NUFFNANG

Monday, 2 May 2011

Akibat tak sahut sumpah

Akibat tak sahut sumpah

PROF. MADYA DR. MOHD. RADZI OTHMAN, Pensyarah Jabatan Pengajian Islam (USM).


PERISTIWA mubahalah atau sumpah laknat yang berlaku baru-baru ini adalah sesuatu yang baru kepada umat Islam di Malaysia. Menurut tokoh agama, Prof. Madya Dr. Mohd. Radzi Othman, beliau tidak pernah mendengar sumpah laknat dilakukan di negara ini.

Dalam temu bual dengan wartawan ZULKEFLI HAMZAH, AZMAN ANUAR dan ROKIAH ABDULLAH di pejabatnya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang Jumaat lalu, Dr. Mohd. Radzi menghuraikan secara terperinci mengenai mubahalah.

Pensyarah Jabatan Pengajian Islam itu telah 23 tahun berkhidmat di USM selepas memperoleh ijazah sarjana muda, sarjana dan ijazah kedoktoran dari Universiti Madinah, Arab Saudi. Beliau merupakan pakar bidang hadis, dakwah dan usuluddin.

Berusia 57 tahun, Dr. Mohd. Radzi pernah menjadi ahli Majlis Fatwa Pulau Pinang selama 11 tahun. Sejak 23 tahun lalu, beliau ialah ahli Majlis Fatwa Perlis selain menjadi penasihat syariah Bank Rakyat.

Beliau juga menulis buku dalam bahasa Arab mengenai sejarah sahabat Nabi dan gerakan pembaharuan dalam Islam.

Dalam temu bual selama lebih satu jam itu, Dr. Mohd. Radzi menyifatkan sumpah laknat sebagai perkara serius kerana ia melibatkan maruah seseorang penganut Islam dan ia boleh membawa kepada pelbagai reaksi daripada masyarakat yang pelbagai pengetahuan dan latar belakang.

Katanya: “Tanggapan yang diberi pula datang dalam pelbagai bentuk. Saya khuatir perkara ini boleh membawa kekeliruan, perpecahan dan kekecohan kepada umat Islam. Penyelesaian secara mubahalah sesuatu yang jarang berlaku. Ia satu sejarah pada umat Islam di Malaysia.”

MINGGUAN: Apakah kedudukan sumpah dalam Islam dan adakah sumpah pernah menjadi isu besar dalam sejarah Islam?
DR. MOHD. RADZI: Mengikut sejarah Islam, sumpah secara umumnya adalah perkara biasa. Sumpah boleh berlaku pada bila-bila masa, sama ada dalam mahkamah kalau kes dibawa ke mahkamah atau jika diminta bersumpah ataupun dibuat di luar mahkamah sesama orang Islam. 

Sumpah dibuat bertujuan mendapat kepastian yang lebih tinggi tentang kebenaran sesuatu dakwaan. 

Jika seseorang itu mendakwa sesuatu yang kita tidak pasti, kita boleh memintanya bersumpah. Jika orang tidak meminta kita bersumpah sekali pun, jika kita rasa maklumat yang kita beri tidak dapat diterima dengan baik, kita boleh bersumpah. Ini sumpahan biasa.

Sumpahan adalah sesuatu yang dibuat secara bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan, menguatkan dan menyokong kenyataan-kenyataan kita supaya kebenaran dapat diterima oleh pihak kedua


Sumpah ini ada kategori tertentu atau hanya bagi menentukan kebenaran kes-kes jenayah?
DR. MOHD. RADZI: Tidak hanya dalam kes jenayah, dalam isu pertikaian harta benda pun boleh bersumpah. Sumpah juga boleh dibuat untuk menentukan kebenaran kes-kes peribadi.



Bagaimanakah cara bersumpah yang sah dan betul?
DR. MOHD RADZI: Bersumpah dengan menyebut nama Allah. Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi. Ini lafaz-lafaz sumpah. Lafaz ini hanya digunakan pada perkara-perkara untuk mengukuhkan kebenaran dan dakwaan supaya pihak kedua boleh menerimanya.


Sumpah laknat yang berlaku baru-baru ini, apakah kedududkannya dalam Islam?
DR. MOHD. RADZI: Sumpah yang semacam itu dikenali sebagai mubahalah iaitu bermakna saling melaknat sesiapa yang berbohong antara kedua-dua belah pihak, termasuk orang yang bersumpah. Sumpah laknat melibatkan orang yang bersumpah itu sendiri. Andai kata apa yang disumpah tidak betul, sesuatu yang batil, ertinya orang yang bersumpah juga termasuk dalam mereka yang dilaknat dalam sumpahan itu. Tapi perkara ini jarang berlaku.


Sumpah laknat disebut dalam al-Quran?
DR. MOHD. RADZI: Dalam Surah al-Imran Ayat 61 Allah berfirman yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan ) kamu, maka katakanlah (kepadanya): “Marilah kita memanggil anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan- perempuan kamu, dan diri kami serta diri kami, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.

Latar belakang turunnya ayat itu ialah ada satu kabilah Nasara, Bani Najran, di selatan Semenanjung Tanah Arab bertemu Nabi Muhammad. Mereka ingin mendapatkan perlindungan keselamatan daripada negara Islam melalui Nabi Muhammad. Nabi Muhammad meminta mereka membayar jizyah. Dalam pertemuan itu, mereka enggan membayar jizyah sebaliknya mereka mencabar untuk bermubahalah.

Tetapi akhirnya mubahalah tidak berlaku kerana kabilah Nasara bersetuju membayar jizyah tanpa melakukan sumpah mubahalah. Orang Nasara itu takut melakukan mubahalah kerana merasakan Nabi Muhammad berada di pihak yang betul manakala mereka tidak betul. Hasilnya mereka terpaksa menanggung akibat buruk. Akibat itu bukan sahaja menimpa mereka tetapi turut dilaknat sehingga ke anak cucu. Justeru, kabilah Nasara membuat keputusan untuk menerima sahaja permintaan Nabi.


Akibat buruk dalam sumpah mubahalah, adakah ia memang janji Tuhan atau hanya sumpah manusia?
DR. MOHD. RADZI: Ia memang janji Tuhan. Melalui Ayat 61 Surah al-Imran itu juga pada perenggan yang terakhir, dinyatakan “kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang yang berdusta.”

Apabila kita bermubahalah, Allah akan memberi balasan buruk kepada mereka yang berdusta. Apabila kedua-dua belah pihak bermubahalah, mesti ada salah satunya benar dan salah satunya tidak benar. Melalui ayat itu, Allah menjanjikan balasan buruk kepada pihak yang tidak benar.


Balasan buruk yang Tuhan janjikan itu, adakah kita boleh melihatnya?
DR. MOHD. RADZI: Daripada kes-kes sumpah yang berlaku, ulama-ulama hadis ada merakamkan beberapa kes. Kata Ibn Hajjar, akibatnya tidak melebihi tempoh satu tahun. Tidak melebihi tempoh dua bulan pun ada. Namun di kalangan pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah dilafazkan hanya pada kes-kes yang serius dan pada kes-kes yang besar sahaja. Itu pun selepas dirujuk dengan pelbagai cara lain yang perlu diusahakan untuk menyelesaikan perbalahan dua pihak tadi. Jika ia masih tidak selesai, akhirnya barulah dirujuk kepada cara mubahalah.

Dalam sejarah Syiah, pengikut Syiah banyak merujuk kepada cara mubahalah. Mereka memang lebih suka cara mubahalah.


Bolehkah diberikan contoh-contoh mubahalah yang dilakukan oleh orang Syiah?
DR. MOHD. RADZI: Berdasarkan satu catatan dalam laman web Syiah, terdapat beberapa kes mubahalah yang berlaku pada zaman Jaafar al-Sadiq. Orang Syiah bermubahalah untuk menyelesaikan masalah yang berlaku pada waktu itu. Ketika itu mereka melakukan mubahalah dengan meletakkan jari-jari kedua belah tangan secara berselang seli antara satu sama lain dan kemudian berkata, “Ya Allah, andai kata si polan ini engkar kebenaran dan menerima kebatilan, maka kenakanlah dia dengan balasan daripada langit atau azab daripada engkau, ya Allah, dan melaknatnya sebanyak 70 kali.”

Mubahalah itu dilakukan pada waktu subuh iaitu ketika antara naik fajar hingga naik matahari. Orang Syiah memang biasa dan kerap bermubahalah. Cuma bagi kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah, mubahalah jarang-jarang berlaku. Apabila wujud kes-kes pertelingkahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara lain, baru mubahalah digunakan. Sumpah itu jarang digunakan kerana ia mengakibatkan perkara buruk yang boleh menimpa pihak-pihak yang berkenaan.


Adakah pernah berlaku kes mubahalah dalam sejarah masyarakat Islam di Malaysia?
DR. MOHD. RADZI: Sepanjang pengetahuan saya, saya tidak pernah dengar ia berlaku di Malaysia.


Sumpah laknat atau mubahalah yang dilakukan pada 15 Ogos lalu, apakah balasan-balasan yang boleh berlaku?
DR. MOHD. RADZI: Hanya Allah yang tahu. Antara yang mungkin boleh berlaku seperti kematian secara mengejut atau sakit berpanjangan atau lain-lain. Sumpah biasa sekalipun, kalau tidak benar, ia sudah merupakan satu dosa besar dan orang yang berdusta perlu bertaubat. Mubahalah tentunya lebih serius kerana ia bermaksud laknat Tuhan iaitu dijauhkan daripada rahmat Tuhan. Jadi bila kita dijauhkan daripada rahmat Tuhan, rahmat siapa lagi yang kita harapkan? Dalam mubahalah, kita dijanjikan dengan balasan laknat. Ia boleh berlaku dalam pelbagai bentuk iaitu laknat Allah, laknat Nabi dan laknat para mukminin. Maknanya sumpah itu meminta pihak yang berkenaan dijauhkan daripada rahmat Tuhan.

Manusia dinaungi rahmat Tuhan dan Tuhan memberikan rahmat kepada sesiapa yang dikehendakinya, tidak kira Islam dan bukan Islam. Dalam sumpah laknat, rahmat itu akan dijauhi daripada orang yang berdusta.


Adakah sumpah mubahalah ini sama dengan hukum li‘an yang dinyatakan dalam Ayat 6-10 Surah An Nur?
DR. MOHD. RADZI: Li‘an hanya boleh berlaku di antara suami isteri sahaja iaitu seseorang suami yang bersumpah untuk tidak mendekati isterinya dalam tempoh tertentu manakala mubahalah pula memang ada unsur sumpahan dan ia boleh berlaku di kalangan suami isteri atau sesiapa sahaja.


Apakah cara bermubahalah yang paling tepat?
DR. MOHD. RADZI: Mubahalah tidak tertakluk kepada banyak syarat kerana dalam nas-nas syarak tidak dinyatakan dengan jelas syarat-syarat yang diperlukan. Cuma mubahalah ini boleh dilakukan ekoran daripada perbalahan yang tidak dapat diselesaikan dengan cara biasa melalui perbincangan dan persefahaman. Caranya boleh berlaku di mahkamah di depan hakim jika kes dibawa ke mahkamah. Ia juga boleh dilakukan di luar mahkamah bahkan di mana-mana sahaja. Pada zaman Abdullah Ibn Abbas Al-Auzar dan Syuraih Al-Qa‘di, mubahalah pernah berlaku di dalam masjid dan di luar masjid selepas kesepakatan kedua-dua pihak untuk sama-sama merujuk kepada pendekatan mubahalah untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi.


Apakah syarat-syarat khusus mubahalah?
DR. MOHD. RADZI: Apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk bermubahalah maka pihak yang berkenaan perlu bersumpah dengan lafaz Waallahi, Wabillahi dan Wataallahi dan kemudian terus menyebut masalah yang dimaksudkan dan pada akhirnya dengan menyatakan laknat Allah kepada mereka yang berdusta atau laknat Allah terhadap dia yang bersumpah andai kata dia berdusta.


Adakah ada syarat-syarat tertentu yang lain?
DR. MOHD. RADZI: Tidak ada syarat tertentu, tapi ketika Nabi Muhammad mahu bermubahalah dengan kabilah Nasara, Bani Najran, baginda membawa anaknya, Siti Khadijah, menantunya Saidina Ali serta cucunya Hasan dan Husin sebagai saksi.

Bagaimanapun, kes pada zaman Rasulullah itu tidak berakhir dengan mubahalah. Ketika mubahalah, kedua-dua pihak boleh hadir secara bersama ataupun satu pihak sahaja manakala pihak yang lagi satu yang melakukan mubahalah secara berasingan juga dianggap mubahalah.


Dalam sesuatu isu yang dipertikaikan, kalau satu pihak sahaja bersumpah laknat manakala pihak yang dituduh tidak mahu bersumpah, apakah kedudukan mubahalah itu?
DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sebegitu di mana ada pihak yang engkar iaitu tidak mahu bersumpah, kebenaran memihak kepada pihak yang bersumpah.


Kalau kedua-dua yang menuduh dan dituduh bersumpah laknat, apa pula kedudukannya?
DR. MOHD. RADZI: Dalam kes sumpah laknat, kita akan dapat lihat petanda-petanda awal yang boleh membawa kepada kebatilan. Sumber-sumber agama tidak menyebut secara jelas tentang petanda-petanda yang berkenaan kerana perkara seumpama itu jarang berlaku di kalangan kita pengikut Ahli Sunah Wal Jamaah dan ia tidak diperbesar-besarkan. Bagaimanapun, ulama-ulama Syiah mencatatkan bahawa tidak lama selepas mubahalah berlaku kejadian seperti orang yang berdusta tidak boleh bercakap, cakapnya tidak lancar, tergamam, terjatuh dan bermacam-macam lagi. Sejauh mana kebenarannya tidak pula diketahui.

Apa yang penting ialah pihak berkenaan telah bersumpah dan yang kedua pula menyahut cabaran itu dengan bersumpah, jadi kita tengoklah di antara kedua belah pihak itu apa yang akan berlaku. Ulama Ibn Hajar Al Salam as Qualani pernah berkata, pada pengetahuannya, akibat sumpah akan dapat dilihat tidak lebih daripada satu tahun.


Bagaimana pula jika kes yang dipertikaikan itu dibawa ke mahkamah?
DR. MOHD. RADZI: Bagi kes yang dibawa ke mahkamah, mubahalah boleh berlaku di mahkamah andai kata pihak mahkamah merasakan pihak yang terbabit perlu bermuhabalah. Tujuan mubahalah adalah untuk mencari kebenaran. Antara dua pihak yang terlibat, walau apa pun yang diperkatakan, mereka sudah tentu lebih mengetahui perkara sebenar daripada mana-mana pihak yang lain. Kekeliruan mungkin berlaku apabila salah seorang enggan bercakap benar, menyebabkan pihak yang merasakan dia berada di pihak yang benar inginkan pembelaan. Maka mubahalah menjadi jalan penyelesaian yang terbaik.


Adakah mubahalah adalah sebahagian daripada hukum Islam?
DR. MOHD. RADZI: Mubahalah adalah sebahagian daripada hukum hakam Islam untuk menyelesaikan masalah yang berlaku bukan sahaja untuk Islam sesama Islam tetapi juga antara orang Islam dan pihak bukan Islam. Ia boleh dibuat dalam mahkamah dan boleh juga di luar mahkamah bergantung kepada persetujuan antara kedua belah.


Dalam mubahalah yang baru berlaku, timbul isu mubahalah telah dieksploitasi oleh pihak lain?
DR. MOHD. RADZI: Isu dieksplotasi, itu perkara lain. Yang penting, mubahalah adalah untuk menyelesaikan masalah.
Dalam satu kes mubahalah pada 15 Ogos lalu, timbul persoalan kononnya cara orang yang bersumpah laknat 
memegang al-Quran macam perbuatan orang Kristian. 


Apakah haram memegang al-Quran ketika bersumpah?
DR. MOHD. RADZI: Memang dalam kes mubahalah atau sumpah biasa tidak diperlukan memegang al-Quran atau junjung al-Quran ketika bersumpah atau bermubahalah. Akan tetapi jika ada yang berbuat demikian tak adalah boleh disamakan dengan amalan orang Kristian.Bersumpah atau bermuhabalah mengikut hukum syarak, seseorang yang bersumpah hanya bersumpah dengan nama Allah tidak boleh selain daripada Allah. Begitu juga mubahalah, hanya bersumpah dengan nama Allah dan juga melaknat pihak yang berdusta.


Apakah cara sumpah laknat yang betul?
DR. MOHD. RADZI: Cukup dengan hanya lafaz sumpah Waallahi, Wabillahi dan Watallahi dan ditambah pengakuan ‘Aku melakukan perbuatan atau aku tidak melakukan perbuatan yang dituduh itu’. Itu sudah cukup.
Dalam kes mubahalah, seseorang kena tambah ungkapan laknat Allah terhadap orang yang berdusta termasuk dirinya yang bersumpah andai kata dia berdusta.

source : utusan

GEMPAR! MINGGU DEPAN AKAN ADA SATU LAGI PENDEDAHAN TERGEMPAR PASAL ANUWAR OMEGA! / VIDEO SEKS VERSI HD (HIGH DEFINITION) PUN ADA??? / VIDEO LUCAH ANWAR: VERSI CLEAR SUDAH ADA!!! / APA KATA MANTAN MUFTI PERLIS DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN TENTANG SUMPAH MUBAHALAH




GEMPAR! MINGGU DEPAN AKAN ADA SATU LAGI PENDEDAHAN TERGEMPAR PASAL ANUWAR OMEGA!

Nicky Ajis berkata bahawa Anuwar Omega dianiaya! Klik sini.

Kita nak tanya Nicky Ajis siapa aniaya dia brader? Inilah masalahnya dengan Murshitdol HamPAS ni. Dia main tembak je apa benda yang dia nak cakap, pada hakikatnya Nicky Ajis tahu bahawa orang dalam video tu adalah Anwar Omega sendiri sebenarnya! 

Sebab itu statement dari Nicky pun sekadar melepas batuk ditangga je, PAS setakat ini nampaknya banyak mendiamkan diri sebenarnya. Apa yang aku difahamkan bahawa PAS menanti keputusan siasatan pihak polis! Nicky Ajis pun tahu perkara ini dan dia pun turut bersetuju.

Kepada pihak polis pulak, apa nak ditunggu lagi? Dah selesai kan siasatan tersebut? Jadi kenapa masih membisu? Bagitau jelah siapa pelakon sebenar dalam video tu? Nak tunggu apa lagi? Aku tak faham la beb. Kata hari tu dah siap dan dah bagi kat AG pastu AG pulang balik kat polis. Ni apa cerita ni sebenarnya ni?

Aku nak share dengan korang sikit la ya, aku diberitahu bahawa Dato Eskay akan membuat pendedahan yang lagi besar minggu depan. Apakah pendedahannya nanti aku tak tau tapi dari apa yang aku difahamkan ianya adalah sesuatu yang amat besar dan ianya juga akan membuatkan seluruh rakyat Malaysia akan kenal siapa Anwar sebenarnya!

Kau tunggu Anwar! Siap kau, aku nak tengok kau nak petik nama siapa pulak lepas ni...tungguuu...


source : house pk



VIDEO SEKS VERSI HD (HIGH DEFINITION) PUN ADA???


Dah terdengar-dengar ada video yang versi lebih jelas dan terang...korang nie biar betul, lenkali bagi terus la yang itu, buat pening kepala penyokong-penyokong PKR nie jer..SINI
source : pilihan anda

VIDEO LUCAH ANWAR: VERSI CLEAR SUDAH ADA!!!

Makin dinafikan, makin menjadi-jadi pula penyiaran video lucah Anwar Ibrahim. Dari satu video, alasan diberikan untuk membuat penafian, keluar pula video yang sama tetapi dengan gambaran yang semakin jelas, namun alasan dan dalih tetap diberikan untuk menafikan pembabitan Anwar Ibrahim.

Sudah ada versi yang lebih jelas dan sangat meyakinkan sedang berada di Internet. Walaupun video berkenaan telah dimuatnaik ke Youtube dan kemudian dibuang, namun versi berkenaan sudah pun wujud. Isyarat daripada pemuatnaik fail berkenaan sangat jelas. Semakin dinafikan, mutu visual yang dipersembahkan untuk tatapan dan pihak penafi untuk 'up-grade' alasan, juga perlu dipertingkatkan dengan menolak teori penafian sebelumnya.

Semakin Anwar dikatakan tidak bersalah, dan semakin Anwar sibuk berselindung di belakang dalih agama untuk menolak pembabitannya, nampaknya semakin tersepitlah Anwar dengan cerita-cerita mitos dan dongengannya.

Versi 'clear' sudah ada dan ia tidak akan mengambil masa untuk blog-blog mahupun portal berita yang tidak berpihak kepada Anwar Ibrahim untuk menyiarkannya secara beramai-ramai.

Wang ringgit Anwar Ibrahim nampaknya tidak mampu menyelindungkannya lagi. Air liur dan jampi mantera Anwar Ibrahim juga kian tidak laku dan membengkokkan hati orang ramai yang semakin yakin dengan cerita serta video yang lebih meyakinkan berbanding alasan dan dalih Anwar Ibrahim serta usaha 'cover-up' pencacai Anwar!
source : the flying kick

APA KATA MANTAN MUFTI PERLIS DR MOHD ASRI ZAINAL ABIDIN TENTANG SUMPAH MUBAHALAH
Menurut mantan Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainal Abidin, mubahalah membawa pengertian berikut:

“Dua pihak berkumpul bersama ahli keluarga kemudian kedua-dua pihak memohon agar Allah swt melaknat sesiapa yang berdusta antara keduanya pada perkara yang mereka berselisih dalam hal agama.”

Peristiwa mubahalah disebut dalam Al Quran, ayat 61 Surah Ali Imran, yang bermaksud, “Kemudian sesiapa yang membantahmu (wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka:

“Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu.

“Kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.”

tak kira bagaimana caranya untuk mengangkat sumpah yang betul, pokok pangkalnya Eskay dah cabar anuwar supaya bersama2 dia bersumpah di masjid. Cabaran tu di buat secara terbuka dan sesiapa saje boleh saksikan. Masalahnya orang yang dia cabar tu iaitu anuwar al jubory wal toteyti TAK BERANI!..sekali lagi di ulang..TAK BERANI nak bersumpah muhabalah!!

Anuwar TAK BERANI nak cari jalan penyelesaian! Anuwar TAK BERANI nak membela atau bersemuka dengan kebenaran! Anuwar TAK BERANI nak mengadap muke jijah, anak2 dia dan pengikut2 dia! dan yang paling penting Anuwar TAK BERANI nak berdepan dengan kemurkaan allah s.w.t.

sebenarnya ramai pengikut2 anuwar yang mahukan pengakuan bersumpah keluar dari mulut anuwar sendiri. Mereka tak tahan menanggung azab apabila video tersebut benar2 telah menimbulkan banyak keraguan dan sejauh mana keikhlasan anuwar sebagai ketua pakatan.

Mereka tak sangka Eskay tanpa rasa ragu2 berani bersumpah walaupun dia di ugut dalam kejadian kelmarin. Ini sikit sebanyak cukup memberi tamparan hebat akan kredibiliti anuwar yang sebenar.

Perlu di ingat ini bukan kali pertama anuwar enggan mengangkat sumpah!. Saiful, DS najib, Eskay telah pun bersumpah. Bukan tu saje. DS najib rela memberikan dna beliau seperti yang di minta oleh anuwar al jubury wal toteyti berbanding dirinya sendiri.

Bukankah itu semua tindakan anuwar yang TAK BERANI menghadapi kebenaran?? Gini je lahh..orang yang berani dan benar tak perlukan banyak alasan! kehkehkeh >|D
source : final war the last rite




Sunday, 1 May 2011

3 perkara yang Anwar Ibrahim paling takut !!

Pentas Pemuda: 3 perkara yang Anwar Ibrahim paling takut !!


PB tabik spring la kepada penceramah hebat UMNO  Ustaz Kamal Saidin , Pegawai Khas Agama MB Terengganu   semalam di Pentas Pemuda " Bongkar "  di Taman Hj Mohd Amin yang mana mendedahkan kepada umum bahawa 3 perkara paling ditakuti oleh pemimpin anugerah Tuhan PKR Datuk Seri  Anwar Ibrahim.

Ustaz Kamal Saidin  mendedahkan 3 perkara tersebut  ialah SUMPAH ,  DNA dan JAM OMEGA !

Semua benda ini kalau pergi tanya kepada Anwar Ibrahim , sudah tentu dia akan maki dan mengamuk..haha  


source : pejuang bangsa

KEKELIRUAN TENTANG QAZAF: SATU PENJELASAN

KEKELIRUAN TENTANG QAZAF: SATU PENJELASAN

by Jabatan Penerangan Malaysia on Thursday, 11 February 2010 at 09:34


Berpandukan pandangan Ulama Muktabar.

Soalan 1 : Apakah pengertian qazaf?

Jawapan : Para ulama berbeza pendapat dalam mendefinisikan qazaf seperti berikut:

i. Menurut Mazhab Syafie, Maliki, Hambali dan pegangan dua murid kanan Imam Abu Hanifah¹, iaitu Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina atau liwat'².

ii. Pada pandangan Imam Abu Hanifah, qazaf ialah 'menuduh seseorang melakukan zina sahaja'³. Justeru, menurut beliau, perbuatan menuduh seseorang melakukan liwat, tidak boleh dikenakan hukuman qazaf ⁴. Hukumannya ialah ta’zir⁵.

Soalan 2 : Adakah seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, boleh dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat, TIDAK BOLEH dikenakan hukuman qazaf apabila dia dapat membawa empat orang saksi⁶. Dalam keadaan ini, hukuman hudud akan dijatuhkan ke atas perogol atau peliwat⁷, bukannya pengadu.

Soalan 3 : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan rogol atau liwat, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, adakah akan dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Apabila mangsa rogol atau liwat membuat aduan, tetapi TIDAK DAPAT membawa empat orang saksi, hendaklah dilihat :

i. Jika dia tidak dapat membawa sebarang bukti⁸ yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, dia akan dikenakan hukuman qazaf kerana telah menuduh orang lain berzina atau meliwat tanpa sebarang bukti.
Firman Allah⁹, “Dan orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan yang baik-baik, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima penyaksian mereka selamanya; dan mereka adalah orang yang fasik”.

ii. Jika dia membawa bukti yang menunjukkan berlakunya kejadian rogol atau liwat, dia akan dibebaskan dan tidak dikenakan hukuman qazaf¹⁰.

Soalan 4 : adakah ini bermakna seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, tanpa membawa empat orang saksi, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf?

Jawapan : Ya. Seseorang yang mengadu dirogol atau diliwat oleh seseorang yang lain, TIDAK terus dikenakan hukuman qazaf walau pun gagal membawa empat orang saksi.

Berdasarkan keterangan ulama, boleh disimpulkan, setiap aduan rogol atau liwat perlu melalui proses berikut:

i. Pihak berkuasa perlu mengumpul bukti-bukti yang menunjukkan mangsa betul-betul dirogol atau diliwat;

ii. Apabila terdapat bukti yang menunjukkan pengadu memang dirogol atau diliwat, pengadu akan dibebaskan tanpa dikenakan sebarang hukuman¹¹;

iii. Jika pengadu tidak mampu mengemukakan sebarang bukti, atau pihak berkuasa tidak menemui apa-apa bukti yang menunjukkan pengadu betul-betul dirogol atau diliwat, pengadu boleh dikenakan hukuman qazaf. Ini kerana pengadu tersebut telah menuduh seseorang melakukan zina atau liwat tanpa sebarang bukti.

Dalil kenyataan-kenyataan di atas ialah keterangan Imam Abd al-Bar. Beliau menyatakan:
Para ulama telah berijma’¹² bahawa perogol [dikenakan]¹³ keatasnya [hukuman] hudud jika terdapat bukti yang mensabitkan [hukuman] hudud [ke atasnya]¹⁴ atau dia mengakuinya¹⁵. Jika tidak ada [bukti yang boleh mensabitkan hukuman hudud], maka [dikenakan] ke atasnya¹⁶ hukuman¹⁷ dan tiada sebarang hukuman ke atasnya¹⁸ apabila terbukti bahawa dia¹⁹ memaksa dan mendesaknya²⁰ [melakukan zina tanpa kerelaannya]. [Wujudnya paksaan melakukan zina] itu diketahui dengan [adanya kedengaran] tempikan [mangsa], [suaranya] meminta pertolongan dan jeritannya, serta [diketahui wujudnya paksaan melakukan zina apabila dikenal pasti] dia seorang gadis, yang boleh diketahui melalui darahnya²¹ dan seumapanya yang boleh menerangkan keadaannya [bahawa dia dipaksa]²² ...Kami tidak mengetahui [wujudnya] sebarang khilaf²³ di kalangan ulama bahawa [wanita] yang dipaksa [melakukan zina] tiada [sebarang hukuman] hudud²⁴ [dikenakan] ke atasnya apabila terbukti [wujudnya] paksaan [keatas] nya dengan [bukti-bukti seperti yang] kami sebutkan dan [yang] seumpamanya”

Soalan 5 : Apakah bukti yang boleh digunakan bagi menunjukkan berlakunya jenayah rogol atau liwat?

Jawapan : Seperti yang disebutkan oleh sesetengah ulama zaman silam²⁵, bukti tersebut seperti:

i. Mangsa datang melapor kes rogol atau liwat sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan kemaluannya berdarah jika dia seorang gadis;

ii. Mangsa didengari berteriak meminta tolong; atau

iii. Tertuduh dilihat membawa masuk mangsa ke dalam rumahnya²⁶ secara paksa.
Pada zaman sekarang, kajian saintifik boleh digunakan sebagai bukti kes rogol atau liwat seperti laporan perubatan, ujian DNA, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan sebagainya.

Soalan 6 : Apakah dalil yang menunjukkan bahawa mangsa rogol atau liwat, tidak dikenakan hukuman qazaf bila menuduh seseorang merogol atau meliwatnya dengan membawa bukti seperti yang dinyatakan?²⁷.

Jawapan : Dalilnya iala keterangan Imam al-Baji²⁸. Beliau berkata :
“Jika kedua-dua³⁰ orang [saksi] tidak melihatnya³¹ dipaksa [melakukan persetubuhan] dan [tidak juga menyatakan] kemungkinan dia dipaksa [melakukan persetubuhan]³², tetapi dia datang [kepada pihak berkuasa] sambil berpaut padanya³³ dalam keadaan berdarah³⁴ jika dia [seorang] gadis, atau [datang sambil berpaut pada tertuduh dalam keadaan] tidak berdarah jika dia seorang janda... maka dalam kitab Ibn al-Mawaz [yang memetik] daripada Abdul Malik dan [ulama-ulama] selainnya, [dinyatakan bahawa] “dia tidak dikenakan [hukuman] hudud³⁵ disebabkan tuduhannya ke atasnya³⁶”.

Soalan 7 : Jika mangsa rogol atau liwat tidak mampu mendatangkan empat orang saksi, tetapi dapat membawa bukti-bukti seperti yang dinyatakan³⁷, bagaimana dengan tertuduh?

Jawapan : Jika mangsa dapat mengemukakan bukti-bukti yang menunjukkan dia dirogol atau diliwat, tertuduh dikenakan hukuman seperti berikut:

i. Membayar wang dalam jumlah yang sama dengan mas kahwin semasa kepada mangsa³⁸. Hukuman ini dikenakan dengan dua syarat, iaitu terdapat saksi yang melihat tanda-tanda berlakunya jenayah rogol atau liwat³⁹; dan mangsa bersumpah bahawa dia telah dirogol⁴⁰.

ii. Hakim boleh mengenakan hukuman ta’zir-iaitu hukuman yang diserahkan kepada budi bicara hakim-ke atas tertuduh seperti hukuman denda, penjara, sebat, buang daerah dan sebagainya.

iii. Hukuman ta’zir wajib dikenakan ke atas setiap individu yang melakukan maksiat yang tidak ditentukan hukumannya oleh syarak⁴¹.

[PERBICARAAN KES QAZAF MENURUT PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN UNDANG-UNDANG SYARIAH MALAYSIA]

Soalan 8 : Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, mahkamah manakah yang mempunyai kuasa membicarakan kes rogol atau liwat?

Jawapan : Menurut Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, kes yang tidak melibatkan Undang-undang Keluarga Islam, dan kes tersebut berada di bawah kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, mahkamah yang berhak membicarakannya ialah mahkamah sivi atau jenayah, bukannya Mahkamah Syariah.

Soalan 9 : Mengikut Undang-Undang Syariah di Malaysia, adakah mangsa yang mengadu dirogol atau diliwat, akan dikenakan hukuman qazaf apabila gagal membawa empat orang saksi?

Jawapan : Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkan kesalahan qazaf HANYA dikenakan ke atas seseorang yang TIDAK TERLIBAT dalam perbuatan zina atau liwat, yang menuduh seseorang yang lain melakukan zina atau liwat.

Ini bermakna, akta ini tidak merangkumi mangsa atau orang yang melakukan zina atau liwat itu sendiri, yang mendakwa perogol merogolnya atau menyatakan pasanganya melakukan zina dengannya.

______________________________________

1. Iaitu pengasas Mazhab Hanafi

2. Majid Muhammad (1997), al-Hudud Fi al-Fiqh al-Islami, Kuwait: Maktabah al-Falah, hlm 75

3. Ibid

4. Humana qazaf iaah 80 kali sebatan

5. Ta’zir ialah hukuman yang dijatuhkan berdasarkan budi bicara hakim. Lihat al-Zuhayli, Wahbah (1989), al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuh, cetakan ketiga, Damsyiq : Dar al-Fikr, jld 6 hlm 18.

6. Iaitu empat orang saksi yang menyaksikan kejadian rogol atau liwat.

7. Menurut pandangan Imam Abu Hanifah, peliwat hanya akan dikenakan hukuman ta’zir, bukannya hukum hudud. Lihat Ibn al-Hamam, Kamaluddin Muhammad Ibn Abdul wahid, Fath al-Qadir, Damsyiq : Matba’ah Mustafa al-Hilabi, Jld.5, hlm. 263

8. Contoh-contoh bukti yang boleh digunakan akan dinyatakan selepas ini.

9. Surah an-Nur :4

10. Dalil kepada kenyataan ini akan dinyatakan pada halaman berikutnya.

11. Dalam keadaan ini, yang dikenakan hukuman ialah tertuduh seperti yang akan dijelaskan.

12. Ijma’ ialah “persepakatan para mujtahidin dari kalangan umat Nabi Muhammad s.a.w setelah kewafatan baginda s.a.w, dalam mana-mana zaman, berkenaan sesuatu hukum syarak”. Lihat al-Zuhayli, wahbah (1986), Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyiq : Dar al-Fikr, Jld. 1, hlm 490.

13. Perkataan dalam [ ] adalah tambahan penulis bagi menerangkan maksud asal teks.

14. Iaitu empat orang saksi yang melihat dengan jelas kejadian rogol tersebut seperti melihat pen dimasukkan ke dalam tudungnya. Apabila wujud saksi seperti ini, progol dikenakan hukuman hudud.

15. Yakni mengakui bahawa dia merogol. Pengakuan tertuduh dianggap bukti yang boleh dijatuhi hukuman hudud.

16. Iaitu tertuduh.

17. Kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa seseorang yang dituduh merogol tetap akan dihukum apabila terdapat bukti. Jika bukti yang ada adalah selain daripada empat orang saksi-akan dinyatakan selepas ini-, tertuduh dikenakan hukuman ta’zir. Dengan ini, dapat difahami, dalam kes rogol, empat orang saksi diperlukan bagi mensabitkan hukuman hudud ke atas perogol. Tetapi bagi membebaskan mangsa rogol dari hukuman qazaf, empat orang saksi tidak diperlukan. Yang diperlukan hanyalah bukti-bukti yang akan disebut selepas ini-yang menunjukkan berlakunya kes rogol.

18. Iaitu mangsa rogol yang mengadu kes rogol.

19. Iaitu tertuduh.

20. Iaitu pengadu.

21. Iaitu darah yang keluar dari kemaluannya akibat dirogol.

22. Keterangan Imam Abd a-Bar ini bermakna bukti-bukti yang menunjukkan seseorang pengadu dirogol, tidak terhad kepada apa yang dinyatakan dalam teks di atas.

23. Perselisihan pandangan.

24. Samada hukuman zina atau qazaf.

25. Iaitu Imam al-Baji dalam kitabnya al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Imam Malik seperti yang akan dinyatakan dan Imam Abd al-Bar dalam kitabnya al-Istizkar seperti yang telah disebutkan sebelum ini.

26. Iaitu rumah tertuduh

27. Lihat jawapan bagi Soalan 5

28. Beliau merupakan ulama dari Mazhab Maliki.

29. Al-Baji, Sulaiman Ibn Khalaf (1999), al-Muntaqa Syarh Muwatto’ Malik, Beirut : Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Jld 4 hlm. 21.

30. Imam al-Baji menyebut ‘kedua-dua saksi’ kerana sebelum petikan di atas beliau memperkatakan tentang wanita yang mendakwa dirogol tanpa membawa empat orang saksi. Maka ‘dua orang saksi’ diambil sebagai contoh bagi saksi yang kurang daripada empat orang.

31. Iaitu wanita yang mendakwa dirogol.

32. Maksudnya saksi tidak memberikan sebarang keterangan yang menunjukkan kemungkinan mangsa dirogol seperti melihat mangsa dilarikan, mangsa dikasiri tertuduh dan sebagainya.

33. Iaitu pada tertuduh

34. Maksudnya dalam keadaan kemaluannya berdarah.

35. Iaitu hukuman qazaf.

36. Iaitu tertuduh

37. Lihat jawapan bagi soalan 5.

38. Dalam menentukan kadar semasa mas kahwin hendaklah dilihat kepada status, pendidikan, tempat tinggal mangsa dan sebagainya.

39. Seperti tertuduh dilihat membawa mangsa masuk ke dalam rumanya secara paksa seperti yang dinyatakan.

40. Al-Baji (1992), op.cit, jld 4, hlm 21.

41. Zaydan, Abdul karim (1992), Usul ad-Da’wah, Baghdad : Maktabah al-Quds, hlm. 293


Sumber daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)


kzso : wallahualam...

Trio Datuk T tidak gentar / Dua Datuk T terima ugutan lapor polis / Penyokong patut desak Anwar sumpah laknat / Menanti pengakuan Anwar / Anwar patut sumpah nafi tuduhan / Apa Kata Bekas Mufti Negeri Perlis..... (Tentang Sumpah Mubahalah)

Trio Datuk T tidak gentar



Rahim Tamby Chik menunjukkan kertas yang disebarkan kepada orang ramai pada sidang akhbar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, semalam.



KUALA LUMPUR 30 April - Meskipun dicemuh, dihina dan diugut oleh penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum dan selepas Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat semalam, namun trio Datuk T menegaskan bahawa mereka tidak gentar dengan segala bentuk tekanan tersebut.

Sebaliknya, bagi trio berkenaan iaitu Shazryl Eskay sendiri, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, apa yang berlaku membuatkan mereka bersemangat untuk terus menegakkan kebenaran.

Mengecam tindakan provokasi dan huru-hara yang dicetuskan segelintir penyokong PKR sewaktu sumpah laknat Shazryl Eskay di ruang solat Masjid Amru Al-As di sini semalam, trio itu melontarkan persoalan kepada pihak terlibat mengapa perlu takut dengan tindakan mereka.

Menurut Shazryl Eskay, apa yang dilakukan penyokong parti berkenaan di masjid itu cukup memalukan.

"Saya sedih kerana kekecohan itu tidak sepatutnya berlaku. Kami pergi dengan niat baik dan telah meminta kebenaran ahli jawatankuasa masjid untuk melakukan sumpah laknat.

"Kami bukan cabar dia (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Kami ajak dia bersumpah laknat bersama. Selepas Anwar tidak hadir, orang lain janganlah kacau. Kami ke masjid bukan untuk bergaduh.

"Tak patutlah berlaku. Selain Islam, kita sebagai orang Melayu, ada adat dan budaya hormat-menghormati. Amalan gangster janganlah ditunjukkan dalam masjid," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Shazryl Eskay melafazkan sumpah laknat bagi membuktikan Anwar yang juga Penasihat PKR merupakan pelaku dalam rakaman video aksi seks melibatkan seorang pelacur dipercayai dari China.

Shazryl Eskay berkata, sebelum melangkah masuk ke ruang solat masjid berkenaan untuk melakukan sumpah laknat, Allah memberi sumber kekuatan biarpun tahu beliau dan dua lagi rakannya akan 'dihimpit' dengan segala cemuhan dan tentangan.

"Sebelum pergi, kami ada terima panggilan supaya membatalkan hasrat (bersumpah) kerana berlaku kekecohan. Tetapi kami nekad dan tetap pergi. Kami tidak gentar dengan Anwar dan sesiapa sahaja yang cuba menghalang," tegas beliau.

Mengenai ugutan yang diterima, Shazryl Eskay berkata: "Ia tidak perlu dilayan. Saya tidak mahu sebut apa bentuk ugutan tersebut. Apa pun yang berlaku, ini adalah perjuangan kami dalam menegakkan kebenaran."

Sementara itu, Abdul Rahim dalam sidang akhbar di Bangi turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan provokasi yang dilakukan penyokong Anwar di masjid tersebut.

Tindakan sedemikian katanya, jelas menunjukkan bahawa kepimpinan parti berkenaan terlalu menumpu kepada melahirkan penyokong yang fanatik, taksub dan tidak boleh menerima hakikat.

"Kenapa usaha menegakkan kebenaran ditakuti? Sepatutnya usaha itu dipermudah dan tidak ditentang. Saya malu kerana masjid dijadikan 'sarkas politik' oleh pihak tidak bertanggungjawab dan tindakan terbabit perlu dikecam.

"Kepada Pas, saya mengalu-alukan tindakan mereka untuk membuat ketetapan baru selepas siasatan terhadap video seks itu selesai," katanya.

Abdul Rahim berkata, laporan polis telah dibuat selepas menerima ugutan pihak tidak dikenali yang mengancam untuk mencederakannya dan ahli keluarganya beberapa minggu lalu.

source : utusan




Dua Datuk T terima ugutan lapor polis 


2011/05/01

pix_gal0
BANGI: Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Tamby Chik mendakwa beliau dan seorang lagi trio ‘Datuk T’ iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah menerima ugutan serta ancaman keselamatan daripada pihak tidak dikenali. 

Beliau berkata, ugutan serta ancaman berkenaan diterimanya beberapa minggu lalu selepas mendedahkan video seks yang dikatakan mirip wajah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, pihak terbabit juga bukan saja mengugut serta mengancam untuk mencederakan dirinya, malah ahli keluarga mereka.
“Saya menerima ugutan daripada pihak tidak dikenali mahu mencederakan saya serta ahli keluarga beberapa minggu lalu dan saya sudah membuat laporan polis berhubung perkara itu. 

“Bukan saya saja, malah (Datuk) Shazryl Eskay juga turut menerima ugutan sama,” katanya semalam, selepas menyampaikan ucaptama Program Memperkasakan Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu serta UMNO Bahagian Serdang. 

Rahim menggesa polis mendedahkan segera identiti pelaku dalam video seks berkenaan supaya rakyat tidak terkeliru. 

Sementara itu, empat laporan polis dibuat oleh tiga individu ekoran kekecohan dicetuskan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika majlis sumpah laknat oleh Shazryl Eskay di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, petang kelmarin. 

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub, Pahang; Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka dan Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh, Kelantan petang dan malam kelmarin manakala satu lagi laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, ibu negara, petang semalam. 

Semua laporan berkenaan dibuat tiga individu berkenaan yang meminta supaya pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mencetuskan huru-hara ketika di dalam masjid berkenaan termasuk melakukan provokasi. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya sudah menerima semua laporan itu dan akan menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang dinyatakan. 

“Kita akan menyiasat mengikut saluran undang-undang termasuk menyiasat dakwaan menyatakan pihak pembangkang cuba merampas pembesar suara surau berkenaan serta bertindak kasar terhadap jemaah,” katanya

source : bharian


Penyokong patut desak Anwar sumpah laknat

KUALA LUMPUR 30 April - Penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) seharusnya membuat 'kecoh' untuk memaksa pemimpin mereka, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersumpah laknat dan bukannya menghalang pihak lain daripada berbuat demikian.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, cubaan menghalang Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersumpah laknat semalam memperlihatkan bahawa penyokong PKR takut dan menolak kepada kebenaran.

"Lagi pun yang akan menanggung akibat daripada sumpah laknat itu nanti ialah Eskay (Shazryl Eskay), bukannya Anwar. Jadi kenapa mereka perlu takut dan mahu menghalang sampai begitu sekali," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada tindakan sekumpulan penyokong PKR yang cuba menghalang dan membuat kecoh semasa Shazryl Eskay mahu membuat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul di sini semalam.

Shazryl Eskay yang ditemani bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat sumpah laknat bahawa beliau dan Anwar berada dalam paparan rakaman video aksi seks yang kini sudah tersebar di Internet.

Sementara itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas terhadap penyokong PKR kerana apa yang berlaku semalam jelas mengganggu ketenteraman awam.

Apa yang lebih memalukan kata beliau, perbuatan biadap itu berlaku di dalam masjid hanya semata-mata mahu mempertahankan seorang pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral.

"Kita berharap pihak berkuasa tidak hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh terhadap pihak-pihak yang menggunakan hukum rimba sehingga menyusahkan pihak lain," katanya.


source : utusan



Menanti pengakuan Anwar

BANYAK perkembangan menarik sepanjang minggu ini. Paling mendapat perhatian ialah mubahalah atau sumpah laknat oleh Shazryl Eskay Abdullah, bekas rakan karib, Anwar Ibrahim di sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur, kelmarin.

Sumpah itu dilakukan bagi membuktikan Anwar adalah pelaku di dalam video seks melibatkan seorang pelacur.

Biarpun dihalang oleh sekumpulan penyokong Anwar dan ahli PKR, beliau tetap meneruskannya.

Eskay bersama Rahim Thamby Chik dan Shuib Lazim menghadapi detik yang cemas dalam kejadian semalam angkara ahli PKR termasuk bukan Islam merempuh masuk ke dalam masjid untuk mengagalkan upacara sumpah laknat itu.

Awang tidak faham kebodohan para penyokong Anwar terutama segelintir ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR.

Untuk apa menghalang upacara itu kerana Islam membenarkan umatnya berbuat demikian jika perlu?

Kalau Anwar dan sesiapa dalam PKR mahu bersumpah laknat juga tidak wajar dihalang.

Sudahlah pemimpin PKR itu takut bersumpah laknat, janganlah menghalang orang lain bersumpah.

Mana-mana orang Islam tidak boleh membenarkan keadaan di mana orang yang mahu menegakkan kebenaran, dimusuhi sedangkan orang yang melakukan maksiat serta penipuan dijulang.

Ini budaya songsang yang bercanggah dengan ajaran Islam. Awang pun tidak tahu berapa lama lagi para penyokong Anwar yang taksub ini akan terus tertipu.

Dalam kejadian kelmarin, jika pun Anwar mengarahkan mereka membuat kacau, janganlah sampai mencemari kesucian masjid. Ada penyokong PKR dari kalangan bukan Islam memekik melolong di dewan solat.

Sebenarnya suasana seperti itulah yang mahu Anwar cetuskan sebagai usaha menyelamatkan dirinya.

Beliau akan mengheret masyarakat atas isu moral yang beliau sendiri terjebak.

Orang tertentu yang ‘berseronok’ melakukan maksiat, orang lain dan rakyat pula yang mahu dijadikan perisai.

Awang dapat tahu, lebih banyak demonstrasi dan bantahan liar akan diadakan oleh PKR selepas ini untuk menaikkan suhu politik negara.

Kepada Eskay, Awang bersyukur atas keberaniannya untuk menegakkan kebenaran.

Dalam SMS beliau kepada beberapa kenalan ketika suasana kecoh di masjid semalam, Eskay memberitahu, beliau akan tetap bersumpah laknat biarpun berdepan dengan ancaman maut.

Ketika Anwar asyik memberi helah untuk tidak bersumpah dan enggan memberikan sampel DNA (bagi satu kes yang lain), Eskay menampakkan keyakinannya.

Itulah juga keyakinan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

Bekas pembantu peribadi itu turut membuat sumpah laknat meskipun dicemuh oleh penyokong Anwar.

Bagi insan kerdil seperti Saiful, terasa amat getir mencari keadilan tetapi digagahi jua.

Awang tabik.

Video seks versi penuh perlakuan seks seorang pemimpin pembangkang mirip Anwar Ibrahim sudah beredar di pasaran. Awang bukanlah mahu mendahului pihak berkuasa dalam membuat penilaian.

Tetapi berdasarkan reaksi ramai terhadap rakaman versi penuh, rata-rata mengaitkannya dengan Anwar dan bukannya orang lain.

Rakyat adalah hakim terbaik.

Lebih-lebih lagi dalam zaman sekarang, rakyat semakin bijak dan berani dalam membuat penilaian.

Anwar harus menerima hakikat ini. Beliau boleh membuat penafian tetapi kebenaran tetap kebenaran.

Apatah lagi terdapat laporan memetik sumber polis baru-baru ini bahawa Anwar adalah orang yang melakukan seks dalam video berkenaan.

Ini berdasarkan kajian forensik yang dilakukan di Korea Selatan.

Walaupun kenyataan rasmi mengenainya belum diumumkan tetapi banyak petunjuk semakin jelas bahawa Anwar adalah orangnya.

Keengganan beliau melakukan sumpah laknat, misteri kehilangan jam Omega, tiada kemas kini dalam interaksi twitter beliau dan penjelasan yang meragukan, makin tidak memihak kepada beliau.

Persoalannya sampai bila Anwar mahu menafikannya?

Lagi lama beliau berbuat demikian, ia akan memberi kesan amat buruk kepada beliau, keluarga serta partinya.

Apatah lagi, desas-desus beliau dikatakan mempunyai skandal bersama beberapa lelaki dan wanita termasuk isteri seorang pemimpin, terus menjadi bualan hangat.

Ambillah iktibar daripada ramai tokoh yang pernah terjebak dalam skandal seks sama ada dengan wanita mahupun yang sejenis.

Chua Soi Lek (kini Presiden MCA) tidak mengambil masa yang panjang untuk membuat pengakuan.

Beliau malah meminta maaf.

Isterinya memaafkan beliau dan hari ini, Soi Lek kembali di persada kuasa parti itu.

Awang masih ingat bagaimana pemimpin DAP, Karpal Singh pernah memuji tindakan Soi Lek.

 Pada hari ini, Karpal sepatutnya meminta Anwar mencontohi Soi Lek.

Di luar negara, Presiden Amerika Syarikat (AS) Bill Clinton turut mengaku selepas skandal seksnya bersama Monica Lewinsky terdedah.

Clinton memohon maaf dan menyifatkannya sebagai kesilapan moral yang teruk.

Atas pengakuan itu, isterinya, Hillary memaafkan beliau.

Seorang lagi, Gabenor New York, Eliot Spitzer membuat pengakuan terlibat skandal seks dengan pelacur walaupun pada mulanya menafikan.

Isterinya turut memaafkan beliau selepas pengakuan itu.

Perdana Menteri, John Major pernah menggemparkan negara itu apabila mengakui mempunyai hubungan cinta terlarang dengan seorang bekas menteri Kabinet wanita.

Major terselamat kerana isterinya, Norma memaafkan beliau.

Awang percaya, jika Anwar membuat pengakuan, Wan Azizah tidak akan menghadapi masalah untuk memaafkan suaminya itu yang pernah disifatkan sebagai anugerah Allah.

Mengaku, bertaubat dan memohon maaf atas perbuatan yang terkutuk akan dapat membantu dalam proses membersihkan jiwa seseorang. Sebagai orang Islam, Anwar patut lebih tahu hal itu.

Di Barat, ia bukan sekadar tuntutan agama malah menjadi pegangan nilai.

Pernah beberapa menteri di United Kingdom di bawar era Tony Blair meletakkan jawatan selepas skandal seks sejenis (gay) didedahkan pada 1998.

Ron Davies misalnya mengakui bahawa dia adalah gay.

Seorang lagi yang mengaku gay ialah Menteri Pertanian ketika itu, Nick Brown.

Satu lagi kisah yang menarik melibatkan Menteri New South Wales, Australia, David Campbell setelah kecenderungan seks luar tabiinya terdedah.

Campbell akhirnya mengakui beliau telah berselindung mengenai naluri songsangnya selama 25 tahun.

Kesemua politikus yang terlibat skandal itu cukup budiman.

Mereka tidak sedikitpun menyalahkan kerajaan atau musuh-musuh politik.

Apatah lagi untuk menuduh pihak lain melakukan konspirasi.

Banyak lagi tokoh dan personaliti dunia seperti bintang golf, Tiger Wood dan pengacara David Letterman tampil berani membuat pengakuan terlibat skandal seks.

Harga diri mereka adalah pada keberanian untuk mengakui perbuatan.

Tetapi ada juga beberapa kes tokoh yang tidak mahu membuat pengakuan walaupun terdapat bukti kukuh.

Salah seorang daripadanya ialah bekas Presiden pertama Zimbabwe, Canaan Sodindo Banana, yang pernah menjadi paderi Kristian.

Beliau dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meliwat pegawai peribadinya Jefta Dube pada 1998.

Banana kemudiannya didapati bersalah atas 11 kesalahan meliwat, cubaan meliwat dan berkelakuan tidak senonoh.

Dia akhirnya meninggal dunia akibat kanser namun tetap tidak mengaku terlibat dalam semua pertuduhan walaupun bukti sangat jelas.

Ramai pemerhati melihat, Banana melepaskan kesempatan untuk mendapat sedikit rasa hormat daripada rakyat dan generasi terkemudian.

Awang tidak pasti yang mana satu jalan yang Anwar pilih - sama ada akhirnya akan mengaku atau terus bersandiwara menafikan sehingga penghujung hayat.

sumber : utusan 

kzso - anwar mahu mengaku?  kan dia dah nafikan... camana nak mengaku?





Anwar patut sumpah nafi tuduhan
Oleh Nazura Ngah dan Mohd Anwar Patho Rohman 

2011/05/01

Kes babit video seks aibkan masyarakat Islam, perlu diselesai segera: Mufti

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya bersumpah menafikan beliau adalah pelaku dalam video seks yang didedahkan, bukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang patut berbuat demikian, kata Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya. 

Ketika dihubungi di Makkah semalam, Juanda berkata memadai bagi Anwar bersumpah dengan berkata ‘Wallahi tuduhan itu palsu’.
Beliau berkata, dalam hukum Islam, kaedah yang diamalkan dalam kes jenayah seperti ini ialah pendakwa perlu membukti pertuduhan dan yang kena tuduh bersumpah menafikan tuduhan.
“Datuk Shazryl Eskay tidak patut bersumpah, yang patut bersumpah adalah orang yang kena tuduh (Anwar) bagi menafikan tuduhan itu,” katanya kepada Berita Minggu, semalam. 

Juanda turut berkata, beliau mahu kes membabitkan video seks berkenaan diselesaikan dengan segera kerana ia memalukan umat Islam. 

“Mahkamah Syariah perlu proaktif memutuskan hal ini dengan segera untuk menutup aib umat Islam, bukan menjadi penonton saja. Semua pihak perlu menjaga imej Islam,” katanya. 

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata beliau tidak ditemui atau dihubungi Anwar bagi mendapatkan nasihat berhubung sumpah laknat untuk membuktikan ketua pembangkang itu bukan pelaku dalam video seks. 


Sebaliknya, beliau tidak menolak kemungkinan Anwar menggunakan kenyataannya yang disiarkan dalam beberapa portal berita untuk tidak bersumpah laknat seperti dilakukan Shazryl Eskay, kelmarin. 

Beliau turut menafikan ada menzahirkan kata-kata simpati terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu. 

“Saya tidak pernah dihubungi atau ditemui Anwar untuk mendapatkan pandangan saya mengenai sumpah laknat, mungkin dia berpandu kepada kenyataan saya baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam. 

Harussani antara tokoh agama yang didakwa Anwar memberi nasihat kepadanya untuk tidak bersumpah laknat, malah Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mendakwa Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menasihatkan beliau supaya tidak melayan desakan untuk bersumpah laknat kerana tuduhan yang dikenakan terhadapnya perlu diselesaikan di mahkamah syariah. 

Dalam ucapan di Dewan Kampung Bukit Seputeh, malam kelmarin, Anwar mendakwa beberapa bekas mufti seperti bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Mufti Perlis menasihatkannya selain Harussani dan menyatakan simpati tuduhan zina yang dikenakan terhadapnya. 

Sementara itu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) mengesahkan upacara sumpah laknat Shazryl Eskay di Masjid Amru Ibni Al-As kelmarin mendapat kebenaran pihaknya dan juga jawatankuasa kariah masjid itu. 

Ketua Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali menegaskan pihaknya tidak menghalang mana-mana pihak atau individu Islam hendak mengadakan upacara seumpama itu di dalam masjid bawah kawal seliaan mereka. 

“Ada 140 masjid di dalam Wilayah Persekutuan dan mereka boleh pilih masjid mana mereka hendak adakan majlis itu. Pada mulanya mereka memilih Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta untuk adakan majlis itu, dan kita benarkan.

“Selepas itu mereka ubah fikiran dan memilih Masjid Amru Ibni Al-As Bandar Baru Sentul. Kita benarkan. Sumpah laknat boleh dibuat di dalam atau di luar masjid. Tetapi lebih baik di dalam masjid sebab menyebut nama Allah,” katanya kepada Berita Minggu, semalam. 




source : bharian



Apa Kata Bekas Mufti Negeri Perlis..... (Tentang Sumpah Mubahalah)


Dalam klip video ni juga, ada ulasan dari ustaz asri mengenai sumpah muhabalah mubahalah dan hukum hudud yang kerap di mainkan oleh pas, aku tak pasti la korang dah tengok ke belum video ni, tapi bagus untuk kita tengok macam mana gelabahnya anwar bila orang suruh dia bersumpah kalau betul dia tak liwat saiful.