.

Katanya ia bukan atas sebab politik tetapi semata-mata kerana moral.



Menurut Ezam beliau mengambil masa sekitar enam bulan check sana check sini selepas keraguan itu berbangkit tentang Anwar ekoran panggilan telefon dari Wan Azizah.

Ditanya apakah buktinya tentang perbualan telefon itu,Ezam berkata beliau sedia mencabar Wan Azizah bersumpah untuk menafikannya.

Akhirnya setelah bersemuka dengan beberapa semua sumber yang layak dipercayai untuk check termasuk yang masih aktif dalam PKR ‘tentang keraguannya’ itu beliau mengambil keputusan keluar PKR dan menyepikan diri.

Ezam memetik seorang yang cukup rapat dengan keluarga Anwar sampai ke hari ini sebagai berkata dia tahu tentang ‘ perangai Anwar ‘ .

Namun kata orang itu dia masih lagi bersama PKR kerana ‘ saya kesian pada Kak Wan.’
Kata Ezam beliau terasa sangat kecewa dan malu kerana ‘itulah rupanya’ orang yang beliau pertahankan bermatian-matian selama ini.

Menjawab beberapa soalan lain yang berkaitan,Ezam menceritakan beberapa insiden secara off the record .

Ini termasuk kisah cubaanya nak buat satu deal dalam usaha untuk lepas diri dari kes liwat Saiful.

Dakwa Ezam Anwar telah temberang seorang pemimpin besar pakatan rakyat mengenai sesuatu.

Katanya beliau mendapat tahu hal berkenaan menerusi seseorang dan berpeluang meminta pengesahan kebenarannya dari orang yang dimaksudkan.

Yang pasti tentu ramai orang parti berkenaan akan ‘ mengamuk ‘ jika cerita ini terbongkar.

Namun Anwar tetap Anwar beliau boleh buat muka kering macam tak ada hal seperti juga pembohongnya tentang gerakan 16 September yang tidak menjadi sampai ke hari ini.

Ezam secara berjenaka menyifatkan Anwar kini sebagai orang yang sudah ‘kalis malu’.

Malah beliau sampai berkata sebenarnya sudah tidak guna lagi menghentam Anwar.



Ezam mengakui apa pun yang dikata tentang Anwar masih ada ramai lagi orang yang tetap taksub dan percaya padanya sampai ke hari ini.

Beliau menerima hakikat ini.Katanya bukan mudah untuk menerangkan hal sebenar dan ia mengambil masa.

Apapun katanya lagi kusut lain macam pada wajah Anwar kini tidak boleh disembunyikan lagi menerusi gelak tawanya.

Beliau memberitahu ramai kawan-kawan yang mengenali Anwar sedar tentang air mukanya yang penuh dengan tanda kerisauan itu.

BERIKUT IALAH ANTARA TRANSKRIP INTERBIU DENGAN EZAM YANG DAPAT DISIARKAN :

Agendadaily :Ada berpendapat pakatan rakyat khususnya PKR mulai lemah berbanding selepas PRU 12 tetapi keputusan pilihanraya kecil di Hulu Selangor membuktikan pembangkang masih berpengaruh kerana undi diperolehi Datuk Zaid Ibrahim meningkat. Saudara sendiri melihatnya bagaimamana?

Ezam: Secara umum saya tidak tolak dakwaan pakatan rakyat masih satu kuasa yang tidak boleh dipandang enteng. Namun, secara khususnya saya melihat traditional voter atau pengundi yang mengundi sebelum 2008, yang selama ini mengundi Barisan Nasional (BN) tetapi tidak undi BN pada 2008…sudah mula kembali.

Ini kita dapat lihat dalam pilihanraya kecil di Hulu Selangor dan Bagan Pinang. Undi mereka beralih semula kepada BN dalam jumlah besar. Saya nampak trend itu.

Cuma dalam kes di Hulu Selangor, perbezaan undi tak banyak bukan kerana faktor undi tradisional tetapi undi kaum Cina. Dalam kes ini, Zaid Ibrahim adalah kes terpencil. Pengundi Cina memang secara luar biasa undi Zaid kerana faktor unik pada beliau yang dilihat tokoh Melayu yang liberal.

Ini menarik pengundi-pengundi Cina dan Zaid juga dilihat tokoh yang berjuang menentang ISA. Isu ISA ini dilihat dekat dengan masyarakat Cina kerana sebelum ini memang dimomok-momokkan kononnnya ISA menekan orang Cina.

Apabila Zaid sanggup lepas jawatan menteri kerana lawan ISA, mereka melihat Zaid sebagai pemimpin sesuai tetapi kalau kita tolak undi Cina, memang nampak peningkatan banyak.

Undi tradisional sudah balik tetapi kita tak harus selesa kerana undi bukan tradisional dan mereka yang pertama mengundi selain yang akan undi buat pertama kali dalam pilihanraya umum akan datang…kita belum nampak trendnya.



Agendadaily: Kebelakangan ini nampak seperti PKR sedang memberi fokus kepada Zaid termasuk melantiknya Ketua PKR untuk Wilayah Persekutuan. Apakah pemimpin lama dan PKR menerima Zaid yang baru sahaja bersama parti itu atau memang serius ada perebutan kuasa dalam PKR?

Ezam: Anwar Ibrahim sebenarnya sedang berusaha menarik semaksima ramai pengundi Cina kerana beliau melihat orang Melayu dan India sudah ada yang kembali kepada BN.

Inilah last card Anwar dan dia terpaksa menggunakan peluang ini sebaik mungkin. Kalau dia tidak dapat semaksima pengundi Cina…beliau akan habis.

Sebab itu tadi, saya cakap Zaid calon terbaik di Hulu Selangor. Tengok juga, bila Anwar lantik Dr Chua Jui Meng di Johor. Ini tidak sepatutnya terjadi sebab di sebuah negeri yang majoriti Islam tidak boleh letak bukan Islam sebagai pemimpin. Tetapi kenapa Anwar letak? Dia tahu dalam politik Melayu, ini tidak betul…jawapannya dia terdesak dan dia perlukan undi Cina.

Pengundi-pengundi Cina ini sebenarnya hanya jadi alat peribadi Anwar sahaja. Anwar tahu, PKR hancur dari dalam...pemilihan bulan November ini akan lebih hancur.

Beliau juga tahu pakatan rakyat tak kuat ..logo tak ada...pendaftaran tak ada. Anwar tahu ini semua tetapi dia sengaja tidak tumpu perhatian kerana dia tahu pakatan pembangkang tidak akan ke mana-mana .

Tambahan pula pula kes liwatnya kali ini, dia tahu dia akan habis...kerana bukti forensik kuat. Atas dasar itu, Anwar hanya nak cari nyawa politik dan caranya bukan pilhanraya tapi mahu kesnya dibuang melalui deal .

Saya tahu ada usaha deal beliau dengan pihak atasan. Masa dengan Pak Lah saya pun sama deal . Anwar cuba buat undi Cina sebagai satu benda yang dia boleh deal dengan pihak atasan melepaskan kesnya.

Agendadaily: Bagaimana nasib pemimpin PKR yang lain umpamanya Saifuddin Nasution dan Azmin Ali selepas Anwar menonjolkan Zaid ?.

Ezam: Anwar, bagi saya terdesak dan hampir lemas. Dia tak fikirkan orang lain. Dia fikir nyawa dia sahaja. Sama ada Zaid atau Saifuddin Nasution...tolak Azmin Ali sahaja...semua akan jadi alatnya. Azmin ini sebab ada sentimental dengan Anwar.

Hanya mereka, Wan Azizah dan Datuk Nalakaruppan boleh jelaskan mengenai Shamsidar (isteri Azmin).Kini, Anwar hanya fikir survival sendiri, bukan parti, bukan pakatan rakyat mahupun PKR.

Anwar tahu PKR tak boleh kontrol kerana masing-masing berebut.

Dalam pakatan pula, DAP dan PAS kita lihat tak boleh bekerjasama dengan baik kerana idealogi berbeza. Justru itu, dalam kes liwat ini,Anwar dapat rasakan beliau bersendirian dan lawan sendiri.



Agendadaily: Apakah ini bermakna PAS dan DAP tahu mengenai kebenaran kes dakwaan liwat dan tidak menyokong Anwar secara peribadi sebaliknya lebih kepada sokongan bagi mengambil alih kerajaan?

Ezam: Hanya yang betul-betul taksub kepada Anwar percaya kes itu kospirasi. Orang yang objektif, boleh rasa kes itu bukan konspirasi.Sebab itu jelas kenapa Anwar beria-ria mahu tangguh kesnya dengan macam-macam cara termasuk dakwa Mohd Saiful ada hubungan dengan timbalan pendakwa raya.

Sebelum ini beliau babitkan Datuk Seri Najib Tun Razak, minta hakim tarik diri dan lain-lain cara lagi. Ini adalah taktik untuk tangguh kes itu sahaja.

Selain itu ramai pemimpin dalam DAP dan PAS dapat lihat kebenaran les ini kerana mereka tahu bukti foresnik kuat. Tetapi sebagai orang politik, mereka buat adjustment politik mereka.Lagipun dalam PAS contohnya… mereka hanya bersama dalam pakatan sahaja… bukan Anwar sebagai jeneral mereka kecuali beberapa orang sahaja yang fanatik menganggap demikian.

Apapun bagi saya, PAS tetap PAS begitu juga DAP. Mereka hanya rakan kongsi dalam politk. Apabila Anwar sudah jadi liabiliti politik... mereka pasti ada perkiraan lain.



Agendadaily: Macam kes dakwaan liwat ini, ada persepsi nampak macam apa juga pendedahan yang diperkatakan mengenai kes itu masih ramai yang tidak percaya. Apakah persepsi ini di buat-buat atau Anwar sendiri berjaya memanipulasi kes tersebut?.

Ezam : Berdasarkan pengalaman, saya dapat rasakan tidak seramai dulu lagi orang percaya pada Anwar. Dalam PKR pun sudah ramai keluar. Ada yang kekal pun tidak percaya lagi sama seperti mereka percaya kes pertama dahulu. Dalam PAS juga ada yang percaya.Sebab itu ada pemimpin mereka enggan komen kes tersebut.

Kita kena faham proses untuk kita yakinkan orang mengenai kedurjanaan Anwar bukan sesuatu yang mudah. Kita kena ambil masa, sebab kita ( UMNO ) sendiri ambil masa membina Anwar jadi pemimpin agung. Ianya tidak dapat diubah sekelip mata..tak akan berlaku.

Apa yang akan berlaku adalah proses natural sedikit demi sedikit. Anwar ini sudah lama...sudah gah.Tun Dr Malathir Mohamad pun beri masa 16 tahun kepada Anwar dengan segala jawatan dan media...lagipun Anwar memang pandai dalam bab ini.

Selepas itu, saya dan rakan-rakan selama 10 tahun berjuang untuk Anwar masa beliau dalam penjara. Kita kata Anwar sakit…di dalam penjara Anwar baca al-Quran.

Jadi bila datang kes Saiful, seorang budak muda sahaja ia akan ambil masa bagi menghilangkan keyakinan orang terhadap Anwar.

Tetapi saya percaya, kerana Saiful itu benar dan adanya bukti kukuh, ianya akan menghakis semua persepsi itu tetapi bukan dalam masa yang cepat.

Selain itu, mungkin sebab kes pertama dulu… kes itu back fire kepada kerajaan dengan kes mata lebam menyebabkan orang simpati.

Dalam politik dan hukum natural…sesuatu tidak boleh berubah sekaligus dan mesti ambil masa.
Sekarang ikut pendapat saya…Datuk Seri Najib biarkan proses undang-undang berjalan secara semula jadi. Sebab itu, hakim beri ruang tangguh dan dengar macam-macam permohonan Anwar. Namun kita kena percaya kebenaran akan muncul juga akhirnya.

Dalam hal ini saya percaya tindakan Perdana Menteri membenarkan kes itu berjalan secara semula jadi adalah betul.

Lagipun proses perbicaraan sekarang belum memihak kepada Saiful. Anwar yang control ...Anwar pegang persepsi dan satu sudut lain pula, kita letak Saiful lawan Anwar bersendirian bukannya UMNO yang lawan Anwar. Sudah semestinya Anwar menang persepsi ini.

Kita tak main politik dalam kes ini kerana kita mahu ianya diputuskan undang-undang. Memang dalam jangka pendek tidak untung sebab Anwar yang menang.

Namun kena ingat ini kes jenayah bukannya kes politik…jangka pendek mungkin menyebelahi Anwar tetapi saya percaya undang-undang akan sampai akhirnya dan ianya akan terbalik.

Agendadaily: Memandangkan ada yang percaya dan tidak percaya kes ini...sebagai bekas orang yang rapat dengan Anwar dan keluarganya, saudara rasa Datuk Seri Wan Azizah Ismail tahu mengenainya atau sifat-sifat pelik Anwar ini?

Ezam : Saya yakin Wan Azizah tahu. Yang lain saya tak tahu. Saya tahu sebab Wan Azizah yang beritahu saya dan sebab itu saya keluar PKR.

Sebab utama saya keluar tinggalkan Anwar bukan soal politik tetapi moralnya. Saya selama ni tidak mahu cakap kerana tidak mahu aibkan beliau sebab saya bukan mangsa…lainlah Saiful.

Saya dapat tahu kedudukan sebenar apabila Wan Azizah terdesak beritahu perangai Anwar dan pernah minta saya jadi ‘spy’.. Ini turning point saya tinggalkan Anwar bila isterinya beritahu berdasarkan insiden yang jelas menjurus kearah itu bahawa Anwar memang seorang yang diragukan moralnya dengan perkara tersebut (liwat).

Wan Azizah memang tahu. Tetapi sebab apa beliau terus melindungi suaminya …itu dia kena jawab.
Bagaimanapun, apa yang saya tidak faham kenapa beliau benarkan suaminya memfitnah orang lain bagi menutup keburukkannya.

Wan Azizah hendak tutup keburukkan suaminya...itu hak dia. Dia boleh jawab pada Allah s.w.t.. tetapi beliau tidak sepatutnya benarkan suaminya memfitnah Datuk Seri Najib, Rosmah dan saya konon berkonspirasi dalam kesnya itu.

Dia (Wan Azizah) tahu benda itu berlaku tetapi dia benarkan orang lain kena fitnah, ini perkara salah, ini kita tidak boleh terima dan Wan Azizah harus bertaubat…

Dalam ceramah, saya cakap itu, sebagai Islam beliau kena bertaubat. Saya akan tuntut bagi diri saya dengan Anwar kerana kerana firtnah saya dalam kesnya.

Agendadaily: Ketika satu ceramah di Kelantan, betulkah saudara secara langsung ada kata Anwar meliwat?

Ezam: Benar. Saya sebut. Sebelum itu...saya tidak mahu aibkannya tetapi bila Anwar guna Karpal Singh tanya Saiful sama ada jumpa Ezam atau tidak… itu puncanya.

Saya tak kenal Saiful tetapi ada jumpa sekali saja atas permintaan Saiful sendiri untuk pastikan beberapa perkara.

Dia kemudian tuduh saya berkonsprirasi dengan Saiful. Saya berhak pertahan maruah saya. Saya juga boleh aibkan dia.

Sebelum itu, saya tinggalkan Anwar bukan soal politik tetapi saya pernah sebut saya tidak boleh benarkan seorang peliwat jadi ketua saya. Sebelum itu memang saya tidak tahu... tetapi selepas Wan Azizah beritahu…

Agendadaily: Apa buktinya? Bagaimana kalau Wan Azizah menafikannya?

Ezam : Saya sanggup bersumpah dan saya cabar Wan Azizah bersumpah sama ada ikut cara dia...depan ulama dia dan saya sendiri sanggup.

Inilah punca turning point saya sebab saya tak pernah fikir benda ini berlaku malah saya ambil masa enam bulan menyiasatnya. Saya rapat dengan mereka…sebelum ini saya tidak percaya langsung.

Padahal, kalau nak percaya langsung senang sahaja.Semak keputusan hakim yang bebaskan Anwar dalam kes pertama dulu. Mereka cakap aktivti itu berlaku… hakim ini ( yang buat keputusan itu ) bukan anti Anwar tetapi hakim itu setuju kes homoseksual ini berlaku.

Saya juga cari semula buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri sedangkan sebelum itu saya tidak pedulipun pasal buku itu.

Akhirnya saya cukup yakin. Tambahan kejadian Wan Azizah telefon saya dari Washington minta ‘spy’ Anwar yang berada di rumah dengan seorang lelaki lain.

Sebab itulah, saya sekarang minta kawan-kawan jangan lakukan kesilapan seperti saya. Kesilapannya kerana Anwar sebagai pemimpin…saya percaya beliau seratus peratus.

Kita sepatutnya kena siasat walaupun di depan kita dia baik dan tidak buat apa-apa…ini tidak bermakna beliau tidak buat apa-apa di belakang kita.

Kita kena siasat macam dakwaan pembangkang Najib terlibat dalam kes Altantuya.

Saya sudah siasat. Anwar beritahu saya. Memang confirm kes itu fitnah… sebab Anwar yang arah cakap. Kita bantai sajalah...sebab bukan ada bukti katanya dan masa itu saya masih bersama Anwar.
Saya tanya beliau, ini kes bunuh orang, ada bukti ke? Katanya, kita bantai sajalah...dan sekarang Zulkifli Noordin pun cakap hal yang sama.

Keyakinan saya sebenarnya mengatasi keraguan dalam kes liwat Saiful ini.

Ianya juga saya anggap sebagai takdir kerana jumpa direct dengan Saiful dan berdepan kes ini. Sebab itu saya berani bertanggungjawab apa yang saya katakan mengenai Anwar.

Ini bukan macam (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) yang pertahan Anwar, bukan juga macam Yusof Qardawi. Bagi saya, mereka salah sebab tidak jumpa Saiful dan dengar cerita kedua-dua pihak.Mereka cuma dengar Anwar.

Ini tidak adil kepada Saiful kerana kes ini bukan macam dulu lagi… kerana Saiful pun sudah bersumpah dan buat report.

Dia jumpa saya sebab kecewa kerana Najib dan polis tak mahu tolong dan dia jumpa saya kerana tengok hanya saya berani lawan Anwar.

Dia boleh agak saya tahu pasal benda itu…Allah beri kesempatan untuk saya berdepan dan tengok sendiri melalui kes Saiful.

Sebab itulah saya tinggalkan Anwar. Saya keluar PKR pada 2006 tetapi tidak masuk mana-mana politik sebab sudah kecewa dan hanya masuk UMNO pada 2008 bila tengok banyak negeri jatuh termasuk Selangor tempat kelahiran saya kena jual kepada DAP.

Saya masuk UMNO pada 28 Mei 2008 manakala Saiful buat repot kes liwatnya pada 28 Jun 2008.
Sebulan saja beza…jadi macam mana boleh kata konspirasi. Seingat saya, jawapan paling penting adalah ini semua Allah sudah tentukan.

Bila masuk UMNO mereka tuduh saya dapat berjuta-juta. Saya dan keluarga berdoa setiap malam minta petunjuk kerana saya pernah tolong Anwar tetapi dia fitnah saya pula.

Jadi bagi saya kes Saiful ini jadi petunjuk kepada semua. Bukan senang dari sudut psikologi. Seorang perempuan boleh mengaku kena rogol berbanding seorang lelaki mengaku kena liwat. Sebab itulah Anwar yakin ia tak bocor sebab tidak ada orang yang akan mengakuinya…tetapi ini semua kerja Allah swt.

source : agenda daily


TEMBERANG LAGI!

Salam 2 all.
 
Teman ucapkan tahniah kepada YAB PM, Datuk Omar Osman dan semua pihak yang terlibat atas pembatalan SBPA & penambahbaikan SSM. Dari respon d twitter & FB, teman tengok lebih 90% memberi respon positif. Tapi Anwar & para parasitus kalkatus rakus nampak gaya nak claim kredit. Konon tu usaha mereka. Nampak benar nak temberang rakyat.
 
Pertama, PM dah umum sejak bulan Oktober 2011 lagi semasa pembentangan Bajet 2012 bahawa semakan kenaikan dan penambaikan gaji kakitangan awam akan dibuat dalam lingkungan 7-13%. Masa tu suara pembangkang sepatah haram pun tak dengar.

Cuma dalam perlaksanaan dasar itu ada pihak cuba ambil kesempatan. Mekanisma kenaikan gaji kakitangan awam dibawah sekim Saraan Baru Perkhidmatan Awam di olah sebegitu rupa sehingga dispariti diantara kakitangan bawahan dan sektor turus terlalu jauh berbeza! Hinggakan disektor turus ada yang mendapat kenaikan hampir 100%.

Maka apabila kakitangan bawahan melalui CEUPACS membuat bantahan, PM yang prihatin dan peka dengan suara marhaen telah mengarahkan supaya SBPA dikaji semula sesuai dengan dasar kenaikan dalam lingkungan 7-13% saperti yang diumumkan PM dalam Dewan Rakyat.

Dan apa yang diumumkan PM semalam pada pertemuan dengan kakitangan awam di PICC adalah hasil pertemuan dan perbincangan secara langsung diantara PM dengan kakitangan awam.
 
Ini bermakna YAB PM sangat prihatin dan mengamalkan sikap terbuka bila berdepan dengan isu membabitkan rakyat. Tepat sekali slogan PM "Rakyat DiDahulukan, Pencapaian DiUtamakan'! Ia bukan sekadar retorik politik murahan, tetapi diterjemahkan dalam bentuk perlaksanaan dan realiti!

Sebaliknya apakah tindak-tanduk Anwar dan para parasitus kalkatus rakus dalam pakatan pembangkang dalam isu dengan kakitangan awam? Tak ada lain selain putar belit dan putar alam! Contohnya:

1. Pakatan BiaDAP-PKR-PAS adalah anti kakitangan awam. Pimpinan parasit jelas menegaskan bahawa jika pakatan pembangkang menjadi kerajaan (na'uzubillah), mereka berazam akan mengurangkan kakitangan awam sebanyak 50%. Maknanya jika mereka memerintah, lebih 700,000 ribu kakitangan awam akan dibuang!

Dan sekarang setelah PM berjaya memberikan faedah terbaik kepada kakitangan awam, mereka melalak konon itu perjungan mereka! Kalau dah kaki putar!

2. Kita tengok sendiri layanan kerajaan pakatan pembangkang kepada kakitangan kerajaan dibawah negeri yang mereka perintah. Tengok nasib kakitangan Kerajaan Selangor. Apabila pembayaran bonus diumumkan kerajaan pusat untuk kakitangan kerajaan Persekutuan, kerajaan Selangor turut mengumumkan bonus. Tetapi hanya untuk kakitangan GLC Selangor. Kakitangan awam Selangor langsung tak dapat bonus. Jelas kakitangan awam di Selangor di anaktirikan!

Dan hari ni Anwar dan juak-juak parasitnya melalak konon mereka hero memperjuangkan hak kakitangan awam! Hampeh!!!

3. Kita tengok bagaimana pakatan pembangkang menghina kakitangan perkhidmatan awam. Ini jelas dalam isu perlantikan Datuk Ahmad Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Tengok bagaimana beliau dimalukan dan diaibkan, sehingga dibawa ke sidang tergempar di DUN Selangor mempertikaikan perlantikan sah beliau. Penghinaan itu dilakukan hanya kerana tanggapan para parasit ini bahawa Datuk Khusrin "tak dengar dan patuh kepada kehendak mereka"! Maknanya nanti kalau ditakdirkan mereka memerintah (na'uzubillah), kakitangan awam yang tidak tunduk kepada kehendak dan nafsu serakah mereka, akan menjadi mangsa kepada kerakusan politiking pembangkang ini!

Dan para parasit melalak mendakwa mereka memperjuangkan kebajikan kakitangan awam! Mike percaya ke yop?

4. Kita tengok pula bagaimana kakitangan awam Kerajaan Negeri Kedah dihina apabila Kerajaan Kedah termasuk MB diletakkan dibawah JK Pemantauan parti politik PAS. Ini secara tidak langsung meletakkan seluruh jentera kakitangan awam Kerajaan Kedah dibawah telunjuk sebuah parti politik! Maknanya seluruh jentera kakitangan awam Kedah terpaksa "tunduk na'am" kepada kehendak dan nafsu politik kepartian PAS! Tapernah berlaku dalam sejarah Kerajaan bertamadun diletakkan dibawah telunjuk nafsu sebuah parti politik!

Dan Anwar serta para parasitnya melalak menyatakan mereka menghormati kakitangan awam! Kalau ini bukan penghinaan, tak tau lah teman apa nak komen lagi!

5. Kita lihat juga bagaimana gelagat pembangkang menghina dan memperlekeh institusi kakitangan awam saperti Mahkamah, Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Suruhajaya Pilihan Raya, dan banyak lagi. Apa yang mereka tak kutuk kepada institusi-institusi ini. Mereka langsung tidak peduli kepada perasaan dan kegigihan serta usaha kakitangan awam di institusi-institusi ini. Sebaliknya penghinaan demi penghinaan, cacian demi cacian. kutukan demi kutukan terus dihamburkan oleh pakatan pembangkang BiaDAP-PKR-PAS terhadap institusi kakitangan awam tersebut!

Dan hari ini mereka melalak konon kerana merekalah kakitangan awam mendapat kenaikan gaji. kerana merekalah SBPA dibatalkan. Kerana merekalah SSM ditambah-baik dan dilaksanakan semula.

Teman cukup yakin IQ kakitangan awam taklah serendah para parasitus kalkatus rakus yang tahap pemikiran mereka hanya menurut secara membabi buta apa yang diperdayakan kepada mereka,. Babi buta pun tidak serendah itu IQ nya yop!

Tidak ada bahasa nak gambarkan hipokritnya para parasit ini! Tidak ada perkataan nak ceritakan putar-belit parasit ini! Iblis syaitan pun boleh menangis melihat kemungkaran kaum parasit ni yop!

ALLAH berikan otak bukan untuk buat sup yop, tapi untuk memikir. Jadi, fikir-fikirlah yop! Janganlah menghina diri dengan terus terpedaya dengan dakyah kaum yang kuat mendakyah ini yop!

Adios amigos, grasias senor!

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
10 Rabi'ul Akhir 1432
09 Mac 2012
 

Friday, 9 March 2012

Pengarah Komunikasi PKR Akui Anwar Hantar Surat Pengurus Dana Yahudi

Pengarah Komunikasi PKR Akui Anwar Hantar Surat Pengurus Dana Yahudi



AIDCNews – 08/03/12 – Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini mengakui dan mengesahkan pendedahan tiga pucuk surat kepada pengurus dana Yahudi itu ditulis oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Surat yang didedahkan itu tidak pun menimbul kontroversi, malah akhbar arus perdana itu hanya memetik dari laporan blog yang juga milik pro Umno.

“Malah kandungan surat tersebut adalah di mana Anwar menyatakan keperluan proses pilihan raya yang bersih dan adil.

“Serta menyeru NED iaitu sebuah agensi dwi-parti Amerika Syarikat untuk menyokong usaha rakyat tempatan yang mahukan pilihan raya bersih dan adil,” katanya seperti dilaporkan KeadilanKini.

Jawapan Pengarah Komunikasi Keadilan itu juga mewakili pemikiran Anwar kerana kenyataan tersebut turut dimuat turun dalam laman rasmi Ketua Umum PKR, anwaribrahimblog.com, hari ini.

Nik Nazmi yang juga Adun Seri Setia berkata laporan berita tersebut merupakan usaha media Umno untuk mengalih perhatian rakyat ekoran pendedahan surat menyurat Dr Mahathir kepada pemimpin-pemimpin Yahudi Israel.

AIDCNews mendedahkan tiga pucuk surat yang bertanda tangan Anwar dihantar kepada dua pengurus dana berbangsa Yahudi yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS).

Dua pucuk surat bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 menggunakan kepala surat AIA syarikat milik Anwar berpengkalan di AS ditujukan kepada Carl Gershman, Presiden NED (National Endowment for Democracy) yang beralamat di 1025 F Street NW, Suite 800, Washington DC 20004.
NED adalah sebuah yayasan dana demokrasi yang didalangi neo-konservatif di AS yang mewarisi operasi gelap CIA untuk campur tangan menaja tokoh-tokoh proksi pro-AS di seluruh negara.

Berikut dilampirkan dua pucuk surat tersebut.




Manakala surat ketiga adalah sepucuk surat yang bertanda tangan Anwar, bertarikh 15 Disember 2006 dihantar kepada penyangak matawang Yahudi, George Soros beralamat Soros Fund Management, 888 7th Avenue, 33 Floor New York, NY 10106.

Surat kepada Soros Fund itu menggunakan kepala surat AccountAbilty, di mana Anwar merupakan Presiden Kehormat organisasi yang berpengkalan di London yang sering disebut-sebut organisasi pro-Israel, naungan Al Gore, bekas Naib Presiden AS itu.





Sila baca AIDCNews bertajuk “Pendedahan Surat – Surat Anwar Kepada Yahudi : Carl Gershmen – Presiden NED” dan “Pendedahan Surat – Surat Anwar Kepada Yahudi – Soros” untuk mendapat penjelasan lanjut.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depan hari ini melaporkan dua pucuk surat yang didakwa ditulis Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada sebuah organisasi yang mempunyai kaitan dengan sebuah agensi perisikan antarabangsa pada 2007 mendedahkan Ketua Pembangkang itu pernah meminta campur tangan asing untuk memberi tekanan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Surat-surat itu yang dipaparkan menerusi blog AIDC di www.anwaraidc.com hari ini mendedahkan permohonan Anwar kepada Presiden National Endowment Democracy (NED), Carl Gershman bagi tujuan tersebut.

Menurut AIDC, surat bertarikh 18 Jun 2007 dan 29 Julai 2007 itu menggunakan kepala surat AIA yang ditandatangani oleh Anwar dan ditujukan kepada Gershman di Washington D.C.

“AIA adalah singkatan kepada Anwar Ibrahim & Associates, sebuah syarikat milik Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu yang berpangkalan di Virginia, AS.

“Menurut rekod, syarikat itu ditubuhkan pada April 2005 dan berdaftar dengan Suruhanjaya Corporation Virginia,” demikian menurut blog tersebut.

Dakwa blog itu lagi, dalam surat bertarikh 18 Jun 2007, Anwar mengucapkan terima kasih kepada Gershman kerana menjemputnya berucap di The Westminster Address di Library of Congress sempena sambutan 25 tahun pentadbiran bekas Presiden AS, Ronald Reagan.

Anwar dalam surat sama turut memohon kepada Gershman agar memberi bantuan termasuk menghantar pemerhati antarabangsa ke Malaysia semasa pilihan raya umum di negara ini.

Dedah AIDC lagi, surat kedua kepada Gershman bertarikh 29 Julai 2007 pula adalah sebagai susulan kepada surat pertama berkaitan permohonannya meminta NED memainkan peranan membetulkan SPR yang didakwa Anwar tidak lagi berkecuali.

Dakwa AIDC, Gershman seperti didedahkan penulis Thierry Meyssan dalam artikel bertajuk “NED : National Endowment for Democracy – The networks of democratic interference“, adalah seorang berbangsa Yahudi dan ahli neokonservatif di AS.

Blog tersebut dalam pada itu turut mendedahkan sepucuk lagi surat yang dihantar Anwar kepada penyangak mata wang Yahudi, George Soros pada 2006 bagi mengadakan kerjasama dengan organisasi milik Soros iaitu Pengurusan Dana Soros yang berpangkalan di New York.

Blog itu mendakwa, Anwar menulis surat kepada Soros atas kapasitinya sebagai Presiden AccountAbility bagi meminta Soros bertemu dengan Ketua Eksekutif AccountAbility, Simon Zadek untuk menjalinkan kerjasama.

Dakwa AIDC, AccountAbility merupakan sebuah organisasi berpangkalan di London yang sering disebut-sebut sebagai organisasi pro-Israel yang dinaungi oleh bekas Naib Presiden AS, Al Gore dan mempunyai laman web beralamat www.accountability.org

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan kewujudan surat-surat yang ditulis oleh Anwar kepada tokoh-tokoh Yahudi berkenaan.

“Saya sudah melihat surat-surat tersebut dan ia memang ditulis oleh Anwar pada 2006 dan 2007 kepada kedua-dua individu tersebut ketika itu,” katanya.

source : aidc

Sunday, 4 March 2012

BN ada kelebihan - TUN DAIM ZAINUDDIN

BN ada kelebihan - TUN DAIM ZAINUDDIN


TUN DAIM ZAINUDDIN



SEBELUM Pilihan Raya 2008 berlangsung, TUN DAIM ZAINUDDIN adalah satu-satunya tokoh yang secara terbuka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan beberapa negeri dan akan mencatatkan keputusan terburuk dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12) lalu.
Memang mengejutkan apabila ramalan itu terbukti benar dan akhirnya mengakibatkan peralihan kuasa dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Melihat kepada kemungkinan Pilihan Raya Umum ke 13 akan berlangsung pada tahun ini wartawan Mingguan Malaysia ZIN MAHMUD, MOWARDI MAHMUD, MARHAINI KAMARUDDIN, AINUL ASNIERA AHSAN dan HAFIZAHRIL HAMID telah bertemu beliau di pejabatnya pada Khamis lepas.

Beliau seperti biasa seperti mana pertemuan sebelumnya gemar berpakaian ringkas dan sederhana namun kali ini turut sama membawa sekeping kertas dan sebatang pen bersama.

Friday, 2 March 2012

HANGAT DARI S.G. HOTEL - CCTV OSTAD DIBELASAH 20 SAMSENG - FAKTA KES

HANGAT DARI S.G. HOTEL - CCTV OSTAD DIBELASAH 20 SAMSENG - FAKTA KES



Klip video ini hanyalah hiasan semata-mata dan tidak ada kena mengena
dengan yang hidup dan mati pucuk.

1. Kes Kaunseling lebih masa itu berlaku pada pukul 3.00 pagi di Hotel S.G. (Bukan Hotel Seks Ganas)

2. Tertuduh adalah seorang Ostad yang menutup kepalanya dengan kopiah tetapi tidak pernah menutup mulutnya yang terkenal celupur termasuk pernah memaki hamun Mufti Perlis serta menuduhnya sebagai 'Bapak Syaitan'.

3. Tertuduh mendakwa dibelasah oleh hampir seramai 20 orang 'samseng' yang tidak dikenali (mungkin samseng dari Kampong Dusun)

4. Tertuduh juga mendakwa dipukul dan cedera dibelakang kepala, cuping telinga, hujung rambut yang beruban serta mengalami bengkak dan benjol dihujung janggut.

5. Serangan didakwa berlangsung sehinggalah kedatangan Pengawal Keselamatan Hotel yang akhirnya berjaya mengawal keadaan.

6. Serangan samseng berkenaan berlaku pada hari 'Final' pertandingan diantara tertuduh tersebut dengan pasangannya. Bagaimanapun, beberapa malam sebelumnya, perlawanan persahabatan berlangsung dalam suasana aman dan damai dimana Ostad mengakui telah berjaya menjaringkan beberapa gol secara 'hattrick'.

7. Tertuduh mendakwa bahawa jaringan-jaringan gol berkenaan adalah berpunca dari kesalahan UMNO yang terlibat dalam merancang konspirasi berkenaan bagi menconteng arang ke bontotnya.

8. Atas keinsafan dan ilktizamnya serta taksubannya terhadap 'Imam Mahadi Al-Juburi' maka tertuduh rela dalam paksa untuk melepaskan segala jawatannya dalam parti PKR namun berharap akan terus menjadi legenda serta ikon 'Ularmak' pencacai pembangkang.

9. Adesss! Macam susah nak percaya je citer ni! Pas tu salahkan penguatkuasa pulak konon macamana boleh berkerja pada hari cuti? Dah nama penguatkuasa, mestilah sentiasa bersiap sedia untuk bertugas. Cer tanya apakah polis, tentera dan bomba tidak bertugas pada hari cuti? Cer citer! Cer citer!
 
source : brave heart

Anwar MARAH Kecuaian Kakitangan PKR

Anwar MARAH Kecuaian Kakitangan PKR




Ibupejabat PKR semalam senyap sunyi bila menerima panggilan telefon daripada ISLAMABAD.

Di kalangan pegawai tertinggi ibupejabat, penjawat jawatan parti diminta masuk ke dalam meeting dan mendengar beberapa arahan terbaru langsung dari Pakistan.

Sebelum itu, Anwar memberikan sedikit gambaran tentang apa yang berlaku di sana, apa yang telah dicakap, siapa yang telah ditemui – dan semua ini perlu di spin oleh kalangan penggerak sosial media PKR. Nik Nazmi tunduk dan membuat catatan.

Selepas itu, Anwar menyebutkan tentang beberapa perkara.

1. Tindakan cubaan menyuap pihak hotel di Kuantan disentuh oleh Anwar dengan panjang lebar. Pihak ibupejabat sepatutnya lebih berhati-hati dan tidak membuat tawaran secara terbuka begitu. Kita tidak tahu siapa musuh yang berada di kalangan pekerja hotel.

2. Arahan Anwar agar PKR Pahang melakukan usaha ‘damage control’ di kawasan sekitar Kuantan. Kejayaan Himpunan Hijau sedikit sebanyak terganggu oleh insiden Ustaz Badrul Amin. Ini kita kena akui, kata Anwar.

3. Jangan ulang kesilapan bodoh – salah bangunan di Singapura (kes NFC). Dalam pada kita mencari kelemahan dan penipuan orang, jangan membuka pekung dan masalah sendiri. Pastikan info. Selidik maklumat. Semua mesti ‘water-tight’. Jangan main serkap jarang. Rafizi tunduk dan mohon maaf melalui talian. Nyatakan bahawa dia menerima email oleh seorang rakan di PAP mengenai perkara itu. Sewajarnyanya double check info sebelum membuat sidang akhbar. Anwar sangat tegas bab ini. Integriti kes NFC tidak boleh diambil sambil lewa. Ini BULLET utama PKR untuk pilihanraya, tegas Anwar.

4. Saifuddin Nasution – rujuk dan check semula tarikh surat Tun kepada Israel. Selidik secara terperinci. Bandingkan dengan dokumen yang kita ada. Apakah benar isi surat seperti yang telah ditulis oleh Tun.

5. Saifuddin Nasution – atur mesyuarat bersama Phahrolazi (Kedah) dan beberapa orang lain di dalam PAS Kedah. Tertutup. Anwar mahu memainkan peranan membantu menyelesaikan masalah dalam PAS Kedah. Sekadar menjalankan permintaan TG Nik Aziz.

6. Minta ABIM buat kenyataan mengenai politik ganas UMNO/BN.
Talian dihentikan. Semua bersurai kecuali Nik Nazmi, Rafizi, Radin dan Saifuddin. Tak tahu apa yang dibincangkan.

Nada yang digunakan Anwar memang tinggi dan sangat kecewa.

source : gelagat anwar